Tuesday, March 20, 2007

Haney Nabihah...disini kita bertemu~Part 12

Malam itu, selepas menidurkan Aliff, Hady duduk di birai katil melihat Nabihah mengemas barang-barang keluar dari bagasinya.

"Haney, waktu abang pulang dgn seorang gadis ayu, apa perasaan Haney?"tanya Hady, merenung wajah isterinya itu.Walaupun hanya sembilan hari, terasa rindu dengan wajah manja itu.

"Perasaan? Biasa saja. Cuma pelik, kenapa abang boleh balik dgn orang yg bukan muhrim..."jawab Haney, cuba menyembunyikan rahsia hatinya.

"Iye ke ni, sayang abang tak kisah bila nampak gadis ayu tu...lebih-lebih lagi bila abang call dan kata abang ada surprise buat Haney..." tanya Hady lagi,cuba untuk mengorek rasa hati isterinya itu.

"Habis tu, kalau dah macam tu, abang nak suruh Bihah buat apa? Merajuk, menangis.. Bihah kan dah biasa sangat kena buat dgn Wan...."datar Nabihah menjawab.Rajuknya cuba disembunyikan dari pengetahuan Hady.

Hady bangun merapati isterinya.Tangan Nabihah di genggam,"Haney, Haney nak samakan abang dgn Wan?" Tegas terdengar suara itu. Berdebar juga Haney di buatnya.Tak berani Haney Nabihah nak menatap wajah suaminya.kalu dulu, bolehlah dia menjawab sesuka hati....tapi sekarang dah tidak lagi.

Hady mendongakkan wajah isterinya.Mata mereka bertentangan," Haney, jawab soalan abang tadi." Kata-kata Hady itu persis satu arahan.

"Bihah...Bihah....Bihah..."tergagap juga Nabihah hendak menjawab pertanyaan suaminya.

"Apa dia, sayang?"suara Hady lembut, tidak seperti tadi.

"Bihah keliru, tak tahu apa yg Abang dah buat. Lebih-lebih lagi bila abang tak jawab e-mel Bihah. Bihah risau...rindu....." sayup-sayup suara Nabihah di telinga Hady. Hady merangkul isterinya erat.

"Abang pun rindu kan Haney. Rindu sangat. Pada awalnya, macam nak cancel je trip umrah tu, tapi itukan tanggungjawab abang.And at the same time, abang boleh test macam mana sayangnya Haney pada abang."bisik Hady.Pipi Nabihah dikucupnya.

"Abang jahat....suka-suka test Bihah."rengek Nabihah.


"Sampai hati cakap abang jahat," kata Hady sambil mencium pipi itu lagi.

"Hee...tak malulah,cium cium orang,"kata Nabihah.

"Buat apa nak malu, isteri abang.... Haney, jom tidur, abang dah letihlah sayang,"ajak Hady.

"Abang tidurlah dulu.Bihah belum habis kerja lagi.."nabihah menolak ajakan suaminya lembut.Barang-barang Hady masih berselerakan diatas karpet.

"Hmm...sekarang abang nak kerjakan Haney pula.What have you got to say??"usik Hady.

"Isyy....Tak malu cakap macam tu..."getus Nabihah,cemas dgn kata-kata suaminya.

"Come sayang. Its already late,"pujuk Hady sambil mematikan suis lampu utama di biliknya. Hendak tak hendak, Haney Nabihah terpaksa berhenti mengemas.Mana mungkin dia mengemas ditemankan hanya dengan lampu tidur dan sepasang tangan yg sudah mula melingkari pinggangnya.

No comments: