Monday, June 25, 2007

Satu Pengorbanan 39

“Hanim sihat?”Iskandar memulakan perbualan. Dia menguis nguis cheesecake di depannya dgn sudu kecil.

“Alhamdulillah, macam yang abang Is Nampak sekarang,”Hanim membalas, sopan.

“Hanim, you look thinner.Penat eh?” Iskandar bertanya lagi.

“Iya ke? Hanim pun tak perasan. Tak sempat belek diri depan cermin,”beritahu Hanim.

“ Hisyam ada call tak?” selagi Iskandar bertanya. Risau juga melihat Hanim hanya mahu menjawab soalan dari berbual biasa.

“Abang call once in a while. He YM me at times,” Hanim membalas lagi.Matanya terus saja memandang skrin TV yang sedang menayangkan sitcom komedi, Phua Chu Kang. Sesekali hanim tersenyum melihat telatah gila gila watak utamanya, Gurmit Singh.

“Hanim,”panggil Iskandar. Hanim menoleh, keningnya dijungkitkan.

“Mmmm….?”

“Abang minta maaf for everything. Abang susahkan hidup Hanim,”perlahan suara Is menjengah ke telinga Hanim.

Hanim menoleh kearah Mama yang sedang menulis sesuatu di dapur.Mama kelihatan tekun dengan apa yang dilakukannya.

“Apa maksud abang Is?”

“Saif kata, Hanim tak mcm biasa di sekolah. Abang puncanya,kan?” Iskandar memancing reaksi Hanim.

“Alaa. Akhi Saif tu pandai pandai jer. Hanim okay, still in 1 piece.”Hanim sekadar menjawab.

“Abang serius ni Hanim. I’ve been bad, not taking care of you. Elakkan diri dari Hanim. I know, I was bad to you.Maafkan abang,okay?” Hanim masih terus membisu.

“Hanim, you’re not happy dengan pernikahan kita nanti?” iskandar bertanya.

“Hanim tak suka dengan plan abang?” Hanim memandang wajah tunangnya. Matanya mencerun merenung Iskandar. Apakah kerana itu, Iskandar menjauhkan diri? Kerana merasakan Hanim tak suka dengan pertunangan mereka?

“Abang Is, both of us are busy.Hainm tak salahkan sesiapa. Walaupun Hanim…”kata-katanya mati disitu.

“Walaupun apa,Hanim?” pintas Iskandar.

“Hmm…dia kata dia tak apa-apa, Is,tapi bila sorang sorang ajer, dia termenung sana, termenung sini. Nanti duduk mengadap computer tu, tiba tiba menangis….” Celah Cik Latifah yang baru masuk ke ruang tamu.

Iskandar tersenyum mendengar kata-kata bakal mertuanya.

“Betul ni makcik? Ada orang nangis depan computer?”soalnya.

“Ah’ ah.Baca e novel sampai bengkak bengkak mata. Kalau Hisyam tahu, mesti kena marah,”sambung Cil Latifah.

Merona wajah Hanim bila Mamanya berkata begitu. Memang betul dia membaca enovel. Tapi dia menangis bukan kerana itu. Dia menangis kerana ada orang yg lari darinya.

“Hanim, abang kan dah kata…”Iskandar mahu berkata

“Jangan selalu baca e novels….,”sambung Hanim sambil tertawa kecil, cuba untuk menyembunyikan perasaan sebenar.

“Semua salah Is, makcik.Is diamkan lama benar. Tak Tanya khabar, tak datang ziarah.manalah dia tak merajuk macam tu….InsyaAllah, mula esok, abang jemput Hanim setiap malam dari kuliah. Janganlah tunggu lama lama berembun kat Esplanade macam kelmarin. Abang tak suka,lah. Nanti Hanim sakit macam mana?” Iskandar akhirnya mengaku kesilapan diri. Dia mengaku memangdia yang membisu, tidak mahu menghubungi Hanim.

Hanim hanya tersenyum. Keceriaan Iskandar yang sering dia rindukan sudah bertandang semula. Dan keceriaan itu akan membawa keceriaan dalam dirinya juga.

“Takkan kita saja dalam kereta nanti?”Hanim menyuarakan keprihatinannya.

“Takkan,lah…nanti abang bawa Ibu, ayah..kalau Mama tak kerja, kita bawa Mama sekali,” jawab Iskandar.

“Sebab tu Ibu si Is suruh nikah awal awal, Hanim. Mama bukannya nak lepaskan tanggung jawab, tapi Hanim perlukan seseorang untuk jaga Hanim,”Cik Latifah mencelah.

“Mama, kesitu pulak…,”protes Hanim.

“Habis tu, nak kemana? Betullah apa yang Mama cakap ni,”beritahu Mamanya.

Sekali lagi wajah Hanim merona merah. Sejak kepergian Hisyam, memang Hanim selalu mengharapkan kehadiran Iskandar, lelaki kedua dalam hidupnya yang begitu mengambil berat.

“Hanim, I’ve something to tell you,”beritahu saif apabila Cik Latifah masuk ke dapur.

“Apa dia?”

“ Saiful Alam, he was responsible. Dialah yg buat abang datang jumpa Hanim.”

“Maksud abang Is, kalau dia tak suruh, abang Is takkan datang sini jenguk Hanim?”

“No, its not that….sekarang abang tahu, I have no rival….”

“Huh?”

“ I know he likes you. Sebab tu abang dilemma sangat. Takut kebahagiaan abang ni, adalah penderitaan dia. Tapi he told me, dia Cuma sedar dia sayang kat Hanim bila kita nak bertunang.”

“Abang Is, do you know that abang Is suka buat lawak international?”

“This is not a joke, Hanim. Memang abang pernah rasa abang akan lose you to him.He’s always near you..too close for comfort. All the chocolates, showed me how important you are to him….”kata kata Iskandar terhenti di situ. Hanim juga hanya mampu membisu mendengar apa yang diluahkan Iskandar.jadi benarlah apa yang dirasakannya, apa yang di rasakan Hisyam.

“Abang Is, why are you telling me all this?” Tanya Hanim.

“ I don’t know..tapi bila dia kata, itu cerita lama.Abang rasa lega. I don’t mind sharing my comics dengan dia, my toys dengan dia, my secrets dengan dia..but I am not ready to give you up to him….” Beritahu Iskandar.

Hanim membuang pandangannnya ke luar rumah. Pintu rumah yang terbuka luas itu memberinya ruang untuk tidak memandang Iskandar.

“Is, cair cheesecake tu. Dari tadi tak terluak…Kata rindu dengan cheesecake Hanim?” tegur Cik Latifah sejurus dia keluar dari dapur. Di tangannya membawa sepiring lagi hidangan.

“Nak rasa kuih ni…Hanim baru belajar buat semalam.” Pelawa Cik Latifah.

Dia meletak piring kuih itu di atas meja. Iskandar memandang Hanim tanpa kelip….Custard caramel itu kelihatan sama dengan yang Is sering makan di CafĂ© Viena. Hanim masih lagi ingat sajian kegemarannya itu. Dalam diam, Hanim masih lagi ingat sajian kegemarannya itu dan bersungguh belajar membuat kuih itu…

“And all along I thought you just don’t care a dime about me….” Kata hatinya.