Monday, September 17, 2007

Satu Pengorbanan2--epi4

Kata kata penceramah tadi mengiang ngiang di telinganya. Kadar penceraian dan pengguguran dalam masyarakat Melayu Islam Singapura adalah yang paling tertinggi. Sepanjang kursus tadi, Hanim tak mampu menumpukan sepenuh perhatiannya kepada penceramah itu. Hatinya bagai di siat siat mendengar perkataan penceraian. Sehingga dia terpaksa bangun untuk meninggalkan dewan. Iskandar hanya memerhatikan tingkah laku isterinya.Dia tahu tentu Hanim sedang mengalami sesuatu. Namun dibiarkan saja isterinya itu. Iskandar mengeluarkan handphone dari saku kemejanya. Dia menaip sesuatu dan menekan butang send. Harapannya agar Hanim dapat melegakan perasaannya ketika itu.

Di washroom, Hanim hanya mampu membasuh mukanya yang tiba tibna pucat. Dia tidak pernah terfikir tentang penceraian. Dia kaget dengan fakta yang dikeluarkan tadi. Kenapa harus bercerai setelah mereka mendirikan rumahtangga? Jiwa remajanya tidak mahu menerima fakta itu. Perkataan penceraian tidak ada dalam kamus hidupnya.Dia mengimbau kembali perkahwinan mama dan arwah papa. Walau sukar, walau dirintangi, mama dan arwah Papanya teguh dan tabah dalam mengharungi badai. Handphonenya berbunyi, menandakan masuknya satu pesanan ringkas.

“Hanim, hope you are okay.Jgn khuatir..penceraian tak akan berlaku dalam rumahtangga kita.”

Pesana ringkas dari sang suami sedikit sebanyak mengembalikan semangat Hanim. Dia menjenguk melihat wajahnya dicermin sekali lagi. Hanim ..entah apa yang difikirkan…sehingga perbincangan dalam Kurusu pun di ambil begitu serius. Dia memperbetulkan tudungnya dan berlalu keluar. Kalau lama sangat, tentu iskandar akan mencarinya. Malulah Hanim nanti.

Penceramah masih lagi membincangkan tentang masalah penceraian sewaktu Hanim melangkahkan kaki kedalam dewan. Hanim memandang Iskandar yang duduk di barisan terakhir. Dia mengisyaratkan bahawa dirinya sudah okay, tak perlulah bimbangkan sangat dirinya.Hanim melangkah menuju ke tempatnya di bahagian depan.

“Kadar penceraian yang tinggi ini amat membimbangkan. Ada dia ntara kamu yang tahu kenapa pencerian ini berlaku?” tiba tiba penceramah itu bertanya kepada peserta kursus. Tiada siapa yang menjawab. Semua pesrta seolah olah tidak mendengar soalan yang diutarakan.

“Biar saya yang menjawab,”Hanim mengangkat tangan. Macam disekolah pula, gayanya. Dia menarik nafas dalam. Dia tahu, semua mata terarah kepadanya sekarang. “Hanim, ini bukan dalam sekolah….kenapalah gatal mulut nak menjawab…”dia memarahu dirinya sendiri.

“Perkahwinan muda adalah antara sebab yang di katakan sebagai punca penceraian. Tapi kalau kita lihat semula, bukan pasangan muda saja yang datang memfailkan penceraian mereka di mahkahmah. Ramai juga pasangan yang beunur yang bercerai berai. Bagi saya, kekurangan pengetahuan dan kesedaran dalam agama itulah yang menjadi punca penceraian. Tidak sekufunya sesuatu pasanag juga boleh menjadi sebab. Sebab itu, sebelum bernikah, digalakkan mencari kesekufuan. Seorang suami memeilih isteri atas 4 sebab, dan agama yg menjadi sebab terpenting. Perkahwinan muda, kalau dapat diatasi dgn baik, takkan menjejaskan kebahagiaan pasangan itu. Sikap saling memahami, sikap bertanggungjawab, sedar akan tugasan baru yang wajib dipikul, akan sedikit sebanyak membuat pasangan itu mampu melayari bahtera perkahwinan dengan aman lagi, insyaallah. Ibu bapa juga memainkan peranan utama. Mereka harus sentiasa menasihat dan membantu dikala perlu.” Hanim menarik nafas sekali lagi.Dia tak tahu kenapa dia mahu memberi jawapan didalam dewan yang sejuk itu.

Penceramah seolah olah berpuas hati dengan jawapan Hanim. Dia menuju keruang tengah dewan dan memuji Hanim.

“A good answer.Jawapan yang matang dari a 17 year old gal. Kalau semua remaja macam kamu, tak perlulah adakan kursus sebegini,”seloroh penceramah itu.

“Kalau semua remaja macam isteri saya, semua counsellor dan motivator kena belajar cara lain untuk sara hiduplah, nampaknya,”celah Iskandar dari belakang dewan dan membuat semua peserta kursus tertawa mengejek penceramah itu. Puan penceramah sedar dia sudah tersilap kata, lalu sessi itu dipendekkannya. Lega juga hati Hanim bila sessi di perpendekkan. Dia sebenarnya tak dapat melihat keberkesanan kursus itu.

No comments: