Thursday, March 29, 2007

Satu pengorbanan 13

Part 13


"macam mana belajar dgn Is?"

"Macam masuk interrogation room kat ISD lah"

"macam pernah kena tahan dgn ISD! Ha ha ha..."

"ketawakanlah ana...esok jumpa siaplah yea..."

"GTG! lunch w my parents...kat Sakura"

"Haa...jealous,nak ikut!!!!Rescue me from this guy!"

"You wish! belajar jer lah...anak solehah!"

Sekali lagi handphone di tatap. Hanim mengeluh kecil.

"Tak habis2 mengadap handphone.You called your lifelines? Atau ada buah hati yang menunggu?" Syah Iskandar bertanya.

Hanim tersentak dari lamunan, malu pun ada.

"Sorry, my friend msg. Back to the lesson tadi...Apa you cakap?"

"I tanya, buah hati you sdg menunggu? Am I taking your time?" soal Is.

"Buah hati?Ingat I ni bimbo ke!" gumam Hanim.

"You what?" Is memandang wajah Hanim.

"Tak ada apa-apa. I drifted away,sorry,"Hanim berlagak seperti tiada apa-apa berlaku.

"Typical...girls, always drifting and daydreaming..."balas Iskandar. Dia ligat menulis sesuatu didalam buku Hanim. Hanim hanya menyaksikan saja, tidak termarah walaupun dia tidak suka bukunya diconteng macam graffiti wall..

"Excuse me...saya bukan girls yang macam tu...."Hanim bersuara, mendatar.Dia ingin membetulkan persepsi Iskandar terhadap gadis-gadis sepertinya.

"Sorry, Hanim.My fault, my sin....saya salah." Iskandar bersuara, seolah memujuk. Hanim tergelak....My sin...macam dialogue novel Hlovate..Mamat ni baca novel ke?Dia berbual macam Ked...but he's not a skater,bukan dari alam backstreet, setahu Hanimlah....

"Tadi marah, sekarang ketawa pula?"tanya Iskandar.Matanya tajam memandang Hanim yang masih tergelak kecil.

"Sorry, my bad!" Hanim menjawab turut mengikut gaya novel yang dibacanya.

"My bad? Peliknya jargon you...Grammar mazhab mana you ambil ni?"balas Iskandar sambil menggegeleng kepala. Namun dia tersenyum dengan keletah selamba gadis dihadapannya itu.

"You lagi pelik. Jargon entah apa-apa. Mana grammar ada pakai mazhab? Ajaran sesat!" tutur Hanim selamba.

Iskandar mencapai buku yang di pegang Hanim, ditutupnya buku itu. Hanim memandangnya, penuh tanda tanya. Terkedu juga bila Iskandar menghulur tangan tadi, ish…berburuk sangka pula Hanim dgn dia.

"Class is over? baru 12.30?"Hanim bersuara. Dipandang jam ditangan kanannya. Dia memnag terbiasa memakai jam ditangan tangan.

"Masih boleh masuk otak lagi ke? Takut nanti I cakap banyak2, You nampak sang Nila Utama kat depan you...Tak pun, you akan rasa yang Raffles sedang berbual dgn you. Kita snap for today?"cadang Iskandar.

"Awak....berapa Abang Hisyam paid for my class with you?"tanya Hanim sambil menyimpan alat-alat tulis kedalam pencil casenya.

"Pay me? Bila pula I buka tuition service, ada charges?"tanya Iskandar.

"Habis tu...class ni?" tanya Hanim lagi.

"Hanim, kalau kat Uni, there's a mentor and a mentee. I treat you like my mentee, I am your mentor. No charges in between." jawab Iskandar.

"You my ‘ mentor’?" Hanim terdiam. Macam cerita Versus lah pulak, getusnya.

"Kenapa termenung? Ni sah ada buah hati ni..."usik Iskandar. Usikannya mengundang marah Hani.

"Told you, I have no attachments, whatsoever....Lame lah, ada boyfriends ni....Buat tersungkur dpn neraka..." tegas Hanim bersuara.

"That's what I like tentang adik Hisyam ni. Tegas tapi sporting. Paling importang sekali, you are "No nonsense' young lady. Sebab tu, I agreed to mentor you. Ingat senang-senag ke I nak mentor anak dara orang?"tegas suara Iskandar kali ini.

Hanim kembali tenang,"Macam awak tahu tentang saya? Selama ni, saya bukannya kenal awak..."

Iskandar tertawa kecil dengan soalan tadi. Sambil menyimpan barang-barangnya ke dalam backpack, dia memberitahu,"He likes to talk about you. Semua orang tahu Hisyam sayang adik dia like his own life...Cuma baru sekarang I dapat kenal adik dia ni...his precious little girl."

"Are you that close dgn my brother?"Tanya Hanim lagi.Tangannya mengoyakkan sepaket Twisties yang sedari tadi berada diatas meja.

"We are soccer friends, usrah mates, qiam buddies...until he got married," beritahu Iskandar.

"Oh.tu dulu,kan...Sekarang he has to help Kak Shimah,masa dia terhad...but he's a great brother, loving husband, and a responsible father..."Hanim bercerita. Jelas, Hanim juga amat menyayangi abangnya itu.Iskandar senang dengan cerita Hanim.

"Okay, Hanim. It's a wrap. Kita sambung lagi next session,"tuturnya.

"Awak, terima kasih ye..."ucap Hanim, "eh, your drink,tak luak pun..."sambil menuding jari kearah gelas yang masih penuh dihadapanya.

"Tulah, asyik berbual je...I forgot my drink.Tak minum rugi,kan? You yang buat..."usik Iskandar. Dia mencapai gelas itu dan memerhatikan isi didalmnya.

“Fruit punch with crushed ice?” teka Iskandar.

Hanim mengangguk,”Macam mana awak tahu?”

“Minuman kegemaran Hisyam,kan? Sekarang ni, kena jadi minuman kegemaran saya pulak lah nampaknya,”jawab Iskandar sambil meneguk isi didalam gelas itu.

"Kenapa cakap macam tu?"soal Hanim dengan muka se'innocent' yang boleh.

"Kalau tak minum, takut saya cena 'crushed' dengan awak nanti!"usik Iskandar.

Hanim tersenyum,"Awak macam abang Hisyam...semua kawan-kawan abang Hisyam suka menyakat ke? Korang ni clan apa huh?" Mulutnya tak henti-henti mengunyah Twisties ditangan. Iskandar hanya memerhatikan perangai gadis itu. Suka makan junk food, not good at all.Tapi dia belum mahu menegur.Tidak mahu gadis itu berkecil hati.

Iskandar membetulkan cermin matanya," Clan..? Whatever..."

Satu pengorbanan 12

Part12
Pertemuan Hanim dgn keluarga Iskandar agak casual. Keluarga yang mudah dgn senyuman itu menyambut Hanim dgn ramah. Hanim turut terperanjat bila abang Hisyam mengizinkan dia memenuhi undangan keluarga Iskandar.
"Pergilah..orang dah jemput. Jaga akhlak. Abang tak nak dengar komen yang bukan-bukan tentang adik abang ni." Dia masih teringat jawapan abangnya sewaktu dia call memberitahu duduk perkara.
"Betul ke ni? Abang Hisyam okay tak? Salah channel ke ni?" tanya Hanim.
"Abang channel masih okaylah....tak ada short circuit, sayang oi! Is tu budak baik. He won’t do anything to you, "beritahu Hisyam.

"Hmmm?"Hanim tak faham.
"Just go, jangan kecilkan hati mak dia. And dont forget your cheesecake.They'll love it,"cadang abangnya.
"Iye ke?" tanya Hanim.
"Sure, insyaAllah. Buat yang mango cheesecake. Alah..Is tu cheesy guylah. Anything with cheese, he'll love!" beritahu Abang Hisyam.
" Abang...teman Hanimlah..." pujuk Hanim,manja.
"Sayang, tak boleh...Kak Shimah nak pergi urutlah that day."beritahu Hisyam.
"Allah...tapi after this, no more yeah! Hanim tak suka pergi makan- pergi makan ni..."rungut Hanim. Dia tak fahan kenapa dia mesti memenuhi undangan ini.
"Sorrylah, adik abang seorang. Anggaplah ni satu pengorbanan untuk sedapkan hati Mama kita dan juga keluarga Is, ye?"pujuk Hisyam lagi.

Hanim tersenyum sendiri bila memikirkan betapa kalutnya dia untuk ke rumah teman abangnya itu. Namun penerimaan ibu dan ayah iskandar, mencaorkan pagar imaginasi yang Hanim cuba bina disekililing dirinya.

"Beli kat mana kek ni?" tanya Cik Ainon, ibu Iskandar.

"Buat sendiri..." teragak-agak Hanim menjawab,"maaflah cik, Hanim tak tahu nak bawa apa.ini saja yang termampu." Dia merendah diri.

"Very nice and smooth. Sedap, Hanim belajar dgn siapa?" tanya ayah Is pula.
"Tengok buku jer, tak belajar kat mana-mana..."tersipu2 Hanim menjawab.
"Sedaplah, Hanim. Lain kali kalau buat lebih, hantar sikitlah kat sini." ujar Iskandar sambil menyuap cheesecake kedalam mulutnya.

"Isy....Is ni, tak malu.Seposen jer, minta-minta orang." tegur Kak Nia, Kak long Iskandar yang balik cuti dari US.

"Hanim, janganlah malu-malu. Makanlah, banyak Cik masak untuk Hanim ni.Nak ucap terima kasih tolong Is siapkan tesis dia,"kata Cik Ainon. Matanya tajam memandang anaknya,Iskandar, yang duduk bertentangan Hanim.Mata mereka bertemu.Iskandar tersenyum penuh makna tapi Hanim terus melemparkan pandangannya ke lauk pauk yang terhidang dihadapannya.

-----------

Baby Zinnirah dah pandai merangkak. Letih juga Kak Shimah mengekori permata hatinya yang seorang itu. Ada saja tempat yang dia nak jelajah dirumah 5 bilik itu.

"Kak, Abang...tak mahu ke add one more to your family?"usik Hanim.

Kak Shimah tergelak dgn soalan adik iparnya itu. Hisyam memandang Hanim, matanya terjengil.

"Iyalah...tak lah keseorangan Amirah Zinnirah ni nanti,"terang Hanim sambil dia menggendong anak saudaranya itu.

"Kalau kakak sakit lagi, Hanim nak ambil cuti lagi?"tanya Shimah serius.

"Allah, ke situ pula..."tegur Hanim.

"Mungkin, but not for now lah, Hanim."beritahu Hisyam.

"So, how's ur preparation for 'O'?"tanya Hisyam.

"Hmm...abang, tolong ajarkan Hanim History tu...tak laratlah nak hafal dates, events dan bla bla bla...."rungut Hanim.

"Siapa suruh ambil History? Dah cakap tak payah...degil..."marah Hisyam.

Hanim senyum sumbing, dah memang salah dia, pelajar madrasah yang lain pun tak ambil History, saja dia yang cari nahas. Shimah tersenyum melihat wajah suaminya yang tak pernah nak stop membebelkan Hanim.

"Abang rasa Hanim minta tolong Syah sudah..."akhirnya Hisyam bersuara.

"Syah? Syah mana? Syah dalam cerita RADHA ke Syah yang menang Anugerah Skrin tu...?"tanya Hanim, action blur.

Hisyam mencubit pipi Hanim,"Baca enovel lagi? Nak periksa pun sempat mengadap komputer baca novel? Nak jadi minah bunga ker?Syahlah...Syah Iskandar, kawan abang tu....Dia dulu amik History waktu 'O',"Hisyam memberitahu.

"Sakitlah...bencilah dgn abang..." Hanim menggosok pipinya.

"Merajuk?"

"Tak...kalau merajuk pun, sapa nak pujuk. Abang? Dari Hanim kecil sampai dah anak dara ni, asyik nak cubit pipi Hanim jer. Tak suka....Hanimdah besar tau!"

"Okay..okay..dah pandai marahlah sekarang...Kesian adik abang ni.Tak per, nanti kalau dah ada husband, adalah orang pujuk,"usik Hisyam.

“Macam mana dinner kelmarin?”Tanya Hisyam

“Okay jer,lah.Diorang very nice people.They like my cheesecake,”jawab hanim acuh tak acuh. Dia masih lagi berfikir macam mana nak elak dari belajar dengan Iskandar.Cukuplah makan bersama keluarga dia, takkan nak jumpa lagi untuk belajar pula?

"Hanim, okaykan kalau Syah tu yang ajar?" tanya Kak Shimah. Dia tahu Hanim malas untuk bercerita tentang dinner tempoh hari.

Hanim geleng kepala," Kenapa mesti Syah...Syah tu lelaki tau! Seganlah...tak biasa."

"Hanim, abang percaya dgn Hanim,sebab tu dia nak suruh Syah ajar Hanim.He's a good guy. Dia tak mix freely, syariat dia okay sebenarnya,"pujuk Kak Shimah.

"Hmm...tengoklah...Hanim sangguplah fail, dari belajar dgn Is."gumamnya perlahan

"Is? Kenapa tak Syah? Is tu cuma family dia jer yang panggil....Oo..anything that I do not know?"abangnya cuba mencungkil rahsia.

Hanim memandang abangnya, wajahnya merah menahan mazmumah.

"Where's the fire..saja nak cari pasal?"soal hanim.bantak ditangan dicampak kearah Hisyam.

"Well, there's no fire today...just love!" usik Hisyam lagi.

"Kak Shimah...tolonglah...macam mana Kak Shimah boleh kahwin dgn orang macam ni?" rengek Hanim.

"Kan kena planned marriage, bukan Kak Shimah browsed kat classified ads..."tawa Shimah pecah lagi dgn kerenah suami dan adik iparnya itu.

Setelah tawa mereka reda, Hisyam membuat kata putus, "You are going to study dengan Iskandar. I'll call him now."

Ternganga Hanim dgn keputusan abangnya. Hisyam mencapai telefon dan terus mendail. "Dia hafal nombor Is? Rapat sangat ke abangnya dgn Is tu? Hanim hanya mampu bertanya dalam hati.

Telefon di berikan pada Hanim,"Dia nak cakap dgn Hanim.."

Teragak-agak Hanim memberi salam. Suara Is dihujung talian menjawab salam dgn ceria.

"Lama tak dengar suara. Dan lama tak nampak baby sitter anggun ni kat playground bawah..."suara itu memberitahu.

"Saya..saya..dah mula sekolah.Baby Amierah dah balik dgn abang...Kak Shimah dah sihat" tergagap-gagap Hanim menjawab, tak ada ciri motivator terbaik sekolah langsung...Mana pergi charismanya hari ini?

"Kesiankan orang tu...stress dgn history.Okay, I'll help. Esok, Ahad kan...kita jumpa..?"cadang Iskandar.

"Hah? Jumpa..nak buat apa?" terpacul soalan dari mulut Hanim.

"Laa..kata tak faham History tu...Ke nak suruh Sang Nila Utama jer yang ajar?"
Iskandar tergelak di hujung talian.

"Oh...okay..."gumam Hanim.

"Esok okay? Pagi I ada sessi kat Masjid Al Falah... I'll be at your place around 11,InsyaAllah. Mama you ada tak?" Iskandar bertanya.

"Mama..ada..."tutur Hanim

"kalau Mam you tak ada, kita belajar kat my place pun boleh.Ibu sentiasa ada kat rumah.”beritahu Iskandar.

“Err..mama ada.Dia off esok,”rendah saja suara hanim.Macam mana ni…esok kena mengadap muka Iskandar lagi.Sungguh dia tak betah dengan keadaan macam tu.

“Okay then, see you."

Gagang telefon diletakkan ketempatnya. Hanim memandang wajah abangnya. Betul ke tindakannya ini....?

"Hanim, belajar betul-betul,okay. Kita ni berdua je. Hanim tahu abang sayang Hanim,kan? Abang tak minta Hanim belajar forever, tapi put your best effort in whatever you do." Hisyam menasihati.

Hanim mengangguk, terasa hiba dgn nasihat abangnya. Shimah yang baru meletakkan Zinnirah di playpen mencelah," We know you can do your best, in whatever circumstances. Hanim kan seorang yang cekal...Kak Shimah yakin."
Hanim menyeka airmata yang meleleh dipipi. Teringat pula cerita GTi.., macam mana Kucai begitu sayang pada Addin, tapi mereka tu twins. Abangnya pun sayang pada dirinya. Kasih sayang sebuah kleluarga tu, takkan dapat dilerai, whatever the obstacles may be.....Dan thanks to Allah, Hanim ada kakak ipar yang begitu memahami, seperti Kak Shimah.




Satu pengorbanan 11

Part 11

"Betul ke apa yang ana dengar ni Hanim..?"tanya Sarah.

"Betul lah tu, ana tak tertinggal sikit pun.Entahlah, macam tak nak pergilah. Tapi undangan orang, tak elok di tolak. Ana belum beritahu abnag Hisyam lagi. Tak tahu apa yang di komen nanti. Mama tu, memanglah syariat dia tak berapa kuat. tapi ana tahu, dia niat baik,nak berkawan dgn ibunya Is..Hmmm..." hanim mengeluh.

"Apa yang dikeluhkan tu...Dah kembali ke madrasah pun, masih mengelih lagi?"tanya Zubaidah yang baru masuk ke kelas.

"Tak adalah, Zu.masalah sikit jer?" terang sarah.Pelik juga Sarah dgn muraqibahnya itu.

"Boleh ana bantu? Itu pun kalau antuma perlukan bantuanlah..." ujarnya.

"Hai, apa pula tak boleh..." balas Hanim.

"Well, two's a company, three's a crowd!" Zubaidah memberitahu.
“ewah…speaking London hari ini,”usik Hanim dan Zubaidah tersipu-sipu malu.
Sarah dan Hanim tertawa kecil. Lucu kerana Zubaidah jarang nak berbahasa Inggeris. Dia lebih senang bertutur dalam Lughatul Arabiah.Itulah sebabnya, ramai rakan-rakan sekelas yang menarik diri dari Muraqibah itu. Mereka stress dgn cara dia berkomunikasi.

"Sejak bila pula enti nak berbual LONDON?"usik Sarah pula.

"Sekali air bah, sekali manusia berubah..Eh, sudahlah...asyik giatkan ana jer...kata tadi ada masalah...Homework mana yang faham ni...?"mukanya masih blushing akibat usikkan dari dua rakannya tadi.
Hanim menekupkan tangan ke mukanya,"Zubaidah...anti ni ulat buku betullah...Ni bukan masalah homework...ni masalah...."

"Masalas fil qalbuha wal hayatuha..." celah Sarah dengan penuh dramatik, malkumlah pelajat sastera melayulah,katakan.

“Masalah di hati dan pada kehidupan...beratnya dengar.." tutur Zubaidah, serius.

Satu persatu Sarah menerangkan duduk perkara kepada Zubaidah. Zubaidah mendengar sambil mengangguk2.Ada kalanya, dia tersenyum dan tergelak kecil. Dia akhir bicara, Sarah bertanyakan pendapat Zubaidah.

"Ohh...motivator kita ni, dah tak ada kata-kata lagilah ye?Baiklah, ana rasa elok anti khabarkan pada abang anti.Minta pandangannya. Tapi personally, ana rasa boleh saja anti hadirkan diri.Bukannya tak ada muhrim, ada ibu dan ayah dia,kan. Anti tunjuklah akhlak terbaik kpd mereka.Itu mudah saja bagi anti, tak gitu?" Zubaidah memberi pandangan.

Hanim merenung wajah Zubaidah, Zu, sejak dua menjak ni, anti dah kenapa? Anti berubah 360 degreeslah....kenapa anti tak larang ana pergi, dgn nas dan hujah2 anti yang selalu tu....?"soal hanim dengan pandangan yang blur lagi mem’blur’kan.

Zubaidah tersenyum,"Ana belajar dari anti berdua. Islam ini tidak menyusahkan.Asalkan kita menjaga adab dan tatasusila, syariat dan aqidah...segalanya mungkin. Ana rasa, selama ini, ana membina dinding di antara ana dengan dunia luar,termasuklah rakan2 sekeliling. Cara anti berdua ni, menyedarkan ana akan hal itu."

"Ana tak faham..."balas Sarah, memang tak faham akan apa yang cuba disampaikan oleh Zubaidah.

"Ana seronok lihat anti bersosial, buat kerja volunteer, campur dgn pelajar2 sekular, tapi akhlak dan syariat, tetap antuma jaga..."akhirnya Zubaidah berterus terang.

"Tapi kenapa selama kami kenal anti, anti pendiam, senyap dan tak suka bergaul dgn kita?" tanya Sarah lagi.

"Ana segan dgn anti. Anti anak orang senang. Entahlah...ana malu tak bertempat, kemudia hilang kawan-kawan.." Zubaidah memberitahu.

"MasyaAllah..Zu, status dan harta tu bukan nilaian di sisi Tuhan. Apa yang ayah ana miliki, adalah anugerah Tuhan yang dia kena agihkan sesama manusia. Kalaulah ana tahu anti ni memerlukan, dah lama ana beritahu ayah ana." Sarah berkata.

"itu yang ana takut...takut menerima bantuan, terhutang budi..."pintas Zubaidah. Dia tidak betah menerima bantuan dari sesiapa.Malah pihak madrasah pun tidak tahu akan masalahnya.
"Bukan itu maksud ana, jangan salah sangka. Bukankah kita digalakkan membantu orang terdekat, sebelum menghul;urkan kepada yang jauh....Anti ni, di kira orang terdekatlah...Maafkan ana,ya Zu..Selama ini ana tak tahu.."jelas sarah lagi.

"Dah...dah...cerita pasal Zubaidah pula...Ni, macam mana ana nak beritahu abang Hisyam ni? takut pula kalau dia tak suka, macam mana nak beritahu Mama? Mama tak kan faham..."celah hanim,semakin pening dengan masalahnya yang tak seberapa tapi amat menyakitkan kepalanya.

"Terangkanlah elok2,"cadang Zubaidah,"takkan abang nati nak marah2, naik mazmumah pula.."

"Ya Allah..."keluh Hanim.

"Hanim, tapi kalau boleh, janganlah sampai ada orang tahu, anti berkawan dgn Iskandar tu...." Zubaidah merendahkan suaranya.Sarah menjulingjan mata, tanda pelik...

"Eee...bukan berkawanlah....nanti orang salah sangka..."protes Hanim.

"Memang dah ada orang salah sangka...dan dah ada orang yang tak suka..."jelas Zubaidah.

"Hah!" terjerit Hanim.Cepat-cepat Sarah menutup mulut Hanim dgn tapak tangannya.

Tiba-tiba pintu kelas di buka, terjengul Ustaz Khair di muka pintu.

"Kenapa masih ada di sini. sarah, Hanim, Zubaidah...lagi lima minit nak loceng, masih duduk-duduk lagi? Homework apa yang awak nak tiru ni?" soal Ustaz Khair.

"Mana ada, Ustaz. Kami berbincang je..."beritahu Zubaidah.Dia rasa bertanggungjawab, kerana dia adalah ketua kelas itu.

Ustaz Khair tersenyum,"Gurau aja.Cepat turun.Kalau Ustazah Lubnah yang datang tadi, tentu kena diri depan ijtimak ni, antunna bertiga...jadi popular pula anak murid Ustaz nanti."

Hanim tersenyum lega.Begitu juga dgn Zubaidah dan Sarah.Seraya itu mereka pun bangun dari tempat duduk dan menuju ke pintu. Ustaz Khair masih berdiri disitu.

"Maaf datuk, anak cucu tumpang lalu..."kata Hanim tanpa memandang Ustaznya. Sarah mencuit lengan Hanim. Zubaidah tersenyum lebar, terhibur dgn telatah Hanim, yang satu ketika dulu dipandang negatif.

"Hisy...anti ni Hanim.Khurafat tu. Apa datuk nenek lah..." tegur Ustaz Khair.

"Ana tak cakap pada benda2 halus yang kita tak nampak, anan tujukan pada ustaz,"jawab Hanim selamba,”Kalau ustaz ,masih kat depan pintu, macam mana kami nak lalu?”
Ustaz Khair tersenyum dgn jawapan Hanim. Dia menggeleng kepala. Graduan muda dari Al Azhar itu memang teruji kalau berhadapan dgn muridnya yang seorang ini. Hanim yang petah bercakap itu memang ada saja modalnya nak mengenakan sesiapa di dalam kelas. Namun begitu, Hanim masih mempamerkan adab ketimuran dan tatasusiala seorang muslimah. Pening kepala Ustaz Khair nak menangani kelasnya sendiri.

Tiba di bawah blok, Sarah bersuara,"Hanim, anti lupa ke ustaz tu masih bujang lagi...selamba anti kenakan dia.Kalau Ustaz Yassin ke, Ustaz Affendi ke, okaylah...dah beranak pinak.sebaya macam ayah kita."
"Apa bezanya, Sarah?" celah Zubaidah.
"Iyelah...buatnya dia tersangkut kat Hanim kerana keletahnya, tak ke aniaya dibuatnya ....masalah yang ada ni tak selesai, tambah masalah baru..."beritahu Sarah.Serius wajahnya kali ini.
"Dah..dah..cukup.Buat ana rasa berdosa jer...Isy...takutnya, Tuhan...tolong Hanim Hanim hamba yang lemah..." getus Hanim, kuat.

Sarah mencubit pipi Hanim,"Tulah...bila bercakap, lain kali fikir dulu. Ana tahulah kepala anti tu berserabut kerana kena ke rumah Iskandar..tapi janganlah melalut-lalut tak tentu pasal....bahaya.Awak tu anak dara...selalunya anti tak macam ni...Semua ni kerana Isklandar kan?"

Wajah Hanim bertambah merona,"Baiklah...ana taubat dah...janganlah salahkan Iskandar....dia pun tak tahu apa-apa kay.Harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku..Harap Ustaz Khair cuma lihat perkara tadi sebagai satu kerja bodoh anak muridnya ini...."tutur Hanim sambil meraup mukanya agar kembali tenang.

Zubaidah cepat-cepat menarik tangan kedua sahabatnya untuk berkumpul di padang apabila loceng berbunyi,"Dah, haiya bi sur'ah..nanti kena denda, haru...malu...."

Tanpa mereka sedari, rupanya, Ustaz Khair ada di tangga atas, dan mendengar segala apa yang di bualkan tiga muridnya itu. Dalam hatinya tertanya-tanya juga siapakah gerangan Iskandar yang mereka sebutkan tu...

Satu pengorbanan 10

Part 10

"Hanim, malam nanti Hanim tution tak?" Mamanya bertanya dari dapur.

"Rasanya macam tak lah, Mama.Cikgu Kamilah macam dah tak larat. Nampak macam dah sarat sangat,"ujar Hanim. Buku Nahu Jadid di tangan diletakkan ketepi.Semenjak Baby Amirah Zinnirah kembali kerumah abangnya, Hanim mengambil kesempatan mengulangkaji palajaran yang tertinggal.
"Habis tu, Hanim boleh cope tak?" tanya Mama.
"InsyaAllah, nanti pelan-pelan Hanim kayuh lah Mama..."dia menjawab acuh tak acuh saja.
"Hisy...budak2 ni, kita tanya pasal pelajaran, dia jawab kayuhlah, apalah..."leter Mamanya.

Hanim merapati Mamanya,"Janganlah marah...Hanim terikut-ikut kawan2 Hanimlah....Ada aja lingo diorang, tapi cute kan Mama?He..kayuh pelan-pelan…"Dia mengulangi kata-kata yang sering keluar dari palajar banin dikelasnya.

"Siapa cute? Anak Mama? Mmmm..anak mama, memang cute.."Mama mencubit pipi Hanim.

"Alaa, taknak lah jadi orang cute, you know the meaning, don't you, Mama? Cute tu ertinya, ugly but adorable....Isy....Macam patung Barbie tu cutelah…tapi hanim rasa Barbie tu macam bimbolah…beauty without brain,"rengus Hanim sambil berjalan menuju ke dapur. Hanim mencapai epal2 di atas meja.Di cuci lalu di atur didalam bakul kecil.

"Mama, kenapa beli epal macam ni.Jarang Mama nak beli fruits.Kalau mama beli pun selalunya canned fruits.Buah macam ni, bukannya ada siapa nak makan,"sambung Hanim

"A'ah lah.Lupa nak beritahu Hanim.Tadi kat pasar, Mama terserempak dgn kawan Hanim yang datang kelmarin tu. Dia yang kirim buah epal ini untuk Hanim."
"Siapa,mama? Zubaidah ke? Dia tu bukannya orang senang, buat apalah susah-susah nak belikan Hanim buah2 ni…"leter Hanim tanpa menunggu jawapan Mamanya.
"Zubaidah pulak... Budak NUS yang datang kelmarin minta Hanim bantu dia buat tesis tu. Apalah nama budak tu?" Makcik Latifah cuba mengingati nama rakan Hanim yang dimaksudkannya.

"Itu kawan abang Hisyamlah, bukan kawan Hanim.Iskandar...nama ayah dia, Hanim lupa nak tanya."

"Hah... Iskandar. Baik budak tu. Mama jumpa dia dengan mak ayah dia kat pasar tadi. Mereka semua kirim salam.Dah tu siap jemput Hanim kerumah diorang."beritahu Mamanya.

"Nak buat apa? Tesis budak tu belum siap lagi ke atau tesis dia kena reject?"selamba Hanim mengutarakan pertanyaan demi pertanyaan.

"Apalah anak Mama ni, doakan yang tak baik untuk orang...Mak dia jemput Hanim, makan kat sana, sebab nak ucap terima kasih,”Puan Latifah menegur anaknya.Tangannya ligat membersihkan ikan yang beli dipasar tadi.
"Isy...tak fahamlah...."rungut Hanim. Dia mengambil pula barang-barang kering yang dibeli mamanya dan di susun didalam cabinet dapur.
"They want to meet you. Nampaknya, anak Mama ni dah ada orang minat ke?"usik Mamanya.

"There you go again...Hanim tak suka lah..."Hanim mencapai sebungkus mee magi yang tersimpan didalam cabinet. Terasa lapar pula bila matanya terpandang bungkusan mee segera itu.
"Alaa, anak mama ni, Rasulullah kahwin dgn Aisyah pun, she was still a young girl remember?"Puan Latifah cuba ‘memancing’ lagi.
"Mama, I am not Saidatina Aisyah...I am Hanim. Mana sama..."Hanim cuba mengelak dari topic Mamanya.

