Wednesday, December 12, 2007

Satu Pengorbanan2-epi19

Maybe 1 more episode before i end dis story...cerita tak abis lagi..cuma it wont be on the blog....saja simpan untuk kenangan sendiri...hehehe



Sarah dan Hanim duduk berdekatan dengan ruang tamu, diantara dapur dan bilik musollah.dari situ memang jelas kedengaran perbincangan tazkirah yang dibentangkan oleh ayah Sarah. Tazkirah mengenai “Mengapa Manusia Hidup”itu betul betul menyentuh hati dan fikiran Hanim yang sedang bercelaru. Gundah antara membezakan cinta pada suami dan cinta kepada Tuhan. Sudah lama dia berfikir tentang itu. Bagaimana harus dia mencintai suaminya kalau dia sendiri tidak dapat menilai cintanya pada Tuhan.

Seperti sudah tahu apa yang tersirat dihati Hanim, ayah Sarah bercerita tentang wanita solehah zaman dahulu yang hidup mereka mengutamakan Tuhan dan Rasulnya. Lihat pada Siti Fatimah Azzarha sendiri, bagaimana dia begitu mentaati suami, sedangkan hati dan jiwanya semata-mata untuk Islam.Beliau terlalu melayani suami, tapi masih sempat beribadah kepada Tuhan.Dua perkara ini, tidak ada sempadannya. Hanim melepaskan nafas lega. Disisinya Sarah dan Zubaidah sekadar memerhatikan. Suara muslimin dibahagian ruang tamu masih terdengar.Masing-masing memberi ulasan dari penerangan tadi. Iskandar juga tidak lepas dari membuat ulasan.Suara guru muda itu tenang menyampaikan ulasannya. Hanim tunduk mendengar kata-kata suaminya.Dia memang kalah mendengar nasihat Iskandar.Mudah untuk dia menitiskan airmata dengan setiap kata-kata yang terkeluar dari mulut Iskandar. Walaupun suaminya itu suka mengusik dan menyakatnya, tapi kalau tiba waktu serius begini, Iskandar terlalu bijak menyampaikan mesej. Entah kenapa, hati Hanim menjadi sebak tiba-tiba. Sewaktu Iskandar mengupas tentang fitrah berkasih sayang, dia dapat melihat dirinya yang tidak mampu menjalankan tugas sebagai isteri, apatah lagi sebagai sayap kiri perjuangan. Hanim cepat-cepat menyeka airmata yang hampir menitis diatas riba. Dia dapat merasakan tangan Sarah di bahunya.

“Janganlah menangis. Betul apa yang dia cakap tu,”bisik Zubaidah. Semenjak mereka menjadi rapat, Zubaidah juga sudah sering mengikuti program usrah dirumah Sarah. Lagipun , Sarah dan ayahnya akan menghantar Zubaidah pulang setiap habis majlis.Rumah Zubaidah bukannya dekat, jauh ke timur Singapura. Hanim mengangguk lemah. Dia menggegam tangan Zubaidah kejap-kejap.Dia memerlukan sokongan kawan-kawannya ketika ini. Hanim tidak mampu untuk terus mendengar kata-kata Iskandar.Terasa seolah-olah setiap ayat itu ditujukan untuknya. Iskandar mengupas topic dengan elok sekali. Tentang kejadian manusia yang berpasang-pasang sehinggalah mereka di satukan dalam institusi rumahtangga, mereka adalah khalifah Allah yang sentiasa memegang amanah menegakkan agama. Manusia berumahtangga, beranak-pinak juga kerana mahu melahirkan umat yang bakal memegang panji-panji menegakkan yang haq.

Selepas majlis, Hanim membantu Sarah dan ibunya di dapur. Sebelum dia mengikut Iskandar kerumah Ssarah tadi, sempat dia membuat cheesecake dan tiramisu. Makanan kegemaran Iskandar itu dibawa sebagai buah tangan.

“Dah lama tak makan cheesecake entilah hanim,”Sarah bersuara.

“Ana sibuklah.Mana kelas, mana sekolah, kena balik rumah ibu , rumah mama..tak sempat nak buat semua ni,”Hanim mengadu meminta simpati.

“Iyalah tu..Sekarang orang tu sibuk sangat.Esok lusa sibuk teruslah kan…,”usik Zubaidah yang sedang mencedok nasi beriyani kedalam talam. Nasi beriyani yang dimasak oleh emak Sarah memang sedap rasanya.Lebih lebih lagi dengan ayam tandoori signaturenya! Sedang Hanim memotong kek, anak saudara Sarah datang menghampiri.

“Aunty Hanim….Uncle Is tu sapa?” petah anak kecil itu bertanya. Hanim memandang muka Imran dengan penuh tanda tanya. Imran memang petah.Sikecil yang sudah ke Nursry itu memang tak pernah mahu berhenti berbual, bertanya itu dan ini.

“Haa…..Errr….”tergugup juga Hanim hendak menjawab.

“Imran, kenapa tanya Aunty macam tu?”celah ibu Sarah yang berada dibelakang Hanim.

“Tadi Im nampak Aunty Hanim datang dengan Uncle Is.Selalunya Uncle Is datang sorang-sorang,”Imran seperti tidak puas hati.

Sarah menghampiri Imran lalu anak kecil itu diletakkan diatas riba. Kasih sayang Sarah memang terserlah terhadap Imran. Sebulan lagi Ummi dan Abinya akan pulang ketanah air, dengan segulung ijazah.

“Imran..Uncle Is dan Aunty Hanim sama macam Ummi dan Abi Imran.Husband and wife,”terang Sarah.

“Ohhh….jadi Uncle Is, Abi, Aunty Hanim, Ummi? Tapi mana Imran diorang? Tak ada pun?” soal Imran lagi membuat Zubaidah melepaskan tawanya.Cepat-cepat ditutup mulutnya agar tawanta tidak terlepas kedengaran keruang tamu.

Hanim sudah merona merah mendengar soalan Imran. Malunya tidak terkata.lagipun suara Imran yang nyaring itu pasti sampai keruang tamu.Tentulah pihak muslimin juga mendengar soalan anak kecil itu.

Sarah memandang ibunya, kemudian Hanim dan Zubaidah.Dia juga tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Imran mengenai Imran si Hanim,yang bermaksud, mana anak Hanim dan Is???

“Imran, Uncle belum ada “Imran” sendiri,”tiba-tiba terdengar suara Iskandar ditepi pintu dapur.Semua yang berada didapur menoleh kearah Iskandar yang sudah berdiri disitu.

Iskandar mencapai talam yang berada berdekatan dengan pintu. Dengan tersenyum, dia menyambung lagi,” nanti Imran tanyalah kat Aunty bila Imran kami bakal ada, okay.”

Kali ini Sarah juga melepaskan tawa. Kesian juga pada Hanim, tapi macam mana nak disuruh anak kecil itu diam. Imran tak akan diam selagi soalannya tak terjawab. Mujur juga Imran meloloskan diri dari ribaan Sarah apabila melihat Iskandar mengangkat talam berisi briyani ke ruang tamu.Kalau tidak, entah bagaimana bakal guru itu harus menjawab soalan si murid kecil!