Monday, October 15, 2007

Satu Perngorbanan2-epi6

Jadual padat Hanim membuatkan dia jarang bertemu dengan Iskandar. Kursus mereka juga sudah tamat seminggu yang lalu.Mereka kini hanya perlu menantikan sijil pengesahan sebelum meneruskan pernikahan kali kedua di sini. Walaupun rasa payah dengan segala prosedur, Hanim bersyukur kerana melalui kursus itu, dia mendapat banyak ilmu yang tidak akan di pelajarinya baik di madrasah mahupun di Kursus Diplomanya. Hanim mengenali erti tanggungjawab, kasih sayang , kekeluargaan.Dan yang dia amat senang ialah persahabatan yang baru dia jalinkan bersama bakal isteri Haikal. Gadis malang itu rupanya menyimpan seribu satu masalah. Namun dengan huluran ukhwah dari Hanim dan sahabat-sahabatnya, dia sudah mula keluar dari kepompongnya. Saadah sebenarnya adalah gadis bijak yang tertipu oleh kawan-kawannya sendiri. Air yang ditinggalkan di atas meja kantin di Poly, telah di’spike’ dan berlakulah perkara yang tidak pernah dibayangkan itu. Yang menyedihkan, tiada kesan yang boleh diambil untuk menjadi bahan evidence. Alhamdulillah, dia mendapat sokongan dari keluarga yang lain. Dan Hanim dapat melihat kesungguhan Haikal dalam membimbing Saadah kembali kepangkal jalan. Bukan mudah hendak pulihkan keyakinan Saadah terhadap Maha Pengasihnya Tuhan. Mujur sewaktu dia hendak mengakhiri hidupnya, Haikal sempat bertembung dengan Saadah waktu itu. Hanim akur, Tuhan mempunyai agendaNya yang tersendiri, yang tuidak diketahui oleh makhluk sepertinya.

Keputusan pihak guru-guru dimadrasah untuk mengurangkan tanggungjawabnya juga diterima dengan hati yang genbira.Bukan Hanim tidak mahu lagi mengambil pusing tentang perkembangan madrasah, namun dia akur, masanya sebagai isteri pelajar dan juga trainee di kelas malam amat memerlukan pengorbanan yang tinggi. BUkan mudah jadi isteri, rupanya. Walaupun belum serumah, Hanim dapat merasakan perubahan dalam kehidupannya. Banyak hati yang perlu dijaga. Sesekali terkeluar juga keluhan dari bibir mungil itu. Tapi bukan Hanim yang minta kahwin, bukan? Sempat hati remajanya berbicara! Kursus Diplomanya juga sudah masuk kesemester kedua yang memerlukan banyak research dan perbincangan.Mujur Saeidah dan Norlizah menjadi rakan sekumpulan.Mudahlah Hanim membuat segala tugasan bersama mereka. Dan semejka mereka tahu status Hanim sebagai isteri orang, rajin pula Norlizah dan Saeidah membantu Hanim dengan tugasan tugasan yg di berikan. Memang bertuah badan dapat teman seperti mereka. Walaupun setakat berjumpa dua tiga kali seminggu, mereka akrab dan saling memahami. Hanim akur, Tuhan amat memeudahkan urusannya.

“Cik kak..apa termenung tu? Tahulah hari ini Jumaat.TGIF……”usik Saeidah ketika melihat Hanim masih tidak menulis apa apa dikertas surveynya.

“Heee…..Hanim letihlah Kak. Seminggu ni, banyak betul kerja sekolah.Tambah dengan survey ni lagi…Kat manalah Hanim nak dapat orang untuk buat survey ni?” keluh Hanim. Bukan mudah nak cari ibu tunggal atau ibu muda yang boleh bekerja sama untuk mengisi survey form yang di beri oleh penceramahnya. Dr Jannette memang begitu.Setiap penyampaiannya berbeza dengan penceramah penceramah lain.

“Letih…ingatkan dah rindu cik abang dia….”Saeidah tak habis habis mengusik Hanim. Sebenarnya dia bukanlah mahu mengusik sangat,tapi terkenangkan umur Hanim yang muda, tambahan pula mereka pernah melihat ibu bapa Iskandar suatu ketika dahulu, menjemput Hanim selepas tamat kelas, terasa bahagia sungguh. Untung Hanim..dapat suami penyaynag.Mak dan ayah mertua pula amat mengambil berat.

“Apalah akak ni..kesitu pulak dia…..Hanim betul letih nie…rasa macam nak give up salah satu saja….tapi Is tak izinkan,”sambung Hanim. Kalau diikutkan hati, hendak saja, dia mengambil cuti dari madrasah.Habis kursus nanti, dia sambunglah di madrasah, namun usulannya tidak disenangi Iskandar.Dan Hanim tidak mahu pula membantah. Dia sedar, Is adalah suami..Kalau dengan Hisyam, mungkin Hanim dah fikir berbagai cara untuk memujuk abangnya, termasuk menjadikan Shimah allie dengannya!

“InsyaAllah, lah…Hanim boleh lakukannya.Kak Eidah ada full trust in you. Lagipun praktikum Hanim dah over.Attachment pun dah over, hanya perlu buat portfolio dasn modules lain ajer,kan. Survey ni, kacang jer lah Hanim. Why not, kita call saja half way house, minta izin dan kerjasama mereka. Akak rasa the girls would be okay,”saeidah memberi cadangan. Tiba tuba Hanim teringatkan Saadah. Mungkin Saadah boleh bantu. Sesekali memang Saadah mengiluti sessi kaunselling di half way house itu.

“Bingo! Alhamdulillah.I have a friend there. Hanim minta dia tolong kita…”beritahu hanim pada Saeidah. Bercahaya wajahnya kerana dia tak perlu keluar ke khalayak ramai meminta sesiapa untuk memenuhi setiap kertas survey itu.

“Macam mana hanim sekarang?” Tanya Saeidah sambil tangannya ligat menulis soalan soalan yang bakal dimasukkan kedalam survey form kumpulan mereka.

“Macam inilah..Macam yang akak lihat sekarang,”balas Hanim.

“Your life?”Tanya Saeidah

“Huh?”

“Iyalah, dah jadi isteri orang nie..tak ada perbazaan ke?”

Hanim memandang wajah temannya sekilas,”Tak banyak beza. Kita bukannya cintan cintun…Tunang, lepas tu nikah….Dia kan dulu, tutor Hanim.Kawan abang Syam…macam tulah…”Hanim menceritakan serba sedikit.Saeidah bukan orang pertama.Malah Sarah, Zubaidah, bahkan Husni juga sering bertanyakan solalan yang sama. Apa mahu mereka, sebenarnya?

Saeidah menggenggam jemari Hanim. Tersenyum dia mendengar kata-kata gadis didepannya itu.

“Hanim, sorry eh, kalau I seem like a busy bee. Tapi Hanim, its time you ,ook up to Iskandar as your husband. Bukan sekadar pengganti Hisyam, atau your ex tutor. Suami isteri tu mesti ada masa bersama, mengenali hati budi masing-masing. I understand, you’ve been through the nikah in Singapore.But ikut hukum syarak, you are his lawful wife. Jalinkan kasih sayang. Seorang suami suka pada belaian isteri. I know you’re still young and you miss your brother terribly. Tapi akak rasa, you should do more than just taking him for granted.”

“Tapi Abang Is, he never complains. Hanim rasa, he’s perefectly comfortable dengan apa yang ada sekarang,”balas Hanim jujur.

“Maybe, he’s giving you time. Macam Hanim kata, Hanim tak pernah cinta dia.Korang bertunang, terus nikah.And lepas nikah, you two, live your own life…..Maybe, dia sendiri tak tahu samada Hanim sayang dia atau tidak…..”sambung Saeidah.

“Kak, Hanim dah jadi isteri dia..Perlu ke, nak beritahu dia, Hanim sayang dia? Hisy…mushy betul….”Hanim berseloroh.

“Its not mushy to show affection to your own spouse.”Balas Saeidah, serius.

“Kak…..I’ve never told him those things…..Tak pernah, not even after our nikah di Melbourne dulu.Kak..is it too late?”