"Habis tu, Hanim tak mahu pergi ke? You want to turn down their invitation?"soal Puan Latifah. Ikan-ikamn yang sudah dibersihkan disimpan kedalam freezer dalam jumlah yang kecil. Mudah nanti kalau dia hendak memasak,hanya ambil apa yang diperlukan sahaja.

"Bukan Hanim jer yang bantu dia, Mus pun tolong jugak..Kenapa tak jemput Mustazah sekali?"tanya Hanim inginkan kepastian.

"You sure ask a lot... Mustazah tu, Si Iskandar dah bawa lunch kat luar. Takkan dia nak bawa Hanim sekali,tentu taki manis mata memandang,bukan gitu?" mata Puan Latifah mengerling memandang Hanim yang sedang memasak Maggie diatas stove.
"Wah...semua Mama tahu? Lama ke Mama berbual dgn diorang?"tutur anak daranya selamba. Sesekali dia menggaul maggi didalam periuk kecil itu. Aroma mee segera tu membuka seleranya yang kebetulan belum sempat sarapan kerana sibuk mengadap laptopnya sepanjang pagi.
"Mmm lama jugak, over our breakfast.."jawab Mamanya.
"What! Mama...you went for breakfast with them. Kat pasar Geylang tu?" ternganga Hanim dibuatnya.

"Kenapa? Tak boleh? Kan Islam suruh kita bersilaturrahmi. Ibunya Iskandar kirim salam.Makcik Ainon."

Hanim terdiam. Pelik dgn cerita Mamanya. Selalunya susah Mama nak bersosial. Apa dah jadi dgn Mamanya kini? Takkan 360 degrees turn,kot?

Tengahari itu, handset Hanim berdering. Ring tone nasyid Isteri solehah berkumandang menandakan nombor sipemanggil tiada dalam simpanannya.
"Assalamu Alaikum." suara lelaki...

Hanim menjawab salam itu.Di hati bertanya gerangan siapa yang menelefonnya. Selalunya kawan-kawan di sekolah lebih senang e-mail saja kerana mereka semua tahu, Hanim memang sentiasa mengadap komputer.
"Hanim?"suara itu memanggilnya.
"Awak siapa?" Hanim bertanya tegas.
"Sombongnya, takkan tak kenal lagi..baru sebulan tak jumpa..." peramah saja si pemanggil bersuara.
"sebulan..?"sah ini bukan rakan-rakan dimadrasah.
"If you think you nak ganggu anak dara orang, you've got the wrong person."
"Hey, wait! saya bukan buaya, nak kacau anak dara orang...saya..."suara itu memberitahu lagi. Hani dapat merasakan bahawa empunya suara itu mentertawakan dia.
"Siapa ni? Maaflah,saya tak suka main teka teki macam sekarang ni" marah Hanim.
"Iskandarlah...Kenapa awak garang sangat? takut saya.." akhirnya sipemanggil mengenalkan diri.
Hanim mengeluh, apalah yang dia nak...tesis kena reject ker?

"Macam mana awak tahu nombor hp saya?" soalnya sambil membelek buku History - Ten years series diatas katilnya.

"Your Mama. She's a nice lady,ya.."tutur Iskandar
"Mak saya yang beri? Awak betul ke tak?" Tanya Hanim datar.

"Eh, betul lah...belum gila lagi...."selamba pemuda itu menjawab"Kenapa?”soal Iskandar pula. Soalan itu tidak berjawab.Hanim semakin pelik dengan mamanya.Tak pernah dia buat begitu pada mana-mana lelaki sebelum ini.

“How’s life?”Tanya Iskandar mesra tanpa menunggu jawapan dari Hanim

“ I am in agony..Belum sempat buat ten years series ni lagi,”beritahu Hanim jujur.

“What subject?”Tanya suara dihujung talian.

“History…Wonder why I was so crazy to take up this subject. Menyesal pulak,” Hanim terus berbicara.

“History? Kacanglah tu..My favourite,” beritahu pemuda itu dan kemudia menyambung lagi,“okay, saya call ni pun bukan nak ganggu awak. Cuma nak sampaikan pesan Ibu.Next week, dia jemput awak kerumah.Lunch....See ya! Salam alaik!"
Talian dimatikan sebelum sempat Hanim memberi kata putus. Hanim kembali menumpukan bacaannya yang tergendala tadi.Dia cuba menjawb satu dua soalan tapi hanya untuk beberapa minit sahaja kerana matanya seolah-olah didodoikan dengan fakta-fakta dalam buku History itu.