Sunday, October 28, 2007

Satu Pengorbanan2-epi11

“Hai Hanim..dah sihat?” sapa seorang rakan.

“Rindulah kat enti..Dua minggu kelas sunyi…” usik Mustazah sewaktu Hanim melangkah masuk ke kelas.

“Hoi..enta rindu isteri orang tu,”tegur Fakhruddin dalam tawa. Tak habis habis dia memanggil Hanim dengan panggilan 'isteri orang'. Memanglah isteri orang, takkan isteri jin, pernah Hanim membalas sebegitu.

“MasyaAllah ke situ pulak! Rindu lama tak dengar dia berhujjah dalam kelas,”Mustazah perbetulkan kata-kata. kalau hanim tiada, memang tida siapa yang ,ahu bersoal jawab dengan guru-guru.hanim memang meriuhkan susana!

Hanim senyum, kemudian mencebik. Dia berjalan ke hadapan kelas sambil membelek-belek buku kerja di atas meja sisi di situ.

“Banyak homeworks?” tanya Hanim kepada Muhammad yang sedang duduk di meja paling hadapan.

Muhammad mengangguk,kemudian mengambil sesuatu dari dalam begnya.Sehelai kertas A4 siap tertaip diserahkan pada Hanim.

“Oh my! Oh my! Ni bukan homeworks…ini satu penganiayaan…”katanya rendah. Muhammad sekadar tersenyum melihat Hanim yang hampir terkeluar bola mata melihat senarai tugasan rumah yang perlu dia siapkan. Sarah dan Zubaidah sudah tertawa kecil di belakang. tak tahan gelihati melihat wajah Hanim tika itu.

“Ukhti Hanim…tak payah terperanjat macam gitu, nanti anti pengsan.Cikgu Iskandar tak ada kat sini.Siapa nak dukung enti tu….”selar Mustazah tersenyum. Hanim menarik nafas;geram dengan usikan ketua kelasnya. Tahulah yang dia tu kawan football Iskandar, tak payahlah nak heboh heboh dalam kelas.

Seketika itu, pintu kelas dibuka dari luar. Husni menjengah dari balik pintu. Dia menebarkan pandangan keseluruh kelas.Semuanya hadir, tiada yang lambat.Matanya kemudian tertancap pada gadis yang sedang berdiri dihadapan kelas.

“Hanim..buat apa? Cari kerja rumah kat situ?”Husni bertanya. Dia melangkah masuk dan mendekati meja guru.

Hanim sekadar mengangguk.Mukanya dah hilang seri.Terlalu banyak yang dia tertinggal.Kelmarin sewaktu ditanya pada Sarah dan Zubaidah, mereka kata tiada homework…Aduh…bila nak selesai kerja-kerja ni semua? Hanim mengeluh kecil.

“Dahlah tu..Enti tu baru nak baik..Muka dah macam kucing hilang anak. Ustaz Mokhsan pesan, enti tak payah buat tu semua.Tapi kena datang kelas tambahan.”beritahu Husni. Hanim beralih sedikit memberi Husni ruang untuk mengambil tempat di meja guru.

“Berita busyralah….Hanim dikecualikan daripada membuat kerja sekolah…Macam ni ana pun nak pengsan lah,”Mustazah mengusik lagi.

“Enta kalau pengsan, siap saja sedar…cuci bangunan sekolah,”peril Husni. Satu kelas riuh dengan gurauan ustaz muda itu.

“Sebelum Hanim melangkah ketempat duduknya, dia sempat bertanya.

“Akhi Husni ke nanti yang beri extra class tu?” soalnya. Husni menggeleng.

“Abis tu?”

“Ustaz Saiful Alam,”jawapan pendek itu mengejutkan Hanim.

“Ek?” berubah wajah Hanim mendengar nama itu.

“Arahan Ustaz Mokhsan.Bukan enti saja..ni yang lemah dalam pelajaran pun mudir arahkan ikut kelas tu sama. Ustaz saif tu nanti akan beri tips menjawab soalan.”sambung Husni kepada pelajar yang lain.Dia sebenarnya cuba menenangkan muka kusut Hanim. Dia tahu apa yang Hanim risaukan.Bukan kelasnya tapi tenaga pengajarnya!

“Kalau dia beri jawapan sekali pun senang,”sambut Fakhruddin.

Hanim memandang Fakhruddin yang memang terkenal dengan kenakalannya.

“Good idea,Din” terkeluar dari bibirnya
”Ek! kenapa aku hari ni?”jerit hatinya, tak pernah pernah dia bersekufu dengan Din dalam perkara sebegini!

“Hanim!!”Sarah sudah terjerit kecil dibelakang.Cepat-cepat dia menutup mulut apabila mata Husni bertembung dengan matanya. Dia terus menoleh kearah lain. segan kerana dia terlanjur tidak berakhlak dalam kelas.

Hanim masih kekal dengan muka selambanya. Tapi dalam hatinya, jantung berdegup macam nak terkeluar. Apa kata Iskandar nanti kalau Hanim kena ikut kelas tambahan dengan Saiful Alam? Dia tak mahu hati suaminya terus digenggam rasa cemburu. Cemburu itu tanda sayang..tapi janganlah terus buat suami cemburu.Buatkan cheesecake pun dia dah terasa..inikan pula nak mengadap Saiful Alam dalam kelas? Haiz…kalaulah kelmarin tak pengsan….

“Kenapa salahkan taqdir?” hatinya memarahi kekhilafannya itu.

“Aku tak marah Tuhan kerana memberi aku sakit…tapi aku risau dengan apa yang bakal berlaku,”satu suara bermonolog dalam dirinya.




Iskandar menambahkan lagi paru goring dalam pinggan Hanim. Walaupun Hanim cuba menolak, Iskandar tetap berkeras. Hanim kurang darah, atau lebih dikenali sebagai anaemic.

“Hanim kena makan paru tu..Hanim kurang darah, kurang gula…Hai Hanim…apa nak jadi?”celah Mamanya apabila melihat Hanim cuba menolak paru itu. Sebelum keluar dari hospital, doktor memberitahu ada kemungkinan, Hanim hypoglycemic.Kandungan gula dalam darah berkurangan. Kenapa? Doktor tidak pula bercerita panjang.

“You have to take good care tau. Hanim muda lagi…banyak yang Hanim nak lakukan, bukan?”pujuk Iskandar.

“Okay-okay..Hanim makanlah ni.Mama ni sejak bila ally dengan abang?” Hanim pura-pura marah dengan Mamanya. Padahal didalam hatinya, dia berasa senang kerana Mama begitu rapat dengan Iskandar. Sayang Mama pada menantu, tiada beza. Sama sayangnya dengan anak sendiri.

“Dia menantu Mama…”jawab Cik Latifah bersahaja. Dia terus menyambung suapannya itu. Sesekali matanya mengerling kearah pasangan muda didepannya. Perlakuan Iskandar persis arwah papa Hanim. Begitu mengambil berat akan orang sekeliling.

“Mama, bila abang balik sini?” tanya Hanim sebelum mencuci tangan. Dia terlalu banyak meratah lauk. Sehinggakan tak mampu nak menambah lagi nasi.

“Dua minggu lagi mungkin,”Cik Latifah juga telah berhenti makan.

“Sikitnya Mama makan,”tegur Iskandar. Risau pula dia melihat mama dan Hanim makan sikit begitu.Sedangkan dia berselera saja dengan masakan Mamanya.

“Lepas masak tadi, mama terus makan sikit.Dah lapar..nak tunggu Is dengan Hanim, perut mama dah nyanyi lagu keroncong,”seloroh Cik Latifah.Iskandar sekadar mengangguk sambil tersenyum mendengar kata-kata mertuanya..

“Mama nak turun bawah sekejap.Nak ambil barang kat rumah Mak Senah bawah tu.Hanim tolong kemaskan meja ya,”sambung Cik Latifah lagi. Seraya itu dia mencapai tudung di tepi dapur. Memang sejak kebelangan ini, Hanim sering melihat mamanya menggantung tudung didapur.Barulah Hanim tahu, mamanya sudah mula memakai tudung walaupun sekadar turun kebawah.Kalau dulu, pakai scarf dah boleh sampai ke pasar! Selepas mamanya keluar, Hanim mengangkat sebahagian pinggan ke singki.

“Mama banyak berubah,”tegur Iskandar.”Abang bersyukurlah,lah.Mama dah berhijrah.”

“Alhamdulillah.Dulu abang Hisyam nak tegur, Hanim tak bagi,takut Mama kecil hati.Sekarang Mama sendiri yang berubah.Tuhan dah buka mata hatinya,”balas Hanim.

Hanim membasuh pinggan mangkuk yang diguna tadi.Manakala Iskandar setia membantu mengelap pinggan yang sudah dibasuh isterinya.

“Abang pergilah rehat.Hanim boleh buat semua tu,”beritahu Hanim. Kasihan dia melihat Iskandar sejak kebelakangan ini. Dia terpaksa ulang alik antara rumah Ibu dan rumah Mama.


Hanim menyisir rambutnya yang mula panjang itu. Rasa rimas pula dibiarkan mengerbang begitu ditiup angin. Dia mengambil getah rambut dari dalam laci meja lalu diikat rambutnya menjadi tocang.

“Ponytail? Macam budak sekolah tadika…”usik Iskandar yang sedang duduk di birai katil membaca makalah yang Hanim bawa dari madrasah.

“Hanim kan bakal jadi teacher kanak-kanak,”balas Hanim selamba,”tak salahlah jadi macam budak tadika jugak..”

Iskandar mencapai tocang dengan tangan kanannya lalu menarik manja. Secepat kilat, Hanim cuba mengelak, namun suaminya lebih pantas.

“Ouch! Hate you..sakitlah,”gerutu Hanim, matanya menjeling kearah Iskandar yang sudah hendak menghamburkan tawa.

“Iyalah..cakap benci..tapi tahulah, Hanim sayang abang…..”usik Iskandar lagi, menambahkan lagi api merajuk Hanim.

“Mana ada…tak kisahlah….tak sayang pun,”balas Hanim.Dia membetulkan ponytailnya lagi.

“Mulut kata tak kisah….tapi hati? Tuhan jer yang tahu,kan Hanim? Kalau tak sayang, takkan sampai jadi pendiam masa abang tak tanya khabar dulu….”tanya Iskandar dengan nada mengusik.

“Mana ada…Hanim tak pernah pun jadi pendiam…”protes Hanim tanpa memandang suaminya yang sudah masuk zone mengusik seteruk mungkin.

“Alaaa..masa tunang tu. Hanim memang very down,kan, bila abang menyepi?” soal Iskandar.Dia sudah berdiri dibelakang Hanim, memegang bahu isterinya penuh sayang. Wajah didalam cermin, dipandang mesra.

Muka Hanim mula merona merah.Bagai udang dibakar saja wajahnya ketika itu.Dia teringat bagaimana hatinya dilanda seribu persoalan sewaktu Iskandar menyepi. Menyesalkah? Marahkah?

“Oh…itu..”hanya itu yang mampu keluar dari bibirnya. Tangan suaminya yang masih lagi di bahunya di sentuh manja. Kemudian dia teringat pada kelas tambahan yang dia wajib ikuti. Lalu diberitahunya secara terperinci kepasa Iskandar.Maklumlah, dia kini punya tanggungjawab lebih dari dulu. Is perlu tahu akan setiap aktivitinya, tidak macam dulu lagi.

“Nanti kelas itu , Akhi Saif yang akan conduct. Boleh tak bang…”Hanim mengakhiri ceritanya.Perlahan tangan Iskandar jatuh dari bahunya.Mata Iskandar tidak seceria tadi. Hanim masih menantikan jawapan dari suaminya.

“Kenapa Saif yang akan take over? Tak ada orang lain?” satu soalan menjengah gegendang telinga Hanim. Suara mengusik pada awalnya sudah berubah intonasi menjadi suara tak berapa ceria. Namun Iskandar cuba sedaya upaya menjaga getar pada soalannya. Dia kembali ke birai katil dan melabuhkan punggung disitu.

“Akhi Husni tak kata pula kenapa. Kitorang pun tak tanya, pasal rasa macam tak nak pergi kelas tu,”beritahu Hanim.

Iskandar memandang Hanim dengan hujung mata.betul kea pa yang dia dengar? Selallunya Hanim tak lepaskan peluang mengikuti kelas-kelas yang ada.kenapa tak nak masuk kelas tambahan ini pula?

“Pergilah Hanim. Its for your own good too. Dah lama Hanim tak pergi kelas.I bet, you have missed a lot,”nasihat Iskandar. Semenjak Hanim dimasukkan ke hospital, memang dia banyak ketinggalan pelajaran. Maka, eloklah Hanim ikuti kelas tambahan yang diadakan itu, walaupun Iskandar akur, dia tidak berapa senang dengan tenaga pengajar yang bakal membimbing isterinya nanti.

“Do I have to?” Hanim menoleh kearah suaminya yang masih pura-pura membaca makalah yang ditinggalkannya sebentar tadi.

“Yup. If you’re to ask my opinion,”balas Iskandar.

“I thought, you might not agree with the extra class,” pancing Hanim lagi.

“Why should I not agree with the madrasah?”

“Pasal yang ajar nanti tu, Akhi Saiful Alam,”jawab Hanim pendek. Seraya itu, Iskandar menutup makalah ditangannya dan diletakkan di atas meja sisi.

“I’m turning in. Off the lights once you’re done. Salam,” datar suara Iskandar seolah-olah dia tidak suka dengan apa yang dikatakan isterinya sebentar tadi. Hanim yang sedar dengan keterlanjuran kata-katanya terus bangkit dan mematikan lampu utama setelah menekan suis lampu tidur di atas meja belajarnya.

“Night abang. Sorry if I hurt you in a way or another,”bisik Hanim ditelinga Iskandar.Namun tiada jawaban yang diterima dari Iskandar.Dengan hati yang berat, Hanim mengambil tempat di sisi suami yang sudah mula disayangi itu. Dia membelakangkan suaminya dan menghela nafas berat.

“Bukankah sunnah mengiring ke kanan sewaktu tidur?”terdengar Iskandar menggumam. Hanim tersenyum mendengar teguran suaminya.Cepat-cepat dia membetulkan posisi tidurnya dan memeluk pinggang suaminya.Biarlah dia menegur, mengusik, mengata..Hanim tak kisah…Jangan dia diamkan Hanim. Memang Hanim tak betah kalau iskandar mendiamkan diri!

2 comments:

Zalisa Maz@ZN Isa said...

Tulisan Hana menarik. gaya penyampaian menarik, mengapa tidak yakin diri?

Ummihana said...

Thanks kak Zaliza...will cari keyakinan diri yg hilang tuuu....