Tuesday, November 13, 2007

Satu Pengorbanan2-epi12

Kelas tambahan Hanim berjalan lancar seminggu itu. Ramai juga teman-teman sekelas yang mengambil kesempatan mengikuti kelas itu dengan alasan menemankan Hanim agar dia tidak bosan di kelas. Banyak juga pelajaran yang dapat diulangkaji bersama. Saiful Alam tidak lokek memberi tips menjawab soalan peperiksaan. Ada juga nota-nota yang disimpannya sewaktu belajar dulu yang di kongsi dengan pelajar-pelajar itu.

“Hari ni, sampai sepuluh orang yang meneman Hanim..Ni bukan takut Hanim bosan, antum semua yang bosan balik rumah awal-awalkan?” usik Saiful Alam.

“Alah, ustaz, kelas free, takkan nak tolak..Lagipun the more the merrier,”balas Puteri, di ikuti dengan deraian tawa kawan-kawan yang lain.

“Takkanlah Hanim seorang saja dapat tips, kita pun nak tips jugak,” Mustazah memberitahu.

“Lagipu Ustaz, lepas kelas, kitorang plan nak makan kat Warung Pariaman..Dapat student price lagi….Ustaz nak join tak?” pelawa Mustazah selamba.

“Yang lelaki dan perempuan ni pergi bersama ke?” Saiful Alam bertanya , curiga.Takut juga kalau-kalau murid-muridnya melanggar batasan tanpa mereka sedari.

“Mana ada Ustaz…restoran tu besar, takkan kitorang duduk sama-sama..Kita pergi sama-sama pasal nk dapatkan pakej pelajar tu. Masih waras lagi ustaz,” selar Fakhruddin sambil anak jarinya bermain-main dikepalanya.

Hanim memandang sekeliling kelas, rupa-rupanya teman-teman sekelas mempunyai agenda sendiri yang dia tidak ketahui. Disebabkan setiap petang, ayah mertuanya akan menjemputnya pulang, Hanim tidak pernah tahu apa yang teman-temannya lakukan!

Kelas saiful Alam tidak pernah membosankan. Ada saja kuiz atau group aktiviti yang dilakukan. Pendek kata, semua orang tidak jemu dengan kelas tambahan itu!Selepas kelas, mereka semua berebut-rebut keluar meninggalkan perkarangan madrasah.

“Enta ni, cubalah buat perangai elok sikit.Malu dengan adik adik sekolah rendah tu,”tegur Ustaz Saiful Alam kepada Fakhruddin yang tidak mahu mengalah kepada Puteri dan Hanim.

“Alamak, ustaz..Lupa pulak budak-budak tu belum balik..Malu, malu,”balas Fakhruddin dengan muka yang pura-pura malu.Namun dia tetap tidak membenarkan Hanim dan Puteri keluar dulu sebelumnya.

“Hanim tak ikut mereka?” tanya Saiful Alam. Hanim sekadar menggeleng kepala. Sesekali dia terjenguk-jenguk keluar, seperti mencari sesuatu.

“Tunggu siapa?” soal Saiful Alam yang sudah mahu melangkah ke pejabat guru.

“Minggu lepas, waktu begini, ayah dah sampai. Ni belum nampak pun kereta ayah,”Hanim menjawab tanpa memandang wajah Saiful Alam.

“Oh, minggu lepas pakcik yang jemput? Ana tak tahu pun,” Saiful Alam tidak jadi meneruskan langkahnya. Sebaliknya dia berdiri disitu memandang wajah isteri sepupunya itu.

“Dah akhi tak bertanya, buat apa ana nak bercerita,”Hanim membalas pendek. Saiful Alam sekadar mengangguk-nangguk.ada benarnya kata-kata Hanim. Walaupun mereka kini bersaudara, tapi tak bermakna Hanim boleh berselamba berbual dengannya. Syariat tetap tidak membenarkan perkara itu. Dan Hanim perlu menjaga batas batas itu.

“Pakcik tak call?” tanya saiful alamlagi apanila melihat keadaan Hanim yang semakin resah.

“Handphone ana low cell.Lupa nak charge,”beritahu Hanim.

Saiful Alam mengeluarkan hamdphone dari saku kemajanya lalu dihulurkan pada Hanim. Ketika hendak mencapai handphone itu, seorang pelajar telah terlanggar Hanim tanpa sengaja. Hamper saja Hanim jatuh di anak tangga kalau Saiful Alam tidak bergerak pantas. Seketika, Hanim terpaku berada dalam pelukan Saiful Alam. Pantas Saiful Alam meleraikan pelukannya.

“Afwan ukhti, ana tak sengaja. Lantai tu licin,”pelajar darjah dua itu tergagap-gagap meminta maaf. Hanim yang sudah merona merah wajahnya, tidak mampu membalas kata-kata sikecil yang sudah bersedia untuk dihukum.

“La’ bas…lain kali jangan berlari.Bukan ustaz tak tahu kamu suka berlari,kan? Lihat apa yang kamu dah lakukan,”tegur Saiful Alam, lembut tapi tegas.

“Afwan ustaz….”pelajar itu menggumam sebelum berlalu meninggalkan Hanim dan Saif.

“Enti taka pa-apa?”tanya Saiful Alam teragak agak.

“Tak…ana okay,”gumam Hanim sambil matanya liar memandang kalau ada seispa yang melihat adegan tadi. Mujur teman-temannya semua dah pulang, kalau tak, tentu dia akan jadi bahan gurauan Fakhruddin esok hari! Tapi matanya akhirnya berlabuh pada sesusuk tunuh yang sedang berdiri di tepi kereta.

“Abang…” Hanim menggumam rendah.

“Apa Hanim?” Saiful Alam bertanya.Dia sibuk menekan nombor telefon pakciknya.

“Abang…dia dah sampai,”Hanim menjawab datar. Iskandar telah melihat kejadian tadi. Kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kejadian yang Hanim tak pernah impikan. Kelihatan Is berjalan meuju kearah mereka.

“Abang,” Hanim menegur. Degupan jantung sudah tidak terkira.Seperti mahu tercabut saja jantungnya ketika itu. Tangan Iskandar diraihnya.

“Get into the car,”arah Iskandar sambil melarikan tangannya dari di kucup Hanim. Terkesima Hanim dengan tindakan Iskandar.Namun, arahan suaminya itu segera dipatuhi.Tanpa berpamit , Hanim segera berlalu menuju ke kereta. Peluh sejuk sudah mula membasahi wajahnya. Iskandar marah…itu memang Hanim yakin sangat. Tapia pa yang buat dia marah begitu?

Dari dalam kereta, Hanim melihat Iskandar berbual dengan Saiful Alam.Keduanya kelihatan mesra seperti tidak ada apa yang berlaku. Lebih kurang lima minit, Iskandar kembali ke kereta.Wajah ceria yang dipemerkan Iskandar sewaktu berbual dengan Saiful Alam kini berubah dingin. Hanim tahu…..dia harus berhadapan dengan Iskandar yang sedang dikuasai nafsu amarah!

Iskandar memandu keretanya laju! Bagaikan di litar saja perbuatan Iskandar itu. Hanim disebelah hanya mendiamkan diri.Sesekali tangannya memegang erat tempat duduknya. Sejak menjemput Hanim dari sekolah tadi, sikit pun Iskandar tidak menyapanya. Kecut juga perut Hanim melihat wajah suami serta gaya dia memandu.Kalaulah ada trafik polis disitu, sudah tentu iskandar akan disaman! Akhirnya kereta diberhentikan di bahu jalan di tepi Lapangan Terbang Changi.

Hanim menoleh ke sisi, memandang wajah suami yang masih terus diam membisu itu. Hendak ditegur, dia tidak berani. Tapi Hanim hairan dengan sikap Iskandar yang tiba-tiba berang. Dia cuba menyentuh lengan Iskandar tapi cepat ditepis lelaki itu. Hanim terkejut dengan renspon Is yang sebegitu, tidak pernah Is bersikap dingin terhadapnya sebegitu sekali. Apa salah Hanim?

“Abang, apa silap Hanim? Kenapa kita kat sini?” Tanya Hanim penuh hati-hati. Iskandar menghentak stereng kereta sambil merenung wajah isterinya. Wajah yang penuh tanda tanya itu di renung tajam.

“Hanim tak ada salah. I was wrong! Abang tersalah, tersilap!”Iskandar bertambah radang dengan pertanyaan Hanim.

“Abang, Hanim tak buat apa-apa….”Hanim cuba mengajak Iskandar berbincang.

“Enough! Stop the act! Pura-pura tak mahu pergi kelas tambahan.Rupanya Hanim buat drama belakang abang!” bentak Iskandar.

Airmata Hanim mengalir mendengar tuduhan Iskandar yang tak berasa itu. Dia tidak pernah menjatuhkan maruah dirinya, apalagi maruah Iskandar!

“Sampai hati, abang…..”kata-kata itu saja yang mampu keluar dari mulut Hanim.

“You should say that to yourself, Hanim.Sampai hati Hanim…all along I trusted you,”suara Iskandar kian kendur.Namun matanya menunjukkan dia masih tidak berpuas hati.

“Hanim tak buat apa-apa…That girl tertolak Hanim..and I landed……”kata-kata Hanim terputus disitu,.Dia tidak mampu menerusakan kata-katanya.

“Landed in his hugs?”sinis Iskandar bertanya. Hanim menggeleng kepala, seolah-olah menafikan kata-kata suaminya. Tidak! Hanim tak pernah berniat begitu!!!

“Abang, please listen to me….”Hanim merayu.Namun rayuan hanim tidak dipedulikan Iskandar.

“Hanim…kalau Hanim nak, abang batalkan pernikahan kita kat sini. Pernikahan di Australia tu, kita boleh bincangkan……”pantas Iskandar memintas kata-kata Hanim.

“Abang….tolonglah….stop saying those things….Hanim tak mampu nak dengar,”sekali lagi Hanim merayu.

“Habis, Hanim ingat abang mampu lihat drama tadi tu?” Iskandar menggincang bahu Hanim kasar. Perbuatan Iskandar itu membuatkan Hanim panic. Perasaan takut dan marah datang bercampur baur.

“Abang! Jangan buat Hanim macam ni..Hanim takut!”terhinggut-hinggut Hanim menahan tangisnya yang semakin menjadi-jadi. Seketika Iskandar terdiam, seperti baru sedar dari rasukan yang menguasai dirinya. Dia merenung terus isterinya itu.

Perlahan Hanim menggenggam tangan Iskandar. Dia harus tabah menghadapi situasi begini. Dia tidak mahu apa-apa berlaku padanya dirinya mahupun diri suaminya. Tak guna amarah dilawan dengan amarah. Hanya membuat syaitan bertepuk tangan bergembira! Hanim membawa tangan Iaskandar kebibirnya lalu dikucup tangan itu. Dingin…tangan suaminya yang selalunya hangat membelai pipinya itu dingain bak salju. Apakah hati Is juga sedingin itu ketika ini?

“Abang, Hanim isteri abang…I would never do such a thing,” bisik Hanim.

No comments: