Thursday, November 15, 2007

Satu Pengorbanan2-epi14

Iskandar masih lagi didalam operation theatre sewaktu Hanim tiba bersama Zubaidah dan Sarah. Ibu dan ayah mertuanya sudah berada disitu. Mata Puan Ainon kelihatan bengkak akibat menangis. Hanim berlari mendapatkan ibu mertuanya.

“Hanim, sabar ya…Is tak apa-apa. Sikit saja lukanya,”pujuk Encik Fuad yang sudah berdiri dibelakang Hanim.

“Ayah, kalau sikit luka abang, takkan sampai perlu immediate operation. Hanim risau…semuanya salah Hanim,”Hanim bersuara diantara tangisannya. Puan Ainon segera menarik Hanim kedalam pelukannya. Suaminya sekadar mengusap kepala Hanim agar menantunya itu tidak terlalu berduka.

“Ibu, Hanim berdosa dengan abang,”Hanim memberitahu.”Hanim berdosa…Ya Allah…..”tangisan Hanim semakin galak. Dia tidak dapat menahan sendunya lagi. Sarah dan Zubaidah juga tidak dapat membendung airmata mereka.Keadaan Hanim yang ternyata lemah itu amat menyedihkan. Mereka seperti dapat menyelami rasa hati Hanim tatkala itu.

“Wahai Tuhan yang Amat Berkehendak..selamatkan iman mereka,”doa Sarah di dalam hati. Dia hanya mampu memerhatikan Hanim didalam kedukaan itu. Setelah tangisan Hanim kembali reda, Sarah dan Zubaidah mendekatinya. Sarah meraih bahu kawan rapatnya itu. Di peluk kejap bahu Hanim.

“Hanim, Tuhan tak uji seseorang hamba itu melainkan Dia tahu hambaNya mampu dengan ujian yang diberikan itu,”pujuk Sarah lembut. Hanim meletakkan kepalanya dibahu Sarah. Sarahlah teman yang amat memahami dirinya.Sarah segera mengusap kepala Hanim yg ditutup tudung itu. Tudung seragam madrasah yang berwarna putih bersulam benang biru itu sudah lencun dengan airmata Hanim. Zubaidah di sebelah kanannya juga menggenggam jemari Hanim sebagai tanda memberi sokongan.

“Enti jangan risau, suami enti akan selamat, insyaAllah. Tentu ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Usirlah rasa sedih itu, banyakkan berdoa..Itu selemah-lemah usaha, Hanim,”pujuk Zubaidah pula. Hanim sekadar mengangguk. Dia sudah pasrah.Duserahkan segalanya kepada Tuhan.

“Hanim, makan sikit.Ayah rasa Hanim belum jamah apa-apa lagi,kan?” tegur Encik Fuad apabila dia mendapati wajah menantunya itu agak pucat. Sarah dan Zubaidah segera mengangguk, mengiyakan telahan bapa mertua Hanim itu.

Zubaidah bangun sambil menggamit Encik fuad agar melangkah jauh sedikit dari Hanim. Dia memandang wajah Puan Ainon dan Encik Fuad silih berganti.

“Pakcik, Makcik, saya rasa, saya tak patut masuk campur, atau menjaga tepi kain orang.Tapi Hanim tu kawan saya.saya rasa saya patut beritahu pakcik dan makcik hal ini,”Zubaidah memulakan dengan suara yang rendah.

“Apa dia, nak?”soal Puan Ainon cemas.

“Dari apa yang kami tahu, Is dan Hanim sedang mengalami masalah. Kami pun baru saja dapat tahu, sebelum panggilan dari makcik tadi. Hanim dah dua hari murung di sekolah. Jasad saja di kelas, hati dan perasaannya entah kemana,”beritahu Zubaidah. Encik Fuad mengangguk-angguk. Dia juga perasan bahawa dalam beberapa hari yang lalu, Hanim tidak menjenguk kerumah.Is juga tidak balik kerumah isterinya. Bila diutarakan perkara itu, Iskandar sekadar memberitahu Hanimbanyak tugasan. Rupa-rupanya…..

“Makcik, dalam hal ini, eloklah makcik tanya pada Ustaz Saiful Alam. Mungkin dia dapat membantu. Puan Ainon merenung wajah zubaidah, cuba menganalisa apa yang hendak Zubaidah sampaikan dalam kiasan tadi.

“Maksud anak?”tanya Encik Fuad.

“Panggil saja saya Zubaidah, pakcik. Mungkin Ustaz tak tahu. Tapi dialah antara sebab kepada masalah itu. Ia semata-mata satu salah faham sebenarnya bagi pihak Akhi Iskandar. Saya kesian dengan Hanim. Dia, pada hakikat sebenar, tidak sekuat mana yang kita lihat,”Zubaidah mengakhiri perbualannya.

No comments: