Monday, November 19, 2007

Satu Pengorbanan2-epi16

Hanim membuka pintu bilik itu perlahan, tidak mahu mengganggu tidur penghuni didalamnya. Kelihatan Iskandar sedang lenyak di buai mimpi. Setelah meletakkan beg di atas meja, Hanim menuju ke tandas untuk membersihkan dirinya serba sedikit. Dia teringat kejadian di lobby tadi. Abang security yang sedang bertugas di lif lobby itu memandangnya atas bawah bila dia memberitahu dia hendak ke bilik Iskandar.Lebih lebih lagi bila ditanya hubungan pelawat dengan pesakit, selamba Hanim memberitahu,”Itu suami saya.” Hampir terkeluar mata abang security bila mendengar perkataan ‘suami’. Mujur Saeidah telah menemankan Hanim hingga ke lobby. Kalau tidak, belum tentu Hanim diizinkan naik. Maklumlah jam pun sudah menjangkau ke angka sebelas. Tiba-tiba ada pulak anak gadis yang minta pas pelawat untuk naik keatas menemani suami. Saeidahlah yang membantu menerangkan keadaan sebenar. Hanim tertawa kecil.Lucu bila dia memikirkan kembali kejadian tadi. Sudah tentu abang security itu ingat Hanim sekadar mereka-reka cerita. Anak-anak zaman sekarang, bertudung pun masih boleh buat macam-macam. Dan dia juga termasuk dalam golongan anak-anak zaman itu. Mungkin sebab itu, Abang Hisyam dengan rela, menikahkan Hanim diusia awal. Takut dia juga terjebak dengan virus anak-anak zaman sekarang!

Setelah membersihkan diri, Hanim mengambil tempat disisi katil suaminya. Wajah Iskandar direnung penuh simpati. Tangan kanan yang berbalut itu, di usap perlahan. Seketika Hanim terasa airmatanya mengalir. Kalau bukan kerana dia, sudah tentu perkara ini tak berlaku. Apakah hikmah yang hendak Tuhan beritahu? Hanim yakin, tentu ada sesuatu yang Tuhan mahu mereka pelajari. Dia mengucup tangan suaminya lalu dibetulkan selimut Iskandar hingga ke paras dada.

“Abang, Hanim datang teman abang. Hanim rindu, walaupun Hanim tahu abang marah sangat dengan Hanim. Hanim pun tahu, Hanim tersilap,”bisiknya perlahan. Dia kemudian membuka armchair yg disediakan di bilik wad A1 itu, yang disediakan khas buat pelawat yang menemankan pesakit. Armchair yang boleh menjadi ketil kecil itu disorong mendekati katil Iskandar sebelum dia sendiri merehatkan tubuhnya diatas armchair itu. Kerisauan hatinya terubat sedikit melihat wajah suami yang sedang lena itu.Apa penerimaan Iskandar esok, tidak Hanim hiraukan.Lagipun dia sudah memaklumkan pada Ibu dan Mamanya yang dia akan bermalam dihospital.

Dalam keadaan matanya yang terpejam, Iskandar dapat merasakan kehadiran sesorang di dalam biliknya. Mungkin jururawat yang bertugasm fikirnya.memang setiap malam, ada jururawat yang akan masuk mengambil suhu badannya. Iskandar memang tidak gemar diganggu kalau dia sedang lena.Bukannya mudah untuk terlena kembali kalau tidurnya sudah terusik. Sejak dimasukkan kehospital ini pula, memang tidurnya tidak seselesa mana, di tambah pula dengan keadaan tangannya yang berbalut simen itu.Rimas!

Dalam samar-samar dia melihat tubuh itu bergerak ke arah tandas.Ah! Bukan jururawat…mana ada jururawat yang masuk ketandas pesakit sesuka hati…Iskandar yang dalam keadaan mamai itu tidak menghiraukan lagi tentang sesusuk tunuh yang berada didalam tandas itu. Ubat painkiller yang dimakannya tadi masih aktif bertindak didalam tubuhnya, membuat dia tidak mampu membuka matanya lagi.

Dalam lenanya, dia merakan pula tubuh itu bergerak kesisinya, membelai tangannya lembut. Seketika jantungnya seperti mahu berhenti berdegup. Hanim! Hanim datang mala mini! Betulkah apa yang dirasakan ini? Bukan mimpi? Iskandar sekadar berteka teki dengan hatinya sendiri.Matanya masih tidak mampu dibuka untuk melihat wajah itu. Dia merasakn selimutnya diperbetulkan hingga kedada. Mahu saja Iskandar bangun ketika itu untuk menatap wajah suri hatinya.

“Abang, Hanim datang teman abang. Hanim rindu, walaupun Hanim tahu abang marah sangat dengan Hanim. Hanim pun tahu, Hanim tersilap,” terdengar Hanim membisik lembut.Selepas itu, tangannya diletak kembali.Dia merasakan Hanim mungkin sudah letih dan perlukan rehat setelah sehari suntuk berada diluar. Sehari suntuk di madrasah? Bersama?

“Ahhh…Iskandar, abaikan rasa cemburu itu. Merosakkan jiwa saja,”dia memarahi dirinya sendiri. Dia teringat pula bagaimana wajah serius ayah dan ibu yang tidak habis-habis memberi amaran kepadanya sewaktu mereka singgah menjenguknya selepas maghrib tadi. Sekali lagi, Iskandar termakan dengan pujuk rayu syaitan yang menag suka melihat rumahtangga berpecah belah…..Tak sabar rasanya dia mahu menanti hari esok…













P/S:Buat mereka2 yg mengikuti episodes ini..thnks so much....Kak Hannah rasa mcm merepek jer cerita nie....tapi its just me n my imaginations...Hope korang tak boring dgn entry2 yg ntah apa-apa!!


With great love,
Kak Hannah!

2 comments:

spide said...

i like ur story very much...
hopefully, hanim still dgn iskandar..
jgn ar matikan mana2 watak..
tak rela rasenyer..huhuhu...

Ummihana said...

hehe...tu susah nak cakap..walaupun saya tak suka watak saya mati.....