Thursday, December 6, 2007

Satu Pengorbanan2-epi17

Buat mereka yang tertunggu-tunggu entry seterusnya..Kak hannah nimta maaf banyak-banyak...sibuk dengan urusan sendir sehingga tak mampu nak letak apa-apa n3 disini.



Iskandar menarik tangan Hanim masuk kedalam bilik kaunseling di ROMM itu. Perbuatannya menarik perhatian seorang wanita separuh umur yang turut berada di situ kerana mendaftarkan pernikahan anak gadisnya. Wanita iu mencuit lelaki yang sedang duduk disisinya. Lelaki yang sedang leka menatap handsetnya turut mendongak memandang Is dan Hanim. Hisyam dan Shimah yang terpandang reaksi tidak senang dengan perbuatan Iskandar cepat-cepat memberitahu kedudukan sebenar.

“Adik saya tu dah nikah makcik. Nikah syar’ii, di Australia.Saya yang nikahkan.Tapi dia bawah umur, jadi kena ikut prosedur Negara,lah,”beritahu Hisyam dengan wajah selamba. Shimah di sisi hanya tersenyum sopan. Wajah makcik tadi sudah berubah reaksi.Mungkin malu dengan salah sangkanya sendiri. Iyalah, semua orang yang mendaftarkan tarikh pernikahan, tentulah belum bernikah lagi. Tapi pasangan muda didepannya siap berpimpin tangan. Yang si gadis tu, siap pakai tudung labuh lagi. Dia mengangguk-angguk dengan kenyattan Hisyam.

“Anak makcik, bila tarikh nikahnya?” tanya Shimah sekadar berbasa basi.

Makcik yang lagi menanggung rasa segan itu segera memandang wajah Shimah.

“Lagi dua minggu. Kami tak pilih Kadhi,mana yang dapat saja,”beritahunya rendah.

Hisyam dan Shimah hanya mengiyakan. Belum sempat Shimah bertanya lebih lanjut, anak gadis makcik itu datang menghampiri. Dari amatan Shimah, mungkin umurnya dalam lingkungan awal dua puluhan. Di celah jarinya, tercepit sebatang rokok. Dia mengisyaratkan kepada amaknya bahawa dia mahu keluar merokok. Maklumlah kawasan itu ialah kawasan bebas rokok. Seperti dikebanyakan tempat di Singapura ini, yang sudah menjadi kawasan bebas rokok. ROMM juga memilih untuk menjadikan tempatnya kawasan bebas rokok. Makcik tadi hanya mengekori langkah anaknya dengan pandangan hambar. Gadis itu beriringan berjalan dengan tunangnya. Hisyam dan Shimah tidak jadi hendak melanjutkan perbuaklan dengan wanita itu. Takut setiap pertanyaan mendatangkan luka di hati wanita itu.

Berapa ketika kemudian, Iskandar dan Hanim keluar dari bilik kaunseling dengan wajah yang masih ada sisa semyuman. Mereka terus mendapatkan Hisyam dan Shimah.

“Ini apa cerita nie? Senyum macam tak cukup pipi,”tanya Shimah melihat wajah Hanim yang merona merah.

“Kena tegur dengan ustaz tadi,”beritahu Iskandar, sambil mencuit pipi Hanim.

“Blushing teruk sekali macam udang kena bakar, budak ni Hisyam,” Iskandar mengusik lagi. Hanim menepis tangan Iskandar mesra. Sebenarnya dia malu diperlakukan begitu depan Hisyam dan Shimah.maklumlah selama ini, dia sering mengadu itu ini di YM…tiada orang nak majnakan dialah, rindu Hisyamlah….Ini dah kantoi depan Hisyam bila iskandar menunjukkan rasa kasihnya sebegitu!!

“Apa ustaz tanya? More likely…apa yang dia tegur?” tanya Hisham pula.

“Hanim tak boleh lama-lama lepak kat sekolah, tanggungjawab dah banyak.Dului bolehlah elak, pasal tak ada surat nikah….Ni dah tak boleh elak lagi…….”Hanim menggumam rendah.

“Elak apa?”Hisyam masih tak faham dengan apa yang dikatakan Hanim. Dia memandang iparnya pula, namun Iskandar hanya menggeleng kepala.

“Dahlah….Jom kita balik. Zinnirah tu kat rumah dengan nenek dia. Kesian kat Mama. Baru balik kerja, nak jaga Zinnirah pula,”Shimah akhirnya mencelah. Lagipun, dia seperti dapat menangkap apa yamg disampaikan Hanim tadi.

Sebelum pulang, sempat Iskandar singgah ke Taman Serasi mengajak isteri dan abang iparnya mekan tengahari. Alasannya, dia lapar dan dah bosan makan makanan penuh nutrisi sewaktu dua minggu tinggal dihospital. Lagipun, dia ingin membelanja abang iparnya dan birasnya makan! Bukankah dia sebenarnya nak mengambi hati si isteri!!! Iskandar , Iskandar.

“Lama tak makan local food, kan Shimah? Nearly a year…”komentar Hisyam sewaktu menjamah makanan yang terhidang diatas meja. Shimah yang sedang mencedok sayur chapchai kedalam pinggannya menoleh kearah Hisyam.

“Yup, lama.Rindu dengan suasana macam ni. Busy, noisy, sedap….”Shimah menyambung. Memang dia tidak dapat menikmati suasana begini di Melbourne. Mana ada hawker centre macam ini di Melbourne. Dua hari tiba di Singapura, terasa hendak merasa macam-macam pula!

“Takkanlah akak tak masak macam ni kat sana?”tanya Hanim sambil menuangkan sup kedalam pinggan nasi ayam Iskandar.

“Masaklah, tapi tak makan ramai-ramai macam ni….”beritahu Shimah.

Perbualan mereka mengenai perbezaan budaya makan dianatara dua benua itu berterusan sehinggalah Iskandar mengadu casting tangannya yang agak tidak selesa itu. Sekejap-sekejap.Iskandar cuba menggaru ditepi-tepi casting itu.Namun Hanim dengan tegas mencegah suaminya dari terus menggaru.

“Nanti parut tau. Tahan lah gatak tu sikit. Lusa dah boleh buka casting kan,”Hanim memujuk.

“Panas lah Hanim.Rimas semacam. Dahl ah solat kena tayyamum..Nak gerak pun terbatas..cuba Hanim ada dalam keadaan abang ni,”Iskandar cuba memberi alasan.

“Dia kan dah pernah berbalut macam tu…sebab tu dia tahu.Kau tak Nampak parut kat lutut dia tu? Tangan gatal sangat lah menggaru waktu tidur sampai berbekas,”celah Hisyam sambil mencapai gelas air tebu ditengah meja.

Iskandar memandang Hanim seolah-olah meminta kepastian.Dia tidak pernah tahu Hanim pernah kemalangan juga. Hanim tidak pernah mencerita!

“Hanim pernah accident? Abang tak tahu pun?” Iskandar bersuara. Hanim sekadar membisu, tidak tahu apa hendak dijawabnya.

“Laa…takkan kau tak nampak parut pada perut dia, Is?” Hisyam bertanya selamba.

Iskandar juga tidak menjawab soalan itu.Dibiarkan sahaja soalan Hisyam tidak berjawab. Kalau dijawab soalan itu, dia dan Hanim akan menerima kuliah panjang dari anag iparnya itu.Dan dia pasti, Hanim akan terasa nanti.

“Macam mana Hanim accident?” Iskandar bertanya sewaktu mereka berjalan menuju ke kereta. Jemari Hanim dielus manja. Iskandar merenung Hanim dalam-dalam.

“Alaa..masa tu darjah enam. Lepas latihan jasmani, Hanim kelam kabut berebut naik ke tandas. Hanim nak masuk awal awal…tapi tersalah langkah. Hanim jatuh bergolek dari tangga sampai ke bawah. Tu yang patah kaki,”Hanim menmberitahu cerita semasa kecilnya. Vila difikirkan, memang banyak perkara mengenainya yang Iskandar tidak tahu.

“Habis, parut kat perut tu?” soal Iskandar lagi.

“Itu….. bila Hanim jatuh, ada palang yang tak digunakan, tertinggal ditepi tangga. Tertusuk sikit, luka, kena jahitlah,”Hanim menceritakan lagi. Ngilu Iskandar mendengar cerita Hanim. Perutnya tertusuk palang besi pun dia kata jahit sikit saja? Tak sakit ke?

“Budak lincah macam tomboy, mana tahu serik….dah baik, dia mulalah mengernyah lagi,” celah Hisyam yang berjalan didepan mereka. Shimah memandang Hanim penuh makna. Dari apa yang berlaku tadi, dia dapat menangkap bahawa hanim dan Iskandar hanya suami isteri pada nama. Belum ada apa-apa yang berlaku diantara mereka. Kalau ada, takkan Iskandar tak Nampak parut diperut adik iparnya? Takkan Iskandar tak tahu Hanim akan rasa bias bila berada dalam ruang yang sejuk. Hanim memang tak tahan sejuk. Kakinya boleh terus sakit. Shimah teringat semula kata-kata Hanim di ROMM tadi. Kalau betullah firasatnya….memang gadis ni masih gadis lagi. Hanim…Hanim…..

“Hai, Iskandar…” terdenhar suara halus seorang wanita memanggil nama adik iparnya.Shimah juga turut menoleh kearah suara itu. Seorang gadis tinggi lampai, dengan tudung panjang yang dililit dilehernya datang menghampiri mereka.

“Hai. You rupanya. Apa you buat kat sini?” tanya Iskandar mesra.

Gadis itu menunjukkan kearah sekumpulan anak-anak sekolah yang berada ditepi sebuah bas sekolah.

“Edufield trip. My class kena buat projek Save the Trees….Be Green,”ramah gadis itu bercerita.

“My family…”Iskandar memperkenalkan.”My Brother in law, my sister in law and my wife.” Iskandar menarik Hanim lebih dekat dengan dirinya sewaktu memperkanalkan Hanim kepada gadis itu.

“Hai..Saya Harlianah. Kawan sekerja Is,”dia memperkenalkan diri. Dari gayanta, memang dia seorang yang peramah. Pakaiannya juga sungguh anggun. Boleh dianggap dia seorang peragawati, kalau dia tidak berjalan dengan anak-anak muridnya itu.

“Hmmm…manis isteri you. Patutlah you tak pernah kenalkan dengan kita yea. By the way, majlis you nanti..I tak dapat datang. I am going to Thailand with my cousins,”beritahu Harlianah.

“Mentang-mentang ada budget airlines ke sana..selalu saja you terbang eh,”usik Iskandar.

“Girls nite outlah…..cuci mata…”balas Harlianah sambil tertawa kecil.

“Pelik betul……”gumam Iskandar apabila Harlianah bergerak menuju kearah murid-muridnya. Dia menyerahkan kuci kereta kepada Hisyam.

“Apa yang pelik?” tanya Hanim yang sudah masuk kedalam kereta.

“Dia tu lah….tak pernah-pernah berbual mesra dengan abang. Pernah lah dengar, lelaki Melayu bukan taste dia,”Iskandar bercerita.Dia juga turut memasuki kereta disebelah isterinya.

“Syah, kau nak Kak Shimah duduk depan eh?” tanya Shimah melihat Iskandar sudah bersandar ditempat duduk belakang. Dia menggeleng kepala melihat birasnya yang satu itu.

“Ayang duduk depan ajerlah, layan abang berbual.Dia tu, kalau dah makan, mata dia tak boleh buka. Sedap saja suruh abang ipar jadi drebar dia,”Hisyam bersuara.

“Sekali sekala Syam..Dulu lepas soccer pun, kau juga yang drive….”Iskandar menyambut perbualan dari tempat duduk belakang.

“Apa abang cakap macam tu pasal that girl.Tak baik tau….menyampaikan cerita yang tak benar.She looks kinda nice,”Hanim masih lagi dengan topik mengenai kawan kerja suaminya. Sebenarnya dia tidak sangka Iskandar akan membuka cerita tentang kawan sekerjanya itu. Sama macam mengumpat, bukan. Dan Hanim amat tidak suka dengan dosa mengumpat itu. Teringat pula pada sejarah seorang wanita yang kuat ibadah tapi suka mengumpat…Akhirnya Rasuluulah telah bersabda bahawa tempat wanita itu adalah dineraka…..

“Kinda nice? Pasal tudung yang dia pakai tu? Itu bukan tudung, sayang. Dia pakai ikut trend.Botanic Gardens tu panas….She doesn’t wear tudung actually. Look at what she wears…Seluar tight dgn baju macam sarung nangka, aurat apa yang dia tutup? Tu membolot dan bukan menutup…..”Iskandar seolah-olah melepaskan rasa tidak senang hatinya kepada Hanim.

“Syah, tak baik cakap macam tu. Kita doakan dia. Takut apa yang kita kata, Tuhan balikkan pada kita nanti…Syah kena ingat, Syah ada isteri, dan bakal ada anak-anak. Kakak tak mahu nanti, kita mengata orang, tapi anak-anak kita tak terdidik,”Shimah yang mendengar cerita Iskandar mengingatkan.

“Its not just that, Kak Shimah. She’s just a weird person.Dia benci Syah to the core….Ada sahaja yang Syah buat dia tak suka. Its not easy to work with her in school. Tapi tiba-tiba dia tunjuk baik depan kita tadi….I don’t like the way she looked at Hanim,” Iskandar meluahkan perasaannya.

Hanim memegang tangan Iskandar yang berbalut,”Kita jangan fikir yang bukan-bukanlah.Mungkin dia tak niat apa-apa pun.” Hanim cuba meredahkan perasaan tidak puas hati suaminya.

“Okay-okay…it was wrong of me to speculate on her. Honestly I don’t feel good that she has met you, sayang. By the way…malam nanti abang nak tengok parut Hanim tu yea,”Iskandar membisik nakal ketelinga Hanim.

No comments: