Tuesday, December 18, 2007

Kemana arah satu pengorbanan ini??????

Telah berbulan rasanya kisah hidup Hanim dan Iskandar bertemu pembaca. Dari seorang pelajar, sehingga menjadi gugru pelatih, sampailah menjadi seorang isteri yang tidak kenal dgn perasaan hatinya sendiri.

Kisah ini sepatutnya membawa kita mengingati Tuhan sebagai Zat yang menganugerahkan sifat kasih sayang...zat yang sepatutnya diletak sebagai Cinta agung....Habibul A'zam dalam hati dan minda.....

Tapi rasanya kita dah jauh dari matlamatlah.....Satu Pengorbanan akan Hannah edit supaya ia, tidak lari dari visi dan misi utama Hannah. rasanya kisah ini terlalu lari dari mission sebenar Hannah.Iyelah, ada kalanya Hannah terbawa2 dengan perasaan yang datang menerjah sewaktu Hannah menaip, jadiknya apa yg ada pada awal, tertukar dek larinya iman yg tipis waktu itu...

Itulah kelemahan Hannah disini....

Sepatutnya kisah Hanim dan Is ini..membawa kita memahami, bahawa suami atau isteri itu bukan hak multak kita. Masing2 adalah tanggungjawab dari Tuhan...

Jauh dah Hannah terpesong kan? kita tak nampak lagi sejauh mana pengorbanan mereka demi generasi akan datang....

Itu yang akan Hannah tonjolkan selepas Hannah bercuti dengan kisah Hanim dan Is....semenrata itu marilah kita selami rasa hati Saiful Alam...Kita tak pernah tahu bagaimana dia jatuh hati pada Hanim dan bagaimana dia rela melepaskan rasa yang membara itu? memang semuanya kerana Tuhan..tapi bagaimana ia berlaku????

nantikan..kisah Saiful alam..mana tahu dia bertemu dgn permaisuri hatinya............


kisah Hanim dan Iskandar ni, akan bertemu pembaca dalam 2 episode lagi insyaAllah.sebelum mereka berehat menyelesaikan rumahtangga yang mereka bina!!!








Selamat Aidil Adha yea!!!

No comments: