Monday, October 22, 2007

Satu Pengorbanan2-epi10

Kereta Vios miliknya dipandu keluar dari Multiple storey carpark. Dalam keadaan separuh mengantuk ini, tak mahu pula Si Amir menjadi supir agar dia boleh sambung tidurnya yang terganggu tadi.

“Kalau tahu, tak jadi belilah kereta ni.Elok turun naik Mrt pun okay,”dia menggumam sendirian.

“Jangan ingat Amir tak dengar eh.Beritahu ibu, baru padan dengan muka tu.Jadilah anak derhaka sepanjang umur,”balas Amir dengan mukanya yang ditutup dengan snow cap.

“Kau sajalah yang drive.Abang masih mamai, lah.Mengantuk tak hilang lagi. Dahlah semalam tak tidur nak siapkan soalan periksa,”Saiful Alam merayu adiknya.Memang letih badannya semalaman tak tidur dek menghabiskan tugas-tugas yang diserahkan kepadanya.

“Ngantuklah…Orang pagi-pagi dah kena ikut ayah pergi masjid tadi.lepas Subuh terus buat kerja kat masjid tau,”Amir menjawab. Hah, nak sangat beli kereta sendiri, jawablah.Kan dah kena jadi errand boy ibu mereka!

“Amir….kau memang tak…”kata-katanya termati dengan bunyi panggilan dari handsetnya.

“Amir, kau jawablah.Kalau abang jawab nanti, buatnya ada TP, aniaya saja kena saman…”Saiful Alam mengarah adiknya. Amir mencapai handset Saif dengan malas. Dia jenguk nama pemanggil pada screen LCD.

“Eh, Abang Is,lah.macam dia tahu ajer kita nak pergi rumah dia. Dia nak ajak main football ke?” Amir sudah mula hendak membuat andaian.

“Loudspeaker, Mir.Jawablah call tu,”Saiful Alam mengarah lagi. Geram juga dengan kerenah Amir yang melengah-lengahkan kerja nebjawab panggilan.Manalah tahu, tiada orang di rumah Iskandar, maka tak payahlah dia memandu jauh-jauh ke sana…

“Saif..kau tolong aku boleh.Hanim collapse, masih tak sedarkan diri. Aku nak hantar dia ke hospital,”suara Iskandar menerjah selepas Amir memberi salam. Kedua beradik itu saling berpandangan.Hanim collapse? Macam kat sekolah dulu?

“Okay, aku sebenarnya on the way nak ke rumah kau. Aku call once aku sampai kat lift lobby,”beritahu saiful Alam, tenang.

“Aku kat rumah mertua aku ni. Blok 842.Kau tahu kan?”sempat Iskandar memberitahu.

“Kita amik Is dan Hanim,”suara Saiful memecah kesunyian ruang dalam keretanya.Amir hanya terpaku mendengar kata-kata Iskandar tadi. Dan dia sekadar mengangguk mendengar apa yang dikatakan Saiful Alam pula. Suara Iskandar masih terngiang-ngiang ditelinga.

“He sounded bad…”gumam Amir.

“Siapa? Iskandar?”

“Yup…hanim must be in pain,”teka Amir datar.

“Memang pun.Dia kalau tak sedarkan diri, memang scary.Pucat, biru…macam mayat,”beritahu Saiful Alam. Teringat dia pada peristiwa beberapa bulan yang lalu.Peristiwa yang mana, dia sedari, dia sebenarnya menyayangi gadis itu.

“Abang, kenapa? Tiba-tiba you sounded different…”tegur Amir, memandang Saiful dengan kening terjungkit.

“Nothinglah..Tak ada apa-apa,”balasnya pendek.

Amir tahu apa yang difikirkan Saiful Alam kerana sewaktu Hanim sakit disekolah dulu, bukan ke Amir datang bersama Iskandar ke sana. Dan Amir tahu apa yang dihati abangnya ketika itu. Namun hati gadis itu tidak berjaya digenggamnya.

Melihat Iskandar mencempung gadis itu, menambahkan pilu di hati Saiful Alam. Tak sangka Hanim akan sakit sekali lagi.Dia tahu bagaimana Iskandar menyayangi isterinya itu. Dari rear mirror kereta, dia dapat melihat macam mana risaunya wajah Iskandar ketika itu. Sesekali dia dapat melihat Iskandar mengucup pipi Hanim yang masih tak bermaya itu. Dia juga melihat mata Iskandar yang berkaca-kaca. Saiful Alam mengeluh lemah. Simpati dia pada sepupunya itu. Rumahtangga yang baru dibina itu dilanda badai pertama. Harap-garap Iskandar teguh dalam membina rumahtangga itu.

Kau kena kuat, Is...Hanim perlukan kau......kata-kata itu hanya itu yg mampu di ucapkan didalam hati. iskandar terlalu kusut untuk diajak berbual.

No comments: