Perbincangan mereka sudah boleh di kira sampai keperingkat 'settled'.Panggilan jauh kepada Abang Hisyam, mendapat restu dari abangnya di bumi Melbourne itu.Mungkin kalau tiada aral melintang, mereka sekeluarga akan pulang ke Singapura. Semalam, Hisyam telah memberitahu, kali ini dia masih mahu menikahkan adiknya lagi.Tidak mahu tugas itu diserahkan pada naib Kadhi yang bakal bertugas. Ibu dan Ayah pula tak lekang dengan senyuman bila mereka membincangkan perkara itu sewatu makan malam.Lebih lebih lagi bila Hanim memberitahu yang dia akan bermalam disitu. Pagi tadi pula, sewaktu memberitahu Mamanya tentang planning Iskandar, airmata Mama menitis dipipi.
“Lapang hati Mama, Is. Memang ini yang kita semua nantikan. Mama nak lihat Is dan Hanim hidup macam pasangan lain.Tak adalah berasing-asing rumah macam sekarang ini,”beritahu Mamanya.
“Is lagi risau, Ma. Is takut Hanim lupa yang dia isteri Is. Iyalah, pagi pergi madrasah, malam pergi kuliah. Hujung minggu dengan aktiviti dia. Mana ada masa kitorang nak bersantai. Pergi kursus kelmarin pun, bukannya duduk sama,”Iskandar meluahkan kerisauan hatinya. Hanim yang sedang menyapu lantai dibilik, menjengah keluar.
“Mana ada Hanim selalu keluar hujung minggu.Sekali sekala aje,”dia cuba memprotes.”Abang pun sibuk juga.Hujung minggu kan abang ada program di Al Falah tu.”
CiK latifah hanya menggeleng kepala melihat tingkah anaknya. Memang begitulah dia kalau dia merasakan dirinya tak bersalah.
“Okay,okay..I take back my words.Kita sama sama sibuk, okay?”Iskandar mengalah. Hanim ini jangan diajak bermujadalah, dia memang tak letih lidah berlawan kata.
“Hah, macam itulah! Dat’s my bro!” balas Hanim dari dalam bilik Mamanya.
“Huh! Correction dear. Your brother is in Melbourne. I am your husband,”Iskandar menegurnya dalam ketawa. Risau juga dia mendengar kata-kata hanim.dah empat bulan, takkan masih anggap dia macam abang lagi?
“Terlepas kata, sorry.” Hanim membuat muka seposen.Harap-harap Mama tak memberi kuliah Dhuha nanti atas kesilapan sekecil itu.Bukannya dia sengaja..tapi Iskandar tu bukankah bekas tutornya?
“Tengoklah tu Is. Sebab tu Mama suka korang cepatkan semua urusan.Kalau tak, dia buat Is macam abang-abang dia saja,” celah Cik Latifah sambil mengangkat pakaian yang baru dilipatnya ke dalam bilik.
“Cepat buat kerja,Hanim.Dari tadi sapu bilik sekecil ni pun tak selesai-selesai,”Mamanya dah mula nak berleter. Hanim sekadar mengangguk, tak berani menjawab kerana dia tahu mama takakan berpuas hati kalau Hanim cuba mempertahankan diri.Memang pantang bagi Mama kalau anak dara lambat selesaikan kerja rumah. Tapi Hanim ni kategori apa ya? Masih anak dara lagi ke? Habis tu, yang kat luar tu siapa? Hanim menjungkit bahu.
“Dah kahwin, tapi macam bujang…”teringat kata-kata suaminya semalam.
Seusai solat Zohor, Hanim merebahkan diri diatas katilnya.Kepalanya terasa berat, manakal tekaknya sudah mula loya.Macam nak kena gastric lagi, getus hantinya.Namun tidak pula dia mahu mengandu pada Is ataupun Mamnya. Mungkin masuk angina saja, pasal tadi pagi, dirumah Iskandar, dia hanya menjamah air Teh.Dia seharusnya mengambil secawan hot Chocolate kalau sudah rasa bias di ulu hatinya. Tapi, takkan nak susahkan ibu, mahu minta iytu dan ini.Barulah semalam kali pertama dia bermalam disitu.Hanim segan untuk bercerewet-cerewet. Iskandar pula telah kedapur menjenguk apa yang dibuat Mamanya. Tadi sewaktu masak untuk makan tengahari, ada Cik Latifah memberitahu yang dia mahu cuba resepi baru yang diberi olah kawan sekelasnya. Makcik Zubaidah, kawan sekelasnya di Masjid Kassim ialah isteri kepada seorang tukang masak.Jadinya, banyaklah resepi yang diberi pada Cik Latifah. Iskandar juga perasan, bukan saja resepi yang dikongsi, bahkan lebih dari itu. Dia ingat lagi, pada kali pertama dia mengenali wanita dihadapannya itu, Cik Latifah hanya memakai selendang yang boleh dikatakan tidaklah menutup aurat sangat.Adakalanya pula, Cik Latifah memakai tudung tapi lengan bajunya tidak sampai kepergelangan tangan.Mash lagi menampakkan aurat dibahagian tangan. Namun sejak kebelakangan ini, ibu mertuanya itu sudah mula berjubah, dan mula melabuhkan tudungnya. Iskandar bahagia dengan perubahan wanita itu. Dan dia juga amat menghormati mamanya kerana dia memberikan Hanim kebebasan untuk menentukan cara hidup. Tidak seperti setengah ibu-ibu, kalau mereka tak mengamalkan syariat sangat, mana mungkin mereka izinkan anak anak gadis mereka bergerak bebas dengan pergerakan Islam. Iskandar hanya memerhatikan mamanya mencampurkan tairu, serbuk cili. Jintan hitam dan herba herba lain didalam satu bekas. Kemudian ayam-ayam yang telah dikelah kelah dimasukkan kedalam bancuhan tadi.
“Mama nak cuba buat ayam tandoori,lah Is. Hanim suka makan tandoori, tapi kalau asyik beli saja, tak muai,”beritahu Mamanya.
“Is tak tahu pun yang dia suka tandoori. Banyak benda yang Is tak tahu tentang dia,lah mama,”balas Iskandar.
“Hanim tu jenis tak cerewet.Cuma dia manja sikit.Mungkin pasal Hisyam sayang sangat dengan dia…tu yang dia manja sikit,”Cik Latifah membuka cerita.”Masih kecil lagi, dah hilang Papanya.Hisyam tu macam ganti tempat arwwah papa, Is. Is jangan ambil hati sangat dengan keletah Hanim,eh. Mama tak sempat didik dia jadi isteri yang baik, Is dah ambil dia dari Mama,”gurau Mamanya lagi.
“Alaa, Mama.Is ambil dia pun, bukannya bawa jauh-jauh dari Mama. Kami masih lagi depan mata Mama.Takut Mama saja yang rimas dengan extra orang dalam rumah ni,”balas Iskandar spontan.
“Apa pula, Mama lagi suka. Is, pergi jengukkan Hanim tu.Bolah pulak dia terlena kat dalam.Suami elok kat dapur, dia elok kat jadi sleeping beauty,”Cik Latifah menyambung.
Hanim semakin berpeluh-peluh dikamarnya.Kipas yang sedang berputar tidak membantu mengurangkan rasa panasnya. Sakit di ulu hatinya menjadi-jadi. Lemas…tak bernafas, itu yang dia rasakan.Hendak menjerit memanggil Mamanya atau Is pun dia sudah tak terlarat. Matanya berpinar-pinar…Akhirnya Hanim tak melihat apa-apa lagi.
No comments:
Post a Comment