Tuesday, December 11, 2007

Satu Pengorbanan2-epi18

Malam itu, Hanim sengaja menunggu sehingga Iskandar terlena sebelum masuk kedalam kamar mereka. Memang mahu tidak mahu, Hanim terpaksa pulang ke rumah Iskandar kerana biliknya di rumah Mama telah diambil alih oleh keluarga Hisyam. Iskandar memang sudah menjangkakan hali ini akan berlaku kerana sewaktu dia mengusik Hanim siang tadi, merah padam wajah isterinya. Rntah menahan malu atau menahan marah dek terasa hati dengan usikan nakalnya. Perlahan Hanim merebahkan diri disebelah Iskandar. Ditatapi wajah suami yang sedang tidur lena itu. Tangan yang berbalut, diletak elok diatas dada suaminya. Hanim menarik selimut menutupi tubuh Iskandar. Dalam cuaca sesejuk ini pun, dia masih mahu gunakan aircon, tapi Hanim tak betah berada dalam ruangan yang sesejuk begini. Dia sudah terasa bias pada lutut kanannya. Tangannya mencapai beg kecil diatas meja sisi. Hanim mengeluakan sebotol minyak urut lalu disapukan pada kakinya. Tiba-tiba dia dikejutkan oleh tangan Iskandar yang mengambil botol itu dari pegangannya.

“Abang tak tidur,eh? Bohong Hanim rupanya?” tanya Hanim dengan nada tidak puas hati.Teringat bahawa baju tidurnya telah terselak hingga keparas peha, dia cepat-cepat menarik kainnya itu. Iskandar hanya tersenyum meliuhat tindakan Hanim yang drastik.

“Meh, abang sapukan minyak,”Iskandar bersuara.terbeliak mata Hanim mendengar pelawaan suaminya.

“Errr…tak payahlah..Dah sudah tadi,”Hanim menjawab gugup. Mana pernah Iskandar melihat lebih dari setakat apa yang selalu dia lihat?

“Tadi Kak Shimah dah beritahu abang.Hanim tak boleh terlalu sejuk, nanti kaki bengkak. Abang ingat Hanim ni sekadar acute gastric saja…Penyakit juga budak ni,”sempat Iskandar mengusik, sambil mengisyaratkan Hanim agar merebahkan diri di atas katil. Hanim bingkas bangun dari duduknya.kepala digeleng tanda tidak mahu.

“Hanim dah banyak rahsiakan perkara tentang diri Hanim SEkarang abang nak bantu pun, Hanim tak mahu. Bukan ke kita dah janji untuk bersikap terbuka? Hanim masih tak percayakan abang sepenuhnya?” datar Iskandar bertanya.Bukan mahu gunakan kuasa veto sebagia suami keatas Hanim tapi sekadar mengingatkan dia tentang janji mereka dihospital kelmarin. Berubah riak wajah Hanim ditegur Iskandar sebegitu. Perlahan dia kembali dudk disis Iskandar. Tangan suaminya di raih lalu dikucupnya. Dia hanya tunduk memandang lantai. Tidak tahu apa yang patut dikatakan.

“Hanim, abang tak marah pun, Cuma nak mengingatkan. Masa tadi Hisyam dan Kak Shimah beritahu abang keadaan hanim, malu rasanya, pasal abang tak tahu apa-apa. Mungkin Hisyam akan berfikir yang bukan –bukan pada abang. Dulu abang dah janji nak jaga Hanim sebaikl mungkin, tapi penyakit Hanim pun abang tak tahu…”Iskandar bersuara.Suaranya sudah kendur semula, tidak setegas tadi. Di rebahkan Hanim keatas katil. Wajah polos isterinya ditatap penuh kasih sayang. Dia melekapkan tangannya dipipi Hanim.

“Hanim kena percayakan abang. Kita akan share hidup ni bersama sampai bila-bila. Hanim isteri yang wajib abang lindungi. Amanah yang abang kena jawab diakhirat. Kita bernikah bukan berseronok tapi demi satu kewajipan, tak gitu? Hanim mesti lebih tahu dari abang, bukan?”

Iskandar hanya dapat melihat mata isterinya yang berkaca-kaca. Hanim pantang dinasihati, dia pasti akan menangis. Setiap kali diberi tazkirah juga Hanim akan menitiskan airmata. Sikap degilnya akan luntur setiap kali dia ditangani dengan baik.

“Adik aku tu degil, Syah. Cakap dia saja dia nak dengar.Cakap orang dia susah nak ikut.Aku takut kau tak serasi dengan dia.”Teringat keluhan Hisyam sewaktu dia memberitahu Hisyam tentang niatnya dulu.

“Kau kenal budak tu? Dia pandai tapi ada attitude sikit.Berani sampai tak boleh nak dengar kata pelajar Banin.Kaunselor macam aku pun dia nak lawan juga.” Teringat kata-kata Saiful Alam sewaktu Hanim datang menghantar barang Hantaran kakaknya. Tetapi Hanim, isterinya amat berbeza. Sentiasa dengan airmata. Bila tadarrus dia menangis, tahajjud dia menangis…sehingga Iskandar merasakan dia bukan Hanim yang dahulu lagi.

“Tak usahlah menangis. You’re a big gal, now. Bila dengan abang, airmata tu saja yang di pamerkan, “usik Iskandar.

“Abang serius nak urut Hanim?” Hanim bertanya teragak-agak. Iskandar sekadar mengannguk, tidak memandang wajah isterinya. Perlahan disingkap baju isterinya lalu di sapukan minyak panas tadi ke betis Hanim.

“Abang, kan susah abang nak sapu minyak tu dengan tangan yang berbalut….”Hanim menegur.

“Bukannya abang guna tangan yang sakit ni pun.Dah lah…sekejap lagi dah selesai,”Iskandar membalas.

Malam itu, terasa seperti waktu bergerak dengan lambat. Hanim tidak betah diperlakukan sebegitu oleh Iskandar walaupun dia tahu suaminya berhak.Malah Iskandar berhak melakukan lebih dari itu. Selesai menyapu minyak, Iskandar menyelimutkan tubuh Hanim. Wajah si isteri dikucup penuh sayang. Iskandar meletakkan tangannya diatas perut Hanim.

“Tentu sakit sewaktu palang tu tertusuk ke perut, kan?” tanya Iskandar. Hanim tidak menjawab.Dia terus memejamkan matanya rapat-rapat. Iskandar tidak mengendahkan reaksi Hanim. Dia membuka butang baju Hanim sekadar untuk melihat parut diperut isterinya. Terasa ngilu apabila Iskandar menjalankan jemarinya diatas parut itu. Selama ini tidak ada sesiapa yang pernah melakukan sebegitu. Bahkan bila mama hendak melihat juga, Hanim tidak pernah mengizinkan. Tiba-tiba hati Hanim menjadi sayu. Airmata yang ditahan-tahan mengelir jua akhirnya, membuat Iskandar kaget.

“Hanim marah dengan apa yang abang buat ni?” tanya Iskandar rendah.Hanim sekadar menggeleng.

“Habis tu?”

Hanim memberanikan diri memandang wajah Iskandar,” Hanim malu….Hanim tak sempurna,”dia menggumam rendah.

Iskandar lelepaskan nafas lega. Ditarik isterinya kedalam dakapan. Dia mengusap-usap rambut Hanim yang dibiarkan lepas.

“Hanim, sempurna seorang isteri bukan pada tubuhnya atau wajahnya tapi pada hatinya, iamnnya, tauhidnya, akhlaknya. Kemapa Hanim tiba-tiba jadi pessimistic ni? Abang tak suka, faham? Hanim bukan gadis yang macam tu. I know you’re one strong fella. Hanim tegas, ada attitude sendiri. Bukan soft and fragile macam ni. Dalam Islam digalakkan mengahwini seorang gadis kerana agamanya. Dan abang pilih Hanim kerana agama yang ada pada Hanim. BIla sempurna agama seseorang itu, sempurnalah hidupnya,”Iskandar mengingatkan Hanim.

“Astaghfirullah…..Hanim terlupa lagi.Tertipu lagi,”keluh Hanim.Tanpa sedar dia mengeratkan pelukannya pada tubuh sang suami.

“Abang, maafkan Hanim,”pintanya.

Iskandar melonggarkan pelukan Hanim. Ditatap wajah gaids itu dalam-dalam.

“Tahu tak kenapa sampai terlupa sejauh itu?”soalnya.

Hanim menggeleng kepala.Memang dia tidak tahu apa sebab dia jadi begitu.Kalaulah dia menceritakan pada sarah, tentu panjang tazkirah sarah dan Zubaidah kepadanya!

“Terlalu banyak membaca e novels sehingga Hanim meletakkan diri Hanim dalam watak yang Hanim baca…Hanim terlalu menjiwai watak-watak itu semua. Merosakkan jiwa, Hanim. Abang tak marah kalau Hanim baca sekadar melepaskan letih belajar…But not more than that. Nak kena grounded tak boleh guna internet,tak?”

“Tak mahu, I cant leave without it…..”Hanim memprotes.

“No.Correction, Hanim. We cant live without Allah,” tegas iskandar lagi.

“Esok malam ikut abang pergi usrah…Hanim dah banyak lupa ni. Risau abang jadinya,”Iskandar seolah-olah mengarah.

Perkahwinan adalah satu jigsaw puzzle. Suami dan isteri sering melengkapi satu sama lain. Dalam hati Hanim, dia bersyukur kerana kehadiran Iskandar sedikit sebanyak menyedarkan dia bahawa setiap wanita memerlukan bimbingan seorang lelaki, walau hebat mana pun wanita itu terhadap agamanya…

Hanim….kita bukan sehebat Rabiatul Adawiyah yang cukup dengan Tuhan sebagai kekasihnya. Kita wanita yang memerlukan seorang suami untuk membimbing kita dari tipuan Dunia……….

No comments: