Thursday, June 7, 2007

Satu pengorbanan 32

Akhirnya Hisyam dan keluarganya berlepas juga ke Australia. Mereka akan menetap di Melbourne.Kira okaylah tu, ramai juga masyarakat Melayu disitu. Hanim juga mula menyesuaikan diri dengan dua tanggungjawab. Walaupaun berat, dia tetap gagahkan dirinya ke madrasah selepas pulang lewat dari kuliah pada sebelah malam. Entah sampai bila dia akan terus berbuat demikian, Hanim pun tak tahu. Tiga bulan lagi, dia harus melakukan practicum. Mana mungkin Hanim mampu meneruskan pembelajaran di madrasah.Namun buat seketika ini, biarlah dia mengikut saja kata abangnya. Mana tahu, ketaatannya membawa berkat.

Iskandar pula semenjak pemergian Hisyam, jarang sekali menghubungi Hanim. Apa sebab musababnya, memang tak pernah Hanim ketahui, malah dia pula dia hendak ambil tahu. Penat menghadiri kuliah, sudah cukup untuk membawa hanim terus lena diwaktu malam.tak perlulah hendak fikirkan tentang perkara remeh seperti itu. Mama pula sering membuat overtime semenjak Hanim memulakan kuliah di RTRC. Hendak duduk dirumah pun, bukannya ada sesiapa yg hendak dijadikan teman berbual, katanya. Pendek kata, sejak Hisyam tiada, jelas perubahan yg berlaku pada kehidupan Hanim.

“Macam mana kuliah?”Tanya Siaful Alam pada suatu pagi ketika mereka terserempak di MRT. Kebetulan pula pagi itu Hanim terlambat, jadi terpaksa dia menaiki MRT untuk sempat sampai ke madrasah. Selalunya dia hanya akan menaiki bas sahaja.Lebih mudah, tak perlu bertukar tukar dari feeder bus ke MRT.

“Alhamdilillah, boleh cope jugalah.Belum ada subjek yg susah susah lagi…”Hanim menjawab penuh tertib.Risau juga kalau ada mata mata yg memandang.

“Bila abang enti nak balik ke sini?”Tanya Saiful Alam lagi.

“Baru sebulan dia pergi…takkan dah nak balik.Bukannya murah airfare sekarang ni.Lagipun syarikat Cuma tanggung satu airfare dalam masa setahun saja,”beritahu Hanim.

“Anti masih menulis untuk majalah lagi?” sekali lagi saiful Alam bertanya, mungkin hanya setakat mengisi ruang kosong sepanjang perjalanan.

“Taklah, ana rasa elok berhenti dulu…ana macam tak larat,” mudah pula pagi itu Hanim bercerita dgn Saif.Mungkin sebulan tanpa Hisyam, dia seakan hiklang teman berbual.

Saiful Alam mengangguk mendengar penjelasan Hanim. Di pandang wajah polos yg pernah menjadi idamannya satu ketika dulu.

“Iskandar apa khabar? Dah lama tak denngar berita dia,”saif bertanya lagi. Kali ini Hanim memandang wajah lelaki dihadapannya. Takkan sepupu sendiri pun [erlu Tanya pada dia.

“Akhi dah lama tak jumpa dia?tak berhubung?” Hanim menyoal.Saif menggeleng.

“Kenapa?” Hanim bertanya lagi.

“Semenjak dia datang kerumah anan satu ketika tu…dia terus senyap tanpa berita.Bila YM, dia selalu offline.Message tak berbalas. Ana ingat nak kerumah dia, tapi hati ni berat…”Saif bersuara.

“Dia pun semenjak abang dah pergi ke Aussie, dia tak hubungi ana lagi.,”beritahu Hanim,”Dia janji dengan abang, akan jaga anasampai dia pergi….” Balas Hanim perlahan. Dia tidak mahu Saif bersangka yg bukan bukan dengan kata katanya.

“Pergi?”

Hanim mengangguk. “Ah’ ahlah..pergi as in ‘go’..He said he’ll be going. Tapi tak pula dia cakap nak kemana…”

Saiful Alam merenung wajah Hanim. Dia yakin Hanim tidak menyimpan apa apa dari pengetahuannya.

“Takkan dia nak lanjutkan pelajaran? He cant do that. Dia punya 2 tahun lagi di sini sebelum boleh ke UM. Takkan dia breach contract? Hanim tak cuba hubungi dia?” tanya Saif lagi. Keprihatinannya tak ubah seperti seorang abang kepada adiknya yang dilanda masalah pula.

Hanim menggeleng kepala. Sejurus kemudian, Mrt pun tiba di Stesen Bugis.Kedua dua remaja itu keluar meninggalkan gerabak yg penuh manusia. Mereka berjalan bersama pelajar pelajar madrasah lain yg juga hendak tuju ke madrasah.

Dari dalam gerabak, Iskandar hanya memerhatikan dengan perasaan yg tidak menentu. Sebulan dia menjauhkan diri dari Hanim dan Saif. Sebulan dia tidak mendengar suara Hanim walaupun dia mengaku adakalanya dia rindu. Tapi hari ini, matanya membuktikan bahawa sepupunya lebih mengambil berat tentang gadis itu sedangkan dia seolah olah melepaskan tanggungjawabnya. Dia menyandarkan tubuh pada besi pemegang di dalam gerabak itu.

“Hisyam, I am sorry.Aku tak layak buat adik kau…” keluh hatinya.