Monday, July 23, 2007

Satu Pengorbanan(2nd last epi))

Mujur, kursus Hanim menemukan dia pada cuti dua minggu untuk minggu practicum. Memandangkan Hanim telah memaklumkan pada pegawai Mendaki tentang masalahnya, dia tidak akan melakukan praktikum pada cuti itu.

“Bila Hanim nak buat praktikum ni? Lambat lambat nanti kelam kabut tau,”beritahu Saeidah.

“Mungkin dalam cuti July nanti. Lepaskan exam di madrasah, jadi Hanim tak kelam kabut.” Beritahu Hanim.

“Laa, June kan cuti sekolah, kenapa tak buat praktikum dalam bulan June ajer?” tanya Norlizah pula.

“Hanim …Hanim….Hanim kena pergi Melbourne, ziarah abang kat sana. Ada benda nak dibincangkan,”Hanim memberitahu tanpa rela.Terpaksa dia berbohong tentang perkara yang hendak di bincangkan itu. Takkan nak beritahu dia akan bernikah di sana pula?

“Bila Hanim nak pergi?” Tanya Norlizah

“Minggu kedua kot,”Hanim beritahu.Itu yang didengar oleh Mamanya semalam.

“Periksa madrasah?” soal Saeidah pula.

“Sekarang ni,lah…Cuma oral Hanim buat lambat, minta izin kat ustaz.”

Tiba tiba Saeidah tergelak kecil. Hanim memandang wajahnya, tidak faham kenapa dia harus tertawa.

“Kenapa Kak Edah?”

“Orang lagi periksa, patutlah akak tengok kebalangan nie, cik abang awak asyik jemput aja..takut orang tu overwork eh?sayang juga dia kat Hanim eh?” balas saeidah.tawanya masih berbaki lagi.

“Mana ada. Dia cuma tak suka Hanim balik lewat, esok sekolah lagi…”Hanim cuba memprotes.

“Itu namanya sayanglah tu…Dia jaga kebajikan Hanim, ambil berat tentang Hanim,”celah Norlizah.

“Hah…cik abang dah sampai tu…..”Saiedah memuncungkan bibir kearah kereta yang bergerak menuju kearah mereka.

“Dahlah, pergi balik…Esok awak periksa, nanti kalau tak pass siapa susah….”usik Saeidah.

“Tak habis habis usik Hanim eh….tak baik tau,”Hanim menyuarakan rajuknya.

----

“Seronoknya berbual tepi jalan,”tegur Iskandar setelah Hanim merebahkan diri di tempat duduk belakang. Dia duduk di sebelah Puan Ainon.

“Mana ada, Hanim bual biasa biasa saja…”jawab Hanim sambil menghulurkan tangan menyalam Ibunya.

“How’s your course?” Tanya Iskandar.

“Ada assignment lagi, praktikum start minggu depan.So tadi kita semua kena choose sekolah mana nak buat attachment,”beritahu Hanim.

“Hanim pilih tadika mana?” Tanya Puan Ainon.

“Hanim pilih tadika Masjid Ghufran. Dekat sikit dengan kawasan rumah kita.Lagipun kat situ banyak fasiliti,”balas Hanim. Dia mengeluarkan boring pemilihan dan ditunjukkan pada Puan Ainon.

“Bila mula?” tanya Iskandar.Dia memandang Hanim melalui visor didepan.

“June,” balas Hanim pendek, tanpa memenadang kea rah tunangnya itu.

“Tapi, we’ll be flying..”pintas Iskandar.

“Iya…Hanim belum habis cakap lagi.Hanim defer samapai July. Hanim dah emel Mendaki and they approve my deferment.”Hanim tersenyum melihat tunangnya itu.

“Abang ingat Hanim nak elak lagi…”seloroh Iskandar