Wednesday, September 26, 2007

Satu Pengorbanan2--epi5

Mereka meletakkan beg beg di tepi. Memang Hanim dah berjanji untuk keluar dengan teman temannya Ahad itu. Seronok betul sahabat sahabatnya sewaktu Hanim memberitahu plannya kelmarin.Setelah nernikah, Hanim memang jarang jarang eluar dgn teman sekelasnya. Lebih lebih lagi sewaktu dia menghadapi praktikumnya dua bulan lalu.Jangan cakap hendak keluar bersantai, pergi makan di Banquet pun dia menolak! Waktu itu Hanim macam tak cukup tanah untuk membuat persediaan bagi peperiksaan Diplomanya. Sibuk betul Hanim ketika itu!

Zubaidah mengeluarkan segala makanan yang dibawanya. Ada roti kirai, kari daging, pudding, dam macam macam lagi. Pendek kata, pertemuan itu bakal menjadikan mereka terlebih kalori pula!

“Sarah, ingat lagi pada Haikal?”tanya Hanim sambil mengeluarkan pinggan kertas dan mengaturnya diatas canvas. Sarah menatap wajah Hanim. Matanya berkerut, mungkin memikirkan nama lelaki yang disebut Hanim . Haikal..siapa pula yang dimaksudkan kawannya?

“Haikal, street skater, Youth Park, interview majalah…” Hanim memberi hint. Muka Sarah bersinar cerah, macam disebut nama kekasihnya pula.

“Haisy..lain macam jer bunyi…street skater, Youth Park…buah hati ke Sarah?”soal Zubaidah dengan nada serius.

Sarah masih lagi tersenyum, tidak pula menjawab sialan sahabatnya itu.

“Hep…bukanlah…apa pulak buah hati…haram tau,” tegur Hanim.

“Klau bukan buah hati…siapa? Abang, adik, sepupu?”celah Puteri dengan mulut ceriwisnya itu.Tangannya sudah mula mahu mencuil roti kirai didalam Tupperware. Cepat-cepat Zubaidah menepis lembut tangan Puteri. Puteri sekadar membuat wajah sedih. Dia kalau pasal makan, semuanya tak di tolak!

“Haikal itu dulu…pernah kena interview dengan wartawan kita ni. Punyalah hangat perbualan.Lepas tu, dia pula yang interview Hanim.Ana waktu itu macam nak balik saja.Tak larat nak dengar persoalan dia tentang aurat..Punyalah dia tak faham…..Kesian,”beritahu Sarah.

“Oh….kasihan sampai terpaut ke?”usik Puteri lagi.Dia mengerling dengan ekor matanya.Takut kalau kalau jemari halus Sarah merayap ke lengannya mencari mangsa! Namun sarah masih serius dengan ceritanya. Dia sedikit tak menghiraukan usikan Puteri.


"Yang bestnya, sebelum kami balik, dia minta nombor telefon Hanim.Agaknya dia dah jatuh berkenan dekat wartawan muda kita nie," beritahu Sarah. Hanim tertawa kecil, mengingatkan peristiwa itu.

"Tapi sekarang ni, ana 'salute'lah dengan dia,"sambung Hanim.

"Kenapa?"Zubaidah pula bertanya. Pelik kerana Hanim salute pada seorang street skater. Semenjak jadi isteri Cikgu, minda Hanim dah berubah arah ke?

"Ana terjumpa dia di kursus tu. Dia akan bernikah,"beritahu Hanim. Dia memandang wajah sahabat sahabtanya satu persatu.

"No big deal..Kahwin muda dah common sekarang ni. Kahwin lepas tu cerai,"balas Puteri. Memang itu yang dipaparkan di dada akkhbar saban hari. Terlupa pula pada hanim yang turut berkahwin muda didepannya!

Kali ini, memang satu cubitan higgap ke lengannya.Bukan oleh Sarah tapi oleh Zubaidah, yang merasakan kata-kata Puteri itu bakal menyinggung hati Hanim.

"Ooops, I wasn't talking about you,"Puteri cepat cepat menyambung apabila menyedari keterlanjuran kata katanya.

"Tak kisahlah....dah biasa dengan mulut anti, tu,"balas Hanim bersahaja.

"Tapi, Haikal ni, dia bakal menghadapi ujian berat dengan risiko yang dia ambil,"sambung Hanim sambil membetulkan tudungnya yang ditiup angin.

"Risiko apa?" tanya Sarah.

"He's marrying a pregnant girl. Gadis itu kena 'duped'. Pada mulanya ana ingat dia shot gunned. Rupanya, dia kena tipu dengan stranger. Worst of all, dia tak ingat wajah orang yang buat angkara itu,"cerita Hanim dengan tenang. Wajah sahabat sahabatnya berubah riak. Mengandung, out of wedlock kerana kena duped. Nauzubillah........Moga dijauhkan olah Tuhan perkara sebegitu.

"Tapi kenapa dia sanggup buat tu semua?Maksud ana, ambil risiko berkahwin dgn gadis itu?"Puteri tiba tiba bertanya, setelah mereka terdiam beberapa ketika.

Hanim menghela nafas. Dia memandang wajah Puteri. Rakan kelasnya ini memang banyak mulut, tapi baik hati.

"Dia kata, nak selamatkan iman gadis itu. He saw her masa dia nak terjun flat di bloknya. Gadis itu anak saudara salah seorang tetangga Haikal,"Hanim menberitahu perlahan.Seolah olah dia tidak mahu suaranya didengari pengunjung pantai yang lain.

"MasyaAllah...kesiannya. Kematian bukan penyelesaian. Selepas kematian, lagi berat siksanya. Gadis itu macam mana sekarang?" Puteri jelas mengambil berat dengan apa yang disampaikan Hanim.

"Dia trauma. Sentiasa menangis, menurut Haikal. Kena buang oleh keluarga. Mak ayah tak sanggup nak tanggung malu.dengarnya mak ayah dia ahli perniagaan.Dia tinggal dengan saudaranya itulah. Mujur mak ayah Haikal berfikiran terbuka. Mereka nak jaga maruah gadis itu."Hanim menutup cerita.

Hanim terasa bahunya dicuit. Dia menoleh kesisi. Sarah menghulurkan sebotol air mineral.

"Minum dulu..nanti sambung lagi,"beritahu Sarah. Sewaktu mengambil botol dari tangan Sarah, Hanim dapat merasakan jemari sahabatnya itu kedinginan. Hanim sedia maklum, ceritanya tadi, menakutkan Sarah. Dalam dunia ini, selagi manusia tak takut dengan Tuhan, macam macam boleh terjadi.

Sebenarnya, memang rancangan Hanim mengajak teman temannya berkelah ialah kerana perkara ini. Iskandar yang mengusulkan agar Hanim membantu gadis itu bersama teman-teman yang lain. Gadis itu perlu diberi kekuatan jiwa dan ruh. Jiwanya amat tertekan. Perbualan dengan Haikal dan bakal isterinya di dalam kereta minggu lepas banyak meninggalkan kesan. Hanim amat bersyukur dengan mamanya, abangnya dan kini suaminya kerana mengenalkan dia pada Tuhan. Teringat soalannya pada Haikal sebelum Haikal dan bakal isterinya itu keluar dari perut kereta Iskandar.

"Kal, kenapa awak ambil tindakan begini?"tanya Hanim waktu itu.

Sambil memandang Ainatul Mardhiah, tunangnya itu, dia menjawab tenang,"I teringatkan kata kata you. Wanita adalah aurat yang wajib ditutup. You told me, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. I tahu I tak cukup baik untuk orang-orang macam you.tapi I nak bawa Dhiah pada jalan yang baik. Nak didik anak dalam kandungan dia jadi orang baik baik macam you dan kawan you dulu tu....."

Hanim melepaskan nafas berat,"Tinggi sungguh tanggapan kau pada aku Haikal.Aku belum cukup baik. Aku belum cukup kenal Tuhan. Entah aku dalam pandangan Tuhan atau tidak, aku pun tak pasti."

"Apa yang anti cakapkan Hanim?" suara Zubaidah menghentikan lamunannya.

"Huh?" Hanim bertanya kembali. Sebenarnya dia tidak sedar yang dia telah melepaskan kata kata tadi.

"Hanim..suka jadikan masalah orang lain seperti masalah dia sendiri.Kemudian itu, dia yang pening kepala memikirkannya. Iskandar tahu tentang perangai anti yang satu ni?" tanya Sarah.

Hanim mengangkat bahu,"Entah...dia tahu ke tak eh? Tapi rasanya dia tahulah.Sebab itu, dia suruh ana bincang perkara ni dengan kamu semua."

"Jomlah makan.Sesungguhnya makanan ini untuk dinikmati.Kalau tak habis, membazir.Lagipun, hari ini Zu yang belanja, so kalau makan banyak pu tak kena hisab diakhirat ,kan...."celah Puteri. Tangannya ligat menyediakan makanan di atas pinggan kertas.

"Ketua kelas, bacalah doa..Ana tak sabar nak aminkan...."seloroh Puteri lagi.


Terhibur kawan kawan dengan telatah Puteri. Puteri Darwisyah Nasuha memang terkenal dengan gelagatnya yang menghiburkan.