Sunday, March 25, 2012

Aiman dan Aiman 7b

Cuti yang berbaki itu dimanfaat untuk menziarahi kaum keluarga. Namun MakNgah, PakNgah mahupun MakSu tidak pula menemankan mereka seperti lazimnya pengantin lain pergi berziarah. Alasan mereka, bukannya pengantin tak kenal pun saudara masing masing! Sabar ajalah, Aiman merungut. Dah lah kahwin pun kena atur, bab ziarah ziarah ni pun macam koboi! Tak 'feel' langsung jadi pengantin macam ni. Tapi lain pula dengan Amani, relax saja minah seorang ini. Tak ada pula dia nak merajuk ke apa ke dengan MakSu Rohayah.
Saat ibu mertuanya menyuruh mereka bersiap-siap, dia cuma tanya Aiman,"Nak naik motor ke?" Teruja saja wajah dia bertanya.
"Ah ha," Aiman mengangguk. Dalam hati sudah berkira kira, kalau naik MRT, mana sempat nak habiskan sessi menjelajah sanak keluarga dalam masa sehari dua ni. Dan wajah gadis itu menjadi terlebih ceria. Gadis? Iya....untuk pengetahuan anda, anak dara Maksu Rohayah masih gadis lagi! Aiman tak sampai hati nak minta haknya sebagai suami melihat wajah sepupu yang polos itu.
"MakNgah, Amani boleh pakai pants tak pergi ziarah?" Soalan Amani membuat MakNgah tertawa. Mana ada pengantin perempuan pergi ziarah sembah sembah pakai jeans dan baju T? Melihat mertuanya hanya tertawa, Amani menyambung lagi,"Amani tak bawak baju raya ke apa ke lah Mak Ngah..."Ada nada kesal pada wajah itu. Perlahan, mertuanya menarik tangannya ke bilik utama. Aiman yang melihat juga turut melangkah ke kamar ibu dan ayahnya itu.
Sementara Puan Saadah mencari sesuatu di dalam almarinya, Nur Aiman Amani sempat menjeling sekeliling kamar itu. Cantik! Sedap matanya memandang. Tanpa sedar bibir mengukir sebuah senyuman.
"Senyun senyum ni kenapa?"Tanya Puan Saadah. Dia menghulurkan sepersalinan pakaian yang elok tersimpan di dalam plastik kepada Amani.
"Cantiknya bilik MakNgah! Amani berkenan!"Jujur gadis itu menuturkan."Macam bilik orang baru kawin je kan."
"Nanti bilik Amani kat rumah Mama tu pun akan jadi cantik juga,"balas Puan Saadah sambil menepuk bahu menantunya."Ni, pergi cuba baju ni. Muat ke tak? Memang baju ni ditempah khas untuk menantu ni."Sambung Puan Saadah.
Dengan teliti, Amani membuka plastik yang membungkus baju tersebut. Terpempan! Cantik nya baju! Nak suruh Amani pakai naik motor? Rasa sayang pula! Dia melurutkan jemarinya ke atas baju itu. Baju kurung klasik dari fabrik organza perancis yang lembut. Amani sangat suka dengan warnanya, biru air laut; damai. Walaupun itu bukan warna kegemarannya, dia tetap suka warna sedemikian.
"Thanks MakNgah..I am speechless. Mahal kain ni!" Amani menggumam. Tidak sangka yang dia akan menerima hadiah dari mertuanya itu.
"Apalah budak seorang ni. Sikit je hadiah tu. Dah..cepat pergi cuba, nak tengok okay ke tak. Itupun Mama yang bagi ukuran dia."Puan Saadah sempat memberitahu dari mana dia mendapat ukuran gadis itu. Tersenyum, Amani menarik lengan Aiman ke kamar lelaki itu.
"Ni apa tarik tarik tangan Aiman ni?"Soal lelaki itu."Nak suruh Aiman tengok Amani salin ke?"Usiknya nakal.
Merah wajah isterinya di usik sedemikian. Dalam rasa ghairah menerima hadiah dari mertuanya, dia tertarik pula tangan Aiman! Hisyyy....malu malu! Nasiblah mertua pun MakNgah sendiri! Kalau tak, mesti dah kena label entah apa apa kan?

2 comments:

Ffil@ @naheR said...

Puan writer, saya dah lama menunggu nak baca sambungan cite Aiman dan Aiman. Tak sabar2 already ~~ Boleh post new N3 tak.. please ~~

Ummihana said...

Maaflah...saya kurang sihat...insya allah akn cuba selesai kn in sya allah