Saturday, March 10, 2007

Dia akhirnya ~Final

Faris tekun membersihkan pusara itu. Rumput yang tumbuh melata disekeliling pusara itu di cabutnya. Kemudian dia duduk di atas tikar mengkuang yg di bawa bersama. Dengan cermat, dia membaca Yassin. Aina yg sedang duduk disisinya, hanya memerhatikan.Mungkin anak kecil itu belum mengerti dgn apa yg berlaku. Dia mungkin tidak pasti kenapa dia dibawa di situ, apakah tempat itu, dan apa yg dilakukan oleh Faris. Aina perhatikan ada airmata yg mengalir di pipi Babanya. Anak kecil itu lantas bangun dan menyeka airmata itu dgn lengan baju kurungnya. Selesai membaca Yassin, Faris membaca doa.Aina mengaminkan walaupun dia sedikit pun tidak tahu apa yg dipinta Faris dari Tuhan yg Maha Penyayang itu.

"Mari pulang, Aina.sekejap lagi azan Zohor, Baba nak solat dirumah saja..."ajak Faris dengan satu-satu anak gadisnya itu. Aina hanya menurut.

"Baba ...ini tempat apa?" tanya sikecil ketika kereta membelok keluar meninggalkan Pusara Aman.

"Sayang, kita manusia...akan mati. Disinilah kita ditanam apabila kita mati nanti,"jawab Faris.

"Aina baru 4 years old, boleh mati tak Baba?" tanya Aina lagi.

"Bila-bila masa saja Aina. Budak kecil, orang tua, tak kira umur.Kalau Tuhan nak ambil dia balik, boleh saja."

" Ummi pernah kata, budak kecil tak ada dosa, mati masuk syurga terus...kan Baba?"

"tentulah, sayang.kenapa Aina tanya?"

"Aina nak mati kecil-kecillah...tak ada dosa, masuk syurga.Ummi kata anak rasullulah ramai yg mati kecil-kecil di kota Makkah...Aina nak jadi macam tu..."

faris berpaling kpd Aina, "Aina pun nak tinggalkan Baba juga?"

Aina tidak menjawab. Dia sudah khayal, mungkin mengantuk menunggu Faris di kuburan tadi. Sebentar kemudian Aina terlentok tidur...

Setibanya di rumah terrace mereka,Faris mengejutkan anaknya itu. Faris mengamati rumah itu.Rumah itulah yg menjadi idamanya sebelum menikahi Lia.Namun,hanya kini dia mampu memiliki rumah itu. Kak Zana yg terdengar bunyi kereta, bergegas keluar menyambut faris.

"Aina tidur ke Faris? Letih sangat dia kat bawah mentari..Kasihan budak tu."

"Kak, mandikan dia dulu ya. Berpeluh-peluh tadi tunggu Faris," suruh Faris.

"Tulah kamu, dah akak cakap, jangan bawa budak tu, cuaca panas, Tapi kamu ni degil..."

"Kalau Faris tak bawa sekarang, bila lagi, kak? Eh, hari ni akak sampai ke petang ke?Hari ini,kan, Sabtu?"

"Memang akak nak balik tadi, tapi ...nanti kamu lihatlah sendiri kat dalam tu..."keluh Kak Zana.

Sudah enam bulan Kak Zana bekerja di rumah itu sebagai pembantu. Faris memang kenal sangat dgn Kak Zana. Kak Zana ialah kakak kepada teman kerjanya. Kerana Kak Zana kesempitan wang, faris bercadang untuk mengambil Kak Zana bekerja di rumahnya...Ada juga orang menemaini Lia.


"Eh, abang dah balik?" sapa Lia sambil menuruni anak tangga.

" Mmm...sayang. Dah solat?"

Lia mengangguk,"Abang cakap apa dgn Aina bila abang kesana tadi?"

"Tak sampai hati, Lia.Abang tak sampai hati nak beritahu dia itu kubur arwahnya.Lain kalilah Lia..."

