Pintu bilik Bihah diketuk orang. Nabihah bergegas membukanya.
“Sedang berehat ke, Bihah?” Tanya emaknya.
“Baru selesaikan siapkan cucu mak ni…”jawab Bihah,”Dia tak tahu diam, susah nak pakaikan diaper dia.Silap-silap, bocor…najis pula nanti.
“Ni baru satu,Bihah.Masih kecil lagi, nanti dah besar, lagi payah. Macam dulu masam mak jaga Angah dan Bihah…Yang satu umur dua tahun, yang satu baru berapa bulan…Terkejar-kejar juga mak. Anak-anak ni tanggung jawab ibu ayah.Amanah Tuhan. Kalau Bihah rasa payah, minta Tuhan permudahkan.” Mak Limah menasihatkan anak bongsunya itu.
“Iyelah mak.Itu Bihah tahu..Cuma saja nak mengadu kat mak,”Bihah berkata sambil merangkul bahu emaknya.Mak Limah tersenyum. Mohd Alif menangis, mungkin lapar hendak susu.
“Hai cucu nenek ni..lapar ke? Jom kita turun, makan nasi lemak..”seloroh Mak Limah.
“Itu nak ajak ibu dia.Baby belum boleh lagi…”gurau Bihah.
“Hmm..cepat. semua orang dah tunggu. Dari dulu sampai sekarang, mesti Bihah yg lambat.”leter Mak Limah.
Nabihah tersenyum kelat.Dia hanya perhatikan emaknya mendokong Alif keluar dari kamar. “Semua orang….?” Ini bererti Angahnya ada di rumah. Bihah tak tahu bagaimana nak mengadap wajah abangnya itu. Perlahan, di capai tudungnya. Terdengar suara Along dari bawah memanggilnya.Cepat-cepat Bihah turun, jangan sampai dipanggil tuan puteri lagi oleh Along.
Dia mengambil tempat di sebelah emaknya sementara Hady duduk bertentangan Bihah namun tiada apa yg keluar dari mulut Hady.Tiada sapaan, tiada pertanyaan. Hady makan dgn tenang. Sesekali menjawab pertanyaan ayah tentang urusan perniagaannya sendiri.Dari apa yg Bihah dengar, travel agency Hady semakin pesat berkembang.
“So Angah, dalam sebulan dua ni, tak ada tour ke yg Angah kene ikut?”tanya Kak Shilah.
“Kali ini Kak Shilah nak kirim apa?”Tanya Hady.
“Tak lah….saja tanya.”jawab Kak Shilah pendek
“Mungkin minggu depan, kalau Muzammil tak dapat bawa rombongan umrah tu, mereka serahkan pada Angah, pasal hampir separuh jumlah jemaah tu, Angah yg cari.”
“Hai..tak cuti sekolah pun ada rombongan umrah juga?”tanya Mak Limah.
“Adalah mak, tapi tak ramai…”jawab Hady.
“Angah…”teragak-agak Bihah untuk bersuara.
Hady memandang wajah Bihah.
“Berapa lama Angah kat
“Pakej ni pendek je, 9 hari. Kenapa Haney tanya?”soal Hady lembut.
Nabihah menggelengkan kepala, ”Tak…tak ada apa-apa.”
Along dan Shilah berpandangan. Pelik dgn kegugupan adik bongsu mereka yg sememangnya ceria. Along mengangkat bahu, tanda tidak tahu.
Ketika hampir selesai mereka bersarapan, Pak Daud bersuara.
“Ayah ada sesuatu nak cakap,” Pak Daud menarik nafas dalam-dalam. Nabihah menjadi tak keruan dgn tingkah ayahnya.
Nabihah
“Bihah naik dulu lah,Ayah.baby ni dah menyusu, mungkin nak tidur pula.”
“Biarkan dulu. Ayah nak semua orang dengar apa yg ayah nak cakap ni.Lebih-lebih lagi Bihah.”
Kak Shilah mengambil Alif dari ribaan Bihah. Di dodoikan anak itu jauh sedikit dari meja makan, namun masih dekat untuk dia mendengar perbincangan keluarga mertuanya itu.
“Angah, ayah selaku ketua keluarga cuma nak beritahu Hady yang ayah tak sangka Angah akan membuat keputusan seperti itu. Selama ni, ayah dan mak membesarkan Angah sama macam along dan adik kamu.Tiada perbezaan yg ayah lakukan. Kami pun tak pernah rasa angah ni anak angkat. Angah, kalau Angah mahu peristerikan Bihah hanya kerana nak balas jasa mak dan ayah, kami minta maaf……”
Hady memintas kata-kata ayahnya,”Maksud ayah? Ayah tak terima cadangan Angah?”
Pak Daud tersenyum,”Bukan macam itu…kenapa Angah ni tiba-tiba saja ingat macam tu?”
“Dia tu ayah, dah jadi mamat sensitive sekarang ni…”celah Along sambil memandang sinis kepada Hady.
“Ayah takut kalau Angah hanya setakat nak balas jasa kami, perkahwinan tu akan jadi sia-sia. Lainlah….
“Lain apa,ayah?” celah Shila yg sedang menepuk-nepuk anak Bihah.
“Hai yg kamu suami isteri ni asyik mencelah saja ni, kenapa? Tadi Lutfil, ni kamu pula Shilah…”soal ayah, hairan dgn keghairahan suami isteri itu.
Shilah dan Lutfil hanya tersenyum,”Tak lah ayah…perkara yg elok, jgn di tangguh.”
Semakin Bihah mendengar perbualan mereka, semakin kecut hatinya. Dia tak sanggup untuk terus mendengar, namun dia wajib patuh pada ibu ayahnya untuk terus berada di situ.
“Apa yg ayah
“Lainlah….kalau Angah ada perasaan sayang terhadap Bihah. Ayah nak dia mendapat suami yg penyayang, yang bertanggungjawab.Dia dah lalui banyak kesulitan….Boleh ke Angah buat itu semua?”soal ayah tegas.
"Mak, ayah...Angah terlalu sayangkan keluarga ini. Sayangkan mak, ayah, Along.Lebih-lebih lagi Haney.Memang dulu, perasaan sayang tu kerana Angah sentiasa bersama dia. Sayang waktu itu, sama seperti sayangnya Along pada kami. Tapi apabila Angah mula dewasa, perasaan tu berubah dan Angah pun keliru dgn perasaan Angah sendiri.Sebab tu, bila Haney kahwin dgn Hazwan, Angah bawa diri ke Madinah.Tapi Angah tak betah hidup tanpa keluarga.Angah sedar, Angah tak boleh memiliki Haney dan Angah tak mahu sampai Angah mengecilkan hati mak dan ayah. Cuma selepas apa yg berlaku, selepas penderitaan Haney, Angah rasa Angah perlu beritahu mak dan ayah apa yg ada dalam hati Angah. angah tak mahu hidup Haney terus dibebani masalah. Mak, sebab tu bila Mak suruh Angah berumahtangga, Angah tak sanggup. Angah sayangkan mak." Panjang lebar Hady menerangkan duduk perkara.
Lutfil dan Shila tersenyum syukur.Akhirnya, apa yg terbuku dalam hati Angah mampu di luahkannya. Haney Nabihah tergamam. Mutiara jernih mula membasahi pipinya. Emaknya mengurut-urut belakangnya.
"Tapi Angah tak mendesak.Angah hanya mampu meluahkan apa yg berada dlm hati.Terpulang untuk Haney mempertimbangkannya.Lagipun, bagi Haney, Angah hanyalah seorang abang tempat bermanja.Angah tak layak mendapat balasan cinta Haney tu..."sambung Hady.
Airmata Haney semakin deras. Perasaannya bercampur baur. Haney keliru.
Dalam suasana begitu, Mak Limah mula bersuara," Bihah, Angah dah beritahu apa yg selama ni dia pendamkan.Mak sebenarnya turut terkejut tapi mak tak menghalang. Terus terang mak katakan, perkara ini tak pernah mak impikan.Tapi mak tak tahu apa akan berlaku kalau Angah berkahwin dgn gadis lain.Mak akan kehilangan Angah.
Tapi apa pun, mak serahkan pada Bihah. Mak harap Bihah fikirkanlah masak-masak.Apa pun keputusan Bihah, kami semua akan akur dan hormat dgn keputusan itu."
No comments:
Post a Comment