Saturday, March 10, 2007

Haney Nabihah...disini kita bertemu Part 1

Suasana dirumah Pak Daud agak tegang. Along Lutfil Hadi dan isterinya, Shilah hanya mampu berdiam diri. Mereka hanya boleh memandang…tapi beban itu hanya Haney Nabihah yg memikul.

“Jadi, selama ini memang kamu dah berpisah? Bererti masa Muhammad Nur Aliff dilahirkan, talak tu dah jatuh?” soal Pak Daud.

Haney Nabihah terus menunduk. Dia memeluk erat Muhammad Nur Aliff yg sedang nyenyak tidur di pangkuan. Diusap-usap kepala bayi yg baru berusia 7 tujuh bulan itu.

“Habis tu Bihah, apa rancangan kau lepas ni?” Along mencelah. Nabihah memandang wajah abangnya sayu. Angahnya pula hanya berdiri menyandar di tepi meja console di belakangnya, tanpa sebarang kata.

“Bihah dah habis iddah. Semalam keputusan mahkamah dah keluar. Aliff dalam custody Bihah.Tapi dia tak setuju.Dia akan fight di court lagi.Alasan dia, Bihah tak ada pekerjaan tetap, Bihah tentu tak mampu nak jaga Aliff ni…”sayu suara Nabihah.

“Ehem…”Hady, angahnya bersuara,”Dia ceraikan Haney dgn talak berapa?”

Soalan itu amat perit untuk dijawab Nabihah.Dia menoleh memandang Angahnya pula. Hady Alifi merenung wajahnya tajam. Perlukah Bihah jawab soalan Angah itu?, mata Nabihah seolah bertanya.

“Iyelah, Bihah…kau belum beritahu mak lagi,nak.”pujuk Mak Limah yang duduk di sisinya.

Haney Nabihah terus menangis terisak-isak.Cik Halimah memeluk anak perempuannya itu. Pilu hatinya melihat fisikal Nabihah. Namun emosi anak nya, siapa yang tahu….

Hady Alifi bertapak merapati Nabihah. Nur Alif diambil diambil dari rangkulan Haney Nabihah.

“Haney, kami ni cuma nak membantu.Haney dah banyak merana. Jangan berahsia lagi ye,dik” pujuk Hady

“Angah, mak…dia ceraikan Nabihah dgn talak tiga.” Dan Nabihah terus menangis lagi.Terhingut-hingut dia menahan dirinya dari terus menangis.

Encik Daud mengucap panjang. Cik Halimah turut menitiskan airmata.Tak sangka puteri bongsunya teraniaya sebegitu.hanya begitu pantas perkahwinannya berakhir dengan perpisahan yang begitu menyakitkan.

Along Shilah yg selama itu mendiamkan diri turut bersuara,

”Kenapa selama ini, Bihah diam saja.Sampai sanggup tipu akak setiap kali akak datang jenguk Bihah. Bila akak tanya mana Hazwan, ada saja alasan Bihah.Kerjalah, pergi belanjalah, service kereta …”

“Bihah malu dgn akak…Bihah malu dgn semua orang. Dulu Bihah ingat, dialah yg boleh bahagiakan hidup Bihah, tapi Bihah tersilap.”

“Macam mana boleh terjadi begini, Bihah?” Tanya Alongnya. Lutfil Hadi memang tidak berapa rapat dgn Haney Nabihah.Tak seperti Hadi Alifi, yg hanya tiga tahun lebih tua dari adik bongsu mereka itu..

“Entahlah Along, Bihah sendiri tak tahu mana silap Bihah. Cuma tiba-tiba dia kata, dia terpaksa ceraikan Bihah. Dia kata Bihah penyebab dia terputus hubungan dgn keluarga. Tapi…ntahlah.Agaknya dah rezeki Bihah jadi macam ni. Lapan bulan je Bihah jadi isteri dia….”

“Abah nak jumpa keluarga dia. Nak jumpa Hazwan tu sekali.Nak tahu duduk perkara,”kata Encik Daud tegas,”Apa mereka fikir, kita ni tak ada maruah? Kalau orang lain buat anak mereka, apa pula mereka rasa?”

“Tak payahlah, ayah. Tak ada gunanya. Keluarga dia dah hijrah ke Sydney.” Rayu Nabihah.

“Jadi, Hazwan pun dah ikut migrate?”Tanya Shilah.

“Dia akan migrate akhir tahun ni. Tapi dia tak tinggal disini. Dia ada kat JB dgn sepupu dia, Nizam.”jawab Nabihah

“Hady, esok kau cari alamat dia.”arah Pak Daud tegas.

“Tolonglah, ayah. Abang Hazwan dah kata kalau Bihah buat kecoh, dia akan huru harakan keadaan.Bihah pun dah janji dengan mama dia.Bihah tak nak kehilangan Aliff.Dia saja yg Bihah ada,”pinta Bihah.

Hady Alifi mencium pipi gebu anak buahnya,”Kesiannya anak ami…Tak apa baby, you still have me.”

Matanya memandang Haney Nabihah yang masih lagi menangis di riba ibu mereka.

Kalaulah syariat membenarkan dia mendakap tubuh malang itu, dia akan terus memujuk adik kesayangannya.Nabihah dah macam sebahagian hidup Hady sendiri.

“Haney, malam ni, Haney tidur aje di rumah ni. Buat masa ni, tak usah balik rumah tu dulu,”cadang Hady Alifi,”Anagh tak rasa you are in the best condition to be by yourself.” Cadangannya di sambut baik oleh seisi keluarga.

“Iyelah, rumah ni pun sunyi. Sejak Maisarah meninggal dunia, dah tak dengar suara baby lagi,”ujar Shilah. Dia teringatkan arwah anaknya yg meninggal kerana masalah paru-paru itu.

Malam itu, Haney Nabihah bermalam di rumah ibu ayahnya di Jalan Senang. Kalau boleh, dia juga tak mahu kembali ke rumahnya di Compassvale. Rumah itu banyak meninggalkan kenangan manis dia dan bekas suaminya. Semalaman, dia berfikir, apa silap dia dan Hazwan sehingga berlaku penceraian.Setahu Nabihah, mereka tidak pernah ada masalah.Cuma memang keluarga Hazwan tidak suka benar dgn Nabihah atas berbagai-bagai alasan.Malah, setiap kali mereka mengata Nabihah, Hazwan tidak pernah memprotes. Airmata Nabihah mengalir lagi. Apalah hikmah yg Tuhan hendak beritahu kepadanya melalui masalah ini, fikirnya.Hampir jam 3 pagi, barulah Nabihah terlelap. Dia hanya tersedar bila pintu bilik di ketuk.

“Ya Allah dah jam 6.30 pagi…tentu semua orang dah selesai solat,”katanya didalam hati.Dia mencapai tudungnya dan keluar menuju ke bilik air.

Nabihah bertembung dgn Along Shilah di ruang depan.

“Bihah baru bangun ye? Solat ke tak?”Tanya Shilah.

“Nasib baik Bihah cuti, kak.Kalau tak, terlajak Subuh,”keluh Nabihah.

“Ni mesti lambat tidur, kan?”

Nabihah mengangguk, mengiyakan kata-kata kakak iparnya. Wajahnya masih sembab di sebakan tangisnya itu.

“Tak payahlah bertudung, Angah kamu tak ada,beritahu Shilah,”Semenjak dia pulang dari Madinah, sebelum Subuh, dia dah ke Masjid Maidin. Kadang-kadang Along dan Ayah pun pergi sama.Bebas sikitlah akak.Kalau tak kena bertudung bila nak masak.Angah tu pula, rajin tolong di dapur. Untung kalau siapa jadi isteri dia, kan.”

Bihah membuka semula tudungnya,”Tak rugi mak ambil dia dulu eh, kak. Angah tu baik sangat dgn Bihah, sampai ada kala, Bihah lupa dia bukan abang kandung Bihah.”

“Alhamdulillah, Bihah.Rezeki mak dan ayah. Ada anak sendiri, baik-baik.Anak angkat pun sentiasa menghormati mereka.Sebab tu, akak tak kisah tinggal dgn mak dan ayah.”

“Eh, hai…boleh akak berbual lagi, sarapan kat bawah tu belum siap.Nanti Along tahu, habis dia syarah nanti…”

Shilah bergegas turun ke dapur menyiapkan sarapan untuk seisi keluarga.

No comments: