Saturday, March 10, 2007

Haney Nabihah...disini kita bertemu ~Part 2

Selama seminggu Bihah di rumah maknya, dia dapat juga melupakan sedikit bebanan yg ditanggungnya. Along dan Kak Shilah pula sanggup bawa Aliff jalan-jalan. Hujung minggu, Kak Shila ‘pinjam’ Aliff bila dia balik ziarah ibu bapanya di Ang Mo Kio.

Suasana di rumah keluarga itu memang damai. Angahnya memang rajin di dapur. Ada saja yg dia buat untuk memudahkan kerja-kerja emak mereka..

“Angah, bila pula angah pandai masak ni? Setahu Bihah, sebelum ni, Angah mana pandai ni semua.Betul tak mak..”usik Nabihah.

“Iyelah, enam bulan di Madinah, mana ada Mak untuk masakkan Angah. Jadi bila teringin nak makan masakan mak, angah cuba-cuba sendiri.Kadang2 sampai sanggup buat reverse charge call, cari mak kat sini, minta resepi. Tapi, kawan-kawan serumah Angah suka tau, diorang kata, masakan angah ada ‘class’,”seloroh Hady.

“Masuk bakul, angkat sendirilah, Angah…”balas Nabihah.

“Habis tu, Haney nak angkatkan bakul yg berisi Angah ke? Kuat sangat ke ni?” usik Hady lagi.

“Siapalah nak angkat Angah.Masalah Bihah rsanya lagi berat dari bakul yg berisi seorang Angah. Nantilah, Bihah carikan bidadari syurga eh?”

“Hmmm Ainatul Mardhiah? Masukkan iklan,carilah kalau dapat..”jawab Hady.

“Korang ni, kalau berjumpa, tak bercekau, tak boleh. Tapi mak gembira pasal Bihah dah kembali ceria.Hady pun…selalunya taklah kecoh macam ni..” celah Cik Halimah sambil tersenyum.

“Kalau kitorang remain terus macam dulu, best kan mak.Kecil-kecil dulu mana ada masalah. Paling-paling kalau kita kacau buku Along, pasti kita kena cubit dgn Along.Dah tu, kita sama-sama ngadu kat mak…Along dulu garang gila dgn kita.Tapi kat isteri dia, sayanglah sangat….tak garang pun ”kata Nabihah sambil memandang Hady.

“Kalau Haney nak terus jadi budak, Angah pun suka. Pasal Haney akan terus jadi budak comot yg suka bawa bantal busuk dia ke sana sini.” Usik Hady.

“Mak, tengoklah Angah ni…Bihah cubit nanti…”gumam Nabihah.

“Nak cubit?Hisy..Haney, tak muhrimlah ,mana boleh..,”Hady mengingatkan. Nabihah tersipu malu.

Cik Haliimah menggeleng kepala. Kesian juga dia lihat Hady.Pergaulannya perlu batasan kerana dia hanya anak angkat. Semenjak Hady meningkat baligh, Cik Halimah sendiri sudah tidak bersalaman dengannya lagi. Walau naluri seorang ibu itu mahu saja dia memeluk penuh sayang anaknya yg seorang itu. Namun Mak Limah akur akan syariat yg tentukan Tuhan. Pernah juga dia terfikir, kalaulah Hady bertemu jodoh, dia akan kehilangan Hady. Namun, dia tolak jauh-jauh perasaan itu.Dia tak patut mementingkan dirinya sendiri.

“Mak…Mak… kenapa termenung ni…”Nabihah memanggil, mengejutkannya dari lamunan.

“Eh, tak ada apa-apalah..Cepatlah tolong mak ni.Nanti kita boleh makan sama-sama.”

Malam itu selepas Maghrib berjemaah, keluarga itu makan malam bersama. Lauk yg di masak siang tadi, dijadikan juadah malam juga.Encik Daud tak suka bermewah-mewah walaupun pada hakikatnya dia mampu berbuat begitu.

“Macam mana sales di kedai tadi, ayah?” Tanya Hady.

“Alhamdulillah, ada buku yg dah out of stock.Esok kalau Angah free, tolong ayah di kedai jap.Check stock.Order mana yg dah berkurang, boleh?”Tanya ayah.

“Boleh lah, insya Allah. Esok Angah tak kerja, lepas Angah pergi hantar buku kat Library, Angah pergi kedai ayah.” Hady begitu mudah memberi keputusan.

“Angah nak pergi library? Bihah ikut boleh?’ Tanya Nabihah selamba. Gaya sama macam dia kecil-kecil dulu,pantang kalau dengar Hady nak berjalan.

“Sibuklah, Haney ni.Along ingat tak budak comot ni…pantang kita nak keluar, kan?” Hady bertanya pada Alongnya. Lutfil tersenyum.

“Angah yg sayang sangat kat dia, kasi muka.Kalau Along cubit, Angah pujuk. Macam mana si comot ni tak mengada-ngada…”usik Along pula. Shilah juga turut tertawa mendengar usikan suaminya. Muka Nabihah mula mencuka. Sejak siang tadi, dia asyik di sakat oleh Hady.Ni Along pun dah masuk forum juga…

“Tak kasi ikut, dah lah…Bihah pergi sendiri.Bukan tak pernah hidup tersisih. Dah biasa kena buat macam tu dgn Hazwan…Angah buatlah apa pun, Bihah tak kisah.”

Ada bunyi merajuk pada kata-kata Nabihah.

Along dan Angahnya terdiam. Rasa bersalah menyelubungi hati Hady.Memang dia tak suka lihat Nabihah merajuk atau bersedih, dia akan sedaya upaya pujuk adiknya itu.

“Sorrylah, Bihah.Along cuma gurau je. Teringat sewaktu Bihah kecil dulu..”kata Lutfil, cuba memujuk adiknya.

“Tak pa, Long.Bihah tak kecil hati pun dgn Along…Cuma ada orang tu, macam tak suka je dgn Bihah.Ada je, nak sakitkan hati Bihah…”ujar Nabihah.

Dan sepanjang malam tu, Nabihah mendiamkan diri. Dia tidak solat jemaah.Katanya, Aliff dah merengek nak tidur. Nabihah solat sendiri di biliknya.

Emak dan ayahnya hanya membiarkan Nabihah.Memang sedari kecil, dia kuat merajuk dgn Hady. Hady saja, yg masih tak tahu bagaimana nak pujuk adiknya seorang itu.

Sudah tiga hari berlalu selepas peristiwa Nabihah merajuk.Akhirnya, Hady berjaya memujuk apabila dia mendapat tahu Bihah teringin nak makan strawberry. Itupun Shilah yang beritahu. Shilah tak betah lihat wajah Nabihah mencuka bila Hady ada di rumah. Macam perang dingin gaya adik-adik iparnya itu.

“Haney, kat dalam fridge tu ada strawberry.Angah beli tadi masa balik dari kerja. Nanti Haney makan eh. Tapi tak tahulah Angah strawberry tu masam atau manis,”ujar Hady.

“Nantilah, Bihah letih.Penat dgn Alif.Merengak je..tak tahu nak apa.Bihah nak tidurkan dia dulu,”Nabihah masih menjual mahal sambil menepuk2 Nur Alif.

“Sini, angah jaga Alif.Haney pergi makan. Nanti Angah suruh Along habiskan baru tahu,”Hady menggertak adiknya. Memang pun, Lutfil Hadie gemarkan strawberry semenjak kecil, sama seperti Haney.

“Betul ni, Angah nak jagakan baby manja ni?’soal Nabihah.Dia faham benar perangai anaknya, kalau dah merengek2, susah berhenti.

“Sinilah….tak percaya dgn Angah ke?Takut Angah jual anak Haney?”

Akhirnya Nabihah mengalah dan menyerahkan Alif kepada abangnya. Hady membeli dua ‘punnet’ strawberry. Jadi, tak payahlah Nabihah terfikir2 untuk menyimpan sedikit untuk Lutfil Hadie. Cik Halimah dan Shilah pelik melihat gaya Nabihah makan. Macam lapar sungguh.

“Bihah, sedap sangat ke strawberry tu. Dah banyak Kak Shilah lihat Bihah makan.”Shilah bertanya.

“Biasa aje rasa dia, tapi semenjak Bihah nikah dgn Hazwan, Bihah jarang makan strawberry. Mak Mertua Bihah tak makan buah ni, so kita pun dia tak izinkan makan….”terang Nabihah selamba.

Shilah terperanjat dgn jawapan Nabihah.Begitu juga emak mereka.

“Kalau dia tak suka, kau beli ajelah kat kedai dan makan kat luar…”celah emaknya lagi..

Nabihah berhenti mengunyah dan memandang Shilah dan emaknya. Kemudian dia menghela nafas berat.

“Kalau mak dan Kak Shilah nak tahu, semenjak Bihah nikah dgn Hazwan, ke mana saja Bihah pergi dgn Hazwan, mesti ada dia. Dia mesti nak ikut.Kalau tak bawa, dia kata Hawzan anak tak kenang budi, derhaka, ikut telunjuk Bihah. Manalah Bihah larat nak dengar tu semua mak….”

“Subhanallah, Dasyat gitu sekali.Hazwan tak kata apa-apa ke,Bihah?”soal Cik Halimah lagi.

“Dia serba salah, mak. Bihah tak salahkan dia. Akhirnya Bihah terus tak keluar dgn Wan lagi. Dahlah mak, kalau Bihah cerita, sakit hati mak. Diorang pun dah jauh dari kita…lega juga, bila Bihah fikirkan.”

“Akak kagum dgn Bihah ni, macam2 ujian Bihah tempuh, tak sikit pun Bihah mengadui atau tunjuk muka masam dgn Wan.”

“Sebab tu kak, masa kami di panggil ke mahkamah, Wan terus terang dgn pegawai tu kenapa dia ceraikan Bihah. Mereka pun tak terkata apa-apa.Kalau orang dah masuk vampur, bukannya senang hidup kita.”

“Kesian kau, Bihah.Kalau mak tahu dulu, mak tak terima pinangan mereka…”kata emaknya, sayu.

“Okaylah, mak.Bihah sekarang dah kembali dgn mak. Mak jangan risau lagi.Cuma Bihah nak cari kerja supaya Alif boleh terus bersama Bihah.”pujuk Nabihah.

“Mak, kenapa susah2.Kita letak saja Bihah jadi Pegawai Pemasaran di kedai buku ayah.Walaupun Hady yg sering buat tugas tu. Bukan apa, secara formal sahaja. Supaya, Hazwan lihat, Bihah ada kerja yg lumayan gajinya…Business ayah pun okay,kan?”cadang Shilah.

“Elok juga tu, Shilah..nanti mak cakap kat ayah kamu. Mak rasa tentu Hady tak kisah,kan.”jawab Cik Halimah.

Bihah tersenyum lega. Ada juga bantuan dari Tuhan untuk dirinya yg kerdil itu.

No comments: