Thursday, February 28, 2008

CSA 7

Berita yang didengarinya itu amat memeranjatkan. Dia tidak sangka sama sekali, itulah gadis pilihan sepupunya. Tiada berita, tiada desas desus apa-apa, tiba-tiba saja, Amir memberitahu, Iskandar bakal menghantar rombongan meminang. hati siapa yang tidak terperanjat. Memanglah dia tahu, dari mulut Iskandar sendiri bahawa dia suka dengan perwatakan gadis itu. Dan dia juga nampak dengan mata kepalanya sendiri bagaiman Iskandar melayan gadis itu dnegan baik di restoran kelmarin. Malah, makcik dan pakciknya juga melayan tetamu mereka dengan ramah. Rupa-rupanya, itulah sessi mengenali bakal menantu! Bodohnya dia kerana tidak cepat menganalisa. Tiba-tiba hati Saiful Alam menjadi sayu. Entah kenapa, dia merasakan kebahagiaan Iskandar bakal merobek hatinya. Sudah jatuh cintakah dia pada gadis yang sama?

Dia teringat pada entry di blognya. apakah entry itu bakal menjadi satu kenyataan? A love lost.....apakah rasa cinta itu akan ditarik semula? Ya Allah, kalau benar dia bukan untukku, kenapa dijadikan perasaan itu kepadaku, dia bermonolog sendiri. Dia akur dengan kehendak Tuhan. Tapi dia jadi malu dengan kealpaannya sendiri. Mana mungkin gadis itu mahu menerimanya? selama ini dia sering menaruh perasaan prejudis terhadapnya. dalam diam, saiful Alam menilik diri sendiri....

Kenapa tiba-tiba hatinya dapat menerima gadis itu? kenapa hatinya tidak membenci lagi wajah itu? Lantas dia teringat pada sabda Rasulullah yang bermaksud agar janganlah kita menyukai seseorang itu berlebih-lebihan takut satu hari nanti kita akan membencinya. Dan jangan juga kita membenci berlebih-lebihan kerana takut kita akan menyukainya suatu hari nanti...Begitulah lebih kurang maksud hadis yang dia pernah syarahkan di hadapan sekumpulan pelajar di bawah pantauannya beberapa bulan lalau, Dan memang hadis itu telah membenarkannya!


Perlahan Saiful Alam melepaskan nafas berat. Wajah Iskandar dan hanim saling bermain dimatanya. hanim...disaat hatinya mula menyenagi gadis itu, Tuhan telah mengambilnya untuk diberi kepada insan lain. Saiful Alam tiada alasan untuk berasa kesal. Semua itu adalah kesilapannya. Dia gagal meneliti permata didepannya kerana permata itu disangkanya kaca yang pecah bersepah.


"Biar aku bawa dia balik, Saif. Aku rasa dia perlukan rehat yang secukupnya."teringat kata-kata Iskandar semasa dia datang ke madrasah sewaktu Hanim pengsan di dewan. Wajah sepeupunya itu penuh tanda risau.

"Hanim kena makan banyak-banyak. Kita datang sini pasal Hanim. Is ni beriya-iya nak belanja Hanim." teringat kata-kata mesra makciknya sewaktu mereka keluar makan dengan Hanim.

Dan kini Is memang beriya-iya....Dia sudah beriya-iya untuk menjadikan Hanim permata hatinya.

Wednesday, February 20, 2008

Majlis walimah adik saya

Penat belum hilang, rasa terkejut masih tak mahu pergi....mana tak terkejut kalau tiba2 adik yg sekolah di Penang tiba2 call kata nak nikah..bukan dia yg cari, bukan dia yg bak kahwin..tapi dah jodoh....


Maka, selepas bernikah disana....inilah sajian majlis yg kami adakan di Singapura. Oleh kerana berita gembira adik di sunting orang ( Penang lagi...dulu, si kakak, tolak tuah bila disunting orang Malaysia....nak juga anak jati temasek!!) maka ramailah saudara mara yang sponsor majlis tu...Dari kerusi meja, pelamin, makanan, mak andam..semuanya di sponsor makcik2 dari belah mak dan ayah dan sepupu2 Hannah...Inilah adik saya yg berbeza ibu dan ayah....mana saya ada adik beradik kandung....hanya menumpang kasih ...


Join me,,in my journey.....(BTW, yg akan saya paparkan bukanlah blog saya, tapi blog sepupu saya, si lady photographer....

Gambar walimah Nabilah dan Faizal



Maaf.kerana Hannah demam, tak dapat nak lakarkan apa-apa...

Thursday, February 14, 2008

CSA-6

Ruang dewan yang senyap sedario kuliah dimulakan, tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan kecil Sarah. semua yang ada menoleh kearahnya. saiful Alam sudah mauh bergerak kearahnya, meminta dia meninggalkan majlis, kalau niat dia kesitu hanya untuk membuat kacau. Malulah dengan pelajar banin, kalau iya pun! Tetapi apa yang dilihatnya membuat dia melupakan semua kata-kata amarah yang hendak dihamburkan. Sungguh, dia telah salah sangka terhadap gadis itu. Relawan yang ada sudah mula bertindak. Saiful Alam hanya memandang kaku, tak beriak.

"Hubungi keluarga dia. Dia pengsan ni. Mungkin dia tak sihat. Mana ketua kelas dia?" tegas Cikgu Murni mengarah sambil mengangkat sedikit kepala Hanim dan meletakkannya diatas riba. Cikgu Murini memanggil Hanim perlahan.Namun gadis itu masih tidak bergerak.

"Ana rasa dia kena gastric lagi, lah Cikgu,"Sarah yang kelihatan panik itu memberitahu. Dia belum makan apa-apa lagi, melainkan sedikit kuih yang dia bawa sebagai bekal."

Cikgu Murni mengeluh kecil. Dia menggeleng kepala.

"Dia diet, ke?" soal Cikgu itu. Sarah bertukar pandang dengan Zubaidah di sisi. Tak rasalah si Hanim ini ada mengikuti rejim diet selama ini. Kedua-dua gadis itu menggelengkan kepala, menidakkan soalan Cikgu mereka. Mustazah datang kemudian. Ketara sungguh riak serba salah diwajahnya.

"Cikgu, emak dia syif malam. Abang dia pulak ada kat JB...masalah ni Cikgu. Tak tahu nak hubungi siapa lagi,"beritahu Mustazah. Dia memandang sekilas wajah sahabat yangs edang terbaring lesu itu. kemudian, dia beralih memandang sarah dan Zubaidah yang sudah bergenang airmata. Hisy....perempuan...menangis jer yang diorang tahu.

Saiful Alam merapati Mustazah. Bahu temannya itu ditepuk perlahan. Sekilas, Mustazah menoleh kearahnya.

"Kita bawa saja dia ke hospital.."cadang Saiful Alam."Takkan mahu dibiarkan begitu sampai dia sedar?"

" Nak bawa macam mana? memang hospital tu dekat. Tapi kita tak ada kenderaan. Enta nak angkat dia?" Mustazah membalas sedikit sinis. Dia sendiri sebagai ketua kelas tidak pernah mengharapkan perkara begini akan berlaku.

" Hmm.."Saif menghela satu keluhan kecil. Kata-kata Mustazah begitu terkena didasar hati. Sebenarnya memang dia simpati dengan keadaan Hanim dan bukan mahu mecari pasal lagi dengan gadis itu. tadi didalam kereta pun, dia dapat melihat wajah Hanim yang sedikit pucat. Sebab itu dia sengaja mengangkat beg gadis itu turun dari kereta. Mujurlah, hanim tiba dirumah iskandar sewaktu dia sedang bersiap, dapatlah Hanim menumpang rehat didalam kereta Amir tadi. Kalau naik bas, dan perkara ini pula berlaku, bagaimanalah keadaannya nanti. Tiba-tiba dia teringatakan Iskandar. Mungkin Iskandar boleh datang mengambil Hanim.

Tuesday, February 12, 2008

Mungkinkah? Mungkinkah dibukukan?

Ada yang mahu ambil manuskrip mungkinkah, untuk dijadikan novelet sebagai salah satu cara mendapatkan dana bagi sebuah rumah kebajikan di Singapura ini. Sesuai dengan cerita Mungkinkah yang saya lakarkan dalam suasana sebuah rumah kebajikan .

Tapi, mungkinkah? Mungkinkah ianya berjaya ketahap versi cetak? Mampukah saya???

Thats a question, I am pondering on??? Takuta kalau dengan cerita itu, ada yang terleka, maka terseretlah ke neraka diri ini..Takut juga, approach saya tidak sesuai dengan remaja masa kini...


Jadi persoalannya hanya...........MUNGKINKAH???


Kalau ia ke versi cetak...apa pula tajuk yang sesuai?? Hmmmmm..............fikir fikir lagi.........


Wahai Tuhan, aku serahkan segalanya dalam jadualMu.......

Wednesday, February 6, 2008

CSA5

Saiful Alam hanya merenung tajam wajah Husni. kata-kata sahabatnya itu seperti menusuk ke jantungnya. Bagaiman Husni tahu yang email itu datang darinya.Bukankah dia menggunakan alamat baru?

"Macam mana enta tahu?"soalnya. Husni hanya tersenyum tenang.

"Dalam madrasah ni, cuma enta seorang saja yang tak sukakan dia.Full stop."balas Husni selamba.

"Sepatutnya dia harus dikenakan tinadakan.denda ke apa ke..."Saiful Alam menyambung.

"Dia berbual di tempat awam, Saif. Dia tak buat apa-apa.lebih elok jangan menghukum, kalau nanti hukuman itu melebihi kesalahan. Tidak adil, namanya,"ketua pelajar itu mengingatkan. Memang adakalanya dalam keadaan marah, manusia salah membuat hukuman, lebih mementingkan mazmumah, dari menegakkan yang haq. Husni selalau ingat perkara itu. Bukankah lebih elok kita berdoa saja, dari kita salah bertindak?

"Kenapa enta selalau cari salah dia? Apa salah dia pada enta?"soal Husni. saiful Alam merenung ke dada jalan. Entah, dia sendiri tidak tahu apa masalah dia dengan gadis itu.


"Tadi ana jumpa budak lelaki itu dalam bas. Dia kirim salam pada Hanim."Husni bersuara apabila melihat Saiful Alam terus senyap melayan fikiran sendiri. Mendengar kata-kata Husni, wajah saif berubah riak. Iskandar??? Buat apa dia dalam bas tu? Sengaja cari Hanim?

"Dari pengamatan ana, dia tu lelaki yang baik-baik. Tak mungkin dia nak kirim salam melalui ana, kalau niatnya tak ikhlas. Kita kan sama-sama lelaki, Saif, kita sepatutnya tahu." Husni mengutarakan pendapatnya. Saiful Alam merengus mendengar kata-kata Husni.

"Masalahnya, ana risau kalau dia tak pandai menjaga batasan syariat.Enta suka pelajar-pelajar disini melanggar batasan itu?" sinis bunyi soalan Saiful Alam.


"InsyaAllah, Hanim pandai jaga diri."pendek jawapan Husni. Sebelum Husni meninggalkan Saiful Alam, sempat dia bertanya mengenai mukhyyam yang bakal diadakan untuk kelas Hanim.

"Enta boleh luangkan masa untuk mukhayyam akan datang ,kan? Kami perlu tenaga tambahan." tanya Husni. Kebetulan beberapa relawan dari Universiti Nasional Singapura terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir, maka tenaga pelajar amat diharapkan.

"Ana nak hantar kuih talam ke rumah amkcik ana dulu...lepas majlis tu, ana datang lah."Saiful Alam menjawab, memberi kelegaan kepada sahabatnya.

"Kalau buat talam, buatlah lebih sikit, boleh buat tambah jamuan untuk budak-budak tu,"usik Husni.Memang dia tahu, Saiful Alam tidak akan membawa kuiih hasil tangannya kesekolah kerana tidak mahu sesiapa pun tahu, dia mengambil upah membuaut kuih. macam tak sesuai dengan perwatakannya yang sentiasa nampak garang dan serius itu.

"Rumah makcik enta kat mana eh?"tiba-tiba Husni bertanya, menunjukkan minat.

"Daerah Bedok sana..kenapa?"

"Hanim pun tinggal daerah sana juga, kan?" Husni tersenyum, mengusik. Saiful Alam sekadar merengus geram.tak habis habis dengan nama budak tu. Macam tak tahu yang dia allergic dengan nam a Hanim tu?

Tuesday, February 5, 2008

CSA4

Email yang dihantar kepada Husini itu sengaja tidak diletak nama. Dan mail address juga adakah mail address baru.baru tadi, dia membuka account itu.Sengaja tidak mahu Husni tahu siapa pengirimnya. Entah kenapa, kemana saja dia pergi, gadis itu pasti membayangi. kenapa kelibat gadis itu juga yang dia nampak?

Saiful Alam membuka lebaran baru dalam blognya. Saja mahu menaip pengalamannya pada blog itu. Bukan dia membenci gadis itu.Bukan juga terasa dirinya ada pesaing di sekolah, tetapi setiap apa yang dilakukan gadis itu amat menyesakkannya.Kenapa? Dia sendiri tidak tahu.

Dua hari yang lalu, sewaktu dia hendak ke rumah sepupunya.Dia terlihat gadis itu sedang duduk di taman bersama seorang bayi dalam kendongan.Mungkin itulah anak saudaranya yang dia jaga sehinggakan dia terpaksa ponteng sekolah. Hendak juga dia menyapa gadis itu tapi kedatanagn seorang pemuda telah menghentikan niatnya.Dan yang paling membuat dia terperanjat, pemuda yang berbual dengan Hanim itu, adalah sepupunya sendiri.

"Aku suka tengok seorang budak sekolah kat daerah rumah aku.Abang dia tu soccer buddy aku.Aku tak pernah berbual dengan dia, tapi aku suka cara dia..."Saiful Alam teringat cerita Iskandar beberapa bulan yang lepas.

"Aku rasa dia sekolah dengan kau, lah Saif. Tapi aku lupa nama dia..Actually aku pun tak pernah tahu nama dia."

"Kau tak tanya abang dia?" saiful Alam nertanya sekadar berbasa basi.


"Nak kena penumbuk dia ke? Adik dia tu lah permata hati dia...Dia punya jaga macam jaga precious stone.Kita cuma boleh tengok dari jauh jer, tak boleh dekay pun..lagi nak tanay nama, jangan harap abang dia layan!"


Jadi budak perempuan yang pernah Iskandar ceritakan itu adalah Hanim. Namun apa yang dikihatnya kelmarin, seolah-olah, mereka itu sudah kenal lama, macam rapat saja. Bukankah Iskandar pernah memberitahu yang Hanim sudah didekati? Payah bagi Saiful Alam menerima cerita itu.


Saiful Alam menutup laptop sejurus adiknya Amir masuk kedalam kamar. Amir malabuhkan punggung diatas katil.

"Penatlah...ngantuk giler,"ngadu Amir. Saiful Alam sekadar menoleh kearah adiknya.

"Dah Asar?"soalnya pendek. Amir mengangguk.

"Kelmarin abang pergi rumah Is eh? Apasal tak cakap.Amir boleh join korang kat sana.Lama tak jumpa dia lah..."


"Lama? Bukan ke kau jumpa dia dua mingu lepas?" saiful Alam bertanya. Si Amir ni memang rapat dengan Iskandar berbanding dirinya kerana Amir tak suka dengar dia bercakap. Menurut Amir, saiful Alam ni kalau cakap, asyik halal dan haram saja.

"Oh..yup..lupa.I was with him masa dia nak ke hospital ziarah isteri kawan dia. Siapalah nama kawan dia tu....."


"Kawan dia dah kawin, dah ada anak..dia masih single lagi..." saiful Alam bersuara, cuba mencari cerita.

"Alaa, orang yang dia minat tu budak sekolah lagi,.Budak kecil, sebab tu dia tak kahwin-kahwin." selamba Amir bertutur. Sekilas saiful Alam menoleh kearah adiknya.

"Siapa....?"

Amir menekup mukanya. Terasa bersalah kerana terlepas kata...

"No one in particular.Mir merepek saja tadi......." Sejurus itu, dia bangun meningglkan abangnya. Hilang sudah penatnya.