Thursday, March 6, 2008

CSA

Saiful Alam berteleku diatas sejadah. Hatinya dipagut rasa sayu. Sayu melihat wajah Hanim yang tidak berseri dihari pertunangan. Kenapa wajah yang sentiasa ceria itu berirama sendu? Bukankah Hanim bersedia dengan pertunangan itu? Bukankah dia yang menerima lamaran sepupunya? Apakah gadis itu sekadar menyembunyikan perasaan malu kerana berhadapan dengannya dihari bahagia? Mungkinkah? Aduh Saif, hentikanlah berandai-andai...Tak perlulah mengandai-andaikan sesuatu yang engkau sendri masih ragu-ragu....Itu bukan sifat seorang Muslim sejati....hatinya menegur.

Sekali lagi dia menarik nafas dalam-dalam. Kalu boleh, memang dia sendiri hendak mengelakkan diri dari menjadi jurufoto tak bertauliah mereka. hatinya belum mampu untuk bersandiwara.Wajahnya tidak mampu bermain wayang. Hatinya walang, mendengar perbincangan dianatara kedua pihak itu juga sudah meruntun jiwa. Dia bukan lagi lelaki berhati batu ketika itu.

Saiful Alam melipat sejadah dan meletakkanya diatas para-para disisi meja belajarnya. Al Quran terjemahan di ambilnya lalu dia melabuhkan pungugng dibirai katil.

"Kalau kita berhati walang, jangan lupa mengadu pada Tuhan."teringat kata-kata arwah Ustaz Amiruddin sewaktu mengajarnya pelajaran AlQuran beberapa tahun yang lalu.

"Tuhan dah berjanji, dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang,"sambung Ustaz muda itu lagi. Ketika itu, Saiful Alam berasa seronok berada didalam kelas arwah Uztaz Amiruddin. Ustaz itu sering mengkaitkan hal-hal yang berlaku dengan setiap surah yang mereka pelajari. Jadinya, mereka sekelas dapat merasakan kebesaran Tuhan dan bukan sekadar belajar membaiki bacaan AlQuran.

Saif membelek terjemahan ditangannya. Namun sedikit saja yang dia ,mampu baca. Hatinya seperti tercarik-carik dek peristiwa semalam. Akhirnya dia menyimpan semula terjemahan Al Quran itu ditempat asal. Dia rasa bersalah kerana melayan rasa sendu di hati. ya Allah, malunya dia didepan Tuhan Rabbul Jalil. Kenapalah dia tewas dengan mainan hati? tetapi tidak pernah jatuh hati kepada pencipta sekeping hati itu sendiri?

Bukankah Tuhan lebih layak di rindu? lebih layak diCinta? Lebih layak dikejar cinta Tuhan yang hakiki itu dari merindui hati seorang gadis yang belum tentu dapat dia miliki.


"Saif, manusia di cipta Tuhan berpasang-pasang. Kita saja yang tidak tahu. Apa yang kita rasa elok untuk kita, belum tentu sama dengan perkiraan Tuhan. Redhalah dengan apa yang berlaku. Pandang kehadapan. Cari hikmahnya. Mungkin enta akan berjumpa dengan yang sekufu dengan enta. Kita saja yang tak tahu," pesanan Email dari Arafah menerjah ingatannya. gadis itu telah menghubunginya semalam. Gadis yang berada di bumi Kahirah itu baru saja dapat menyesuaikan diri dengan keadaan disana. Dan mungkin dia mendapat tahu berita pertunangan Hanim dari abangnya, Husni. Bukankah kedua beradik itu agak rapat dengan tunang Iskandar. Mungkin gadis itu tahu akan hatinya yang sedang menyanyikan lagu sayu.

"Doakanlah kebahagiaan mereka. Itu yang terbaik buat semua pihak. Ana akan sentiasa doakan enta dan mereka,"sempat Arafah memesan sebelum mengakahiri emailnya.


"Ya Allah, patutlah Engkau yang menjadi Cinta agung kami. Selamatkanlah kami wahai Tuhan yang memerintah Arasy...."doa saiful Alam didalam hati.


Sekali lagi dia menarik Al Quran tadi. Dia menyelak helai demi helaian mukasurat Al Quran itu sehingga dia tiba ke surah Al Mulk. Perlahan, dia mengalunkan surah itu dengan lunaknya. Sesekali dia tenggelam dalam mengahayati bacaannya sendiri. hati yang walang, bertukar tenang.

Tenang hatinya disaat hati dan jiwa menyanyikan lagu cinta buat Tuhan Maha Pencipta.




Didalam diri manusia ada seketul daging. Kalau baik daging itu, maka baiklah manusia itu, kalau jahat daging itu, maka jahatlah manusia itu.Itulah dia..hati.

Hati itu adalah raja didalam diri manusia....


Wahai Tuhan, anugerahlan sedikit rasa cintaMu kepada ku agar aku sentiasa taat dalam beribadah kepadaMu


UmmiHana Md Ikhwan

Global Ikhwan
2008















2 comments:

zalisamaz said...

Bagus2, rajinkan jari2 tu terus menulis. novel kanak2 tu mana? (jegil mata ni!)

Ummihana said...

hehehehe....novel tu part 1 dah siap...nanti Hannah email ek..tapi hannah tak ada nombor akak.