Saturday, March 10, 2007

Haney Nabihah...disini kita bertemu ~Part 4(II)

Sekali lagi, Nabihah melalui malam dgn hati yg berbelah bagi. Dia mula merasakan bahawa ada rasionalnya kata-kata H ady tadi. Namun, Nabihah sedar dia sudah bergelar seorang janda. Tapi apakah Hady akan terus membela hidupnya hingga ke akhir hayat. Apakah Hady akan turut menyayangi Mohd Aliff seperti anaknya sendiri? Nabihah bingkas bangun, dia perlu memunaikan solat istikharah. Hanya petunjuk Tuhan yg diperlukan untuk menyelasaikan masalahnya ini.

“Ya Allah, aku hambaMu, aku lemah, Bantulah aku.Ampunkanlah dosa-dosaku.Ya Allah, apa yg berlaku adalah dia atas kehendakMu dan aku akur dgn kejadian itu. Namun, aku lemah, wahai Tuhan. TanpaMu,tiada apa yg bererti dalam hidupku. Tuhan, jika Engkau meredhai diri ini menjadi isteri kepada Angah, kau berilah aku petunjuk.Jadukanlah setiap apa yg aku lakukan, ibadah kepadaMu, bukan Istidraj dariMu…..”

Selepas selesai melakukan solat istikharah, taubat dan haja, Haney Nabihah kembali ke sisi Mohd Aliff. Dibelai anak kecilnya itu. Dia teringatkan Hazwan.Selepas peristiwa itu, hormatnya pada Hazwan sudah tidak ada lagi.Malah dia jijik dgn perbuatan Hazwan. Hazwan….tiba-tiba Hazwan berdiri dihadapannya.

Nabihah sedar dirinya sedang dikejar seseorang. Aliff yg berada didalam pelukannya di pegang erat-erat. Pantas dia berjalan, menjauhkan diri dari Hazwan. Namun Hazwan tetap mengekorinya.Ada perasaan marah di wajah Hazwan.Nabihah semakin panik.Di kiri kanannya hanya rumah-rumah kedai yg dikosongkan.Semakin laju langkag Nabihah, semakin laju juga derap kaki Hazwan. “Ya Allah, ke mana hendak aku selamatkan diri?”tanya Nabihah di dalam hati.Aliff sudah mula menangis.Nabihah merapatkan Aliff ke tubuhnya.Takut kalau-kalau Hazwan merampas Aliff dari tangannya.

Tiba di sebuah lorong, langkah Nabihah terhenti.dia sudah tiba di jalan mati.Tidak mungkin untuk Nabihah berpatah balik.Hazwan semakin menghampiri. Tiba-tiba Nabihah merasakan tangannya di tarik seseorang.Nabihah kaget.Takut kalau Hazwan yg menariknya. Orang itu membawa Nabiha masuk ke rumah kedai yg usang itu. Siapakah orang itu? Nabihah masih belum dapat melihat wajahnya.Baikkah orang ini atau dia sama seperti Hazwan? Wajahnya terlindung di sebalik topi yg dipakainya.

Orang itu mengambil Aliff dari tangan Nabihah.Seperti di pukau, Nabihah hanya membiarkan saja. Aliff pula terus diam di dalam dakapan orang itu. Setelah orang itu pasti Hazwan tiada di situ, dia membuka topi dan kaca mata hitamnya.

“Angah???”

Mimpi itu seperti memberi Haney Nabihah satu jawapan.Namun dia masih berat untuk menberitahu keputusannya kepada keluarganya.Biarlah dahulu.Mana tahu, kalau-kalau Angah akan berubah fikiran. Keluarganya juga tidak pernah mendesak.Bahkan Angah tidak pernah menimbulkan persoalan itu lagi. Dia masih melayan Nabihah seperti biasa. Selama beberapa minggu selepas perbincangan mereka, dia masih terus dgn gayanya seperti biasa. Dialah yg memandu Nabihah ke mana-mana. Alif juga sering dijaganya. Nabihah bersyukur dgn perhatian yg diberikannya.

Satu petang, ketika Nabihah sedang membantu Shilah membersihkan taman mini rumah itu, Hady menghampirinya.

“Angah dari mana?Dari pagi tadi, Bihah tak nampak batang hidung Angah?”

“Pergi office.Ingatkan sekejap, tapi Si Muzammil tu last minute cancel.”

“Cancel? Cancel apa?”


“Laa makcik ni, kan kelmarin Angah ada beritahu, Dia ada trip umrah.So dia cancellah, ada urusan keluarga.”

“Habis tu siapa ganti?”

“Siapa lagi?Takkan Haney, kan. Haney, Angah kena gantilah. Angah yg akan lead the group.Sebab tulah tadi kelam kabut sikit kat office tu.”

Nabihah hanya terdiam sahaja mendengar kata-kata Angahnya.

“Betul ke, Angah nak pergi?”

Hady mengenggukkan kepala. Shilah yg sedang menyiram pokok-pokok bunga memasang telinga.

“Bila Angah bertolak?”

“Sebulan lagi,”jawab Hady.

“Kalau Angah tak ada, siapa nak teman Bihah?”

“Alaa, tak lamalah 9 hari je.Kalau Bihah perlu keluar sangat, mintalah Kak Shilah ke siapa-siapa ke, teman,”pujuk Hady.

“9 hari, bukan 9 jam….”Nabihah menunjukkan tanda-tanda merajuk.

“Haney ni kenapa? Haney ada tempat yg Haney nak pergi ke? Kalau ada, kita bereskan sebelum Angah berangkat,”kata Hadi lagi.

Nabihah masih membisu. Kemudian tu, dia bingkas bangun untuk meninggalkan Hady. Hady berpandangan dgn Kak Shilah.

“Dia kenapa, kak?” tanya Hady.

“Mana Kak Long tahu….entah-entah dia merajuk pasal Angah nak pergi tak?”teka Shila.

Hady terus masuk ke dalam rumah. Nabihah sedang duduk di ruang tamu. Hady mendekati adiknya itu.

“Haney ni kenapa?” tanya Hady lembut.

“Tak ada apa-apa ah…”

“Kalau tak ada apa-apa, kenapa bila Angah beritahu Angah nak pergi, Haney terus diam macam ni?”

“Bihah……Angah janji takkan lupakan Bihah?”

“Ya Allah, takkan nak lupakan Haney…Anagh janji nanti Angah call selalu.”

“Bihah pegang janji Angah tau…..”

“Kenapa Haney cakap macam tu….Is there anything you wanna tell me?”

“Bihah….Bihah…Alif…dia perlukan Angah.Dia perlukan seorang abi.”jawab Nabihah.

Hady seakan-akan tergamam dgn kata-kata Nabihah.Betulkah apa yg didengarinya tadi.Wajah Nabihah di tenungnya.

Kak Shilah terjerit girang. Dia terjerit memanggil emak mertuanya.Rupa-rupanya, dia mencuri dengar perbualan adik-aduk iparnya dari luar tingkap. Mak Limah yang sedang sibuk di dapur, meluru ke ruang tamu.Begitu juga Pak Daud dan Lutfil hadie yg sedang berehat di bilik masing-masing.

“Kenapa ni, Ayang?Abang ingat ada ular ke apa ke kat taman mak tu.Kenapa terjerit petang-petang ni? Nanti si Aliff bangun, baru tahu,”bebel Lutfil terhadap isterinya.

Mak Limah dan Pak Daud pun tertanya-tanya denga perangai Shilah petang tu.memang menantu mereka seorang ni orang yg ceria, tapi tak pula sampai menjerit-jerit sesuka hati.

Nabihah dan Hady masih lagi membisu. Shilah menjuihkan bibirnya kearah Nabihah.

“Ni, tadi angah ada beritahu kat kami, dia akan ganti tempat Muzammil untuk bawa jemaah ke umrah bulan depan….”jelas Shilah.

“Dah tu?”soal Pak Daud

“Dah tu, ayah…ada orang rasa kehilangan. Belum apa-apa dah takut dilupakan.”sambung Shilah.

“Mak tak fahamlah Shilah.Dah kenapa dgn Shilah petang ni? Peliklah kau ni…”celah Mak Limah.

“Allah,,,ada orang tu sedih, Angah dia nak pergi.Nanti siapa nak jaga dia dgn Aliff.Kan Aliff perlu seorang Abi, kata orang tu.” sambung Nabihah lagi.

Mak Limah dan Pak Daud mula memahami apa yg disampaikan menantu mereka.

“Betul ke ni, Bihah.Betul ke apa yg Kak Long kau sampaikan? Bihah setuju ke?”tanya Mak Limah.

Nabihah memandang wajah emaknya. Dia mengangguk sambil merangkul tubuh tua emaknya itu.

“Bihah dah banyak susahkan keluarga. Perkahwinan Bihah dulu satu kesilapan. Bihah Cuma nak restu dari mak dan ayah…”

“Haney, Angah tak memaksa.Haney tak perlu buat keputusan itu.Kalau Haney tak mahu jadi isteri Angah pun, Angah akan jaga Haney dan Aliff seumur hidup Angah,”jelas Hady yg sedari tadi terdiam seperti terpukau dgn kata-kata yg didengari.

“Tak Angah…Haney tak mahu Angah jaga Haney tanpa ada apa-apa pertalian.Haney bersedia jadi isteri angah.Cuma Haney kesal, baru kini, Haney sedar akan kasih Angah terhadap Haney.Setelah Haney bergelar janda, baru Haney tahu, Angahlah orang yg benar-benar concern tentang Haney.”

“Alhamdulillah, terlerailah persoalan keluarga kita,”akhirnya Pak Daud bersuara.

Shilah mendapatkan Lutfil Hadie.Lutfil merangkul bahu isterinya. Mereka turut gembira dgn berita itu. Berita yg akan membawa sirna bahagia kepada seisi keluarga.

No comments: