Saturday, March 10, 2007

Haney Nabihah...disini kita bertemu ~Part 5

Pernikahan Hady dan Haney berlangsung secara sederhana.nabihah tidak mahu majlis yang besar.

“Ayah, Bihah ni janda.Seganlah nak buat macam dulu lagi…Buat elegant pun, cerai juga akhirnya…”

“Ayah bukan apa, ni pernikahan pertama untuk Hady.,”jawab ayahnya.

“Tak apalah ayah..Angah rasa lebih baik kita buat simple aje.Angah hormati perasaan haney.Lagipun Angah tak laratlah nak jadi macam pengantin2 lain…Rimas rasanya,”beritahu Hady. Sememangnya dia tak betah berada di khalayak ramai dgn pakaian pengantin yang penuh glamour.Sungguh merimaskan baginya.

Disaksikan oleh naib kadhi dari ROMM, Pak Daud sendiri yg menikahkan anaknya. Saksi yg mewakili Hady ialah Along mereka sendiri. Keluarga Pak Daud dan Mak Limah yg hadir juga turut bersyukur kerana akhirnya Hady ada pertalian yg sah dgn keluarga itu. Selepas upacara akad nikah, Hady mendapatkan emaknya.tangan Mak Limah di raih dan dicium.Wanita tua itu memeluk Hady erat.pelukannya dibalas Hady.

“Mak, akhirnya Angah dapat salam tangan Mak,”kata Hady,yamg mengenakan sepasang suit warna cream yang ditempah khas oleh Along mereka.. Mak Limah tersenyum.Namun bagaimana dia cuba menahan, airmatanya tetap mengalir.Cuma kali ini, yg mengalir adalah airmata kesyukuran.

“Mak sayang Angah…Terima kasih,Angah,”ucap Mak Limah. Tetamu yg hadir juga dapat merasakan kesyahduan majlis itu.Majlis itu berbeza dgn majlis pernikahan orang lain. Hady kemudia bersalaman dgn Ayah dan Alongnya. Pak daud tidak berkata apa-apa, cuma menepuk-nepuk bahu Hady.mata tuanta berkaca menahan airmata yg bila-bila masa akan tumpah.

“Dia sekarang amanah untuk Angah.jagalah dia,”pesan Along.

Selepas wakil dari ROMM pulang, barulah Hady menghampiri Haney yg kini sudah kembali ke kemarnya. Haney ditemani oleh Shilah dan Shimah, adik Shilah.

“Assalamualaikum,”
“Waalikum salam.”jawab Haney.Dia kelihatan ayu dgn tudung biru laut yg di jahit sendiri oleh Shilah.Biliknya juga di hias cantik, khas untuk menyambut sepasang pengantin baru. Itu semua dibuat oleh Shilah.Hiasaanya simple, tapi manis dipandang mata.

“Haney, boleh masuk?”tanya hady.

“Masuklah,Angah…”jawab Haney.

Shimah dan Shila mencubit pipi Haney manja.


”Bukan angah lagi. Mana boleh panggil Angah,”tegur Shilah.
“Habis tu?”


“Abanglah…”celah Shimah.

Hady yang kini sudah berada di dalam bilik tersenyum melihat kekeliruan Haney.
“Tak apalah, Kak Shilah, Kak Shimah. Biarlah dia nak panggil Hady apa pun. Hady takkan paksa dia.”


“Tapi dia kena ingat Angah, dia dah jadi isteri Angah.”terang Kak Shilah.

Haney tersenyum malu.Dia sedar akan kekhilapannya sebentar tadi.

“Akak keluar dululah, tolong mak kat dapur,”kata Kak Shilah, sambil menarik tangan adiknya.


Hady mengambil tempat disisi Haney. Haney mengalihkankan pandangannya.Entah kenapa, perasaan segan tiba-tiba menerjah dirinya.
“Haney, kita dah sah jadi suami isteri.Mungkin ini bukan apa yg Haney impikan. Tapi kesudian Haney untuk jadi isteri abang, sungguh mengharukan.besar pengorbanan tu, Haney. Abang janji, Abang akan menjaga Haney dan Alif sebaik mungkin”tutur Hady lembut.

Haney masih berdiam.Dia berasa janggal apabila Hady membahasakan dirinya ‘abang’.

“Haney menatap wajah Hady,”Angah, maafkan Bihah.Bihah tak biasalah, janggal rasanya.” Dia meluahkan rasa hatinya pada Hady.Hady mencapai tangan Haney.

“Tak apa, Haney.Abang faham. 23 tahun, panggilan tu dah sebati.”pintas Hady.Dia tidak mahu haney susah hati hanya kerana perkara sekecil itu.

“Terima Kasih,Angah.Terima kasih kerana sanggup membela nasib Haney dan Alif,”tangan Hady dikucupnya.

Hady terus menarik Haney ke dalam dakapannya. Buat pertama kali setelah pencerainnya, Haney berasa selamat dalam pelukan Hady.



No comments: