Hanim menguis pasir dengan sandal Timberlandnya. Dari pejabat majalah Ikhwan tadi,dia terus kesitu setelah memaklumkan kepada Mamanya.Dia perlu merehatkan fikirannya yang semakin sendat. Bukan saja keputusan ‘O’ levelsnya YG akan keluar lagi tiga hari menyesakkan setiap pernafasannya, tapi juga tentang apa yg berlaku keatas diri dan hidupnya. Dia masih teringatkan kata-kata kawan-kawannya tempoh hari. Masih terngiang-ngiang teguran Sarah ditelinganya. Kenapa tunang lama-lama? Habis nak suruh aku nikah dalam usia semuda 17 tahun ni? Satu apa pun dia tak faham. Kalau masalah fekah rumahtangga tu, memanglah semua dah dipelajarinya disekolah…tapi untuk menjadi isteri kepada seorang suami, dia masih belum mampu. Mana sama teori dan praktikal?Teringat pula nasihat kakak iparnya sewaktu dia bersetuju dgn pertunangan itu.
“Kahwin bukan main pondok-pondok. Hidup ni bukan satu fairytale.Aku bukan Cinderella,”getus hatinya. Entah kenapa, hatinya seolah-olah mencabar mindanya. Hanim mengeluh lagi. Dia tahu, Iskandar amat prihatin dengannya walaupun tidak pernah ditunjukkan secara lahir. Dia teringat pada kata-kata abangnya pula. Sewaktu Hisyam menghulurkan satu envelope kecil yang tertera namanya.Kata Hisyam, itu dari Iskandar Syah.
“Ini dari Iskandar. Buat belanja sekolah,”ringkas kata-kata abangnya.
Matanya membulat, tidak faham dengan pemberian itu. Hisyam tersenyum melihat reaksinya ketika itu.
“Its just a token, dik. Dia rasa he should help lessen our burden. Dia kata, you’re partly his responsibilities now, walaupun dalam Islam tak ada kata macam tu.”beritahu Hisyam tenang melihat reaksi di wajah Hanim.
Hanim tersenyum seorang diri. He’s such a good person. Selama dua bulan ni pun, jarang dia menghubungi Hanim. Kalau orang lain, tentu dah selalu bergayut di telefon,tapi bukan Iskandar. Hanim amat menghormatinya.Dalam gila-gila Iskandar, ada juga tatasusila dan prinsip yg boleh dikagumi. Hanim tahu dia tak menyesal dengan keputusannya, tidak sama sekali. Tapi Saiful Alam? Kenapa harus dia berbuat begitu? Kalau betul pemberiannya selama ini bukan dari Iskandar? Apa motifnya? Apa helahnya? Hanim memeluk tubuh. Angin sepoi-sepoi bahasa itu amat menyegarkan tetapi kenapa dia terasa dingin semacam? Pantai East Coast yang ceria dengan tawa dan gurauan pengunjung seakan-akan berpusing-pusing dihadapannya. Hanim cuba gagahkan dirinya untuk ke kiosk beverage yang berada beberapa meter dari tempat dia merehatkan diri. Dia perlu mengisi perutnya sebelum gastric datang bertandang lagi. Peluh dingin didahi sudah terasa.Tangannya semakin sejuk manakala rasa mual mula menguasai dirinya.
“Ya Allah…bantulah,”rayunya. Bukan dia sengaja tidak mahu makan hari itu tetapi seleranya seolah-olah tidak datang mengunjung. Selepas keluar dari pejabat Ikhwan tadi pun, dia lupa hendak membeli coklat seperti lazimnya. Bukannya tak ada kedai berdekatan dengan pejabat tadi, tapi kerana alpa yg mengunjung diri yg lemah itu…
Hanim mengambil sebatang coklat Mars lalu disuakan kepada cashier yang bertugas.
“A cup of blended soya bean too,”pesannya. Tika ini, perutnya sudah terasa pedih.Kalau dirumah sudah tentu Hanim akan memaksa diri untuk memuntahkan rasa pahit ditekaknya.tapi sekarang dia berada dikhalayak ramai. Takkan nak berbuat sedemikian di tepi jalan tadi?
“Are you okay?”Tanya cashier yang bertugas melihat Hanim terduduk menahan perutnya.Hanim tidak mampu menjawab.Coklat Mars ditangan terlepas dari pegangan.Pandangannya semakin kabur.Tubuhnya semakin dingin, macam ada di khutub utara saja rasanya.
“Hey, help her up.Got to call the ambulance,”hanya itu yang didengari Hanim.Selepas itu, semuanya hanya gelap sahaja.
“She’s up,” terdengar suara disisinya.Hanim cuba membuka mata. Dia cuba mengingat-ingat apa yang berlaku. Di lihat sekelilingnya,ada wajah-wajah yang tidak dikenali.
“What happened?”Hanim cuba bertanya.
Gadis Cina yang sedang duduk mengadapnya tersenyum,”You fainted while waiting for me to serve your drink.”
Hanim cuba mengingat kembali apa yang dilakukannya sebelum itu. Melihat reaksi Hanim, gadis itu menyambung lagi.
“We were about to call the ambulance when your handphone rang. Sorry, but I open your side pocket to get it.” Gadis itu menudingkan jari ke arah beg Hanim yg terletak disisinya. Hanim hanya mengangguk. Lemah badannya masih terasa.Kepalanya masih terasa berat.
Gadis itu kemudia memberitahu lagi,”A guy was on the line, so I told him about you fainting in front of our kiosk. He told us to wait for him to fetch you.”
“Did he tell you who he was?”Tanya Hanim malu-malu.Malu kerana dia menyusahkan gadis Cina itu. Gadis itu menggeleng,”You could check it out on your phone,”katanya lembut.
Hanim menganguk lemah,”Thanks and sorry. Sorry because I troubled you guys,”tutur Hanim sopan. Dia mahu berdiri tapi ditahan oleh gadis itu.
“You’re not okay yet.I can see that. Why don’t you just wait here for that guy who called?”
“I don’t feel nice..”pintas Hanim.Memang dia tidak mahu menyusahkan gadis itu lagi.
“Nah, it’s okay. Its not that busy today,”gadis itu membalas mesra,”I’m Aileen.Aileen Tan.”Dia menghulur tangan.
“Hanim.Nur Hanim.Nice to meet you,”jawab Hanim sambil menyambut huluran tangan itu.
Gadis itu bergerak kearah cashier counter didepan.Dia menyertai rakan-rakan sekerjanya melayan pelanggan yang datang.
“What’s wrong with you actually?”soalnya dari kaunter.
“Gastric, very critical..”jawab Hanim, masih lagi bersandar di kerusi yang Aileen sediakan.
“Skipped lunch?”soalnya lagi.Dia menghulurkan Hanim segelas Milo suam.
“Both breakfast and lunch.I was meeting a dateline for my article,”beritahu Hanim jujur.
“You’re a journalist?”tanya Aileen lagi,matanya membulat seolah-olah tidak mempercayai apa yang dikatakan Hanim.Begitu juga dua rakannya yang berada di kaunter.
“Yes and no.”balas Hanim.Milo ditangan disuakan ke bibir. Terasa segar sedikit tubuhnya.
“I am a student at the private Muslim school near Bugis and also a part time writer….Journalist, I am not…not certified,yet,”Hanim tertawa kecil.
Gadis itu juga turut tertawa,”Finish up that Milo before it gets cold.You need something to fill your stomach.”
Dia meninggalkan Hanim sendirian di situ. Hanim baru saja mahu membelek handphonenya bila dia terdengar satu suara familiar dikaunter.
“Excuse me, is there a Malay girl …..”kata-kata itu dipintas Aileen.
“Sir, you’re looking for Hanim? The girl who fainted?”soalnya.
“Yes,may I now where she is?” terdengar suara Iskandar bertanya.Kedengaran suara itu agak cemas.
“And you are?” Tanya Aileen lagi.Kali ini jantung Hanim seperti mahu berhenti berdegup. Dunia seolah-olah berhenti bergerak.Statik.
“I am her neighbour,close friend,”beritahu Iskandar selepas diam beberapa ketika.
Didalam kereta, Hanim yang duduk seat belakang hanya membisu. Rasa bersalah bermain-main dihati.
“Kenapa tak makan? Hanim ingat Hanim super sonic ke?” Tanya Is, sempat lagi membuat lawak.
“Kenapa tak beritahu abang Hisyam?” soalan Is tidak Hanim jawab malah dibalas dengan satu soalan.
“Dah call, tapi dia lagi meeting kat site,”Iskandar jawab pendek.
“I was having lunch with my friends.Tiba-tiba tak sedap hati.”Iskandar bersuara lagi.Dia melihat Hanim melalui cermin didepannya.Hanim memandang keluar tingkap.Tudungnya dibetulkan.
“Girl, you have not answered me,”tegas suara Iskandar.
“Sorry, Hanim lupa,”perlahan saja Hanim menjawab.Tak perlu nak bela diri, kerana memang sah itu kesalahannya.
“Dah..next time, no more excuses,”Iskandar memberi amaran.
“Macam abang Hisyam…Awak marah saya,kan?”tercetus keluar dari mulut Hanim.Dia pun tak tahu bagaimana kata-kata itu boleh terkeluar sedangkan dia hanya berkata didalam hati.
Iskandar menoleh memandang Hanim.Dia mengeluh kecil.
“Am I just a brother to you?” soalnya. Matanya mencerun memandang wajah tunangnya.
Hanim terkedu, tidak mampu menjawab.
“Hanim?”Iskandar memanggil lagi.
“Iskandar..kan saya dah kata, saya tetap tunang awak selagi kita tak disatukan dengan satu ikatan yg halal.I think you should understand me that way…” Hanim cuba mengukir satu senyuman.
“Dahl ah..take a rest. Kita balik my house.Ibu dah masakkan untuk you,”tenang saja Iskandar memberitahu. Hanim tak jadi memejamkan mata. Terperanjat mendengar destinasi seterusnya.Biar betul…
“Huh?” Dia mengangkat kening, tanda tak faham dengan kata-kata Iskandar.
“I called Ibu about you. Ibu pula called ur Mama at work.So, mereka sepakat suruh I bawa you balik.Nanti after work, Hisyam will fetch you. Mama overtime.”selamba Iskandar bertutur.
“Mama?”soal Hanim.Iskandar mengangguk.Matanya ditumpukan pada pemanduannya.Tidak sedikit pun dia menghiraukan Hanim yang sudah tidak keruan dibelakang.
“Jangan takut,lah.Ibu seorang aje kat rumah.Ayah tak ada.Busy kat masjid. Lepas hantar you, I am joining the boys kat bawah.”Iskandar seolah-olah dapat membaca fikiran tunangnya.
“Main bola lagi? Tak habis-habis….” Hanim menggumam.
“Siapa kata? Kitorang ada meeting aje.Takut I main bola, lepas tu accident ke?” Iskandar berseloroh. Hanim membuat muka.
“Atau you want your former mentor to nurse you?”Iskandar tertawa sendiri dengan kata-katanya itu.
”Merepek.”Hanim membalas rendah tetapi dalam hati, dia bersyukur kerana Is takkan ada dirumahnya nanti…
“Baiknya mereka,Ya Allah,”tercetus pujian itu didalam hati gadis itu.
No comments:
Post a Comment