Suasana di Airport agak lengang, tidak sesibuk musim cuti sekolah. Hanya Haney Nabihah serta emaknya dan Alifyg menghantar Hady ke airport memandang ahli keluarga yg lain mempunyai tugasan masing-masing.Nabihah sekadar memerhatikan Hady mengatur para jemaah. Sesekali dia melambai kearah isteri dan anaknya.
"Bihah, mak senang lihat kau dan Angah di satukan,"tiba-tiba emaknya berkata.
"Hai, mak, baru sekarang mak nak beritahu Bihah?" tersenyum juga dia mendengar kata-kata yg terkeluar dari mulut emaknya.
"Tak ada,lah.Tapi mak dapat rasakan bahawa kasih sayang dia terhadap Bihah dan Aliff bukan main-main.Dia bertanggungjawab sekali terhadap Aliff sedangkan itu bukan anak kandungnya."
"Alah mak ni, siapa yang besarkan Abang Hady tu...kalau bukan mak dan ayah.Dia ikut perangai ayah lah tu."
Hady kemudian menuju ke arah mereka,"mak, Angah ada dua jam lagi sebelum departure. Jom, kita pergi Swensens sekejap."
"Sempat ke Angah?"tanya emak mereka.
"Makan ice cream je.Angah teringinlah, mak.Lagipun dah lama Angah tak bawa mak pergi Swensens.."pujuk Hady.
"Jom lah, mak.Orang nak belanja itu..."celah Nabihah,”Abang ni pun, macam tak pernah makan ice cream,
Sewaktu di Swensens, Nabihah sempat memesan itu dan ini dari suaminya.
"Ingat, abang pergi holiday ke, sayang." Tutur Hady.
"Taklah...Bihah test market je.Nak tahu apa jawapan abang.Bihah bukannya nak tu semua.Bihah nak abang pulang in one piece."
"Takut abang kena cincang jadi hundred pieces ke?" usik Hady lagi.
"Angah, nak berjalan jauh ni.Jagalah mulut tu sikit."tegur emaknya.Pantang orang tua-tua lkalau bercakap yg bukan-bukan.Lebih-lebih lagi, bila nak mulakan perjalanan jauh.
Sedang mereka menikmati hidangan ice cream Earthquake, ada satu suara memberi salam. Nabihah tidak berani memandang ke arah suara itu.
"Waalaikum salam.."jawab Hady. Wajah Hazwan sangat sugul dan sayu.
"Hey, Wan.Lama Angah tak nampak kamu.Apa khabar?" Hady amat bersahaja.
Hazwan bersalaman dgn Hady dan bekas ibu mertuanya.Tanganmereka dikucupnya, tanda hormat.
"Apa khabar, Wan?"tanya Mak Limah.
"Baik, mak.Mak dan Ayah sihat?"balas Hazwan.
Mak Limah mengangguk. Walaupun dia tahu Hazwanlah yg merosakkan hidup anaknya, dia tidak mahu mengungkit perkara itu di situ.
"Mak, Angah,Nabihah...Wan nak minta maaf atas apa yg berlaku.Wan mengaku, Wan bukan suami yg baik. Keluarga banyak masuk campur dalam urusan rumahtangga kami.Wan terlalu mementingkan keluarga sehingga perkara ini berlaku."
"Sudahlah, whatever is done cannot be undone,”kata Hady. Hazwan memandang kpd bayi comel yg di riba oleh Nabihah.
"Ini Alif ke Nabihah? Ini anak kita?" tanya Hazwan.
"Ini anak saya. Saya ibunya..."jawab Haney Nabihah keras. Hady memegang tangan Nabihah, tanda dia tidak setuju dgn cara Nabihah. Hazwan yg melihat agak terperanjat kerana dia ariff benar bahawa Hady bukan abang kandung bekas isterinya itu.
"Haney, jangan begitu.Alif memang anak Haney, tapi dia datang dari perkongsian hidup Haney dgn Hazwan. Izinkan Hazwan pegang anaknya sebentar."lembut Hady memujuk.
"Abang...Bihah tak nak dia curi anak Bihah.Dia tak layak jadi bapa Aliff." Abi Aliff cuma abang bukan dia!" Nabihah semakin marah.
"Sayang, please.Abang dah nak berangkat.Jangan buat abang risau.Kita selesaikan di sini,okay.."pujuk Hady. Mendengar kata-kata hady, Hanzwan berteka teki sendiri dgn dirinya.Mungkin Hady sudah menikahi Nabihah?
"Hazwan, sebagai seorang ibu, emak terkilan dgn cara keluarga Hawan melayan Bihah selama ini. Memang kami berhak untuk berasa marah, tapi keluarga kami bukan pendendam.Islam tak pernah mengajar umatnya mendendam sesama sendiri. Kalau Wan nak semula anak Wan tu, kami harap Wan lupakanlah niat Wan. Nabihah mampu memberi dia penuh kasih sayang."
"Mak. bukan itu maksud Wan.Yg nak fight for custody sebenarnya keluarga Wan.Wan tahu, Wan tak mampu jaga anak kami sebaik-baiknya."
"Ini anak saya...."celah Bihah.
Hady menarik Bihah ke sisnya.Alif diambil dari ribaan Bihah,"Please, Haney. Abang harap Haney izinkan dia bercakap,"pujuk Hady.
"Wan nak minta maaf pada ayah, tapi Wan tak tahu macam mana Wan nak berhadapan dgnnya juga Along. Nabihah, saya akan drop all charges.I wont fight it with you.Anak ini, hak you. I am sorry. cuma ada satu saja..."
"Apa dia Wan?"tanya Hady.
"Will you tell him that his daddy is really sorry. Minta dia maafkan saya."rayu Hazwan.
"Apa yg Wan cakap ni? Nanti dah besar pun Wan boleh datang jenguk dia."balas Hady. Nabihah memandang kearah suaminya. Dia tidak setuju dgn cadangan Hady.
Dia tidak mahu Alif bertemu dgn hazwan sampai bila-bila. Di hati Nabihah, masih ada perasaan marah terhadap Hazwan.
"Tak apalah, Angah.Mungkin ini kali terakhir kita bertemu."ujar Hazwan perlahan.Namun masih boleh sampai kependengaran bekas isterinya itu.
"Hazwan nak kemana?"tanya Mak Limah.
"Wan akan ke
"Nabihah, I hope you'll find someone to look after you all your life."
Haney Nabihah tidak sedikit pun menjawab kata-kata Hazwan itu.
"Wan, Angah nak beritahu Wan. Angah sebenarnya dah nikah dgn Nabihah.Angah tak mampu lihat hidup dia menderita. Wan jangan risau.I'll take care of them."
Hazwan tersenyum lega.Benarlah tekaannya tadi.
"Boleh Wan dokong anak Wan sekejap?"pinta Hazwan.
Hady menyerahkan Aliff kepada Hazwan.Dia mencium pipi anaknya sepuas2nya.
"Be a good boy, Alif.I wont get to see you grow up.I'm sorry.Alif doakan Papa selalu okay,"
Mak Limah terharu mendengar kata-kata bekas menantunya.
"Takkan Wan tak balik lagi?"tanya Hady.
"Entahlah Angah. Wan tak tahu..."
Sebentar kemudian, Hazwan meminta diri untuk check in. Dia memeluk Hady dgn erat sekali.
"Angah, you deserve her love.Love her truly will you?She’s a dear,walaupun kadang kala rajuknya, susah dipujuk,"perlahan bisik Hzwan ke telinga Hady.
"Insya Allah.Don't you worry."Hady menepuk-nepuk bahu bekas iparnya itu.
Setelah Hazwan berlalu, Hady menegur kelakuan isterinya.
"Haney, apa pun yg dia telah lakukan terhadap Haney, abang harap Haney maafkan dia.Haney tak berhak melarang dia dari mendekati Aliff.Ya, memang abang, Abi Aliff.Tapi Hazwan is his biologocal father.Dia lebih berhak ke atas anaknya ini."
"You just dont know how I feel.I felt cheated,"balas Haney,datar.
"Abang tahu tapi forgive him, will you?Kerana Tuhan..."pujuk Hady. Nabihah hanya menganguk lesu.
No comments:
Post a Comment