Friday, July 11, 2008

Ikhlas mengasihimu-2

ZunnurAin membuka sedikit cermin tingkap sambil menghirup udara pagi. Seusai solat Subuh tadi, dia telah terlena sewaktu leka membaca buku Ilmu dan Hikmah yang di beri oleh Budi Aerman semalam. Katanya, hadiah menyambut kepulangan teman sepermainan. "Dah besar panjang gini, nak main pondok-pondok lagi ke Budi? Adik adik satu blok ni pun, dah tak main pondok-pondok dah. Semua aci main online games depan komputer saja! Lainlah kalau kita ada kat kampung Tangkerang di Pekan Baru tu! Siap boleh main kejar-kejar dengan katak!", dia memberitahu Budi sebelum pemuda itu pulang bersama Nek Som lewat malam semalam.

"Lain kali, kalau kau bawak diri ke Pekan Baru, kau kidnaplah aku sekali! Nanti kita boleh kejar katak sama-sama,"usik Budi sebelum melangkah masuk kerumahnya. Kata-kata Budi tadi itu dia tak kisahlah sangat tapi kata-kata Budi sebelum mereka melangkah ke dalam lif sewaktu tiba di flat itu yang masih menjadi tanda tanya dirinya. Kenapa tiba-tiba dia dikerah pulang? Bukan ibu dan abahnya tidak tahu yang dia masih mengikuti kursus penghayatan Islam di sana. Patutkah dia menggunakan perkataan itu? Kerah..patut pun....Memang dikerah...dia tidak dipanggil pulang tapi macam askar saja ibunya menghantar sms mengarahnya pulang segera. Mujur kelas Isti'dat yang di ikutinya sudah ke modul terakhir, kalau tidak, tentulah dia akan ketinggalan banyak modul nanti.

"Zin...apa dan mengapa kau di arah pulang, kau janganlah tanya aku. Tapi apa pun yang berlaku, kau kena ingat, aku ada di belakang kau," pesan Budi Aerman membuatnya tertanya-tanya. Namun semalam, reaksi ibu dan ayahnya macam tidak ada apa yang berlaku. Seolah-olah arahan pulang itu, hanyalah kerana mahu menatap wajah anak gadis yang sudah hampir enam bulan tak pulang ke rumah! ZunnurAin berpaling, melangkah keluar dari kamarnya. Terasa asing berada di kota setelah hampir setengah tahun dia tinggal di daerah perkampungan, yang mana, siang dan malamnya di penuhi dengan suara anak-anak bermain di luar rumah. Indah...tenang! Tidaklah terkurung seperti sekarang ini.

Ibunya sedang mengemas di dapur sementara abah masih lagi di ruang makan, membaca Berita Harian. Perlahan, dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan ayahnya.

"Baru bangun tuan puteri?"sapa abah. Abahnya itu memang jarang mahu berbual dengan ZunnurAin. Namun dia tahu, abahnya seorang yang amat mengambil berat akan kebajikan anaknya. Manakan tidak, dialah anak tunggal dalam keluarga itu.

"Ain tertidurlah abah. Rasa mengantuk semacam pula sewaktu baca buku yang Budi bagi tu, sampai terlelap,"dia memberitahu. Malu sebenarnya apabila dia tidak membantu ibu di dapur seperti yang sepatutnya dilakukan olah semua anak dara.

"Ain, tengahari nanti ibu nak keluar sekejap dengan ayah. Ada hal sikit.Malam karang ada yang nak bertamu kesini,"beritahu ibu dari dapur.

"Ain kemaskan apa yang patut iya. Jangan sampai orang datang, rumah kita berserak pulak,"pesan ibu lagi.
Ain mencapai roti telur diatas pinggan. Disuap roti itu kemulutnya. Kalau di Pekan Baru, tentulah nasi goreng yang menjadi sarapan paginya, kerana memang kebiasaan anak-anak Indonesia makan nasi diwaktu pagi. Baru-baru dia disana, memanglah tak tertelan juga, tapi lama kelamaan, dah jadi biasa.Alah bisa, tegal biasa!

"Adalah, yang nak datang.Kawan lama ibu dan abah,"beritahu abah sambil melipat semula akhbar ditangannya. Doa memandang wajah si anak gadis yang sedang mengunyaj roti dengan lahapnya. ZunnurAin mengambil lagi sekeping roti. Rasa tak cukup pula apabila tidak makan nasi, kata hatinya. Tapi dia tak mahu menyusahkan ibu. Perutnya harus dididik, di mana bumi dipijak, di situlah apa saja dimakan! Zin Zin, kalau Budi dengar...tentu dia akan ketawa tergolek-golek dengar peribahasa cipataan sendiri.Ah, cakap pasal Budi..dia tahu tak siapa kawan Ibu dan Abah yang nak datang malam nanti?

Selepas mengemas seluruh rumah, ZunnurAin menapak ke rumah sebelah.Ibu dan abahnya sudah keluar selepas solat Zuhur tadi. Harap-harap Nek Som tahulah apa yang sedang berlaku. Sedikit sebanyak, Nek Som bolehlah beri briefing serba sedikit. Nek Som kan dah macam penasihat ibu dan abah.

ZunnurAin memberi salam lantas membuka pintu pagar yang tidak berkunci. Dia menjengah Nek Som di kamarnya. Sejak kecil lagi, memang ZunnurAin sudah biasa dengan keadaan di rumah jirannya itu. Seperti Budi, mereka keluar masuk ke rumah masing-masing ikut sesuka hati.

Nek Som sedang menjahit sesuatu di biliknya. Orang tua itu sekadar melihatnya melalui cermin mata tebal yang dipakainya. ZunnurAin duduk bersila di lantai memerhatikan kerja tangan orang tua yang sudah dianggap seperti neneknya sendiri. Cantik sulaman yang sedang di jahit pada sehelai selendang.

"Untuk siapa ni Nek?"tanya ZunnurAin sambil membelek-belek selendang merah hati itu.

"Untuk cucu nenek,"rendah Nek Som memberitahu. ZunnurAin memandang wajah Nek Som pelik. Mana Nek Som ada cucu lain melainkan Budi? Budi nak kahwin ke?

"Budi nak kahwin ke Nek?"ZunnurAin tanya lagi,"Kenapa dia tak beritahu Ain?"Dia seperti tidak puas hati. Nek Som tertawa kecil. Wanita itu menggeleng kepala.

"Bila masa pula aku ada pinang anak dara orang?" terdengar suara Budi dari luar. Mungkin mamat ni baru balik dari kuliah.

"Manalah tahu, kau nak kahwin, tak nak beritahu aku,"cepat ZunnurAin membalas. Lengan baju ditarik kebawah. Dia memperbetulkan kainnya. Memang sewaktu menapak tadi, dia lupa nak pakai stokin. Siapa sangka Budi akan balik awal. Hisy, terbarai juga auratnya depan lelaki itu. harap-harap Budi tak nampaklah......

"Awal kau balik, Budi?"soalnya. Budi merenung wajah jirannya lalu tertawa.

"Eii,makcik! Kau kenapa? Kuliah aku setengah hari lah saja.Tak pernah nya sampai satu hari,"beritahu Budi Aerman. Dia menghulur failnya kepada ZunnurAin. Alis mata gadis itu terangkat seolah-olah menyoal tingkahnya.

"Simpankanlah, dalam bilik aku. Aku nak makan, nak solat. Yang kau ada kat sini kenapa,hah?" selamba Budi Aerman bersuara. Kan malam ni ada tamu nak datang? Makcik seorang ni aci melepak dalam rumah nenek ni kenapa? Tak payah kemas rumah ke? Tak payah berdandan ke? Eh, dia kan dah pakai tudung labuh, nak dandan apa lagi! Budi sekadar tertawa didalam hati.

ZunnurAin memandang fail di tangannya, kemudian matanya memandang Budi yang telah menghilang ke dapur. Dia memandang wajah Nek Som pula. "Fail ni nak letak mana? Selamba badak jer suruh aku simpan. Dia ingat aku budak-budak macam dulu ke? Kalau sebelum "O" levels, pun tak kisahlah sangat.Ni aku dah berubah pakai, takkan nak masuk dalam bilik dia." Dia mengguman di dalam hati. Wajahnya berkerut menahan rasa. Mamat ni macam tak mahu faham akan perubahan aku jer? Buta ke mata dia?" dia membebel lagi.

"Letaklah Ain, dalam bilik dia. Dia tu buli Ain macam dulu-dulu lagi, ya. Korang dah besar panjang, tak berubah-ubah," komen Nek Som. Jahitannya sudah diletak ke tepi. Dia mengurut-urut tengkuknya. Kesempatan itu diambil ZunnurAin untuk bertanyakan perihal tetamu yang akan datang malam nanti. Dia tahu, ibunya tentu sudah bercerita dengan Nek Som.

"Ain tunggu sajalah ya. Nek Som tak tahu lah...,"rasanya Nek Som cuba berdalih. Setelah meletakkan fail di tepi pintu bilik Budi, dia meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Sedikit pun dia tidak menegur Budi yang baru keluar dari dapur itu.

"Nek, dia tu lari lagi tak, kalau dia tahu dia dah jadi tunangan orang?"tanya Budi sewaktu melihat Ain meninggalkan rumahnya.

"Entahlah Budi. Nenek tak tahu nak cakap apa. Harap-harap dia tak meletup malam nanti,"Nek Som bersuara.

"Kau jangan pergi mana-mana, tau. Kalau dia merajuk, cuma kau saja yang boleh pujuk dia tu,"sambung Nek Som, seperti amaran.

Budi Aerman terkesima.Aku? Pujuk dia kalau dia merajuk? Ni zaman bila? Bukan enam tahun lalu...

"Nek, kalau tunang dia ada,biarlah diorang buat berbincang,"Budi Aerman cuba berdalih. Mata Nek Som mencerun, memandang wajah kelat Budi.

"Abah dia yang pesan, macam tu. Budi mesti ada sama,"tegas kata-kata Nek Som. Budi Aerman mengangguk lemah. Orang lain yang kena tunang rahsia, aku pun terjerat sama. Kesian kau Zin! tapi kesian lagi aku.........

Tuesday, July 8, 2008

Forum cari

Sejak Hannah balik dari Kedah ni....Hannah tak dapat nak masuk Forum cari.....kenapa ek? kena barred ker?

Ponder...ponder..............


idea untuk Budi dan ZunnurAin, Iskandar dan Hanim dah banyak kat otak ni...tapi tak terlarat nak ditypekan.....akhirnya hannah sekadar jadi pembaca cerita orang lain saja.......

Plan untuk publish buku sendiri tergendala......rupanya......harga typesetting di malaysia, dia kira ikut Singapore dollars......kesiannya saya.......itu belum kes nak printing lagi.....so, saya simpan jer lah manuskrip Mungkinkah........jadi pekasam....................