Saturday, March 10, 2012
Aiman dan Aiman 7a
Rumah Mak Ngah Saadah sudah indah di hias dengan bunga ros putih yang segar.Leen mengadaptasi tema desa Inggeris untuk majlis Aiman dan Aiman. Cute kan? Bukannya tak boleh letak Aiman dan Amani, tapi Leen sengaja menulis sebegitu di atas 'door signage' yang dia lukis sendiri. Rupanya,Leen mahir melukis folk art, maka bingkai 'signage' dan bingkai di kepala katil pengantin, dia yang lukis. Sengaja nak tunjukkan bakat,dia memberitahu semua orang. Dan ramai juga yang sudah menempah dengannya. Murah rezeki Leen lepas sponsor Aiman,dia sempat berseloroh. Dari bilik pengantin sampailah ke tempat bernikah,semuanya Leen hias dengan tema desa Inggeris. Sejuk mata yang memandang kerana warna yang di gunakan sangatlah lembut. Kak Roza yang di upah oleh Maksu untuk menyiapkan Amani pula sangat pandai bermain dengan warna. Baju kurung pahang yang di jahit olehnya sangat terletak di tubuh Amani. Siap dengan selendang, Amani kelihatan sangat ayu. Selama ni pun,Amani mana pernah melawa. Kerja pun di taska, tak ada maknanya kalau dia hendak melaram. Solekan pada wajah Amani, walaupun amat minimal, sangat menyerlahkan keayuan wajahnya. Saat Mak Ngah dan Maksu masuk menjenguk, Amani perasan ada air mata yang bergenang pada tubir mata Maksu Rohaya. Leen dan beberapa orang sepupu yang sedang meneman Amani di bilik pengantin cepat cepat mengusik.
"Alahai Maksu,tak payah lah sedih sedih. Amani bukannya pergi jauh, balik pada keluarga kita juga." Amani bukan orang lain bagi Leen. Keluarga Aunty Saadah dah macam keluarga mereka sendiri. Walau dia sebenarnya anak saudara kepada ayah Aiman,tapi dia dan sepupu sepupu yang lain bukan orang asing dalam keluarga Aunty Saadah.
"Isyy, baru Maksu nak emo emo,Leen ni potong steam lah."Balas Maksu sambil tertawa kecil. Airmata yang bergenang,di seka dengan hujung lengan baju Abayanya. Amani mencapai tangan Mamanya dan di bawa ke dada.Kemudian tangan itu di ciumnya.
"Amani akan jadi menantu MakNgah, tak ada apa yang akan berubah pun,kan Mak Ngah?" Nureen pula mencelah. Tangannya sudah lincah menangkap setiap detik indah dalam kamar itu. Wajah sayu Maksu, wajah tenang Mak Ngah, wajah Amani yang sukar di tafsirkan..semuanya elok terakam oleh DSLR miliknya. Budak Mass Comm ni, walau dia bukan official photographer majlis pernikahan ini, dia tetap datang dengan Cannon kesayangannya.
"Reen, janji jangan upload gambar yang tak senonoh kat FB kau eh." Amani sempat memberi amaran. Nureen tergelak gelak dengan mimik muka menyakatnya.
"Reen tak janji Amani. Gambar awak ni lawa sangat."Usiknya. Tapi dia sekadar mengusik. Abang Aimannya da awal awal lagi beri amaran jangan nak kenakan yang tidak tidak kat Amani. Nureen tahu itu. Dia faham,dalam perkahwinan seperti ini, semua hati sangat perlu di jaga. Pernikahan Aiman - Amani walau di restui semua pihak, tetap tidak sama macam majlis Abang Syaqeer nya. Syaqeer bertemu jodoh di tempat kerja. Terpikat pada gadis bertudung yang selalu naik MRT di stesyen yang sama dengannya. Lagipun ayah ada cakap, kalau Nureen buat hal diluar alam, siaplah dia kena grounded. Siapa nak!
Sekali lafaz sahaja, sahlah Aiman menjadi suami Amani. Andi yang datang bersama Nina, sibuk dengan cameranya. Sesekali dia bertukar tukar pendapat dengan Nureen. Nina pula yang sudah sarat itu hanya duduk diam di satu sudut di ruang tamu. Tangannya ligat menaip di atas Galaxy Tabnya.Entah apalah yang di taipnya. Ligat saja jemarinya menari nari tanpa menghiraukan orang ramai.
Walau tetamu yang di jemput tidaklah ramai mana, tapi apabila keluarga Mak Ngah dan Pak Ngah sudah bertemu, memang gamatlah suasana. Usik mengusik serta gurau senda memang tak boleh di elakkan. Kedua dua keluarga ni memang rapat sangat. Lagipun MakNgah tu berkahwin dengan orang kampung sendiri. Menurut cerita Maksu kepada Aiman Amani, masa di Kampung Batu Sepuluh dulu, arwah atok dan nenek mengajar ngaji anak anak kawasan tu. Dulu arwah atok dan nenek tinggal tepi rel keretapi. Pak Ngah ni anak murid arwah atok. Sampai bujang dia sering ikut arwah atok ke majlis majlis doa selamat. Mama kata, Pak Ngah ni kira macam PA arwah atok. Bahkan kalau atok perlukan apa apa bantuan Pak Ngah lah yang di panggilnya. Dalam diam diam, rupanya, Pak Ngah berkenan kat Mak Ngah. Dia takut nak beritahu atok dan nenek, maka, dia cuma minta Pak Long untuk menyampaikan hajatnya. Itu lah cerita Mamanya tentang Mak Ngah dan Pak Ngah. Amani berkira kira sendiri, agaknya Mak Ngah dulu cantik dan bijak, sebab tu lah Pak Ngah berkenan. Kata Aiman, ayah Pak Ngah tu ketua kampung Batu Sepuluh tu masa mak ayah dia muda muda.
"Berjodoh juga Aiman dengan Aiman ni. Dari kecil mana ada seorang tu, mesti yang seorang pun ada sama." Usik Kak Rahila, jiran satu blok yang di jemput Mama. Aimani Amani hanya tersenyum. Nak jawab apa pun dia bukannya tahu. Senyum ajaj jawapan yang paling selamat.
"Kak Ilah doakan kalian bahagia sampai akhir hayat,"Rahilah menyambung sewaktu bersalaman dengan pengantin perempuan.
"Thanks Kak Ilah,"balas Aiman Amani. Bahagia? Errr... Ngerilah bila dia fikirkan.
******
Menjelang maghrib, Andi dan Nina pula meminta diri untuk pulang. Nina yang berbadan dua tu nampak sangat keletihan. Walaupun da sarat macam itu, dia sibuk juga membantu mengemas di dapur biarpun beberapa kali di tegah oleh semua orang. Alasannya, dia makin letih kalau tidak berbuat apa apa. Akhirnya Mama dan Mak Ngah hanya mengizinkan dia membungkus berkat saja. Jangan banyak banyak gerak, nanti sakit, bising Mak Ngah di dapur. Mak Long Naemah yang kebetulan ada di dapur sempat mencelah, mengusik Mak Ngah.
" Ni anak orang lain yang mengandung, kau da sibuk macam ni Adah. Akak tak tahu lah kalau Amani yang mengandung nanti, macam mana agaknya kau ya!" Usikan Mak Long itu jadi bahan pula oleh saudara mara yang lain. Lepas satu, satu pula yang menokok tambah. Muka Amani sudah merah, macam udang kena bakar! Malunya!
" Kalau Amani mengandung, nanti Nina bolehlah offer jadi doula. Mak Bidan zaman moden." Balas Nina dengan gelak kecil. Nina sejak mengandung ni suka sangat baca tentang doula yang popular di negara Barat tu.
Lagi bertambah merah wajah Amani. Dipalingkan wajah melihat Aiman yang sedang berdiri bersama Andi. Aiman kelihatan selamba. Hisy, orang lelaki ni tak ada rasa malu ke?
Sampailah tetamu terakhir meninggalkan rumah, Aiman dan Amani tak habis habis di usik sanak saudara. Nasiblah, kahwin dengan sepupu sendiri. Yang mengusik pun tak teragak agak nak beralas alas, semua main hembus je apa yang nak mereka cakap.
Oooppppss......tergantung kan entry ni? Tunggu sambungan dia ya! winks