"Terpulang abanglah.Lia ikut saja.Dia pun dah tahu kan dia ada Abi yang dah meninggal. Cuma Lia belum terangkan kat mana Abinya di kuburkan...."

"Mana Akmal Syahid dan Akmal Zahid? Senyap jer"

"Dah puas meragam, Kak Zana bantu Lia tidurkan mereka. Meragam sungguh kembar tu tadi...Letih Lia,"

"Abang solat dululah, Lia.Nak bersihkan badan,berpeluh sangat,"

"Patutlah busuk....usik Lia."

"Busuk-busuk pun, Lia sayang,kan?"

Malam itu selepas solat, Aina mendapatkan Babanya.

"Baba, tadi kita pergi pusara sapa?"

"Pandainya anak Baba sebut pusara.Siapa ajar?"

"Teacher Yatie...Teacher kata Abi Aina nama dia Abdul Latiff.Dia dah meninggal.Tuhan sayang dia sangat.Teacher kata, Abi dah di pusarakan, betul ke Baba?"

"Betul sayang.Tadi itu, Aina pergi pusara Abi Aina lah."

Lia yg sedang melayan kerenah bayi kembarnya, hanya memandang. Riak di wajahnya sukar dimengertikan.Teringat pada arwah suaminya yang menjadi mangsa keadaan. Faris mencapai tangan Lia dan digenggamnya. Dia juga teringatkan arwahnya, yang menjadi teman suka dan duka di Rumah anak2 Yatim suatu ketika dahulu.

"Aina kena doakan Abi selalukan Baba?"tanya anak kecil itu lagi.

"Mestilah sayang. Setiap masa...."Faris merenung mata bundar Aina. Seiras wajah abinya.

"Teacher Yatie kata, Aina pun kena selalu doakan Ummi dan Baba pasal Ummi yg lahirkan Aina..Baba pulak jaga Aina dari baby sampai besar."

Faris memeluk Aina erat.

"Tapikan Baba, kawan2 kat nursery kata Baba my step father,"beritahu Aina.Ada kesayuan didalam tuturnya,"Aina tak suka diorang cakap macam tu..."

Tersentak Lia dan Faris. Advanced sungguh anak-anak sekarang. Sehingga perkara begitu pun boleh jadi perbualan mereka.

"The next time, they tell you that,you tell them, Baba is your father and you are my little princess. Aina, adik Zahid dan Syahid semua adalah my precious, tak ada difference,"pesan Faris.

"I love you Baba...verry much."Lelaki itu dikucupnya, manja.

"Love you too, baby."

Lia yg dari tadi memerhatikan mengalirkan airmata gembira. Faris dan Aina merapati
Lia.

"Dont worry, Lia.Nothing's gonna change our lives.Kita kan ada Tuhan....kita minta dari Tuhan agar keluarga kita di jauhkan dari fitnah manusia...be strong, sayang."

"InsyaAllah, abang.I will for the sake of our kids...Lia takkan mudah mengalah."

"Yelah, darling...kita dah ada 3 anak...Jangan lupa abang nak 6...so Lia kena kerja kuat...."usik Faris.

"Abang ni...kesitu pula."

Faris tergelak melihat reaksi Lia.Dia mengucup pipi Lia dengan penuh sayang. Aina yang memandang terus mengejek Babanya.

"Eee,shamelah...Baba shamelah asyik kiss Ummi."

"Awak ni macam pencegah maksiat kat Malaysia tu eh?",usik Faris.

"Pregnancy preventor, I would say..."Lia menyampuk,tersenyum.


Akhirnya, Tuhan mengabulkan doanya, untuk membina sau rumahtangga yang bahagia.

"Abang Latiff, Lia sekarang bahagia bersama Abang Faris.Dia sayang anak kita sama macam dia sayang anak2 dia sendiri.Lia doakan abang bahagia disisi orang2 yang soleh,"doa Lia di dalam hati.

No comments: