Monday, August 11, 2008
Ikhlas mengasihimu 8
"Apa yang kau buat ni Ryl? Kau tahu tak, kau dah malukan Papa dan Mama?"bentak Mamanya, Puan Noraini. ZunnurAin yang duduk di sisi wanita itu tersentak dengan kata-kata amarahnya.
"Ryl buat yang terbaik, Ma. Papa..Ryl tahu, memang hajat mama dan Papa berbesan dengan Ibu dan Ayah. Tapi Ryl mahukan yang terbaik buat Ain.Ryl sayangkan dia. Ryl nak lihat Ain bahagia."tenang suara lelaki itu.
"Kalau Ryl sayangkan dia, kalau Ryl nak lihat dia bahagia, kenapa ajak mama dan papa kesini? Semata-mata kerana nak putuskan pertunangan Ryl dengan Ain? Dulu Ryl juga yang setuju dengan pertunangan ini."Suara Encik Murad agak tegang kedengaran. Namun sedikit pun ketenangan di wajah Khyryl tidak berubah. Dia bangun dari duduknya lalu merapati ZunnurAin.
"Ain, dah baca surat abang?"soalnya lembut, persis memujuk seorang adik yang sedang merajuk. ZunnurAin menggeleng kepala.Tidak mahu melihat wajah di hadapanya. Ibunya yang berada di kiri Ain, menggenggam erat tangan anaknya, sekadar memberi semangat.
"Ain, abang memang sayangkan Ain. Mak ayah kita berkawan lama. Walaupun abang tak pernah rapat dengan Ain, abang tahu sedikit sebanyak tentang Ain. Ain yang manja, yang keras kepala, yang berdedikasi. Ain susah nak putus asa. I like the way you look at life. Dan abang tahu, disebalik kecekalan Ain, ada seseorang. Mungkin Ain tak perasan akan hal itu.Ain...look here."Khyryl memanggil. Perlahan ZunnurAin mendongak memandang wajah Khyryl.
Sedari lepas Asar tadi Budi sudah tercongok di rumah ini. Namun Ain tetap tidak mahu keluar menemui tetamunya itu. Alasan yang diberikan, Ain malas nak bersiap. Ain letih, tak larat nak bangun. Akhirnya Zahidah mengajak Budi masuk ke kamar Ain selepas memastikan anaknya itu berpakaian rapi.
Ain masih lagi berbaring, membelakangkan Budi Aerman. Selimutnya ditarik hingga ke leher walaupun dia sudah lengkap menutup aurat. Dia sebenarnya mahu menunjukkan protesnya terhadap Budi Aerman. Budi sekadar memandang ZunnurAin dengan hambar.Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dikatakan.Lidahnya seolah-olah kelu melihat gadis itu. Surat di atas meja sisi diambil lalu dibacanya.
“Inilah surat yang Khyryl maksudkan,”detik hatinya. Dia memandang Puan Zahidah yang duduk dibelakangnya. Surat itu ditunjukkan pada guru ngajinya itu. Perlahan Puan Zahidah mengangguk, mengiyakan pertanyaan Budi. Surat itu dibaca sekali lalu kerana isinya sudah diceritakan kepadanya oleh Puan Zahidah tadi. Bahkan sewaktu Khyryl menjemputnya di Golden Mile pagi tadi pun, Khyryl sudah menceritakan semuanya. Walaupun bagi Budi, Khyryl telah melakukan satu kerja gila, dia tidak mampu menafikan andaian Khyryl terhadap keakraban dia dan Zin. Mungkin mereka salah tanggapan, itu yang Budi cuba tanamkan didalam hatinya.
Surat itu dilipat kemas dan disimpan semula didalam sampulnya.
“Zin…aku datang ni. Tak nak berbual dengan aku ke? Kau kata, kau dah lama tak ada kawan gaduh?” Budi memulakan bicara. Tiada balasan diterima tapi esakan suara ZunnurAin semakin ketara.
“Ain, tak mo lah nangis. Dari kecik, kau asyik nangis jer. Ni aku dah balik pun, kau nak nangis lagi?” Budi cuba mengawal situasi. Terasa bodoh lawak yang dibuatnya. ZunnurAin memusingkan tubuh mengadap temannya itu. Wajahnya basah dengan linangan airmata.
“Kenapa kau balik sekarang? Untuk ucapkan tahniah pada aku kerana putus tunang?” kedengan sinis suara ZunnurAin disebalik tangisnya.
“Zin…aku tak niat macam itu.” Balas Budi serius.
“Kenapa kau tinggalkan aku? Tak jawab sms aku? Pergilah…aku benci semua orang!” tinggi suara ZunnurAin menengking Budi Aerman. Pemuda itu tetap tenang.memang perkara ini sudah dijangkakan. ZunnurAin senang merasakan dirinya di perkotak katik orang sekeliling. Kalau dulu, dia percayakan Budi, kini Budi juga sudah di curigai.
“Zin, aku pun tak tahu benda ni akan berlaku. Bukan niat aku. Mungkin mereka salah faham. Aku akan beritahu Khryl. Dia salah faham, Zin. Kita boleh perbetulkan masalah ini, okay. Aku janji.”pujuk Budi Aerman.
“Tak payah. Aku takkan kahwin dengan abang Khyryl. Dia anggap aku macam adik dia.” Balas ZunnurAin lagi.
“Kau sedih pasal tu, Zin?” bergetar suara Budi menyoal. Apakah temannya ini sudah mula menerima kehadiran Khyryl sebagai bakal suami? ZunnurAin menggeleng kepala.
“Tak…aku suka pasal dia tak memaksa aku. Kau dah baca kad jemputan yang abang Khyryl buat?” Zin terus menyoal datar. Tiada reaksi diwajahnya.
Budi sekadar mengangguk. Tadi sewaktu sampai kerumah itu, Puan Zahidah telah menunjukkan kad jemputan perkahwinan ZunnurAin. Apa yang memeranjatkan, nama Khryl sudah ditukar kepada namanya sendiri. Dialah bakal pengantin lelaki yang akan di ijab kabulkan dengan Nur ZunnurAin Binti Hj. Bakhtiar. Memang dia terkesima menatap kad jemputan itu. Tidak disangka sama sekali, selama dia bersahabat dengan tunang ZunnurAin, lelaki itu cepat menganalisa keadaan. Sesekali, timbul rasa menyesal dihati Budi Aerman.
“Zin, kita lupakan tentang kad itu dulu, okay? Aku lihat wajah kau pucat.Bibir kau pecah-pecah.Makcik kata kau dah berapa hari tak makan. Kau mogok ya Zin?” Budi mengajukan pertanyaan. Risau dia melihat wajah Zin yang pucat begitu.
“Aku tak seleralah Budi.” Tangisnya sudah sedikit reda.
“Makanlah sikit.Minum Hot Chocolate ke. Janganlah biarkan perut tu kosong,”pujuk Budi lagi.
“Budi, pasal pernikahan tu…:”ZunnurAin bersuara lirih. Airmatanya bergenang lagi.
“Dahlah tu, kan aku dah kata, jangan fikirkan dulu?”
“Aku…Zin….serahkan pada Budi saja.” Terdengar helaan nafas lega dari Puan Zahidah yang sedari tadi hanya diam membisu mendengar perbualan Budi dan Ain.
“Terpulanglah kalau kau nak batalkan atau apa saja. Cuma aku nak beritahu…”suara Zin mati di situ.
“Esok, aku akan berangkat ke Pekan Baru lagi.Tiket dah aku tempah. Kau tak marah, kan Budi?” perlahan Zin bersuara. Budi Aerman terkesima mendengar kata-kata ZunnurAin. Dia nak ke Pekan Baru lagi. Bererti lagi dua bulan , baru dia akan kembali berpijak ke bumi Singapura ini. Sekali lagi dia akan kehilangan gadis itu? Berjauhan dengan gadis itu?
“Budi…kau tak marah, kan kalau aku pergi?” tanya ZunnurAin, tidak berani menatap wajah Budi seperti tadi.
“Uhh..hmm….kau berjanji akan jaga diri,kan?” soal Budi kembali. Soalan ZunnurAin dibiarkan tidak berjawab.
“Tentulah…Aunty Humairah nanti akan jaga aku kat sana. Please..Budi? Kalau engkau tak backing aku, nanti semua orang tak lepaskan aku,” ZunnurAin memujuk.
Budi sekadar memandang wajah gadis itu kosong. Kenapa pula dia meminta kebenaran aku? Bukan ayah dan ibunya? Budi saling memandang wajah ZunnurAin dan ibunya bergantian. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Majlis akan berjalan seminggu saja dari sekarang. Yang dia tahu, Khyryl sudah mula menghantar kad-kad kerumah tetamu. Memandangkan Puan Zahidah dan Pakcik Bakhtiar adalah anak jati Indonesia yang telah mendapat kerakyatan disini, keluarganya tidak akan turun ke Singapura. Hanya teman-teman dan rakan setugas saja yang akan hadir. Namun itu sudah cukup untuk membuat malu pada kedua suami isteri itu kalau pengantin perempuannya tidak ada di sini. Tetamu akan mula berkata, dan itu perkara terakhir yang Budi sanggup mendengar. Dia tidak mahu mereka menanggung malu.
“ Zin, boleh pergi..tapi bersyarat. Budi akan kenakan tiga syarat.” Tenang wajah ZunnurAin dipandang. Terserlah keceriaan diwajah gadis itu.
“Syarat apa pun, Zin tak kisah….”gadis itu cepat memintas. Budi memandang wajah Puan Zahidah yang terkejut dengan kebenaran yang dia berikan.
“First, Zin kena keluar makan. Muka tu macam anak ayam yang dah hilang mak dia aja. Second, nanti Budi nak tahu apa yang Zin pack ke sana. Third, pernikahan tetap berjalan, tanpa ZunnurAin sebagai pengantin disisi.” Budi menuturkan tanpa memandang wajah ZunnurAin didepan.
“Apa Budi cakap ni? Ain kena ada kat sini, Budi.” Puan Zahidah memprotes.
“Tak apa,lah makcik. Kenduri itu nanti, kita buat majlis kesyukuran. Makcik tak payah risau..Budi akan beritahu Khyryl.
“Kau..kau nak nikah dengan siapa, Budi?” tanya ZunnurAin. Budi memandang wajah temannya itu. Gadis itu kelihatan bingung dengan syrat ketiga tadi. Budi tertawa didalam hati.
“Entah..siapa-siapa sajalah,” jawabnya acuh tak acuh.
Ikhlas mengasihimu 7
"Zin, aku okay.Kau jangan risau. Aku balik lah...Aku pun dah berminggu tak layan kau gaduh! Rindu nak dengar kau marah-marah aku!"
Dia menekan butang.
"message sent" terpapar di skrin telefonnya. Dia yakin Zin akan membaca mesej itu.
Perjalanan dari Puduraya ke Singapura tidaklah selama mana.Perjalanan yang hanya memakan masa lebih kurang empat jam itu dirasakan amat menyesakkan. Pesanan terakhir dari Zin membuat dia terus meminta Asyraf menempahkan tiket pulang ke Singapura. Pada mulanya Budi hanya mahu pulang minggu akan datang. Namun pesanan ringkas yang diterimanya meatikan niatnya itu.
"Asyraf..kau teman aku beli tiket boleh? Aku tak sedap hatilah.macam ada sesuatu yang tak kena dengan Zin."beritahu Budi sewaktu dia sedang menjamah makan malam bersama keluarga Asyraf. Malam itu, isteri Asyraf Salsabila yang memasak. Walaupun sedap masakan isteri sahabatnya, tekak Budi seolah-olah tidak dapat menikmati kelazatan makanan yang terhidang di depannya.
"Hai, tiba-tiba saja nak balik.Tadi beriya-iya nak balik lambat. Kau ada masalah ke Budi?"soal Asyraf. Salsabila yang sedang duduk disisi suaminya pula menyampuk.
"Abang Budi tak selesa kat rumah ni, pasal Sal ada ke? Kalau gitu, Sal tumpang kat asrama sepupu Sal saja di Rawang."
Budi memandang wajah kesua suami isteri didepannya. Mak dan ayah Asyraf sekadar mendengar perbualan itu. Budi menggeleng, menafikan kata-kata Salsabila.
"Bukan..Abang Budi tak kisah pun Sal ada kat sini. Kita fahamlah, kat mana lagi tempat isteri kalau bukan di sisi suaminya. Tapi Zin....mesej yang dia hantar tu macam ada yang tak kena saja. Asyraf, aku cuba call Khyryl, tanya apa yang berlaku, tapi mamat tu relax jer. Dia kata, tak ada apa-apa." Budi senyap seketika.
"Tapi aku kenal Zin...kalau tak ada apa-apa, takkan dia mesej benda-benda macam tu...Aku ingat dia dah berubah...tapi..."kata-kata Budi terhenti disitu.
"Kau yakin kalau kau balik, kau dapat bantu ZunnurAin?" serius soalan Asyraf kepada Budi. Budi sekadar mengangkat bahu. Dia melepaskan nafas dalam-dalam. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tiba-tiba rasa mahu balik dan berjumpa ZunnurAin. Sedangkan dulu dia kesini pun kerana nak elakkan diri dari gadis itu. Hatinya memaksa dia pulang menemui gadis itu.
"Maaflah kalau Sal mencelah. Sal rasa, abang Budi ini simpan perasaan pada gadis itu,lah. Kata abang, Abang Budi datang sini pasal nak tenangkan fikiran.Tapi lihat ni...siapa yang kalut sangat ni..Abang Budi,kan?" Salsabila tiba-tiba mencelah dengan pendapatnya. Asyraf cepat-cepat menepis tangan isterinya. Takut si kawan tersinggung dengan kata-kata gadis lincah itu.Salsabila mengaduh kerana tepisan itu walaupun perlahan, tetap menyengat hatinya.
"Apa abang ni, dari dulu, apa Sal buat tak pernah betul. Kita tahulah awak tak suka kita..."Salsabila seolah-olah merajuk dengan tindakan suaminya. Asyraf sudah tidak terkata apa.Dia meraih tangan isterinya lalu diusap lembut. Budi sekadar tersenyum kecil melihat telatah mereka. Tiba-tiba hatinya teringat pada ZunnurAin. Kalau Zin merajuk, hanya dia yang tahu memujuk…
"Diorang ni, memang macam ni Budi. Si Asyraf tu..tak habis-habis nak buat Salsabila merajuk.Tak tahulah makcik sampai bila nak buat perangai budak-budak macam ni.."ibu Asyraf bersuara. Budi dapat melihat wajah Salsabila merona merah. Mungkin segan ditegur gitu depan tetamunya.
"Sal ni muda lagi makcik. Yang dekat rumah tu, dah jejak dua puluh tahun pun merajuk juga. Tak lama lagi dah nak jadi isteri orang pun tak habis merajuknya."beritahu Budi Aerman.
"Budi cakap pasal siapa ni? Setahu pakcik, Budi tak ada adik beradik lain,kan?"soal Pakcik Ismail, ayah Asyraf pula.
"Err...Budi cakap pasal Zin..ZunnurAin tu,"teragak-agak Budi menjawab.
Suasana sepi seketika. Asyraf berpandangan dengan Salsabila. Macam ada yang tak kena pada hati tamu mereka itu. Budi Aerman sedang berhat galau, teka mereka.
Ikhlas mengasihimu 6
BudyA: Huh?
Khy_temasek: aku kesian tengok dia.
BudyA: Dia tunang kau.Jagalah hati dia.
Khy_temasek: Bro, aku rasa kau dah faham maksud aku.
Khy_temasek:Bukanke kita dah bincang smlm?
BudyA: Aku tak faham.
Khy_temasek: I think u're denying ur own feelings
Khy_temasek:atau mungkin korang dah selalu sgt
Khy_temasek:sampai tak nampak perasaan tu.
BudyA: Ryl..kau bual bahasa apa ni?
BudyA dont understand..haha
Khy_temasek: Come back home.
BudyA: U'll understand,bro!
Khy_temasek: Aku nak sing off dulu.
Khy_temasek: I'll expect u home in2days time.
Khy_temasek: chiao!
BudyA: salam, bro! kita Muslim!
Khy_temasek: Ilal liqa"
BudyA: maas salamah!
Khy_temasek has signed off.
Budy Arman masih lagi menatap laptop yang dipinjam dari temannya. Sudah hampir sebulan di di KL, menumpang di rumah Asyraf Ismail, teman satu kem sewatu dia mengikuti kem Remaja Harapan di rawang beberapa bulan lepas. Mujur, Asyraf sudi menempatkan dia dirumahnya.Kebetulan saudara perempuannya senua diasrama, maka mudahlah dia menerima tetamu lelaki dirumahnya. kak Longnya pula sudah berpindah mengikut abang iparnya ke Langkawi, menguruskan perniaagan keluarga disana.
"Apa yang kau tenung lappy aku tu? Macam nak telan jer.tadi lauk mak aku masak tak sedap ke?" soal Asyraf yang baru masuk ke biliknya.
Budi menoleh sekilas lalu tersenyum hambar. "Aku YM dengan Khyryl tadi. Dia minta aku balik. Aku macam tak faham dengan dia. Aku baru saja kenal dia.Tu pun selepas dia tunang dengan Zin. Tapi cara dia bual dengan kau, macam dah lama kenal. Dia mahu aku balik lusa."
"Habis itu? Apa masalahnya?" soal Asyraf. walaupun Asyraf dan Budi hanya bersahabat di cyberspace selepas pertemuan di kem remaja harapan, hubungan mereka agak rapat.
"Majlis Zin hanya akan berlangsung dua minggu dari sekarang.Kalau boleh, aku tak nak ada dalam majlis itu.Aku risau," Budi memberitahu.
"Kau risaukan apa? Zin?" soal Asyraf lagi.Sedikit sebanyak, Budi ada menceritakan tentang ZunnurAin kepada Asyraf.Budi mengannguk. Dia tak mahu Zin mencarinya sewaktu majlis.Tak manis dilihat orang.
Itu yang dirisaukan.Zin bukannya kisah pun, apa yang orang akan kata!
"Aku rasa, kau sayangkan dia, kan?" Asyraf cuba menebak.
"Isy..sebagai adik, iyalah...tak lebih dari itu,"Budi cepat memintas. Tindakan Budi membuat Asyraf tertawa.
"Kau tak nampak apa yg hati kau rasa.kau cuba nak menafikan.Tapi aku tahu, kau tetrlalu mengambil berat tentang Zin." Asyraf terus menyambung hujjah.
"Jangan nak memandai,lah...Kalau dia dengar, mengamuklah lagi budak tu,"beritahu Budi.
"Budi..aku dulu pun, tak tahu yang aku sayangkan Salsabila. Sal tu garang, nakal dan ada mindset sendiri. Masa dia lari dari asrama, siap aku mengata dia. Tapi bila mak dan ayah aku tunangkan aku dengan dia. Aku tak terkata apa. Menurut mereka, cuma aku yang boleh didik dia. Aku tak rasa macam itu, pun.Tapi lepas nikah ni, baru aku faham..Selama ini, yang aku dok mengata dia, dok marahkan dia, sebenrnya dia dalam perhatian aku." Asyraf berkata. Dia mahu Budi mehamai rasa hatinya sendiri.
"So...sekarang kau dengan Sal?" pertanyaan Budi terhenti disitu.Dia tidak tahu bagaimana meneruskan soalan itu.
"InsyaAllah, nikah di pejabat kadhi akan kami langsungkan bulan depan. Sebenarnya kami dah nikah kampung. Datuk Sal kan imam masjid dikampung dia. Kadhi pencen pula tu." beritahu Asyraf sambil tertawa. Gelihatinya melihat wajah berkerut Budi Arman.
" Kau tak faham apa itu nikah kampung? Nikah yang dibuat secara sah..Ada wali, ada saksi serta ada pengantinnya, tetapi pernikahan itu bukanlah dilakukan oleh orang yang ditauliahkan oleh jabatan agama. Namun begitu, juru nikah itu hendaklah yang ilmu fardhu ainnya mencukupi, memahami maslahat nikah kahwin ni. datuk dia sulu, kerja kat Pejabat tu Bila dah berumur, dia nak dudk kat kampung aja. Dia minta dipindahkan kekampung, apply jadi imam surau kat kampung tu.Sewaktu mak dan ayah aku bercadang nak pinang Salsabila, dia heret sekali aku ke kampung Sal di Kedah tu. Kebetulan Salsabila ada dikampung, ikut Abang Long dia. Waktu itulah, datuk dia nikahkan kami. There and then! Dia pun dah tak ada ayah. Semuanya datuk dan abang dia yang uruskan.Mak dia pula sakit sakit.Mungkin kau akan terperanjat kalau aku kata, kami nikah tanpa wang hantaran, cuma mahar saja. Kau tak nak tahu apa mas kahwin yang Salsabila minta kat aku? "Asyraf kemudian meneruskan cerita.
"Bacaan sempurna juz Amma. Berpeluh aku depan tok ayah! Nasib baik dia tak minta aku baca ikut Qiraat sab'ah ke apa ke.Bacaan sempurna yang tartil, itulah mas kahwin aku malam itu." Asyraf tersenyum tatkala mengimbau kembali saat saat getir menikahi isterinya itu.
Terbeliak mata Budi memandang kawan disebelahnya.
"Maksudkau....kau dah jadi suami dia? Kau dah nikah?" Budi tak percaya dengan apa yang didengarnya.
Dalam tawa kecil, Asyraf mengiyakan soalan Budi.
"Kejap lagi Sal balik sini. Abang Long dan isteri dia nak ke Kedah semula.Nak uruskan majlis kat sana. Nanti kau jumpa isteri aku tu iya. Sal cuma balik sini kalau mak dengan ayah aku ada. Kami belum ada surat nikah, aniaya kalau kena tangkap dengan yang berkuasa," Asyraf sempat membuat lawak.
"Mengarutlah orang-orang macam ni. Benda besar dia tak mahu buat.Aku nampak ramai anak Melayu yang dah rosak kat bandar tu.Gothic semacam...togok beer,macam minum air mineral. Aku risaukan akidah mereka. Loket cross besar tergantung kat dada! Tapi aku tak nampak pun mana-mana pegawai dekati mereka..Jabatan agama tak nampak itu,ke? Antara syariat dan akidah..akidah, percayakan Tuhan, yakin Tuhan itu ada..lebih important. Kita nak kekang maksiat, tapi tak didik dengan rasa bertuhan, mana orang nak ikut syariat!."Budi merengus. Asyraf yang mendengar sekadar menjungkit bahu. Itu memang masalah yang semua rakyat Malaysia nampak.Nah.Sekarang rakyat luar pun dah nampak pincangnya konstitusi itu .Macam manalah nak kata negara Islam, kalau yang mengamalkan Islam adalah rakyat jelata, orang bawahan tapi tidak mereka yang diatas??? dalam diam Asyraf berikrar, Islam akan dibangunkana dalam jiwanya, kemudian jiwa Salsabilah dan juga anak-anak mereka.Bermulanya keluarga sakinah itu adalah dari sebuah Baitul Muslim.
"Sekarang kau tahu, kenapa aku tak mahu kerja dengan mereka, walaupun aku berkelayakkan? Aku tak mahu salah guna kuasa. Lebih baik, aku bekerja dengan ayah aku, buka bisnes sendiri,Aku tak mahu di pertanggungjawabkan di akhirat kelak."Asyraf memberitahu Budi sambil berdiri untuk keluar ke ruang tamu di bawah.
"Ulama itu waris para nabi..itu yang Rasulullah sabdakan.Aku takut jadi ular dalam semak, ulama' suk..."jelas Asyraf lagi.
"Kau fikrkanlah apa yang aku kata tadi.Mungkin Khyryl dapat rasa apa yang aku rasa," Asyraf bersuara sebelum menutup pintu bilik tamu itu. Budi Aerman memandang wajah Asyraf, bahunya diangkat sedikit
Budi mencapai telefon bimbitnya. Kotak inbox dibuka. Mesej dari Zin ditatap lagi.
"Zin, aku okay.Kau jangan risau. Aku balik lah...Aku pun dah berminggu tak layan kau gaduh! Rindu nak dengar kau marah-marah aku!"
Dia menekan butang.
"message sent" terpapar di skrin telefonnya. Dia yakin Zin akan membaca mesej itu.
Ikhlas mengasihimu 5
"Ain ambillah, hadiah itu dari saya. Dah dua bulan kita bertunang Ain.Lagi dua minggu saja, kita akan bergelar suami isteri.."kata-kata Khyryl terputus disitu. ZunnurAin memandang lagi wajah tunangnya. Lagi dua minngu, mereka akan melangsungkan majlis.Ibu dan nek Som sudah mula sibuk dengan segala persiapan.Mujurlah sepupu Ain ada yg membuat service wedding planner.Segala urusan diserahkan pada Kak Lena dan Kak Nour.Ain dan Khyryl tidak perlu berbuat apa-apa. Mereka hanya perlu memberi baju contoh dan segalanya akan disiapkan oleh kedua beradik itu. Bahkan segala persiapan hiasan dalaman dan sebagainya, mereka serahkan pada Kak Lena sepenuhnya. Ain seperti tidak kuasa dengan persiapan mejlisnya sendiri. Walaupun ada sedikit rasa kasihan terhadap Khyryl, Ain cuba buang jauh-jauh.
"Ain..." Khyryl memanggilnya. Ain tersedar dari khayalannya sendiri.Lantas dia melemparkan satu senyuman nipis.
"Sorry, dreaming lagi.Tak sangka dah nak dekat dah....Ain,,,Ain....."ZunnurAin tidak mampu meneruskan kata-katanya. Dia takut kalau dia tak mampu jadi isteri yang baik.Dia tahu dia keras kepala, mahukah Khyryl terus bersabar? Apakah KHyryl akan melayan kerenahnya macam Budi? Hati Ain tiba-tiba sebak memikirkan Budi yang semakin menjauhkan diri. Dengar-dengar Budi sekarang berada di KL.Entah apa yang dibuatnya disana. Nak kata sedang cuti semester, tak mungkin pula. ZunnurAin menghela nafas. Dia melemparkan pandangan keluar pintu utama yang dibiarkan terbuka luas. Ibu dan ayahnya berada didapur. Sengaja mereka membiarkan anaknya berbual dengan Khyryl diruang hadapan.dari dapur pun, mereka masih dapat mengawasi anak gadis itu lagi.
"Ryl rasa, Ain rindukan seseorang,"Khyryl mengambil kesempatan apabila melihat wajah tunangnya yang sedang berduka itu.
"Mana ada? Ain nak rindu siapa? Semua orang ada depan Ain,"cepat-cepat ZunnurAin memintas kata-kata Khyryl itu. Terdengar tunangnya tertawa kecil. Khyryl lantas menggeleng kepala.
"Mungkin Ain tak sedar.Mungki tiada siapa yang sedar tapi Ryl dapat merasakan itu. Ain, kita baru kenal.So Ryl tak boleh nak kata Ryl sayangkan Ain. Mungkin sebagai sahabat, ia. Sebagai saudara seagama, juga, Ryl menyayangi Ain.Tapi Ryl tak tahu, kalau sebagai kekasih....Kita tak pernah berkasih.Tapi Ryl nampak jelas...mata Ain menyuarakan rasa rindu pada Budi." Tenang pemuda itu bersuara. Namun cukup untuk membuat ZunnurAin tersentak.
"Ryl!" ZunnurAin kaget dengan kata-kata tunangnya. Mana mungkin dia merindui seseorang yang bukan muhrimnya. Berderau darah ZunnurAin mendengar kata-kata penuda didepannya.
"Ain jangan salah sangka. Ryl tak niat nak cakap yang bukan-bukan.Ryl tahu, dah lama, Budi pergi,kan?"tanya Khyryl lembut. Kelembuatannya membuat Ain berasa syahdu. Rasa bersalah bermain di dalam hatinya kini.Sebak hatinya melihat kesabaran Khyryl. Semakin dia merasakan dia tidak layak buat lelaki itu.
"Ryl ada call dia. Nasib baik handphone dia auto roam. Ain jangan khuatir.Budi sihat, and he's okay. Dia pesan kat Ain suruh jaga diri, jaga agama, jaga kesihatan. Hari dah nak dekat dah." Khyryl menyampaikan pesanan itu kepada tunangnya. Memang suatu ketika dulu, dia berasa cemburu dengan keakraban mereka. Namun fikiran yang rasional membawa dia berfikir tentang kebaikan semua.
"Dia cakap macam tu?"tanya ZunnurAin seperti tidak percaya. Budi menyampaikan pesan melalui Khyryl dan sedikit pun Khyryl tak berkecil hati???
"Ryl tahu dia rindukan Ain..."sambung Khyryl lagi. ZunnurAin menggelengkan kepala.Apa maksud Khyryl memberitahu semua ini? Apa? mahu menguji hati dan dirinya? Hatinya mulik Tuhan sepertimana dirinya jua!!! Mahu saja Ain menangis.
"Ain, listen here. Dia dah lama buat Ain macam adik, sekarang Ain dah nak kahwin. He felt lost. Ryl faham..pasal Ryl pernah merasakan itu. Bila kawan rapat Ryl bernikah, Ryl rasa keseorangan. Ryl tak marah, kalau Ain pun rindukan dia.Mana ada adik yang tak rindukan abangnya??" Kali ini Khyryl mengeluarkan sesuatu dari briefcasenya. Lelaki itu datang terus dari pejabat, detak hati ZunnurAin melihat briefcase Khyryl. Tapi, apa pula yang hendak dia beri pada ZunnurAin kali ini?
"Ain, Ryl sayangkan Ain sebagai sesama muslim. Ain, Ryl sayang Ain macam seorang adik. Ryl tak ada adik perempuan,Ain. Ingat tu sampai bila-bila. Ambillah surat ni. Bila Ain dah baca, Ain akan faham. Ryl nak balik. Banyakl lagi tugas Ryl yang belum selesai. Ryl balik dulu, sayang." Ada getar pada kata-kata itu. ZunnurAin memandang wajah Khyryl dalam-dalam. Dia cuba mencerna maksud kata-kata lelaki itu. Tapi otanknya seperti sudah tepu, tidak mahu berfikir lebih lanjut.
Ain sekadar menghulur tangan menyambut sampul surat ditangan Khyryl. Ucapan lelaki itu masih bermain dibenaknya. Dia menarik nafas dalam dalam. “ryl sayang Ain macam adik….” Apa maksud Khyryl???!!!! Gadis itu tidak turut menghantar Khyryl ke pintu utama. Hanya ibu dan abah saja yang menghantar Khyryl kemuka pintu. ZunnurAin terus kaku di situ.....Hatinya sudah terbang....entah kemana.
"Ain, Ryl sayangkan Ain sebagai sesama muslim.Ain, Ryl sayang Ain macam seorang adik. Ryl tak ada adik perempuan,Ain.Ingat tu sampai bila-bila. Ambillah surat ni. Bila Ain dah baca, Ain akan faham. Ryl nak balik. Banyakl lagi tugas Ryl yang belum selesai. Ryl balik dulu, sayang."
Apa maksud dia? Kenapa dia kata begitu? Bukankah dia tunang aku? Kenapa Budi sambut panggilan dia, dan tidak pada panggilan aku? Apa muslihat mereka berdua?
Satu demi satu persoalan bermain difikiran Ain.perlahan dia melucutkan tudung yang masih melitupi kepalanya. Torhah dari Turkey pemberian Budi dua tahun yang dulu itu dicampak disisi katil. Bencikah dia pada Budi? Sayangkah dia pada Khyryl? Dia tahu, Khyryl baik, ikhals mengenalinya. Tetapi kenapa Budi melarikan diri? Hina sangat ke Ain ni? Budi dah benci tengok muka Ain ke???
Surat dari Khyryl masih elok terletak diatas meja soleknya. Ain masih belum mahu membaca.Dia tidak mampu menerima berita atau kejutan apa-apa lagi.Kepulangannya ke Singapura, terlalu memberi tekanan. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia terbang semula ke Pekan Baru, hidup aman dikampung kecil yang unik lagi menenagkan fikiran. Dia lebih sanggup menjaga ikan-ikan Patin dan membantu menjahit di sana, daripada dibebani mesalah yang menyesakkan ini. Apakah Budi akan pulang kalau Ain menerima Khyryl sebagai insan yang dijodohkan orang tua? Apakah Budi akan mengambil berat akan diri Ain lagi kalau Khyryl sudah bergelar suami. Bukankah waktu itu Khyryl yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Ain? Apakah Khyryl akan redha kalau Budi masih lagi menjadi tempat mengadu Ain?
ZunnurAin merebahkan diri diatas katil. Tangannya mencapai telefon bimbit diatas meja sisi. Nama Budi di cari dalam senarai contacts.
"Budi..aku tahu kau akan baca mesej ni. Khyry kata dia dapat hubungi kau. Baliklah...aku rindu...aku bosan. Tak ada sapa yang nak gaduh dgn aku skrg ni.Takkan aku nak gaduh dgn Khyryl.Aku tak kenal dia."
Butang "send" ditekan. Harap harap Budi membacanya walau di Bumi mana saja dia berada. Khyryl...kenapa lelaki itu tidak sedikit pun cemburu akan keakrabannya dengan Budi? Bagaimana lelaki itu tahu bahawa dia merindui Budi? Betulkah dia meridui teman sepermainannya itu? Matanya masih menatap telefon bimbitnya, mengaharapkan sebuah jawaban, tapi hampa. Sehingga dia terlelap, tiada jawaban yang diterima oleh Budi Aerman.
Ikhlas mengasihimu 4
"Masak apa pulak, kau hari ini?"tanya Nek Som sambil menarik tangan ZunnurAin masuk kerumahnya.
"Adalah...special ni, khas buat nenek,"beritahu gadis itu. Dia nampak manis dengan baju kurung Pahang warna peach serta tudung labuh dengan warna senada.
"Nak pergi mana, cucu nenek ni?"tanya Nek Som lagi. ZunnurAin sekadar tertawa kecil. Dia memepragakan bajunya didepan wanita separuh umur itu.
"Cantik tak, Nek? Zin beli semalam kat Geylang. Lawa kan warna dia?" ZunnurAin memberitahu. Nek Som mengangguk setuju. Budak tinggi lampai macam ZunnurAin, pakai baju lusuh pun nampak cantik.Cuma bila dah merajuk saja, buruk dipandang. Namun rasa hati itu tidak di perdengarkan.
"ZunnurAin.....kamu ni dah nak jadi isteri orang dah...masih manja dengan nenek...belajarlah matang sikit. Apa kata mak mertua kamu nanti,"Nek Som sudah mula sessi berleter. Sebulkan dua lagi, memang siayu didepannya akan memnjadi isteri orang, tapi manjanya maish ketara. Nek Som sebenarnya risau kalau keluarga bakal suami ZunnurAin tidak suka dengan keakraban dia dan gadis itu.Tambahan pula, dia mempunyai seorang cucu lelaki yang begitu rapat dengan ZunnurAin.
"Alah, Nek....takkan dah nikah nanti, Ain terus tak boleh datang kesini? Nenek pun nenek Ain jugak,kan?"si gadis mula mempersoalkan haknya. Nek Som hanya mengeluh kecil sambil menggeleng kepala.
"Tak boleh, Zin... Apa kata orang? Apa kata suami kau? Kat rumah ni, ada aku.Kita tak muhrim.Aku tahu, alasan kau, kita kan macam adik beradik. Aku pun tahu, kau bijak jaga diri kau, jaga syariat dan agama kau...Tapi kita kena hormat perasaan orang lain." Tiba-tiba suara Budi Aerman terdengar dari dalam kamarnya.
ZunnurAin memandang wajah Nek Som kelat. Jelas di wajahya perasaan tidak senang dengan kata-kata Budi Arman. Semenjak peristiwa di pantai itu, dan selepas Budi menyampaikan hadiah dari tunangnya, Budi seakan menjauhkan diri dari ZunnurAin. Budi sudah tidak menegur sapa, bila mereka terserempak di dalam bas. Bahkan jarang-jarang Budi mahu menghantar sms untuknya, tidak seperti selalu. Apakah dia harus dijauhi apabila sudah menjadi tunangan orang?? ZunnurAin yakin, Budi sudah tidak seperti dahulu. Mendengar kata-kata Budi itu, dia mula mahu melangkahkan kaki meninggalkan rumah itu.
Sejurus itu, Budi keluar dari kamarnya. Dia tersenyum kearah ZunnurAin lantas mengarahkan gadis itu agar duduk di ruang tamu. Budi mengambil tempat bertentangan ZunnurAin. Dia tahu, Zin terasa jauh hati dengan timdakannya. Tapi bukankah itu yang sebaik-baiknya? Dia memandang tunak kepada gadis yang sedang duduk dihadapannya.
"Dah buka hadiah dari tunang kau itu?" soalnya. Zin hanya mengangguk. Tidak sedikit pun mahu memandang wajah Budi Aerman. Kalau orang dah tak sudi, buat apa dia hendak menyua muka?
"Cubalah mengenali hati budinya. Dia sedang cuba mengenali kau, Zin. Aku tak perlu nak ajar kau.Kau lebih tahu.Aku yakin itu." ZunnurAin menoleh, memandang wajah Budi Aerman dengan renungan tajam. Bukankah pemuda itu tahu, pertunangan itu sesuatu yang dirancang? Macam mana dia nak mengenali hati budi tunangnya kalau dia sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku?
"Ain, dengarlah cakap Budi ya? Diakan dan macam abang Ain sendiri. Cuba terima kehadiran tunang Ain tu...Ni tidak, nak sebut nama dia pun Ain tak bagi. Nek Som tak tahu macam mana kalau Ain dah nikah nanti. Ibu Ain pun mahukan yang terbaik untuk Ain. Mana ada ibu yang nak hati dan hidup anaknya punah ranah?"Nek Som menyambung kata-kata cucunya.
ZunnurAin hanya menyepi. Tidak tahu samada mahu melawan kata-kata itu atau mengiyakan. ZunnurAin seorang gadis yang mengaamalkan syariat, mana mungkin dia terus mahu menjauhkan dirinya dari sang suami selepas menikah nanti. Tapi dia masih belum dapat menerima kehadiran lelaki itu didalam hidupnya. Terlalu drastik, baginya. Lebih-lebih lagi, bila Budi juga turut lenyap dari hidupnya, ZunnurAin bertambah bingung.
Sunday, August 10, 2008
Ikhlas mengasihimu 3
"Aku benci kau Budi! Kau khianat aku! Kau kan kenal aku dari dulu lagi, kenapa kau tak cakap dengan diorang tu?"bentak ZunnurAin. Airmata laju merembes dari matanya. Budi sekadar membatukan diri. Dia membiarkan ZunnurAin melepaskan marahnya. Kasihan dia melihat wajah Zin semalam sewaktu tetamu yang dimaksudkan datang bertandang. Sedikit pun dia tidak memandang wajah tunangnya. Wajahnya masam mencuka menunjukkan yang dia benar-benar terasa.Dia benar-benar marah dengan apa yang berlaku. Sehingga tetamunya meninggalkan rumah, dia masih diam kaku di hujung ruang tamu.
"Zin, aku minta diri," Budi Arman bersuara rendah.
"Pergilah! Kau jahat!"dengus ZunnurAin sebelum kakinya pantas berjalan menuju ke kamarnya. Bunyi pintu dihempas memeranjatkan seisi rumah. Ibunya keluar dari dapur di ekori Nek Som.
"Zin merajuk.Dia kecil hati,"beritahu Budi Arman kepada yang lain.
"Biarlah, esok saja Budi cakap dengan dia,"balas ayah ZunnurAin.
"Zin, sudah lah tu.Jomlah balik,"pujuk Budi. Dalam cuaca tak menentu begini, dia takut mereka terperangkap dalam hujan. "Dah malam dah ni,"dia terus memujuk. Takkan lah nak overnight kat sini pulak!
"Kau baliklah dulu. Leave me alone. Ain nak tenangkan fikiran,"dalam tangis, gadis itu menjawab.Budi sekadar menggelengkan kepala.Mana mungkin dia membiarkan Zin di situ seorang diri. Bahaya!Kepala berkira-kira samada dia patut menghubungi tunangan si ZunnurAin atau tidak. Segala pro dan kontra sudah diteleknya dalam minda. Akhirnya dia setakat memberitahu Khyryl melalui sms.Pada pemuda itu, diberitahu supaya mendoakan yang terbaik, kerana dia dah tak boleh nak berfikir lagi.
"Budi, I am counting on you,bro!" balasan sms dari Khyryl direnungnya. Masalah korang, aku pula jadi samaritan?Aku ni good samaritan ker? Dia memandang pula ZunnurAin yang sedang bertenggek di atas batu besar itu. Untuk mendekati gadis itu, jauh sekali.
Budi Arman duduk menghadap laluan pejalan kaki.Dari tempat duduknya, dia dapat mengamati keadaan sibuk jalan raya di hadapannya. Minuman di atas meja tidak sedikit pun dijamah. Tekak tidak terasa haus.Malah dia sendiri tidak berasa mahu menyinggah ke sini kalau bukan Khyryl yang beriya-iya mengajaknya tadi. Sewaktu hendak pulang dari kuliahnya di Wisma Indah tadi, dia terserempak dengan Khyryl yang baru keluar dari Muslimedia Bookstore. Entah apalah yang dibelinya. Dia membimbit satu beg plastik kecil. Mungkin berisi buku agama, teka Budi Arman. Pada mulanya Khyryl telah mencadangkan agar mereka ke Starbucks, tapi Budi telah menolak dengar tegas. Lalu, Khyryl mencadangkan mereka ke Royals Cafe yang terletak di sekitar kawasan Siglap saja. Lagipun, kalau masuk waktu solat Asar nanti, bolehlah mereka singgah sebentar ke Masjid Kampung Siglap.
"Kenapa kau ajak aku ke sini? Aku tak terasa nak makan pun. Lain kali kalau nak belanja aku, tunggulah waktu perut aku nyanyi lagu keroncong asli betul-betul.Barulah seronok aku keluar makan," Budi bersuara sambil matanya leka memerhati kawasan sekeliling.
"How was she?" Khyryl bertanya. Budi mengalih pandangan memandang pemuda di sebelahnya. Sudah agak, mesti hendak tanya tentang ZunnurAin.
"She? Who?" sempat lagi dia berlakon seolah-olah tidak memahami soalan semudah itu. Tentulah mamat itu tanyakan hal tunangnya, takkan dia nak ambil tahu hal Nek Som pula, tak gitu?
"Dia...ZunnurAin."pendek balasan Khyryl. Mungkin malu hendak menyebut nama tunang sendiri di depan Budi Arman.
"Oh...Zin,maksud kau. Ingatkan kau tanya hal siapalah tadi,"Budi tertawa kecil. Kemudian dia menghela nafas perlahan.
"She's bad. Real bad. Aku tak pernah lihat dia macam tu. Memanglah kami berjiran dah hampir 20 tahun.Tapi this is the first time, aku lihat dia lari rumah!" memanglah Zin lari rumah, Kalau tak lari, apa pulak nak dikata? Zin jalan-jalan ambil angin jam sembilan malam pasal Zin tak boleh tidur.Terus Zin tahan teksi ke Changi Beach yang setengah jam perjalanan dari rumahnya kalau naik teksi? Masa agreget "O'" levelsnya tak seberapa memuaskan pun, dia masih boleh tersenyum, masih boleh beli kek kat Swensen meraikan kejayaan dia yang tak seberapa itu. Tak seberapa? Sebenarnya, results Zin lebih baik dari kawan-kawan baiknya, tapi Zin ni jenis budak yang meletakkan pengharapan tinggi, itulah dia kata, markahnya tak memuaskan....
"Kalau kau kata, dia lari, macam mana kau dapat kesan dia?"tanya Khyryl dengan riak wajah yang tak dapat nak ditafsirkan. Cemburukah mamat didepannya ini?
"Ibu dia ketuk pintu rumah aku. Nasib baik aku belum masuk tidur. Dia kata, dia lagi dalam biliknya bila dia terdengar pintu utama dibuka, kemudian ditutup perlahan. Bila jenguk dalam bilik Zin, Zin dah tak ada. Kesian makcik..Dahlah ,malam tu pakcik kerja overtime.Si Zin pulak buat hal nak merajuk." Budi memberitahu.
Wajah Khyryl kelihatan tegang mendengar cerita Budi. Dia dapat merasakan keakraban Budi dengan tunangnya semasa mereka berziarah tempoh hari. Semua hidangan dibawa Zin dari dapur dan diserahkan kepada Budi untuk diletakkan di atas meja. Sehingga mahu mengambil bekas pencuci tangan pun, dia memanggil Budi kedapur dan bukannya orang lain. Yang Khyryl lebih pelik lagi, kenapa Budi dan Nek Som patut ada semasa mereka berziarah. Bukankah Budi dan Nek Som sekadar jiran blok saja?? Dia mengambil cawan kopinya dan membawa cawan itu kebibir. Persoalan hatinya tidak langsung dikemukakan kepada empunya diri.
"What makes you think, she was heading to Changi?"soal Khyryl setelah cawannya dikembalikan keatas ceper di atas meja. Budi Arman sekadar mengangkat bahu. Dia menggeleng kepala. Yeah..what makes me think that? soalnya. Macam mana aku tahu dia nak ke sana?
"Call it sixth sense? Tiba-tiba saja aku nak cari kat sana. Lagipun kalau ikut logik, takkan dia tak ke shopping mall pulak? Dah jejak waktu tutup kedai. Ataupun takkan dia nak ke tempat lain? Kalau Changi tu, aku rasa logik pasal, kat sana ada laut, ada pokok. Alam semula jadi. Bila kau dekat dengan nature, hati akan terasa lapang sikit. Dapat lehat kebesaran Tuhan yang tersirat dalam that natural environment. Tu yang aku pun tahan teksi terus kesana. But then......"Budi tidak meneruakan kata-katanya.
