Monday, September 17, 2007

Satu Pengorbanan2--epi3

Husni memandang bekas kek dihadapannya.Kemudian dia memandang Ustaz Khair dan juga Saiful Alam. Pandangan matanya bertembung dengan mata Ustaz Khair. Ada sirna pada mata itu.

“Saif, Saif…tak dapat orangnya, dapat keknya pun jadi eh?” usik Ustaz Khair.

Saiful Alam yang sedang membetulkan kemejanya memandang wajah ustaz muda itu. Dia tidak dapat menagkap maksud ustaz itu.

“Dapat orang apa?” tanya Saif bersahaja.

“Iyalah…orangnya dah jadi isteri orang lain…jadi enta ambil kasih kek ni aje ke?” celah Husni pula. Kini baru Saiful Alam faham apa yang mereka bualkan.

“Jangan nak merepek. Tak pernah pun ana kata ana suka dia….lagipun dia sekarang dah jadi sepupu ipar ana..kalau adalah perkataan mcm gitu….”balas Saiful Alam. Namun jauh di sudut mindanya, teringat kata kata Iskandar semalam. Teruja dengan kek, tak apa.Jangan teruja dengan pembuat kek..mahu Is lancarkan perang diantara mereka. Dia juga dapat melihat reaksi wajah Hanim bila Iskandar berkata begitu.Mungkin Hanim tak suka dengan kata kata suaminya. Siapa yang tak sayangkan suami…walaupun suami itu bukan pilihan sendiri. Lagi lagi kalau dapat suami macam Iskandar…Saiful Alam tahu betapa Is menyayangi Hanim. Dah jodoh mereka….

“Apa yang dia termenungkan agaknya,”Ustaz Khair bersuara lagi.Saiful Alam tersedar dari khayalannya sendiri.Terasa malu dengan teguran Ustaz muda itu.

“Dia dah jadi isteri orang, isteri sepupu enta sendiri. Sebagai saudara, jagalah maruahnya. Itu saja yang ana boleh pesan…Tapi bila fikirkan semula..sayanglah Hanim ..muda muda dah terikat dengan tanggungjawab. Dia ada masa depan yang cerah….”Ustaz Khair berkata, tidak menujukan kata kata itu kepada sesiapa.

“Sekarang ini pun, dia ada masa depan…masa depan untuk menjadikan rumahtangganya rumahtangga yg bahagia.Dia punya misi untuk menjadi isteri yang solehah.Alaa…Siti Aisyah lagi muda sewaktu mengahwini Rasulullah,”balas Husni. Saiful Alam sekadar tersenyum mendengar kata kata Husni.Dia tahu, Husni lebih mengenali Hanim dari Ustaz Khair. Hanim pernah diletakkan di bawah halaqah Husni sewaktu baru menjejakkan kaki di madrasah ini. Waktu itu, Ustaz Khair masih bergelar under graduate di Al Azhar. Manalah dia kenal Hanim sepertimana mereka mengenalinya.

“Berbual bual pasal Hanim..teringat ana pada perbincangan semalam. Macam mana dengan persatuan pelajar tu? Nak dibiarkan Hanim terus menerajui jawatan Raisah Thalibah ke? Rasanya, dengan status sekarang ini, dia tak mampu nak memegang pelbagai jawatan.Mudir pun dah beritahu dia, kalau dia tak boleh meluangkan masa di KO-OP, mudir minta Sarah atau Zubaidah saja yang ganti,”beritahu Ustaz Khair.

“Pandangan dan pendapat ustaz, macam mana?” tanya Husni. Dia lebih senang kalau Sarah mengambil alih tempat Hanim di KO-OP, kerana Zubaidah tak mamapu meluangkan masa terlalu lama di madrasah.Dia perlu mengajar tusyen diluar.

“Biar Zubaidah yang menggantikan tempat Hanim sebagai Raisah.Hanim boleh duduk dibawah Zubaidah, selaku Naibah. Jadi tugasnya tak lah berat sangat. Tak adalah Iskandar tu nanti kompelin kita asyik guna tenaga isterinya saja,”seloroh Ustaz Khair.

“KO-OP pula kita serahkan pada Sarah.Hanim hanya jadi penasihat.Dia tahu apa yang perlu dan yang tidak. Baru ana sedar, selama ini, kita banyak gunakan idea dan tenaganya. Sekarang ni, barulah rasa kehilangan nikmat tu….” Celah saiful Alam.

“Baru rasa melepas….Dulu masa dalam genggaman, tak mahu jaga betul betul..Dah hilang baru terasa?” usik Ustaz Khair. Husni tersenyum sinis. Memang padan dengan muka sahabatnya itu!

No comments: