Monday, January 7, 2008

Kisah cinta seorang Saif

Kasih..perlukah aku berkorban?


Perlukah aku berkorban demi rasa ini? Perlukah aku mengalah? Bukankah aku yang berhak?


Dia hanya memandang dengan wajah sinis pergerakan gadis-gadis dihadapannya. Sejak dari tadi, gadis itu leka berbual dengan seorang pemuda yang berT-shirt santai berjenama Billabong, dengan papan luncur ditangannya. Sah lah tu..mesti skater dari Youth Park. Entah apa perlunya si NurHanim berbual dengan budak lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, Hanim juga turut mengheret Sarah dalam aktivitinya itu.

Yang dia pernah dengar dari Husni, Hanim memang rajin menulis untuk Majalah Ikhwan. Harap-harap pertemuan Hanim itu semata-mata demi mencari bahan buat penulisannya. Bukannya dia tidak pernah dengar tentang Hanim.Gadis bijak yang berasal dari sekolah nasional terkemuka.Entah apa yang dia mahu, hingga diterima masuk ke madrasah terkemuka Singapura ini juga. Dengar dari rakan-rakan sekelas Hanim,Hanim yang minta ditukarkan ke madrasah kerana surat meminta izin untuk menutup aurat di sekolah nasional tidak diterima. Dalam erti kata lain, permintaannya ditolak oleh kementerian pendidikan walaupun dia ada surat back up dari menteri dikawasan undinya! Dia setakat dibenarkan memakai seluar trek waktu bersukan, tapi pakaian seragam, skirt pendek serta balus lengan pendek tetap wajib dipakai ke kelas.Apatah lagi, Hanim ialah wakil pelajar Melayu disekolahnya, maka setiap activiti wajib dia ikuti serta. Terpaksalah juga Hanim berjabat tangan dengan Menteri Pendidikan semasa menerima penghargaan buat sekolahnya pada raptai hari Kebangsaan.Jadinya, Hanim minta untuk berhenti sekolah walaupun markahnya melayakkan dia ke Science Stream. Hendak menegakkan agama, kenalah berkorban sedikit, cerita Hanim pada rakan rakan baru di madrasah.

Namun begitu, pengorbanan Hanim itu dianggap remeh olehnya. Dia rasa, Hanim membawa budaya sekolah nasional kemadrasah. Hanim masih lagi menunjukkan kewibawaannya sebagai wakil pelajar Melayu ke madrasah ini. Dia berani menyuarakan rasa hati di depan ketua pelajar. Keberanian Hanim itu walaupun dikagumi oleh Husni, tidak pernah mendapat perhatiannya.

“Budak tu lupa ke dia sekarang kat madrasah…Atau dia nak tukar tradisi kat madrasah ni, jadi tradisi macam kat sekolah lama dia? Pelajar banat senang-senang berdebat atas pentas, ditonton oleh pelajar banin.Suara mereka itu aurat!”pernah dia memprotes terang-terangan didepan rakan sekelas apabila mereka berbincang tentang proposal Hanim agar diakan sessi debate workshop untuk pelajar banat kelas bawah.

“Enta ni, kenapa? Nak jadi Taleban yg membataskan hak pergerakan kaum wanitanya? setakat debate, bukannya dia buat kumpulan nasyid.habis tu, musabaqah Al Quran tu, suara juga..tak aurat ke tu?”sanggah Ummi Nadrah spontan. Tiba-tiba saja dia terasa prejudis Saiful Alam terhadap Nur Hanim tidak bertempat. Pelajar bijak seperti Hanim adalah asset madrasah, bukan untuk ditindas sehingga dia lari dari suasana madrasah. Bagi Ummi Nadrah, pemikiran Saiful Alam, amat kolot..macam pelajar sekolah pondok di utara Malaysia saja!

“Hah,,tengoklah, baru setahun Hanim kat sini..dia dah ada pengikut,”dengus Saiful Alam.Sinis saja bunyinya, membuatkan Husni selaku ketua kelas mengeluh tanda tidak faham dengan kerenah sahabatnya itu.

Dia memerhatikan Hanim dan Sarah meninggalkan budak lelaki itu. Hanim kelihatan berpuas hati dengan apa yang didapatinya tadi.Dia membelek-belek buku nota kecil ditangannya.Ada senyuman puas hati diwajahnya. Saiful Alam cepat-cepat memboloskan diri dalam arus orang ramai yang berjalan di sepanjang Orchard Road.Dia tidak mahu Hanim tahu, dia berada disitu. Bukan niatnya mahu mengekori Hanim. Dia terlihat kelibat Hanim tadi di stesen bas, dan rasa ingin tahu begitu membuak, membuat dia terus mengekori gadis itu.

No comments: