Tuesday, January 8, 2008

Cinta saiful Alam 2

Saiful Alam melangkah masuk ke maktabah. Dia perlu mencari bahan untuk projek kelasnya. Sudah seminggu dia diamkan projek itu sehingga ditegur oleh Husni. Selalunya, dia memang tak minat untuk buat diskusi sebegitu.Entah kenapa pula, Ustazah salbiyah meminta mereka membuat satu perbincangan dan perbentangan setiap kumpulan akan dikira dalam markah peperiksaan pertengahan tahun itu.

Sewaktu dia melangkahkan kaki, dia terdengar suara pelajar puteri disitu.Setahu dia, hari Rabu dan Khamis adalah hari khas pelajar Banin sahaja. Pelajar banat dilarang mengunakan maktabah itu.

“Apa enti buat kat sini?”soalnya sinis pada empunya suara tadi.

“Nak minta tolong Mustazah ambilkan buku yang Ustazah Kamsinah mahu,”jawab suara itu, tegas sahaja bunyinya. Rakan-rakan yang ada dibelakang gadis itu hanya diam membisu. Mungkin tak kuasa hendak bermujadalah dengan saiful Alam.hanim menggelarkan dirinya, Tentera Rusia….Itu yang mereka tahu…Hanim kata, dia tu ice cold…sesejuk ais….tak peramah, no warmth at all!

Dalam erti kata lain, dia sombong!

“Tahu hari ini hari apa?”soalnya lagi, macam tidak puas hati.Dilihatnya gadis itu mengangguk laju. Muka gadis itu tidak sedikit pun malu ditegur begitu.

“Na’am.Araftu. Hazal yaum, Yaumul Arbi’a. Wa ghadan Yaumul Khamis. Qad araftu aidhan…hari ini, hari pelajar Banin. Tapi akhi Saiful Alam Syah..ana masuk ke sini, dengan kebenaran dari Ustazah, dan ada berteman. Cukupkan 3 pelajar banat, menemani ana, dan juga pintu maktabah tu terbuka luas.Sesiapa saja boleh melihat pergerakan kami didalam maktabah ini.Ana rasa, kami tak menimbulkan fitnah apa pun,”tegas suara Nur Hanim membidas kata-kata Saiful Alam. Dia berdiri tenang, anak matanya memandang tajam pada mata lawannya. Saiful Alam akhirnya memandang kearah lain.

“Kenapa tak cari saja pelajar banin yang lain?”Saiful Alam tidak mahu beralah. Bukankah Hanim boleh minta mana-mana pelajar banin untuk menolongnya, daripada dia yang terpaksa masuk ke dalam maktabah dengan 3 orang muhrim seperti yang dia katakan itu. Membazir tenaga! Atau memang suka masuk kedalam maktabah waktu sessi pelajar banin, hatinya berteka teki, menaruh syak wasangka!

“Apa perlunya ana berkejar kesana ke sini, nak cari pelajar Banin sedangkan mereka semua sedang berada di musolla sekarang ini? Bukankah hari ini, pelajar banin ada sessi khas dengan tetamu dari Kuwait itu? Cuma pelajar yang tak berkenaan saja yang tidak perlu ke sana?” Hanim menjawab, walaupun suaranya tenang, tapi ada nada tidak puas hati dengan si penyoal!

Saiful Alam memandang Mustazah yang sedang mencari sesuatu dirak paling atas. Memanglah, kalau diharapkan pelajar Banat, mana mereka sampai hendak mencapai buku di rak itu.Si Mustazah pun kena panjat kerusi juga.

“Enta, tak perlu ke musolla ke?” tanya Saiful Alam.Kali ini nada suaranya agak rendah dan lebih elok dari nada suaranya ketika berbual dengan Hanim tadi. Sekilas Mustazah memandang kearah kaunselor madrasah itu.

“Memang ana nak tutup maktabah ni, tapi takkan nk biarkan dia panjat kerusi ni nak ambil buku tu? Tak senonoh langsung…buatnya ada yang lalu depan pintu, apa pula mereka anggap! Ni dah ambil buku..ana nak tutup maktabah.Ana nak kemusollah.Manalah tahu, ada peluang dapat biasiswa ke Kuwait nanti,”elok saja suara Mustazah menjawab.Dia sudah lompat turun dari kerusi yang dipanjatnya tadi.

Saiful Alam menarik kerusi lalu merebahkan punggungnya,”Kunci maktabah serah pada ana.Ana sign dalam log book, nanti. Ana nak cari bahanlah,”dia memesan pada Mustazah.

“Eh, enta tak nak dengar taklimat pegawai tu ke?”spontan Mustazah bertanya.Kemudian dia menepuk dahinya lalu tertawa.

“Afwan!! Lupalah..Enta bakal ke Mesir, masuk Azhar,kan? Tak payah dengar taklimat tu….”Mustazah menyambung kata-katanya lagi.

Setelah menyerahkan buku kepada Hanim, terus empat gadis itu melangkah keluar. Setelah mengucapkan kata terima kasih kepada Mustazah, sempat Hanim mengusiknya..

“Betul ke orang tu masuk Azhar….enta pula nak ke Kuwait eh?”

Mendengar perbualan Hanim, Saiful Alam berdehem kecil. Si Hanim ni memang agak rapat dengan Mustazah.Dengarnya mereka tinggal berdekatan dan sekelas pula. Dia mahu Hanim cepat meninggalkan maktabah itu. Dia tidak suka kalau ada pelajar banin dan banat yang berbual suka-suka sesama sendiri. Bukankah syaitan akan mengganggu? Itu yang dirisaukannya. Kalau perbualan yang sahaja-sahaja, akan menyimpang jauh menjadi pergaulan bebas….tentu akan ada senda gurau kalau dah selalu berbual mesra!