"Bukan senang nak cari dia. Aku macam amazing race yang tak ada panduan. Aku tak tahu macam mana nak cari dia. Pantai tu bukannya kecil..Sepanjang pantai tu aku jalan, dalam kelam malam. Akhirnya aku jumpa dia dekat-dekat jetty. Kau tahu jetty kat hujung pantai tu?" soal Budi. Khyryl mengangguk dan kemudia matanya membulat.Jetty??!! Ketawa Budi Arman pecah tatkala melihat reaksi Khyryl.
"Berani nya dia! Tempat tu kan....."Khyryl menggeleng kepala. tak banyak yang dia tahu tentang tunangnya itu. Gadisnya? Entahlah, apakah ZunnurAin akan berjaya dikasihinya,untuk dipanggil gadisnya?
"Mula-mula aku takut juga nak rapati dia.Manalah tahu "cik kak " yang menyerupai dia! Tapi aku terdengar tangisan dia. Lagilah aku haru..rasa macam nak cabut saja. Lepas tu, aku dengar lagi.Tunang kau kata "Budi jahat, pendengki, pengkhianat, penipu!" So, aku yakin itu Zin."cerita Budi.
"Sorry,"perlahan Khyryl menutur."Aku susahkan kau,lah Budi. Aku baru saja kenal kau,pun." Ada riak kesal pada nada suaranya.
"Tak apalah. Zin kawan aku dari kecil, kau tunang dia. Aku harus bantu korang. Time aku susah nanti, aku harap Tuhan datangkan aku bantuan juga!" Budi Arman merendah diri.
"So macam mana kau boleh pujuk dia balik?" tanya Khyryl lagi. Cerita sedih tunangnya belum sampai ke penghujung lagi. Budi melihat wajah Khyryl yang penuh tanda tanya. Pemuda didepannya kelihatan ikhlas menyayangi sahabatnya. Pemuda itu sunguh mahu tahu keadaan tunangnya sendiri. Tapi entahlah.....Zin tu kalau tak pandai dipujuk, akan meletuslah perang yang entah keberapa!
"Nasib baiklah Singapore, Ryl! Kalau Malaysia, aku kena tangkap basah free jer. Dia tu liat juga.Habis dia marah-marah aku itu, ini. Manalah aku tahu nak cakap apa. Yang aku tahu pun, bila makcik dah terima pinangan kau. Makcik datang rumah aku bercerita. Tapi dia tak percaya. Last-last aku kata kat Zin...sampai Zin dah kahwin pun nanti, aku dan Nek Som akan ambil berat hal dia. Aku akan make sure, kau tak apa-apa kan dia. Aku bohong lagi...aku kata, kau dah janji dengan aku, akan sayangi dia, sampai akhir nyawa." Budi melepaskan nafas sekian kalinya. Dia akhir kata-katanya, dia tersenyum bersahaja.
"Dekat 1 pagi, baru dia nak balik.Tu pun pasal dia dah tak tahan kesejukkan. Mana taknya, dia pakai baju kedah dengan kain batik jer. Stokin kemana. Nasib baik dia pakai tudung.Kalau tak, aku tak tahu nak kata apa! Hilang pertimbangan juga kalau orang dah ikut emosi ni.Nafsu mengatasi iman dan akal, inilah jadinya."Keluh Budi Arman membuat Khyryl menggaru kepala yang tidak gatal.
Kali ini, Khyryl yang melepaskan nafas berat. Wajahnya keruh sedikit,"I dont think I could win her. Dalam hati dia, ada kau, lah." Hampir terlepas cawan yang sedang dipegang Budi.
"Hei, Bro! Apa ayat kau berbual ni? Takkan sikit pun kau dah nak mengalah.Nak tarik diri.Manalah tahu Zin sedang nak timbang-timbangkan kehadiran kau ni, kau dah nak withdraw pulak! Zin tu memang macam tu. Alah, masa dia naik secondary school pun, aku yang jadi mangsa ikut dia beli buku, pergi ukur baju sekolah.Dia tak ramai kawan, dan dia takut nak socialise. Jadi dia paksa aku, satu-satunya manusia yang dia boleh buli ni, ke sana kesini. Kononnya, kalau dia jalan dengan aku, tak ada orang akan ganggu, pasal orang ingat aku ni abang dia!"Cepat-cepat Budi Aerman memintas kata-kata Khyryl. Hai, parahlah kalau Khyryl rasa Zin suka kat dia.Zin tu macam adik saja. Kesian Zin, anak tunggal, tak ada abang, tak ada kakak.Sama macam Budi.Sebab tu Budi dia buat macam abangnya sendiri. Khyryl tersenyum mendengar penerangan terperinci tentang Zin. Zin..itu panggilan Budi Aerman terhadap tungnya ZunnurAin.
Mereka meningglkan Cafe itu apabila masuk waktu Asar. Selepas berjemaah di masjid, Khyryl memandu keretanya kerumah Budi. Budi bukannya tidak boleh memandu, tetapi dia sengaja tidak memberli kereta sendiri. Dia mahu sambung belajar.Duit muka untuk kerata, boleh dia gnakan untuk menyambung pengajiannya, dia memberitahu Khyryl. Sebelum membelok kekawasan perumahan Budi, sempat Khyryl bertanya tentang keengganan Budi ke Starbucks awal tadi.
"Kau surf internet kan? Kau baca tak tentang apa yang CEO company tu cakap mengenai keuntungan mereka? Dia salurkan ke Israel untuk perjuangan mereka memerangi Palestin. Kalau aku makan kat situ, aku menyumbang juga kepada musuh Islam yang giat membunuh saudara seagama aku di sana. Aku tak sanggup,Ryl. Aku tak mampu nak bantu rakyat Palestin tu. Sekadar doa saja yang mampu aku panjatkan,"Budi memberitahu datar. Khyryl mengangguk Sebenarnya dia juga menerima email itu, bahkan dia membaca sendiri artikel itu di laman web syarikat ternama itu.Tapi hatinya tidak sedikit tersentuh. Hatinya tidak bergetar sedikit pun. Namun kata-kata Budi Aerman membuat dia malu dengan diri sendiri.
Sebelum Budi keluar dari perut kereta, Khyryl memesannya untuk tidak memberitahu Zin tentang pertemuan itu.Namun dia sempat menyampaikan plastik yang dibawa tadi kepada Budi.
"Kau tolong bagi ni pada dia. Aku dah tulis sedikit nota kat dalam. Beritahu saja, aku jumpa kau bawah blok dan aku titipkan buku ni,"pinta Khyryl.
"So, aku kena bohong lagi,lah ni?" Budi bertanya mengusik.
"Aku tak ada cara lain,lah."balas Khyryl.
"Serahlah pada Tuhan, Dia yang Maha Mengatur.Yang catur hidup kita pun, Tuhan kan?" Khyryl tersenyum tawar dengan kata-kata Budi. Terasa banyak yang dia tidak tahu.