Monday, March 19, 2007

Mungkinkah Part 29[finale]

Suara tangisan bayi kuat kedengaran di telinga. Aduh, baby ni macam tahu pulak Abi dia belum tahajuud. Luqman bangun dengan mata yg terpisat-pisat.Dilihatnya Amierah sedang menyusukan bayi kecil itu.

"Lapar lagi ke, anak abi ni?"tanya Luqman sambil mengucup pipi Amierah. Ibu jarinya bermain-main dgn pipi gebu anaknya itu.

"Hisy..belum gosok gigi,lagi,"tegur isterinya, manja.

"Iyelah, dah ada baby ni, abang cium pun tak boleh. Jealouslah dgn baby ni. baby busyuk pun ummi cium jugak,"Luqman seakan merajuk dgn teguran isterinya.
Amierah tersenyum mendengar keluhan Luqman,"Dahlah, nanti lambat bercinta kat Tuhan. Dia mengungatkan suaminya.

"Nama anak kamu ni, apa?" tany Papa Amierah sewaktu mereka di hospital lagi.

Luqman dan Amierah memandang satu sama lain. serentak mereka tergelak. Amierah menggeleng kepala,"Belum fikirkan lagi,Papa."

Papanya menggeleng kepala,"macam mana boleh tak terfikirkan nama anak? Dulu masa arwah mama dah sarat, Papa sibuk cari nama, tanya Tok Imam, ustaz-ustaz."

Amierah tersenyum melihat Papanya.Syukur, Papa dah boleh sebut tentang arwah Mama tanpa bersedih, tanpa wajah yang sugul.

"Mierah takut nak fikir jauh.Iyalah, waktu mengandung pun kritikal.Mierah tak nak presure diri sendiri,Papa."

"Elok-elok pilih nama anak.Panggilan kita jadi doa untuk dia,"pesan Papanya.

"Mengelamun sayang?"tanya Luqman.sejadah sudah dilipatnya dan diletak ketepi.

"Abang dah selesai?"Amierah agak terperanjat melihat Luqman sudah usai solat.Lama sangatkah dia mengelamun?

"Fikir apa? dah selamat semuanya Mierah. Rumah tu, Mierah, baby.Papa pun dah okay.Apa yg Mierah fikir lagi?"tanya Luqman lembut.

Amierah merenung anak dalam dakapannya,"Anak ni, takkan nak panggil Baby aje?"

Luqman tersenyum.Sudah enam hari, masih tiada nama lagi. Keluarga yang datang berziarah pun pelik dgn pasangan suami isteri ini.Orang lain, kalau mengandung, siap cari mana anak.tapi mereka, sampai anak keluara pun, nama belum terfikir lagi.

"Mawaddah,"sebut Luqman pendek.

"Kenapa dgn kumpulan nasyid tu? Nak jemput mereka waktu kenduri lepas hari ke?"usik Amierah.

"Glamournya,"gumam Luqman.

"Then?"tanya Amierah lagi. Baby mungil didalam dokongan di letakkan di baby's cot.

"Kita namakan dia Mawaddah.Kasih sayang."

"Serius?Kenapa mawaddah.Tak nak letak Raihan, Rabbani.UNIC ke? In Team ke?"tanya Amierah lagi, sambil berseloroh.Matanya menatap wajah suami yang masih ada sisa wudhu itu.

"Yes and very. Mawaddah tu yang buat abang tersedar dari lena abang selama ni sebagai seorang Muslim.Kita ni lupa sangat dgn pencipta kita.Tuhan yang sangat-sangat sayang kat kita.Kita sibuk kejar Dunia, tapi lupa pada yg mencipta Dunia tu. Kumpulan Mawaddah tu juga yang buat abang mengenali Mierah dengan lebih dekat lagi.Ingat tak sewaktu abang hantar Mierah pulang selepas konsert tu? Mawaddah...nama rumah tumpangan kita,Rumah Kasih Sayang.Itu perjuangan abang yang akan abang teruskan hingga ke akhir hayat.Perkataan Mawaddah tu amat bererti pada abang,sayang,"ucap Luqman.

"Nur Mawaddah binti Luqmanul Hakim. Semoga dia menjadi pemangkin buat kita terus memburu cinta,"tutur Amierah.

"Semoga dia jadi anak solehah, role model buat adik-adiknya.Kita akan sama-sama bawa dia memburu cinta tu Mierah.Cinta kepada Tuhan, sayang sesama manusia.Nur Mawaddah akan menjadi kebanggaan semua."

Buat kekasih hatiku selamanya…Amierah Kartika Syuhadah…..

Wahai gadis
yang menangis..
Adakah maruahmu dikikis
oleh mereka yang berjiwa najis

Katakanlah wahai gadis
yang menangis..
"Ingin ku mengemis kasih Ilahi
agar berbahagia di hari nanti"

Dan tangisanmu kan terhenti
tawa riang serta tasbih sebagai ganti
dan kekal gelaranmu sebagai
BIDADARI Syurgawiku….

: AbuMuhd77 :
190307 28 Safar 1428 @ 1715hrs

Kemudian tangan itu menyambung lagi…..

Suami Akhir Zaman…

Sanggupkah aku menjadi pagarmu
sekiranya engkau adalah ladang tanaman

Sanggupkah aku menjadi pengembala
andai engkau kiasan ternakan

Mampukah aku menjadi peneraju
pabila kau temui jalan buntu

Seandainya bengkok tulang empat keratmu
dapatkah aku meluruskannya

Sanggupkah aku?

Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui,sayangku.

2 comments:

Anonymous said...

nice story....

Fahmi Shukur said...

Salam Kak Hannah,

Wah.. tabik lah Kak.. best cerita nih.. melayang-layang je rasa.. dok berangan.. hehe..