Monday, November 19, 2007

Satu Pengorbanan2-epi15

Kertas dihadapannya hanya direnung kosong. Dia tidak menghiraukan rakan-rakan yang sibuk menjawab soalan essay bagi module ‘Health and Nutrition for Preschoolers” itu. Fikirannya menerawang kepada suami yang masih terlantar dikatil hospital. Iskandar masih dingin, kaku. Walaupun kecederaan pada tangannya itu tidaklah seteruk mana, Iskandar seolah-olah sudah putus harap. Mungkin bukan juga putus harap terhadap tangannya itu, tapi tentang…entahlah,.susah Hanim mahu mendefinasikan perasaan suaminya itu. Kehadiran Hanim di hospital bagai tidak diperlukan. Semenjak keluar dari operation theatre, dia belum lagi menegur Hanim. Sudah seminggu di ditempatkan di hospital, namun Iskandar masih tetap membungkamkan diri. Hanim terasa seolah-olah dia sudah berada di luar tembok yang dibina Iskandar. Dia menolak ketika Hanim hendak membantu menyuapkan nasi,.Dia juga menolak sewaktu hanim hendak membantu dia membersihakan diri. Tanpa sedar, Hanim menghela nafas berat,bukan kerana menyesali nasibnya yang berkahwin muda,tapi lebih kepada merasakan keletihan dengan beban perasaan yang dia perlu tanggung itu. Hanim seolah-olah sudah tidak bersemangat hendak meneruskan pelajaran dimadrasah. Terlalu banyak masalah yang dia perlu tempuh disana.Lebih lama dia disana, lebih lama lah perasaan cemburu dihati sang suami. Lagipun bukannya dia mahu sambung pelajaran ke UIA atau Mesir. Dia sudah ada planning sendiri. Meneruskan pelajaran di madrasah pun hanya kerana permintaan Iskandar. Dan sebagai isteri, dia cuba mentaati sebaik mungkin.Namun, dia tidak sekali-kali terfikir bahawa dia akan menghadapi masalah sebegini…Berat….terlalu berat untuk Hanim memikulnya sendiri.

Terasa bahunya dicuit seseorang. Hanim menoleh sekilas. Mrs Zuzarte sedang memandangnya sambil bertanya perlahan mengenai kertas essaynya yang masih tidak terisi.Hanim sekadar menggeleng, tidak mahu berkongsi masalah dengan pensyarahnya itu.

“If you’re having problems, do let me know. You may want to do the paper some other day,”beritahu Mdm Zuzarte rendah.Mungkin pensyarah itu juga simpati dengan Hanim. Riak diwajah jelas menandakan yang anak muda itu sedang menanggung masalah hati. Melalui Saiedah , Mdm Zuzarte tahu bahawa perseta kuliahnya itu sudah menjadi isteri seorang guru. Setelah Mdm Zuzarte berlalu, Hanim segera menjawab kertas soalan sekadar yang dia mampu. Dia sudah tidak mampu memilih hari lain.Keadaan Iskandar tidak menentu, sekejap demamnya naik, sekejap reda…Hanim tahu berita itu pun, melalui ayah mertuanya. Puan Ainon dan Encik Fuad tidak mengizinkan Hanim menunggu Iskandar di hospital kerana risau sekiranya pelajaran menantu mereka itu terganggu. Cukup-cukuplah Hanim dibelenggu masalah selepas bergwlar isteri Iskandar!

“Hanim, Is macam mana? Dah okay?”tanya Kak Liza sewaktu mereka ke bilik rehat untuk solat Maghrib. Hanim memandang Liza, tidak faham dengan soalan itu. Okay yang macam mana kah yang Liza hendak tahu?

“Is dah boleh accept Hanim? Dah reda dah marah dia?”tanya Saeidah pula.Telekung ditangan Hanim dicapainya. Lalu telekung itu dilipat kemas dan disimpan semula ke rak yang menempatkan semua telekung pelajar Muslim disitu..

“Dia masih macam tu, dingin. Dia nak jadi snowman agaknya,”Hanim cuba berseloroh. Memang masalahnya tidak diceritakan pada Liza dan Saeidah pada awalnya.Namun mereka akhirnya mendapat tahu apabila Iskandar mendiamkan Hanim didepan mereka sewaktu mereka datang menziarah lelaki itu dihospital.

“Abang, malam ni Hanim ada kelas.Hanim pergi dulu, ya. Kak Liza dan Kak Eidah pun ada.Hanim pergi dengan mereka.Boleh ya,?”tanya Hanim ketika itu. Iskandar yang sedang menonton TV didalam ward kelas A1 itu tidak menjawab sedikit pun. Hanya Encik Fuad saja yang berusara, mengizinkan Hanim pergi dan berjanji akan menjemputnya malam itu. Dari situ, tahulah mereka, pasangan muda ini sedang menghadapai masalah.

“Kak..doakan Hanim okay. Hanim tak tahu nak buat apa.Benda dah nak terjadi, bukan Hanim suka-suka nak buat benda tak elok.Dia cemburu…”beritahu Hanim rendah sambil membetulkan duduknya. Liza mengangguk-angguk sambil mengusap bahu Hanim, memujuk agar Hanim terus bersabar.

“Tak salah mengalah Hanim..Dia tu tunggu Hanim pujuk,”usik Seaidah, cuba menghilangkan pilu dihati teman sekuliahnya itu.Sedari tadi, wajah Hanim kelihatan suram, tak bermaya. Tiba-tiba Hanim tersenyum mendengar kata-kata Saeidah.

“Hmmm…Hanim nak balik ke hospitallah, nanti. Nak temankan abang,”Hanim memberitahu.

“Hanim nak pergi dengan siapa? Dah malam nanti,”tanya Liza.

“Naik teksi.”

“Not safe..”pintas Saeidah,”tak apa, nanti akak minta suami akak hantarkan.Its on the way, lagipun,”pelawa Saeidah.

Encik Fuad dan Puan Ainon duduk tenang disofa merah hati itu. Saiful Alam dan Amir pula duduk menentang mereka.Jelas terbayang satu tanda tanya diwajah kedua anak muda itu. Pelik dengan kedatangan Pak Long dan Mak long. Tadi semasa diberitahu mak dan ayahnya ke JB untuk berbelanja, Pak Long hanya memberitahu nak singgah sebentar.

“Sebenarnya, pak long datang ni, nak tanya tentang Hanim,”jelas Encik Fuad kepada Saiful Alam. Dia meneruskan cerita apabila melihat Saiful Alam sekadar tekun mendengar, tidak sedikit pun anak muda itu mencelah percakapannya.

Saiful Alam sekadar menggeleng kepala mendengar kata-kata Encik Fuad.

“Pak Long, Mak Long..Saif sikit pun tak terfikir apa-apa sewaktu menyambut Hanim wamtu tu.Dia hamper menyembah bumi. Saif waktu tu sibuk nak call Pak Long, pasal Hanim kata handphonenya dah kehabisan batteri. Waktu budak tu langgar hanim, saif tak nampak pun. Yang saif tahu, Hanim dah tersungkur melanggar Saif. masyaAllah, tak pernah saif berniat buruk terhadap mereka berdua,”Saiful Alam memberitahu perkara sebenar.

Puan Ainon memandang wajah suaminya, tersenyum.Dia senang mendengar pengakuan anak saudaranya.Dia yakin sekali, Saif tak akan membuat sesuatu duluar jangkaan.Dia bukan orang yang begitu! Lainlah sewaktu dia kecil, waktu tu memang dia belum matang..masih anak-anak. Apa yang Is ada, dia pun nak..tapi tidak lagi! Dia sudah berubah menjadi Saiful Alam yang lebih bertolak ansur, walaupun perasaan hatinya terpaksa dikorbankan

“Patutlah…….”tiba-tiba Amir bersuara.Enam mata memandang kearah Amir beserta satu tanda tanya. “Patutlah…waktu kita nak balik semalam…dia bisik kat Amir. Dia kata, he’s losing the battle...Amir ingat dia sedih pasal tangan kanan dia yang patah tu. But then again, its just a small matter.Patah tu boleh pulih, kan?” Amir menyambung kata-katanya. Kata-kata Amir membuat Encik Fuad meletuskan tawa. Sambil menggelengkan kepala, dia menambah pada kata-kata Amir tadi.

“Battle apa? Dia tak berjuang pun, dah mengaku kalah. Apa saja Si Is tu. He’s afraid of losing Hanim to Saif!”

“Tapi Mak Long kesiankan Hanim. Dia asyik bersedih saja. Mana kan tidak..Is tak nak berbual dengan Hanim,”Puan Ainon mengeluh. Kecewa dia dengan sikap anaknya yang tidak mahu bertanya akan hal sebenar. Kalau dia bersemuka elok-elok dengan saif, takkan begini jadinya. SEbenarnya Puan Ainon lebih sedihkan Hanim.kesian menantunya itu!

“Agaknya, pasal ni dia accident? Kenapa dia bawa motor tu? Kan dah lama dia tak bawa motor tu lagi?” tanya Amir kepada kedua orang tua dihadapannya. Sememangnya mereka pelik dengan tindakan Iskandar membawa motor ke sekolah sebelum kemalangan itu berlaku.

“ Dia ikutkan perasaan. Cemburu dengan Hanim. Pak Long rasa, he wasn’t focusing sewaktu bertembung dengan road divider tu. Nasib baik tak apa-apa.Setakat tangan saja yang patah…”Encik Fuad pula meluahkan rasa hatinya.

Saiful yang setakat mendengar perbualan itu tidak tahu hendak berkata apa. Tidak sangka Iskandar masih tidak mempercayainya.Bukankah dia dah beritah bahawa Hanim hanya kenangan silam.Cita-cita yang tidak kesampaian.Kenapa Is masih tak percaya? “Is…kita ada perhitungan yang belum sempurna. Sanggup kau mencurigai aku…..”desis hatinya.

-------------------------------------------------------------------

cemburu tu sebenarnya merosakkan diri, kan?

No comments: