Friday, March 2, 2012

Kisah tanpa tajuk 5





Tubuh di hempas ke atas sofa. Perlahan tudungnya ditanggalkan. Keletihan rasanya, seharian berada di kolej. Matanya di pejam rapat.
"Penat ke adik abang Iq ni?" terdengar suara abangnya dari arah tangga. Dian Thahirah hanya mengangguk lemah. Entah kenapa dia berasa letih sekali hari itu. Dalam diam dia berkira kira, mungkin sudah hampir waktu uzurnya.
"Dah solat asar? Sekejap lagi waktu maghrib dah nak masuk ni.."soalan lazim Iqram apabila melihat Dian thahirah pulang dari mana mana pun. Sekali lagi adiknya itu mengangguk.
"Pergilah siap siap. Nanti lepas solat, abang nak pergi dinner dekat luar. Kak Mona tak sihat, dia tak siapkan makan malam," Iqram mengarah. Mendengar kata kata Iqram, mata Dian Thahirah terbuka luas. Kak Mona sakit dan dia boleh bersenang senang melepak di sofa. Patutlah waktu dia sampai tadi muka Mona kelihatan lesu.
"Err Abang Iq, let me cook tonight. Sorry pasal tak tahu pun yang Kak Mona tak sihat." serba salah pula dia jadinya. Dia sepatutnya membantu di rumah itu, bukan mengharap segalanya di siapkan oleh Mona. Dian Thahirah memarahi dirinya sendiri.
"Betul ni?" macam tak percaya saja yang anak dara seorang itu mahu memasak. Si adik di depannya mengangguk laju.
"Masak mee segera?" Iqram menguji. Dian Thahirah tersenyum, sedar yang Iqram sedang mengusiknya. "Mee segera pun okay kan? Makan juga. Lepas maghrib okay. Abang Iq dan Kak Mona tunggu jer lah mee segera Dian tu nanti," Dian Thahirah membalas. Dia mencapai beg dan tudungnya lalu berlalu ke tingkat atas. Dalam kepala berkira kira mahu memasak spagetti. Teringat dia pada spagetti yang Angeline makan tadi siang. Nampak enak sekali. Berselera saja si Angeline itu makan di depannya.


Meja di siapkan ala kadar. Sempat dia berlari ke NTUC di blok depan selepas Magrib tadi. Maka selepas Isya siaplah spagetti bolognaise segeran Dian Thahirah. Okay lah, kalau makan di luar, mahu terbang lima puluh dolar. Tapi bila siapkan sendiri, tidaklah mahal mana pun.
"Sedap tak mee segera Dian, abang Iq?" soal Dian Thahirah selamba. Dia perhatikan Iqram menambah dua kali tadi. Tentu abangnya itu lapar sangat. Kak Mona pula tampak selera juga walaupun tidak sihat.
"Alhamdulillah, lepas ni Kak Mona tak lah risau sangat kalau Kak Mona tak sempat nak masak ke apa. Dian dah pandai masak rupanya," Mona memuji.
Selama ni, adik ipar seorang itu hanya membantu menyiapkan bahan bahan. Kalau di suruh menumis, dia akan beri seribu satu macam alasan.
"Ni kira waktu dharurat jer Kak Mona. Kak Mona boleh suruh Dian buat kerja rumah apa saja. Mop rumah, cuci tandas, tukar langsir, lap tingkap yang banyak ni, Dian tak akan bantah. Tapi janganlah suruh Dian masak kat dapur tu. Dian tak pandai nak merasa lauk," pantas Dian membantah usulan Mona.
"Tapi Dian, nak ambil hati suami pun melalui pertnya juga," celah Iqram. Kata kata Iqram membuat Dian Thahirah mencebik. Cheh.... Ke situ pulak.
"Dah terkeluar topik lah abang Iq. Dian belum terfikir lagi. Lagipun, rumahtangga yang bahagia tu kan berasaskan ketaqwaan. Tak kan lah kerana isteri tak pandai masak, suami terus nak pulaukan dia." Dian Thahirah memang tidak mahu kalah.
Memang lah betul isteri yang pandai masak itu, suami sayang. Tapi kalau isteri itu tak bertaqwa, tak taat suami, macam mana pula iya? Belum Iqram sempat membalas, sebuah mesej masuk ke peti inbox handphone adiknya itu. Pantas Dian Thahirah mencapai telefon bimbitnya.

"The praying room for ladies is next to the Persatuan Pelajar Islam room"

Mesej dari Eric. Pelik. Kenapa pemuda itu memberitahunya tentang musolla yang dia sendiri belum jumpa. Dan bagaimana dia tahu? "Siapa Dian?" soal Iqram prihatin. "Eric, my group leader." pendek jawaban yang di beri. Nanti nantilah. Dian Thahirah tiada mood mahu bercerita. Dan dia sendiri tidak ada jawaban kalau di tanya macam macam oleh Abang Iqram nanti.