Wednesday, January 16, 2008

CSA3

Ustaz Khair mengambil buku-buku dari dalam briefcasenya lalu diserahkan pada Saiful Alam yang sedang berdiri dihadapannya. Saiful Alam mengambil dengan riak tidak faham.

"Buku ni nak buat apa? Bukannya kami perlukan pun?"dia bertanya kepada Ustaz muda didepannya. Ustaz Khair yang suatau masa dulu adalah senior dimadrasah adalah gurunya sekarang ini. Lulusan Al Azhar itu hanya mengangkat bahu mendengar pertanyaan si murid, membuat muridnya lebih tidak faham akan maksud si guru! Saiful Alam menelek buku-buku ditangannya. BUku-buku yang selayaknya digunakan oleh pelajar menengah atas itu hampir di letakkan semula diatas meja Ustaz Khair apabila ustaz muda itu bersuara.

"Nak minta tolong enta passkan buku-buku itu pada Nur Hanim. Jumaat lepas dia ada beritahu Siti sarah yang dia tak berapa faham pelajaran mantik tu. rasanya bulu-buku rujukan ni boleh membantu,"terang Ustaz Khair. Mendengar nama yang disebut saja, buku-buku ditangan Saiful Alam hampir terlepas.

"Tak ada ke orang lain yang boleh bagi dia buku-buku ni?"soalnya datar.

"Ada ke orang lain selain emta dalam bilik guru ni sekarang yang ana boleh minta tolong?"soal Ustaz Khair kembali. Soalan si saiful Alam sengaja tidak dijawab. BUkannya dia tak tahu betapa juniornya itu amat allergic dengan pelajar puteri itu. Entah dimana silapnya, tiada siapa yang tahu. Padahal, Nur Hanim itu amat disenangi oleh semua yang ada di madrasah ini. Mungkin gadis itu agak outspoken, tapi akhlak dan prestasinya membanggakan.

"Minta tolong orang lain lah,Ustaz,"Saiful Alam cuba berdalih,"Ana banyak tugasan ni.Presentation pun tak selesai lagi. Dia cuba menagih simpati. Sebagai penbantu Ketua pelajar, bukan dia tidak mahu membantu kerja mudah seperti permintaan Ustaz Khair itu, tapi kalau penerimanya Nur Hanim, memang dia tak boleh. Mereka bukan muhrim, tapi itu bukan alasan kukuh! Dia pun bukannya muhrim dengan pelajar puteri yang lain!

"Sudah sudah lah tu, nak membenci orang. Ana tak faham dengan enta ni. Prejudis sungguh. Tarbiyah selama ni tak boleh dipraktikkan ke?"soalan Ustaz Khair itu bagai menusuk egonya!

"Bukan macam itu. Tapi cara dia itu, ana tak berapa setuju.Lantang bersuara. Wanita itu kan,sayap kiri...Bukan equal to..."dia terhenti disitu apabila melihat Ustaz Khair mengangkat tangan menyuruhnya berhenti.

"Di situ, anta salah, Saif. Wanita diberi hak yang saksama dalam Islam.Kalau apa yang dia suarakan itu untuk membangunkan ummat, untuk kebaikan agama, apa salahnya kita ambil pendapat dia. Dia cuma beri pendapat, dia tak cuba menagnbil hak seorang lelaki. Ada dia pernah cabar hak enta sebagai ketua disini? Atau pernah ke dia tidak taat pada arahan kita?"tenang Ustaz Khair menidakkan kata-kata Saiful Alam. Saiful Alam tidak menjawab. Ada betulnya kata-kata Ustaz Khair itu tapi dia masih tak mahu menerima kebenaran itu.

"Tapi ana rasa, dia sepatutnya memerjati dan belajar.Bukan pandai menyurakan saja. Idea dia memanglah bagus.Cuma, ana..."sekali lagi kata-katanya terhenti.

"Cuma enta, masih tak suka dia. Mudah bukan.Itu sebab sebenarnya,"lembut saja Ustaz Khair berbicara. Kemudian dia menyambung lagi," Lupa ke pada hadis Rasulullah? Janganlah kita membenci seseorang itu , takut2 dia lebih baik dari kita.takut huga, orang yang kita benci itu, suatau ghari nanti kita akan sayang dia sungguh-sungguh." Terkedu saiful Alam mendengar ayat terakhir tu.Suka dia? Ya Allah.......

"Dah lah tu, tolong saja beri buku tu pada Hanim. BUkannya ana suruh enta ceramah setengah jam depan dia.Boleh kan? Syukran,"Ustaz Khair memberi arahan yang tidak boleh dibantah lagi.


Saiful Alam melangkah malas ke ruangan belajar. Memang dia tahu, disitulah tempat lepak Hanim selepas habis solat Zohor sementara menanti waktu dia bertugas di KO-OP pelajar. Namun hanya Siti Sarah dan Darwisyah saja yang berada di ruang itu.

"Kat mana nak cari NurHanim?"soalnya datar setelah salamnya dijawab mereka.
Kedua gadis itu saling memandang antara satu sama lain. Apahal pula dia nak kawan mereka? Bukankah dia amat tak berkenan dengan gadis itu?

"Ana cuma nak bagi buku dari Ustaz Khair saja,"Saiful Alam memberitahu apabila melihat wajah tegang Sarah dan Darwisyah.Mendengar kata-kata Saiful Alam itu,barulah Sarah membuka mulut.

"Hanim dah lapor kat Ko-Op rasanya. Ada pelajar sessi petang yang kehilangan pencil box."

"Maka?"soal Saiful Alam.Apa kaitan pejar hilang pencil box dengan Hanim membuka Ko-Op seawal jam 1.45 petang?

Darwisyah sudah mula berubah riak. Ada pula dia tanya "'Maka?" Apa maksud lelaki dihadapan mereka ni?

"Maka, terpaksalah Hanim buka ko-op awal kerana nak beri pelajar kecil tu set alat tulis untuk dia gunakan hari ini. Susah sangat ker,Akhi?"Darwisyah yang memang terkenal dengan mulut selambanya menjawab. Saiful Alam merengus kecil.Dia tidak suka kalau ada pelajar banat yang berani berbual menentang mata dengannya.

"Syukran , ana cari dia kat sana,"spontan dia menjawab lalu meninggalkan ruangan itu. Ketika kakinya melangkahkan kaki menghampiri Ko-oP, dilihatnya Hanim sedang berbual mesra dengan seorang pelajar banat. Dari pakaiannya memang pelajar itu dari sessi petang.Mungkin juga dari darjah satu. Kelihatan Hanim sedang membersihakan wajah sikecil.

"Tak payahlah menangis.Dah tak cute,lah macam tu. Adik ambil set ini, pergi masuk kelas okay.Nanti lambat-lambat ustazah dah ajar separuh jalan,"Hanim memujuk pelajar kecil itu. Saiful alam sekadar memerhatikan. Si kecil itu seperti teragak-agak menerima pemberian Hanim.

"Ana tak bawa duit lebih,lah Ukhti. Mama cuma beri sedolar saja hari ini. Mama marah kalau ana berhutang-hutang,"sikecil bersuara petah.memang semua pelajar di madrasah itu adalah anak-anak bijak yang diterima setelah melalui beberapa sessi penyaringan. saiful melihat Hanim tersenyum.

"Laa, siapa kata berhutang pula? Ni akak berilah, free. Adik tak payah balik.Okay? dah settle pun, now off you go to class." Hanim mendorong si kecil masuk ke kelas yang berada selang tiga pintu dari bilik KO-OP. Si kecil itu tersenyum gembira. Sirna matanya dapat dilihat jelas oleh Saiful Alam. Hanim masih tidak perasan akan kehadiran pemuda itu disebalik pintu KO-OP. saiful Alam berdehem kecil sebelum memberi salam. Spontan Hanim memusing ke balakang melihat gerangan insan yang datang bertandang. Selalunya ada saja pelajar Banin yang akan datang menambah inventori atau saja-saja mahu mengusiknya disitu. Mereka yang datang pun selalunya pelajar menengah rendah. Jatuh rahang Hanim melihat empunya suara. Laa..apa dia nak ni. Nak spotcheck aku ker? Nasib baik budak-budak tu tak melepak kat sini, kalau tak,percumalah dengar tazkirah dari dia ni. Hati Hanim berkata-kata sendiri sambil mukanya sedaya upaya tampal senyum plastik.

Saiful Alam segera menyerahkan buku-buku yang dibawanya. Hanim memandangnya penuh tanda tanya.

"Huh?"hanya itu yang terkeluar dari mulut petes gadis itu.

"Ustaz Khair kirim. Dia kata, mungkin enti perlukan buku-buku ini,"pendek jawapan Saiful Alam. Hanim mengangguk faham.

"Syukran,"kata-kata itu macam tersengkak di kerongkong Hanim.Susah betul nak berbual dengan Iceman ni.Tentera Russia, tak berperikemanusiaan. Aduh, sedapnya nobatkan senior didepannya.tak takut ke Tuhan marah? Hanim sekadar ketawa dalam hati.

Sewaktu Saiful Alam sudah menapak meninggalkan bilik KO-OP, barulah Hanim teringatkan set tulis yang diberi pada pelajar kecil tadi.Dia belum sempat membayar kerana tidak membawa wang lebih kesekolah hari itu.

"Err..akhi, tadi ana ada ambil satu set stationeries.Esok ana bayar,ye,"teragak-agak dia bertutur.Takut salah cara pula!

"Tak payah bayar.Tukis saja dalam log book, kemudian enti sign against the report,"jawab saiful Alam masih tidak memandang wajah gadis didepannya.

"Huh? tapi itu kegunaan peribadi,"Hanim memberitahu.

"Budak tu hilang set dia,kan? Apa salahnya kita bantu. Tak rugi pun,"rendah dia membalas. Kemudian dia meninggalkan Hanim terkulat-kulat sendirian di bilik itu.

"Iceman, tentera Russia ni dah cair ke? Matahari dah ada sejengkal dari kepala ke?" Hanim bersuara. Tanpa dia sedar, Saiful alam masih berada diluar bilik itu.

No comments: