Wednesday, November 14, 2007

Satu Pengorbanan2-epi13

Hanim memandang ke arah padang sekolah dengan pandangan yang kosong. Perlawanan netball yang sedang berlaku seperti tidak wujud dimatanya. Sedikit pun Hanim tidak teruja dengan ketangkasan teman-teman sekelasnya mengalahkan pelajar banat dari menengah empat. Selalunya dia akan menjadi penyokong terhebat Puteri. Tapi kali ini, dia hanya menjadi saksi bisu diperlawanan itu. Sarah dan Zubaidah yang ada di sisi sekadar memerhatikan. Mereka seolah-olah mengerti bahawa si rakan sedang menghadapi masalah. Keluhan kecil akhirmya terkeluar dari mulut Hanim.

Sarah menggenggam jemari Hanim.Wajah rakannya di renung penuh simpati. Mata Hanim yang berkaca itu memberitahu dia sedang menghadapi sesuatu yang berat.

“Enti fil masalah?” tanya Sarah rendah. Hanim sekadar mengangguk.

“Kenapa?” tanya Zubaidah pula.Timbul rasa kasihan dihati Zubaidah melihat keadaan Hanim. Sudah dua hari Hanim berkeadaan tidak menentu begitu. Sering termenung didalam kelas. Dia tidak seceria selalu. Namun tiada siapa yang mahu bertanya.

“Masalah keluarga? Makcik sakit?” tanya Zubaidah. Hanim menggeleng. Tiba-tiba air bening mengalir dari mata Hanim. Cepat-cepat dia menyeka airmatanya.

“Jom..kita ke maktabah, nanti ramai pula yang nampak.Tak elok,”ajak Zubaidah lantas mencapai beg Hanim serta failnya. Sarah dan Hanim sekadar mengikut. Hanim kelihatan sungguh tidak bermaya.

Sarah membantu Hanim ke maktabah. Sisa airmata pada wajah lesu Hanim itu di bersihkan dengan tisu.

“Enti ni Hanim, janganlah bersorok masalah. Risau tau kami,”pujuk Sarah.

“Betul tu Hanim. Tak elok simpan masalah. Nanti merosakkan perasaan enti,”tambah Zubaidah. Pintu maktabah sudah di tutup rapat, agar tiada pelajar yang boleh masuk kedalam. Lagipun hari Sabtu memang tiada aktiviti madrasah meliankan tugas Zubaidah untuk memastikan segalanya teratur dan kemas.

“Sarah….Zu…..Abang Is,” akhirnya Hanim bersuara dalam sendu yang tidak tertahan lagi.

Sarah dan Zubaidah berpandangan antara satu sama lain.Cerita Hanim tadi memang tidak dapat mereka bayangkan. Memang Tuhan mahu menguji ketabahan pasangan itu. Ini baru ujian yang kecil, bagaimana pula kalau ditimpa ujian yang lebih berat. Mampukah Iskandar bertahan?

“Hanim, Akhi Iskandar tak balik rumah enti?”akhirnya Sarah bertanya.

“Sejak petang itu, dia tak jenguk-jenguk ana pun. Dah lima hari Sarah.Panggilan tak dijawab, sms pun dia tak balas,”beritahu Hanim. Jelas diwajahnya perasaan hampa terhadap apa yang berlaku.

“Enti tak balik rumah dia?” Zubaidah bertanya.

“Ana tak berani..takut abang Is tak terima ana,” rendah Hanim mengguman. Dia teringat bagaimana Iskandar terus menghantarnya pulang petang itu. Wajah tegang Is tidak sedikitpun menunjukkan dia mahu berdamai.

“Abang tak naik sekali?” tanya Hanim mash keliru dengan tindakan suaminya.

“Abang balik rumah Ibu,”jawab Iskandar pendek.

“Kalau macam itu, Hanim balik sana sekali?”

“Tak apa, abang tak nak ganggu Hanim. Hanim rehatlah. Tak payah balik rumah Ibu,”balas Iskandar datar, menyebabkan Hanim terasa hati.

“Kalau itu yang abang arah, Hanim terpaksa akur,”akhirnya Hanim bersuara sebelum keluar dari perut kereta suaminya.Iskandar hanya memandang sepi. Apa yang Hanim tidak tahu, Iskandar sebenarnya menyesak dengan kata-kata dan tindakannya sendiri.

“Hanim, nak beri nasihat, kami pun belum berumahtangga.Tapi ana rasa, elok enti mengalah. Ni badai yang enti kena hadapi. Akhi Iskandar tu sebenarnya cemburu. Balilah kerumah mertua enti. Jumpa dia, minta kemaafan. Jangan diteruskan. Kami doakan hati dia lembut. Mungkin juga dia sekarang sedang merindu….tapi ego,”nasihat Zubaidah.

Hanim memandang wajah Sarah, meminta kepastian.Perlahan, Sarah mengangguk kepala, setuju dengan cadangan Zubaidah.

“Nanti, baliklah rumah mertua enti, ya. Jumpa Akhi Iskandar,”pujuk sarah juga.

Sewaktu mereka hendak meninggalkan maktabah, Hanim menerima panggilan dari handphonenya. Nama ibunya tertera diskrin LCD.

“Hanim. Ibu ni,sayang. Hanim datang ke hospital ya..Iskandar kemalangan, Hanim,”suara cemas Ibu memeranjatkan Hanim. Hanim jatuh terduduk di pintu maktabah.

“Kenapa ni Hanim,”Sarah bertanya kaget. Dalam esakan Hanim cuba memberitahu.

“Abang Is kemalangan. Dia di hospital,”tersekat-sekat suara Hanim memberitahu. Airmata dimata sudah jadi seperti empangan pecah.

“Hospital mana,Hanim?” tanya Zubaidah. Hanim sekadar menggeleng kepala. Ibu tidak memberitahu tadi.dalam kegetnya, hanim juga tidak bertanya.

“Give me your phone,”kata Sarah lantas mengambil handphone dari genggaman temannya.

No comments: