Sunday, September 23, 2007

Satu Pengorbanan2-epi4(ii)

Sewaktu berjalan beriringan meninggalkan masjid menuju ke tempat letak kereta, Hanim terdengar namanya dipanggil. Dia menoleh kesebelah, cuba bertanya kalau suaminya mendengar juga.

“Tu, kat opposite jalan tu.Budak tu yang terjerit jerit panggil Hanim,”beritahu Iskandar. Hanim masih lagi memandang dengan pandangan penuh tanda tanya. Seorang remaja lelaki sedang malambai-lambai kearahnya. Dari tempat dia berdiri, dia melihat remaja itu melintasi jalan, menghampiri mereka.

“Hai Hanim! Tak ingat saya lagi ke?” soal pemuda itu sejurus dia berdiri menghadap Hanim.Dia menghulurkan tangan kepada Iskandar dengan senyuman yang tulus.Hanim masih terpinga-pinga.Siapa ek? Perlahan dia menggelengkan kepala.Takut juga kalau pemuda yang berdiri didepannya itu terasa dengan kealpaannya.dan dia lebih takut kalau Iskandar bersangka buruk dengannya!

“Memang sudah agak..You would never remember me…Haikal, lah…that street skater you interviewed..Ingat tak?”ceria betul suara pemuda yang mengenalkan dirinya sebagai Haikal.

“Patutlah jual mahal dengan I..rupanya dah ada buah hati! Kahwin pun tak jemput…..”dia berkata lagi.

“Oohh…awak ni yang saya interview dengan Sarah dulu, di Youth Park?”tanya Hanim sopan.Takut tersalah orang pula, nanti Iskandar kata…berapa ramai remaja lelaki yang Hanim wawancara…..haru!

“Hah..ingat pun. Kalau awak dah nikah, pasal tadi I heard in the hall, your husband adressed you as his wife..kenapa tetap kena ikut kursus kitorang huh?” Haikal bertanya.Cantik betul dia mengatakan itu kursus ‘kitorang’. Macamlah Kursus itu dikhaskan untuk sepsis seperti dia saja.Tersenyum Iskandar mendengar kata kata Haikal.

“Prosedur. Kami kena hormati prosedur Negara. Surat nikah di Aussie tu takkan di iktiraf kalau kami tak ikuti kursus ini.Hanim masih dikira bawah umur, untuk bernikah. Its all formalities,”Iskandar menerangkan.

“Tapi kenapa awak juga ada kat sini?”tanya Hanim. Dia juga teruja sangat nak tahu kenapa Haikal berada disitu. Iskandar memandang wajah Hanim,cuba menghanrat isyarat memberitahu soalan itu tidak relevan, dan tidak kena pada tempatnya. Bukannya Hanim tidak tahu, selain dia dan Iskandar, semua yang datang adalah remaja yang banyak masalah.

Haikal tersengih. Selamba betul mamat seorang ni. Dia menggosok-gosok belakang tengkuknya dengan tangan kiri.

“ Panjang ceritanya. I am a scapegoat. Nampak budak perempuan tu?” tanya Haikal sambil menuding jari kearah seorang gadis yang sedang sarat mengandung, berdiri di tepi pintu masuk masjid. Gadis itu sudah dua kali Hanim lihat didalam kursus, namun mereka tidak pernah bertegur sapa. Hanim kembali memandang wajah Haikal, ingin bertanya.

No comments: