Wednesday, August 1, 2007

Satu Pengorbanan ...part II of the last epi

Seminggu selepas pernikahan mereka, Cik Latifah dan besannya telah meminta diri untuk kembali ke Spore.Maklumlah tugasan masing-masing menanti setia ditempat kerja. Hanya Hanim dan Iskandar sahaja yang masih di Melbourne.Itu pun atas desakan Hisyam sendiri. Manakala ibu ayah Iskandar hanya bersetuju. Menurut mereka, Hanim perlu mengenali Is lebih dalam. Selama ini, Hanim hanya mengenali Iskandar sebagai tutornya, tidak pernah lebih dari itu. Sementara cuti masih berbaki,seluruh keluarga sepakat merasakan yang Hanim dan Iskandar patut menghabiskan masa bersama di Melbourne. Walaupun bukan satu honeymoon yang lengkap, kedua-duanya cuba mengambil kesempatan mengenali dengan lebih dekat lagi diri masing masing.

Selepas mereka menghantar Mama ibu dan ayah mereka berlepas, Hisyam membawa Hanim dan Iskandar terus pulang kerumah.Apabila diajak singgah ke shopping mall, Haninm mengingatkan Hisyam akan shopping spree mereka sehari sebelum mama dan mertuanya berangkat pulang. Sehari suntuk , Shimah dan jirannya, Nadhah, seorang wanita berasal dari Lubnan, membawa mereka keliling kota, membeli belah di beberapa shopping mall di daerah itu. Puas mereka menjelajahi Gladstone Park Shopping Centre, Broadmeadows Shopping Centre dan Roxburgh Park Shopping Centre.Ada saja yang memikat mata Mama dan Ibunya. Hanim yang setakat suka berwindow shopping hanya memerhatikan gelagat mama dan mertuanya.Sempat pula dia berseloroh dengan Encik Fuad, ayah mertuanya.

“Kalau kita biarkan mama dan ibu, ayah rasa berapa ribu akan mereka habiskan agaknya?”kata Hanim.Dia lebih selesa berjalan bersama ayah mertuanya dari berjalan bersama Iskandar.dia masih tidak selesa berjalan bergandingan dengan Iskandar, lebih lebih lagi selepas apa yang berlaku di taman belakang rumah Hisyam tempoh hari. Shimah dan Nadhah pula entah kemana,Kata mereka, hendak carikan sesuatu untuk tetamu tetamu ini bawa pulang ke Singapura.Bila Hanim hendak mengikut, Nadhah sekeras hati tidak mengizinkan, tak surprise katanya, kalau Hanim dah tahu apa yang dia belikan untuk tetamu tetamu ini.

“Hmm…beribu ribu lemon, Hanim. Tak apalah, bukan selalu Ibu shopping bersama dengan Mama Hanim,kan?”balas ayah mertuanya. Hanim memerhatikan mata ayah mertuanya yang tidak leoas lepas memandang Ibunya.

“Sayangnya ayah pada ibu.Kalau arwah papa masih hidup, tentu dia juga sayangkan Mama,”tercetus kata kata itu dari mulutnya.

“Dan abanag pun akan cuba sayang Hanim macam itu,” terdengar satu suara dari belakangnya. Respon hanim yang memusingkan badannya dengan pantas kebelakang, membuat dia hilang imbangan dan hamper terjatuh kebumi kalau bukan Iskandar yang menariknya. Merah padam muka hanim diperlakukan begitu.

“Okay ke ni?”Tanya Iskandar.Hanim hanya mampu mengangguk kecil dan terus berlalu meninggalkan suaminya sendirian. ‘Isy..boleh pulak dia dengar apa yang aku kata,”desis hatinya.

Dari Tullamrine Airport ke rumah Hisyam hanya memakan masa 20 minit melalui highway, namun begitu Hanim merasakan perjalanan itu mamakan masa selamanya kerana Iskandar sedari tadi menggenggam jemarinya kemas seperti tadak mahu melepaskan.Keadaan Hanim yang tidak selesa itu dapat dirasakan Iskandar.

“Kenapa? Rindu Mama?” tanya Iskandar.Hanim sekadar menggelengkan kepala.Matanya tertancap pada Hisyam yang sedang tekun memandu.Dalam musim winter begini, cuaca agak mendung walaupun matahari diatas kepala.

“Habis tu, kenapa?” Tanya Iskandar lagi. Rupanya perbualan iskandar didengari Hisyam.

“Hey, macam dah tak ada tempat lain nak say sweet nothing?”usik Hisyam.Shimah sekadar tersenyum, namun disiku manja suaminya.Dia risau juga kalau Hanim terasa dengan usikan sebegitu.

“Mana ada,”protes Hanim.sekali lagi, cuba merenggangkan genggaman tangan suaminya.

“Macamlah abang tak nampak,”usik Hisyam lagi.Dia tertawa kecil, tahu adiknya tentu akan merajuk dengan usikannya itu.

“Orang kata tak, tu, tak lah…..”rajuk Hanim nampak ketara kini.

“Syah…apa kau dah buat kat adik aku?”tanya Hisyam,” marah tu dia…”

“Mana aku ada buat apa-apa,”balas Iskandar,”memandai jer kau.”

“Hah, aku tahu dah….Kau tu, pegang tangan dia macam tak nak lepas…Dia malu tu….Kan ada aku dan kak Shimah ni,”sekali lagi tawa Hisyam terdengar. Iskandar memandang wajah Hanim.Perlahan, tangannya melepaskan genggaman. Dia menuturkan kata kata maaf terhadap Hanim.

“Hanim, menggembirakan hati suami itu ibadah. Sekarang Hanim dah jadi tanggungjawab Syah.Hanim dah jadi isteri orang, dah tak boleh bermanja manja dengan abang lagi,”tiba tiba Hisyam bersuara.

“Taat dan patuh pada Syah, selagi tidak melanggar syariat.Kalau boleh, teruskan solat berjemaah whenever there is time.Itu yang mengikatkan erat sebuah rumahtangga.” Sesekali Hisyam menoleh kebelakang, cuba melihat reaksi adiknya.

“Dan kau, Syah, isteri itu untuk didampingi.Peliharalah haknya, maruahnya. I place my trust in you,Brother!” sambung Hisyam, sebelum dia membelokkan kereta masuk ke kawasan rumah mereka.