Thursday, March 22, 2007

Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya 17(end)

Part 17
Perut Syifah semakin membesar.Dgn saiz badannya yg agak kecil itu, agak sukar baginya bergerak. Mamanya tempat dia meminta bantuan.Kadang kala Hamka terpaksa pulang ke kampung, jenguk2 pusat tusyennya. Pemeriksaan di Hospital KK menunjukkan kandungannya dalam keadaan sihat dan normal.Cuma keaddan Syifah saja yg tidak menentu.Bila didapati dia tidak boleh menerima makanan, mamanya akan cepat2 menghantarnya ke hospital.2-3 hari Syifah akan di beri drip, sebagai pengganti makanan. Jururawat di ward 81 sudah mengenali Syifah. Setiap bulan selama 8 bulan itu, mesti ada saja wajah Syifah di ward itu.

Selepas solat Zohor, Syifah mengambil Quran untuk di bacanya.Itulah rutinnya sepanjang kehamilan. Syifah berasa tenang bila dia mengalunkan ayat2 suci itu. Sedang dia membaca surah Maryam, terasa air mengalir.Dia sedar, air tubannya dah pecah.Syifah memanggil Mamanya.

"Kenapa nak?"soal Mamnya
"Air tuban dah pecah, mama.Kita ke hospital lah Ma,"ajak Syifah. Tak mahu sekiranya dia terpaksa melahirkan dirumah.
"Ya Allah..Mama siap sekejap.Syifah rasa sakit perut tak?Jangan ke bilik air sendiri tau. Nanti mama tolong siapkan,"Tegas suara Mamanya. Dia tak mahu apa2 berlaku pada anaknya itu.Dahlah Hamka dan Mak Jijah tak ada.Mak Jijah baru saja pulang ke kampung tiga hari yg lalu.Hamka pula dalam perjalanan ke Singapura.Puan Asmah hanya sempat sms Hamka untuk terus ke hospital. Puan Asmah menelefon suaminya di pejabat. Bergegas suaminya menjemput mereka.

Syifah masih stabil. Tiada riak kesakitan di wajahnya. Walaupun contractionnya sudah sekali setiap lima minit, dia tetap tabah. Dia tak mahu Mama dan Papanya risau. Sebaik sahaja mereka tiba, Syifah disorong ke Labour Ward.

"My dear, its already 6cm dilated. Its just a while more,"kata Dr Brenda, pakar gynae yg merawat Syifah.

Midwife yg bertugas memberi kata-kata semangat buat Syifah.Selalunya memang sang suami dibenarkan berada didalam labour ward, untuk memberi perangsang kpd si isteri, tetapi kerana Hamka tiada, tugas itu di ambil alih oleh midwife yg bertugas.

Tiba-tiba Syifah merasakan seperti ada sesuatu yg menolak di rahimmya.
"Doctor, I think its coming..."nafasnya seperti hendak terhenti.
Syifah rasa lemas, tak bernafas.

"Okay Syifah, give a push when you feel its coming." arah Dr Brenda.

"Wahai Tuhan bantulah hambaMu ini"rayu Syifah.Apabila dia memberi lagi satu push, terdengar tangisan bayi."Alhamdulillah..."

"Congrats Syifah.Its a girl..."kata Dr Brenda tapi Sifah tidak menjawab.Matanya tertutup rapat.

"Syifah...Syifah...,"Dr Brenda cuba menggerakkan Syifah.Pipi Syifah di usap2nya,"Nurse get the emergency unit now!"kerah Dr Brenda bila lihat Syifah tanpa respon...

"Push her to the operation theatre,"arahnya lagi bila dia tidak dapat mengeluarkan uri dari rahim Syifah....

Hamppir satu jam Syifah di OT. Puan Asmah menunggu dgn penuh debaran diluar OT.
Sebentar kemudian Hamka tiba.
"Hamka, Syifah masih didalam..."Puan Asmah memberitahu.
"Sabarlah, Mama.InsyaAllah..tak ada apa2,"tenang sungguh Hamka menghadap ujian sebegini. Dia duduk di sebelah mertuanya, sepi tanpa bicara.

Tatkala pintu OT di buka, Hamka terus menuju ke arah Dr Brenda.
" Hamka! Its good to see you," ceria saja suara Doktor itu.
"Is everything okay, Doc?" soal Hamka.
"Well, the placenta was stuck on the wall of the womb, so we have to remove it manually. Its all over now.She's alright.She lost a bit of blood. No transfusion needed, though."Dr Brenda memberitahu.
"Alhamdulillah....thanks Doctor."Hamka mengucapkah terima kasih kepada doktor itu.
"Its a miracle that she survived the ordeal.You know her plight, dont you?" tambah Dr Brenda.
"It's God's work, Doc. Its all thanks to Allah,"jawab Hamka.
"Yeah..I agree.God has it all planned for Syifah. She's a strong girl, I can say."


Selepas Syifah disorong keluar, Dr Brenda pun meminta diri. Wajah Syifah masih pucat, namun dia mampu tersenyum.
"Abang..."lesu saja suaranya.
"Semuanya dah selesai, sayang,"pujuk Hamka.Di belai pipi isterinya.Jururawat yg sedang mendorong katil hanya tersenyum melihat Hamka.

Malam itu, adalah malam yg sunguh bahagia buat Syifah. Selepas mama dan Papanya pulang, Hamka menggendong bayi kecilnya.
"Kita nak namakan dia apa, Bang?" tanya Syifah.
Hamka mengelus pipi anaknya. Dia tersenyum memandang Syifah.
"Siti Nurunnur...boleh tak sayang?"
"Cahaya segala cahaya?"tanya Syifah, inginkan kepastian.
Hamka mengangguk. Dia merapati isterinya yg sedang berbaring. Bayi comel itu di letak disebelah isterinya.

"Mungkin Syifah tak pernah tahu...."Hamka memulakan.
"Tahu apa, bang?"
"Sewaktu abang pulang dari Iraq, memang abang tak nampak Syifah. nak tanya pada mak, abang segan. Tapi mak pula yg bersuara untuk menyatukan kita. Kemudian itu, bila abang dapat tahu Syifah dah jadi tunangan orang....ada kekecewaan sedikit di kala itu. Tapi abang sedar, itu hak Tuhan. Kita hidup kerananya, berkeluarga pun keranaNya."
"Tapi Syifah lihat, abang biasa-biasa je..."pintas Syifah.
"Itulah sayang, abang memang tak pandai nak tunjukkan apa yg ada dalam hati abang. Cuma bila dah setahun selepas ketiadaan arwahnya, abang memberanikan diri, menyatakan hasrat abang."Hamka tersenyum.
"Abang, kenapa abang ambil Syifah sebagai isteri? Pernah ke abang cintakan Syifah sebelum ini?"
"Perlu ke abang jawab soalan itu, sayang?"
Syifah mengambil tangan suaminya lalu dikucup tangan itu,"Abang kan tahu keadaan Syifah dulu...."
"Abang pinang Syifah kerana sayang, abang nak cuba beri Syifah kebahagiaan yg hakiki.Perasaan cinta itu maknawi...susah untuk ditafsirkan.Tapi yg penting, masihkah ada cinta Tuhan untuk kita? Itu yg abang cari selama ini...dan Abang tahu, dgn Syifah, abang akan berjaya mencari cinta Tuhan kerana abang yakin Syifah pun bercita2 mencari cinta yg sejati itu."
"Terima Kasih, bang. Kerana memberi Syifah peluang untuk mencari cinta Tuhan."
"Sebab tu, sayang, nama anak kita Nurunnur.Bukan saja dia memberi cahaya kpd kita, bahkan kita akan didik dia untuk memberi cahaya kepada semua."

Airmata mengalir dari bibir mata Syifah. Airmata kesyukuran kerana Tuhan telah memberikannya nikmat terbesar buatnya. Nikmat cinta kan Tuhan...

4 comments:

ManjLara said...

salam hannah!
erm..dpt juga sy khatamkan! klu ada edisi cetak, da tntu sy akan dapatkan satu utk koleksi peribadi :) keep-up ye!
~LaRa~

Ummihana said...

Siapalah yg nk publish benda merepek mcm ni....
Thanx
lara....

SHH's CORNER said...

sebenarnya saya x berapa nak faham. shifa sakit apa?

SHH's CORNER said...

sebenarnya saya x berapa nak faham. shifa sakit apa?