Saturday, March 10, 2007

Haney Nabihah...disini kita bertemu ~Part 3

"Ayah, Mak.Petang nanti, Bihah nak pulang ke rumah Bihah. Nak kemas sikit-sikit.Dah lama sangat Bihah tinggalkan rumah tu,"tutur Nabihah.

"Bihah nak balik terus ke?" tanya emaknya.

"Entahlah...tapi,"

"Bihah tinggalllah terus kat sini je. Bilik Bihah pun masih ada, tak ada penghuni baru. Kami tak kisah lah Bihah,"Shilah mempelawa.

Bihah tersenyum. Dia tahu perjanjian mengatakan rumah itu adalah milik Alongnya, manakala perniagaan ayahnya akan di serahkan pada Angah. Bihah hanya menerima wang yg sehingga kini, dia tidak ketahui jumlahnya. Itulah pesanan ayah.

"Iyelah, Bihah.Janganlah terlalu nak berpegang pada will yg ayah buat tu."pujuk Alongnya.

"Kalau semua kata begitu, Bihah ikut sajalah.Lagipun Bihah sekarang ni, dah tak ada urusan apa-apa di rumah itu,"ujarnya.

"Mmm..ayah suka lihat anak ayah bersatu macam ni. Tak sesia ayah didik kamu dari kecil,"kata Encik Daud sambil tersenyum.

"Kalau gitu, nanti Angah temankan Haney balik. Angah ada urusan di Compass Point.I drop you off, lps tu, bila Haney dah siap, Haney call Angah okay,"ujar Hady.

"Thank Angah. Sayanglah kat Angah ni...selalu bagi chance untuk Bihah buli..."usik Nabihah.

"Kalau Angah tak sayang Haney, Angah nak sayang siapa lagi? Haneylah satu-satunya adik Angah dan Along,"jawab Hady.

"Dia selalu buli kita, tapi nanti dia juga yg merajuk."Lutfil hadie mengusik Nabihah.

“Angah, go get a life.Cari wife, sayang dia cukup-cukup.” Ujar Haney Nabihah selamba tanpa memandang Angahnya itu.Dia tidak menghiraukan kata-kata Alongnya. Dia leka menyusukan Nur Alif. Hady memandang wajah Nabihah.Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, hatinya sentiasa berasa sayu bila menatap wajah adiknya itu.


Petang itu seperti yg di janjikan, Nabihah pulang kerumah bekas suaminya di hantar oleh Hady. Alif ditinggalkan bersama emaknya.

"Haney, angah nak tahulah, Haney sekarang ni dah benar-benar okay ke? Haney dah berjaya lupakan apa yg berlaku?"soal Hady.

"Apa yg Angah fikir? Bihah pun tak tahu. Kami tak pernah bergaduh, walau berbagai-bagai fitnah yg mak mertua Bihah lemparkan pada Bihah.Tapi tiba-tiba saja kami bercerai....dan Bihah kini dapat status yg sangat ditakuti oleh setiap wanita - janda."jawab Bihah datar.

"Haney tak terfikir untuk cari pengganti? Sekurang-kurangnya untuk Alif.He needs a father."

"Bihah dah serik. Bihah takut pisang berbuah dua kali.Buat apa dapat suami yg menyanyangi, tapi kita tak dapat di terima oleh seisi keluarganya. dan belum tahu orang itu akan sayang Nur Alif."

"Angah kesian lihat Alif tu, Haney. Dia perlukan kasih sayang dan perhatian seorang bapa.Angah tak fikir, Haney mampu buat itu semua."ujar Hady.

"Hai, apa nak risau.Angah kan ada.Angah jadi Abi dialah.Kalau Angah tak sudi nak pantau Alif, along pun ada. Along pun boleh perhatikan Alif."ujar Nabihah. Dia cuba melontar masalhanya jauh kehujung dunia.

"Hmm...senangnya adik Angah ni cakap,eh?Semalam suruh Angah get a life, cari wife.Dia ingat cari wife tu macam beli ikan kat pasar? Hari ni, surh Angah jadi guardian angel anak dia…Girl, I don’t think you’re okay.”beritahu Hady.

“Apa-apalah,Angah. Yang penting, Bihah tahu, I am totally out of danger.”balas Nabihah.

“Dah sampai ni.sila turun, puan.Tambangnya $10.00 sahaja."Hady bersuara, gaya seorang drebar teksi.

"Terima Kasih, pakcik, tapi untuk pengetahuan pakcik drebar, saya ni janda, anggaplah tu sedeqah buat saya.. Saya mohon di halalkan tambang saya tadi..."jawab Nabihah sambil tertawa.

"Oh..kira-kira nak suruh Angah buat saham akhiratlah yea??? Dah...off you go. Cepat-cepat kemas dan give me a call. I’ll pick you here,"Hady mengarahnya.

Nabihah tersenyum melaihat Angahnya. Dia terus menaiki lif untuk menuju ke rumahnya di tingkat 9. Sewaktu Nabihah membuka pintu, dia dapati pintu tidak terkunci. Setahunya, dia sudah mengunci pintu dan gate sebelum meninggalkan rumah itu. Hati Nabihah berdebar.Siapa yg berani masuk kerumah itu.

"Haney Nabihah..."satu suara yg amat dia kenali memanggilnya.

Nabihah memandang ke arah suara itu. Hazwan! Nabihah jadi tak keruan.Memang dia tidak membenci bekas suaminya, tapi kini mereka sudah tidak ada ikatan apa-apa lagi.

"Apa...apa...Hazwan buat kat sini?"soal Nabihah.

"Tunggu Nabihah.Abang rindu..."ujar Hazwan mula mendekati Nabihah.

"Jangan, Hazwan..Kita bukan suami isteri lagi. Saya...saya balik ni pun untuk ambil keperluan saya. Saya akan pulangkan kunci rumah ni kepada awak.”bergetar suara Nabihah.

"Nabihah, you should know how much I love you. I miss you,darling. Abang buat semua itu kerana my mother. I know, I can’t leave you.It pained me so…..."

"Tapi you dah ceraikan I..."Nabihah semakin panik.

"I dont care.I want you...forever.."jawab Hazwan sambil merapati Nabihah.

"Please Hazwan...tolonglah..jangan apa-apakan I.I beg you..Ya Allah...tolonglah..."Nabihah sudah mula menangis.

Namun Hazwan masih tidak mahu mengundur. Dia merapati tubuh Nabihah.Wajah Nabihah di ciumnya.Nabihah sedaya upaya menepis tangan bekas suaminya. Namun Hazwan semakin berani.

Nabihah menjerit sekuat hati.Dia mengharapkan agar adalah orang yg mendengar.Hazwan menjadi marah dgn tindakan Nabihah. Baju Nabihah di rentapnya. Dia menampar wajah wanita itu.Terdudk Nabihah di tampar oleh tangan sasa Hazwan.

“Wan! Get lost! Kita dah tak ada apa-apa lagi….I benci you!’Nabihah terus menangis. Dia marah diperlakukan begitu…Ke mana pergi ilmu Hazwan? Bukan dia tak faham agama…

Apabila Hazwan melihat Haney Nabihah menangis, dia seperti tersedar dari khayalan gilanya. Dia cuba meminta maaf.Tangan Nabihah di genggam, tapi Nabihah menepis.

“Pergi! Get lost! Aku tak nak lihat muka kau! Pengecut! You divorced me, hanya kerana your Mum.Lepas tu senang2 nak kata, you still love me??You ingat I ni apa? Tak ada maruah? Tak ada perasaan? Cukup Hazwan. I had enough!”entah dari mana Nabihah mendapat kekuatan untuk berkata-kata begitu. Dia sedaya upaya cuba menutup tubuhnya dari penglihatan Hazwan. Hazwan hanya tercegat. Tiada kata-kata yg mampu di luahkan. Setapak demi setapak dia keluar meninggalkan Nabihah.

Nabihah duduk di sisi katilnya sambil menangis. Apa yg berlaku seperti satu mimpi ngeri buatnya. Apa yg berlaku sebenarnya? Kenapa Hazwan jadi begitu?.Itu bukan Hazwan yang dia kenali.”Wan? What happened?”..Fikiran Nabihah buntu.

Sementara Hady pula, apabila tidak menerima panggilan Nabihah, mula meresakan sesuatu yg tak kena. Dia menghubungi emaknya di rumah, mana tahu Nabihah dah pulang sendiri. Namun Nabihah tiada di rumah mereka.Hady menghubungi telefon bimbitnya, pun tiada jawapan. Hady bergegas ke rumah Nabihah.

Hady memasuki rumah tak tidak berkunci itu. Bahkan daun pintu rumah itu juga tidak ditutup. Hady mencari Nabihah di dapur, di ruang tamu.Namun tidak kelihatan kelibat adiknya. Hady menolak daun pintu bilik Nabihah.Dia terlihat sekujur tubuh yg sedang berteleku di sisi katil. Cepat Hady mendapatkan adiknya.

“Haney! Haney, bangun dik.”Hady menggoncang tubuh adiknya.

“Jangan dekat! Pergi! Pergi!”jerit Nabihah.

Hady menggoncang lagi tubuh adiknya,”Haney, ini Angah. Bukan orang lain.”

Baru Nabihah tersedar. Di buka matanya perlahan,”Angah…bawa Bihah perg dari sini.Bihah takut.” Tanpa sengaja, Nabihah memeluk angahnya. Hady terperanjat dgn tindakan adiknya.Kemudian baru dia perasan bahawa pakaian Bihah ronyok dan terkoyak.

“Haney, what happened. Siapa yg punya kerja ni?”

“Hazwan…he was here when I reached home,”beritahu Bihah sambil terisak-isak menangis.

“Did he do anything else?”

Nabihah menggeleng kepala. Hady mengeluh, simpati dgn nasib Nabihah.

“Haney, tukar pakaian tu. Take whatever is yours.All the documents.Lepas tu, Angah bawa Haney balik.” Somethings got to be done, fikir pengurus muda itu.

Malam itu, di rumah Encik Daud, Hady memberitahu keluarganya tentang perkara yang berlaku. Lagi sekali airmata emaknya menitis mengenang nasib anaknya.

“Ayah tak expect ini akan berlaku. Tak sangka dia sanggup buat begitu,”keluh Encik Daud.

“Semua salah Bihah.Kalaulah dulu, Bihah tak minta emak dan ayah terima pinangan dia…tentu tak jadi macam ni,”Bihah memecahkan kesunyian di ruang tamu rumah itu.

“Jangan salahkan diri sendiri,Bihah. Dulu kita tak tahu siapa dia. Kita tak kenal hati budi ibunya. Anggaplah ia satu pengalaman yg mendidik,”pujuk Along.Tenang sungguh Lutfil hadie menangani masalah itu.

“Shilah rasa, Hazwan tu menyesal dia ceraikan Bihah.dan dia nak bersatu semula,”celah Shilah,”tapi dia lupa, talak yg dia lafazkan….tak mungkin dia berbuat begitu sampai bila-bila.

Hady bangun dari tempat duduknya. Dia mengadap wajah ayahnya yg agak letih itu,”Ayah, mak…Hady dah fikirkan. Hady rasa biarlah Hady peristerikan Haney Nabihah.”

“Apa? Kau nak jadi cina buta? Dah kenapa Hady? What’s got into you?” bertubi-tubi soalan keluar dari Lutfil, alongnya. Lutfil yg sedari tadi kelihatan tenang agak terkejut dgn kata-kata Hady.Dia tak sangka Hady sanggup buat benda bodoh tu.

“Along, Hady tak bermaksud macam tu. Hady tak terfikir untuk jadi pak sanggup.Takkan kita nak serahkan lagi Haney pada mereka.Dia dah cukup derita. Hady nak selamatkan Haney dari cengkaman keluarga Hazwan, dan dari Hazwan sendiri. Bila dah kahwin dgn Hady, dgn sendirinya, perniagaan ayah akan jadi miliknya. Dan dgn itu, mereka tak boleh fight for Alifi.Haney will be mine. Diorang takkan boleh buat apa-apa lagi.”terang Hady.

Lutfil Hadie terdiam.Ayah dan emak mereka masih membatu.

“Angah, janganlah kerana Bihah, Angah mengambil keputusan macam tu. Itu masalah Bihah.Don’t put yourself into my problems. Bihah dah cukup menyusahkan keluarga.bial Bihah suruh Angah kahwin,Bihah tak bermaksud surh Angah kahwin dgn Bihah.”

“No Haney, apa yg berlaku tadi, mungkin boleh berulang.You need someone to take care of you. Lagipun, mak, ayah, izinkanlah. Angah nak balas jasa mak dan ayah. Izinkan angah mencium tangan mak, mengucup pipi mak seperti masa Angah kecil dulu. Izinkan Angah jadi suami Haney.”

“Angah, please! Let me decide for myself. Bihah dah cukup dewasa…”

“Cukup dewasa untuk memusnahkan kebahagiaan Haney sendiri? Cukup dewasa sehingga Haney ketepikan kepentingan Nur Aliff? He needs love from a father. Please Haney Nabihah….wake up,”tegas suara Hady Alifi. Dia bangun meninggakan ruang itu. Ruang tamu itu kembali sunyi…sepi. Tiada siapa yg hendak berkata-kata.

Malam itu Bihah tidak dapat melelapkan mata. Mohd Alif yg tidur di sebelahnya, dikucup penuh manja.Anak kecil itu menggeliat lalu tertidur semula.

“Alif, doakan ibu, sayang. Ibu buntu sekarang ni.Ami Hady benar-benar buat Ibu serba salah.”perlahan suara Nabihah,takut mengganggu tidur anaknya.

Nabihah mengalihkan tubuhnya.Fikirannya menerawang entah ke mana. Kenapa Hady ambil keputusan begitu? Kenapa harus berkorban semata-mata untuk kebahagiaannya? Apa maksud Hady? Bolehkah Bihah menerimanya sebagai suami sedangkan sudah 23 tahun dia hidup sebagai adik beradik?Soalan demi soalan menerjah ke fikiran Nabihah. Letih dia memikirkan nasibnya ketika itu.Akhirnya Nabihah tertidur tanpa dapat menyelesaikan satu pun masalah yang bersarang dibenaknya.

Esoknya, Nabihah tidak bertemu dgn Hady. Sebelum Subuh, dia sudah keluar ke masjid.Namun tidak seperti kebiasaannya, hari itu Hady tidak pulang untuk bersarapan.Dia langsung meneruskan urusannya untuk hari itu. Hady hanya pulang selepas seisi rumah masuk tidur.Dia tidak tahu apa reaksi keluarganya terhadap usulannya. Walaupun rindu nak bermain dgn Aliff, perasannya dilontar jauh.

Sewaktu Hady masuk kedapur untuk membasahkan tekak, ada sesusuk tubuh yg sedang duduk di meja makan.

“Baru balik Angah?’soal Along.

Hady mengangguk, malas hendak menjawab.

“Busy sangat ke?”soal Along lagi

“Busy over nothing.Angah saja stay lama sikit kat kedai ayah tadi.”

“Angah, pasal semalam….”

“Maaflah along, kalau semalam Angah buat kputusan terburu-buru.Angah tak terperanjat kalau semua orang tak setuju dgn apa yg Angah katakan…Forget that I ever talked about it”pintas Hady.

Alongnya menepuk bahunya,”Hai, anak bujang ni merajuk pula. Bukan itu maksud Along. Bahkan Along bangga dgn pengorbanan Angah tu. Cuma Along nak tahu,apakah keputusan Angah tu ada kena mengena dgn perasaan hati Angah terhadap Bihah?”

Hady memandang tepat wajah Alongnya.Kemudian dia menghela nafas yg panjang.

“Angah tak tahu macam mana nak cakap. Perasaan Angah ni, Angah pun tak tahu bagaimana nak tafsirkan..”

“Angah, apa pun niat Angah, samada kerana nak selamatkan Bihah, ataupun kerana memang Angah sayangkan dia lebih dari seorang abang terhadap seorang adik, kami sentiasa di belakang Angah.”

“Kami? Maksud along?”

“Kami…Iyalah,kami. Mak, Ayah, Along, Kak Shilah…tadi kami ada bincangkan hal ini. Mak dan ayah seronok sangat kerana akhirnya, Angah akan ada talian yg sah dgn mereka.”

Hady terseyum penuh syukur,”Terima Kasih,Along.”

“Hey, come on lah…Kita kan brothers…”

“tapi….Angah tak tahu apa perasaan Haney,”Hady menutup perbualan.

No comments: