Saturday, March 10, 2007

Haney Nabihah...disini kita bertemu ~Part 6

Pagi esoknya, sewaktu Nabihah tersedar dari tidur, dia dapati hanya dia yg berbaring di atas katil.

Keletihan membantu emaknya di dapur masih terasa. Nabiha mencapai tudung untuk keluar ke bilik air.Jam didinding menunjukkan bahawa pagi masih awal lagi.Baru pukul 4.30 pagi. Nabihah berhajat untuk tahajjud. Dia ingin berkhalwat dgn Tuhan, mengadu, mengharap keampunanNya. Memang menjadi lumrahnya untuk bertemu Tuhan, diwaktu begini.Tenang rasanya dapat menyampaikan rasa harap pada Khaliknya sebegitu.

Ruang dikamar Hady terang.

"Angah tidur di bilik tu ke?"tanya Nabihah di dalam hati.Memang semalam, sewaktu dia mengadu letih dgn emaknya, Hady yg suruh dia berehat dulu. Tak tahu pula Haney kalau Hady tak masuk ke biliknya.

Selesai berwudhu, Haney Nabihah dapati pintu bilik Hady terbuka sedikit. Dia menjenguk kedalam bilik itu.Hady baru sahaja memberi salam kedua.

"Angah,'panggil Nabihah perlahan.

Hady berpaling, memandang kearahnya. Senyuman Hady membuat darah Haney Nabihah berderau, entah kenapa.

"Baru bangun?"tanya Hady,"Masuklah."

"Angah tidur kat sini ke?"tanya Nabihah lagi sambil menghampiri suaminya,"Kalau semua orang tahu, habislah Bihah kena marah."

"Taklah.Abang kan tidur dgn Haney. Haney keletihan, ye? Kesian, isteri abang ni. Tak sadar ke abang tidur kat sebelah Haney?Abang peluk Haney erat-erat semalam, tak ingat?"

"Mana ada...merepeklah."merona wajah Haney Nabihah di usik suaminya.

"Memang tak ada. Jangan risaulah...Abang tak ganggu tidur Haney semalam."Hady tertawa melihat reaksi Haney.

"Suka usik Bihah, tak suka lah!" balasnya.

"Abang nak tanyalah, kenapa Haney pakai tudung ni? Nak jaga aurat tu dari pandangan siapa? Ada lelaki ajnabi ke dalam rumah kita ni?"

Baru Nabihah tersedar yg dia memakai tudung. Dia tersenyum sendiri,"Dah biasalah, Bihah main capai je tudung ni."

"Tak apalah...tak salah pun. Dah pergilah solat.Sampai dah kering wudhu tu. Abang nak turun ke dapur sekejap."

Selesai solat, Nabihah turut turun kedapur.Hady sedang mengadun sesuatu di atas meja.

"Angah buat apa ni? Sibuk sangat Bihah lihat"tanya Nabihah.

"Tak adalah, lebihah roti dari fridge...abang buat puding roti aje. Haney tolong masukkan dalam oven,sayang."

"Sayang?" terperanjat Nabihah dengan gelaran itu. Bukankah Hazwan juga memenggilnya 'Sayang'?Tapi sayangnya, tak berkekalan.

"Angah...betul ke Angah sayang kat Bihah?" Nabiahah memberanikan dirinya untu bertanya.

Hady merapati isterinya,sambil memegang bahu Nabihah," Memanglah...dari dulu lagi. Cuma Abang nak Haney tahu, Haney bukan cinta pertama Abang."

"Maksud Angah?"

"Sebelum Haney, Abang sedaya upaya meletakkan cinta abang pada Tuhan, rasul, pemimpin, mak ayah. Lepas tu, barulah Haney seorang ni."

"Oh..itu Bihah tahulah. Ingat Bihah, kerana Bihah, Angah menolak kasih orang lain..."

"Mana ada...abang tak sempat nak kejar cinta gadis lain.Cinta abang dgn Tuhan pun, belum tentu Tuhan nak terima.baca love letters pun sekejap on, sekejap off"keluh Hady.

“Ada Quran di katanya love letters…”celah Nabihah.

“Eh, bukan ke Quran tu diturunkan kerana Tuhan sayang pada kita?Love letters lah tu,”balas Hady


"Along dah azan dah tu..."sambut Haney Nabihah.Sayup kedengaran laungan azan dari tingakat atas rumah mereka.

Subuh itu, Pak Daud meminta Hady mengimamkan solat. Lunak suaranya mengalunkan ayat-ayat suci AlQuran. Selama ini, dia sering menolak untuk menjadi imam. Tapi setelah bergelar suami, mudah saja dia menuruti permintaan Pak Daud.

Hady bersalaman dgn emaknya selepas solat.Mak Limah sekali lagi mencium pipi Hady.

"Hmm...jealous Bihah tengok tau. Mak tak cium Bihah pun,"rajuknya.

"Alaa, Bihah kan mak selalu peluk,cium.Hady ni, dah lebih 10 tahun mak tak peluk dia...rindu mak dgn Hady,kan?"jawab Mak Limah.

"Apalah Bihah.Dah besar gajah pun...merajuk lagi.Buruk nya.Kalau Alif nampak, buat malu je."sampuk Along.

"Marah ke mak peluk cium abang?"

"Mana ada, Bihah kan dah besar gajah...."Nabihah memintas.

Tiba-tiba satu kucupan hinggap di pipi Nabihah. Along dan Shilah tergelak melihat telatah Hady.

"Eeh, Angah ni. Apa buat Bihah macam ni..."

"Nabihah, kamu panggil apa kat suami kamu?"soal Ayah. Tersentak Nabihah di buatnya.

"Dia bukan Angah lagi, Bihah.Hady tu suami kamu. Bihah kena pandai bezakan tu semua.Ayah tak mahu dengar lagi,faham?"

"Salah Angah, ayah.Angah izinkan, buat sementara ni. Angah faham, Haney tak biasa..."Hady cuba mererangkan duduk perkara.

"Hmm, kamu pun sama je.Dari kecil, suka bela Nabihah ni. Sekarang dah lain,Angah. Dia dah jadi isteri.Ketaatan dan hormat seorang isteri tu berbeza dari hormat seorang adik."nasihat Pak Daud.

"Bihah faham, ayah. Abang...Bihah minta maaf."

"Yelah...abang tak pernah salahkan Haney,sayang."
Satu kucupan hinggap lagi di pipi Nabihah. Dia tersipu-sipu malu.

"Sayanglah sangat kat isteri tu, Angah?"usik Kak Shilah. Nabihah menjeling kakak iparnya manja.

No comments: