Friday, June 14, 2013

Sekadar melepas rasa..... Saya sedih....kenapa begini harus terjadi. Masu di beri, tuba yangbdi balasnya. Dear you... Saya akan terus berdiri tetap di sini. Walau apa pun yang kau cuba lakukan, mengalah tidak sekali. Allah gv us choices, kenapa nk pilih jalan yg sebegini? Tolong jgn hancurkan hidup orang lain hanya kerana kau dah hancurkan hidup kau sendiri. Jgn ganggu kami...we have enuff. Kami terima kau as it is...hanya kerana kami yahu Tuhan berkehendak sedemikian. Tapi kau? Lagi sekali aku hanya mahu ingatkan tuba kau balas tak menggoyahkan kami in sya Allah...

Thursday, May 23, 2013

Salam semua...lama saya tak menulis kan? Saya dh lupa mcm mana nk menulis agaknya. Sibuk dgn kerja kerja kebajikan juga kerja rumah yg tak pernah habis..berulang alik jb spore pun takes a toll on d pregnant me. Ya...saya mengandung anak ke7...jadi dgn umur yg meningkat dan stamina yg berkurangan, letih rasanya nak on laptop... Tapi saya nak share juga berita gembira dgn anda semua, rakan rakan maya saya...... Saya nak perkenalkan........kehidupan baru saya sekarang n....melalui satu cerpen yg sangat2 pendek....khas buat anda semua..... tapi sebelum saya publish cerpen tu, ingin saya hidangkan appertisernya dulu,,,,,terima lah..... Selamat Pengantin Baru Wahai Suami.... 10 march 2013 Kandunganku cukup mencapai usia 28 minggu. Kau usap perut yang membawa zuriatmu ini.. Ini abi, kenalilah wahai Putra,ini suara abimu. 10 march 2013 Kau segak berjubah dan berkopiah putih. Jubah yang sama kau kenakan hampir 17 tahun yang lalu.. Kenangan lalu menggamit rindu. 17 tahun yang lalu, bersaksikan 2 ahli keluarga, kita disatukan. Aku masih ingat suasana ketika itu. Dengan adik adik sepupuku yg masih kecil, amat meriah sekali detik manis itu.. 10 mac 2013. Bersaksikan dua orang sahabat, sekali lagi kau melafazkan akad. Dan kali ini, bukan aku pengantinnya. Bukan aku yang duduk di alas itu Bukan aku yang kau sarungkan cincin itu. Aku adalah sebahagian dari hadirin yang hadir. Aku adalah antara hadirin yang sama sama mengucapkan syukur tatkala saksi saksi mengatakan Sah... Dan kali ini, aku saksikan airmata suci yang mengalir dari tubir mata anakmu. "Kakak, sesungguhnya poligami itu indah" Itu yang aku sering titip padanya. "Kakak terharu...hanya itu" anak gadismu sudah memahami perasaan seorang wanita. Sudah dewasa anak gadis mu itu wahai imamku. 10 mac 2013 Kehidupan kita berubah Tangunggjawabmu bertambah Aku sdg belajar untuk memahami setiap denyutan nadimu. Kerana aku yakin wahai Imamku, kau tak akan sesiakan kami isteri isterimu. Sesungguhnya aku bersyukur kerana suamiku, adalah lelaki yang berani menongkah kontroversi yang di dalangi Yahudi. Namun itu berlaku atas keajaiban mursyidku.. 10 mac 2013 Adalah persatuan bukan sekadar dua jiwa tetapi satu institusi keluarga. Kasih sayang itu tidak pula aku rasa terbelah bahagi Tetapi bertambah. Kini ada lagi satu hati yang boleh aku sayangi, dan aku pula di sayangi... bukankah itu satu rahmat? Kekalkanlah kami dlm rahmatMu ini ya Allah Semoga dengan rahmat dan karamah kerajaan ajaibmu Kami semua dapat melepasi ujian ini... Selamat pengantin baru wahai Imamku....

Taubat (Doa Tarhil)

Zikir doa taubat tarhil استغفر الله العظيم٣ ألذى لاأله إلا هو الحي القيوم و أتوب اليه ٣ توبة عبد ظالم لا يملك لنفسه ضرا ولا نفعا ولا موتا ولا حياة ولا نشورا Mohon ampun ya Allah Yang Maha Agung (3x) Engkaulah Tuhan tiada Tuhan selainMu Yang Maha Hidup Yang Maha Berdikari Aku taubat ya Allah (3x) Taubat seorg hamba yang zalim Yang merasa berkuasa Walau tiada kuasa apa-apa Tiada kuasa memberi mudorat Tiada kuasa memberi manfaat Tiada kuasa mematikan Tiada kuasa menghidupkan Dan tiada kuasa hidupkan semula