Wednesday, August 22, 2007

Satu Pengorbanan........Second Season-Episode 1

Mentari pagi indah berseri,

Burung berkicau memecah sunyi,

Tanya pada ummi siapa jadikan,

Tentu jawab ummi Allah maha Rahman….

Hanim bernyanyi nyanyi didapur.Ceria betul dia setelah mendapat tahu keputusan peperiksaannya dua hari yang lepas. Dia juga telah menerima hadiah dari sang suami.Sebulan dia membuat attachment di tadika darul Ghufran kelmarin, menambahkan lagi pengalaman mengajarnya. Seronok bila dia mendapat tahu, dia lulus ujian praktikalnya.Namun ada juga rasa sedih untuk meninggalkan tadika itu. Dia sudah mula jatuh sayang pada anak didiknya itu.

“Bila senang, datang lah jenguk kami, ya Hanim,”pesan Puan Khadijah, guru penyelia Pusat Tadika itu.

“InsyaAllah, Puan.Hanim rindukan my students nie, walaupun hanya students pinjam saja,”seloroh Hanim. Dia menumpang kelas Kindergarten Dua, kelas Teacher Nurul Syaibah untuk membuat praktikalnya. Alhamdulillah, mentornya itu baik dan banyak memberi tips.Kak Intan, pembantu guru kelas itu juga rajin menolong Hanim.Sanggup pulang lewat untuk membantu Hanim dalam menyiapkan alat alat bantuan mengajar yang dia perlukan. Ah.. mentor Hanim baik baik belaka..sehingga dia menjadi rapat…Iskandar juga mentornya, bukan? Mentor yang baik , begitu baik, sehingga dia memperisterikan Hanim. Hanim tersenyum segaris mengenangkan pernikahannya tiga bulan lalu di bumi Kangaroo itu.

Suara serak serak basah dibelakangnya mengejutkan Hanim dari lamunan. Pantas dia menoleh kebelakang.Iskandar sedang berdiri dengan wajah yang letih.Di tangannya, dia memegang sebuah haversack Samsonite.Kaget Hanim melihatnya kerana dia tidak dengar pun pintu utama dibuka.

“Eh, abang….bila sampai.Kata abang, abang nak ke Al Falah dulu, kan?”ceriwis mulutnya bertanya.Tangan suaminya diraih dan dikucupnya. Beg yang berada pada pegangan suaminya di ambil dan diletakkan diatas meja sisi disitu. Iskandar mengucup dahi isterinya.Satu kebiasaan yang diamalkan setiap kali dia bertemu isterinya.Pada awalnya, agak kekok Hanim diperbuat begitu, namun diusir jauh jauh perasaannya. Dia sang suami yang berhak melakukan apa pun terhadapnya. Walaupun dia belum melakukan apa apa terhadapnya lagi.Iya, Hanim masih lagi anak dara sunti. Dia masih belum disentuh.Bukan dia tidak mahu tetapi suaminya amat menghormati kesediannya.

“Abang qiam kat masjid. Lepas tu terus datang sini. Ibu ajak Hanim keluar hari ini tau,”beritahu Iskandar. Dia melepaskan keluhan kecil, lalu menguap.iskandar tampak begitu keletihan.

“Pintu depan tu tak berkunci tau.Dah lah tinggal sorang sorang,”tegur Iskandar. Hanim sekadar memandang ke ruang tamu.Dia sebenarnya tak tahu yang pintu itu tidak berkunci.Tadi sewaktu Mamanya keluar ke tempat kerja, Hanim sedang berada di bilik air.

“Nanti Hanim ikut Mama tak?”tanya Iskandar lagi bila dia melihat Hanim masih lagi dengan kerjanya tadi.Tangan isterinya itu laju menyiapkan bahan bahan kuih diatas meja. Iskandar sudah mengagak, mesti Hanim mahu membuat cheesecake. Hmm...dah lama juga dia tak makan kek keju buatan Hanim. kalau sewaktu dia mengajar Hanim dulu, memang selalu di sediakan kek keju.waktu itu, naiklah paras kolesterolnya!

“Tapi, kursus kita?” Hanim spontan bertanya. Setiap Sabtu memang Hanim dikehendaki mengikuti kursus rumahtangga bagi remaja dibawah umur.Walaupun mereka memiliki surat nikah dari Australia, mereka tak terkecuali dari menduduki kursus itu. Puas Iskandar berusaha agar mereka dikecualikan dari kursus itu, namun sebagai prosedur MCYS, terpaksa mereka akur dengan peraturan Negara itu. Alasan remaja Melayu ramai yang bercerai selepas bernikah itu agak tidak munasabah, pada fikiran Hanim. Bukan remaja Melayu saja yang bercerai, remaja Cina juga ramai yang melahirkan anak luar nikah, radang juga Hanim sewaktu kauselor dari AMP menegaskan dia mesti mengikuti kursus itu untuk mendapatkan sijil nikah dari ROMM.

“Abang tahu, Hanim tak selesa dengan kurusus kat situ.Sorry, I brought you into this mess,”pujuk Iskandar apabila dia mengesan riak tidak senang di wajah Hanim.

“Tak ada apa-apalah, nothing.Perkara kecil saja.Cuma Hanim tak suka pandangan sinis staf kat situ bila lihat Hanim datang ke kursus dengan abang.Entah apa-apa yang mereka sangkakan,”dia meluahkan rasa hatinya. “Agaknya mereka rasa Hanim ni minah skema yang dah gatal nak kahwin.Pakai jer tudung, tapi perangai sama macam peserta kursus yang lain.

Iskandar tertawa kecil. Dia terhibur dengan telatah Hanim. Sesekali menjenguk Hanim diwaktu pagi begini memang menghilangkan rindunya terhadap permata hatinya nan satu itu.

“Hanim, abang nak rehatlah…ngantuk tahap maha hebat dah ni,”beritahu Iskandar sambil membuat stretching ke kiri dan ke kanan.

“Yang Maha hebat tu hanya Tuhan…Mana ada mengantuk tahap Maha Hebat…..”gumam Hanim, sekadar didengari oleh dirinya sendiri.

Namun kata kata Hanim tetap sampai ketelinga suaminya.

“Say that again,”celah Iskandar.

“Mana ada Hanim cakap apa apa,”balas isterinya, cuba menafikan kata katanya sebentar tadi. Hanim menjadi cemas.Dia tidak terniat untuk menegur kekhilafan sang suami. Tapi mulut yang sering berkicau itu tidak tahu berdiam pada tempatnya. Itulah padahnya kalau sudah terbiasa dilatih berpidato di madrasah..Mulutnya tak mampu berdiam diri!

“Hanim tegur abang, eh? Thanks dearie. Terlupa tadi…”beritahu Iskandar. Dia sudah merebahkan dirinya di atas sofa. Sekali lagi Hanim berasa serba salah.Kalaulah mama tahu Iskandar datang menjenguk Hanim dan dia sekadar dibiarkan baring di sofa itu…..tentu mama akan membebel satu juzuk malam nanti.

“Takkan abang nak rehat kat sini? Hanim belum vacuum rumah,”beritahu Hanim.Dia ingin memberitahu Iskandar bahawa sofa itu tak sesuai untuk dijadikan tempat rehat.

“Habis tu, Hanim nak abang balik semula ke rumah ibu? Kita ni suami isteri, tapi selalu sangat berpisah rumah.Kalau rumah tu jauh okaylah juga..ni sebelah blok saja tau,”keluh Iskandar.

Kali ini Hanim tak mampu untuk sekadar mendengar,dia perlu manyatakan sesuatu.

“Isn’t that what you wanted?. Abang yang nak kita hidup asing asing sampai kita dapat cert dari ROMM. Kenapa nak mengeluh depan Hanim.My fault?”soalnya sedikir keras.

Terasa panas pipinya ketika dia berkata begitu. Cepat cepat dia berlalu kekamarnya. Kamar yang masih dihiasi indah untuk raja sehari.Sengaja Hanim tak membuka hiasan yang telah mamanya sediakan itu. Dia menyeka airmata yang mula menuruni pipi.Hisy…dia tak sepatutnya menangis. Dia tak sepatutnya menunjukkan yang dia lemah.

“Hanim…laaa…menangis pula.Bukan maksud abang nak mengeluh.I just wanna tell you, I miss you so much…Itu saja. Tak ada siapa yang salahkan Hanim dalam hal ini,”pujuk Iskandar.

“Betul? Its not my fault?Its your fault then?”Hanim meminta kepastian. Iskandar sekadar mengangguk.

“Abang rasa, kita sepatutnya spend more time together. Kita masih belum saling mengenali satu sama lain. Apa kata, kita start from square one,”Iskandar memberitahu Hanim. Dia yang sudah duduk disisi isterinya, meraih bahu Hanim mesra.Namun Hanim masih ada perasaan tidak betah di perlaku begitu.

“Huh?”

“We can start our courtship now.Dah halal, so tak adalah abang risau nak tackle isteri sendiri. Kita pergi date, makan sama sama.What say you?” Tanya Iskandar.Matanya bercahaya memandang isterinya yang sentiasa serius itu.

“Apa orang kata nanti? Tak manis, kan?”

“Apa yang tak manisnya.Kita dah jadi suami isteri.Memang elok sangatlah kita berjalan berdua. Yang tak ada ikatan halal tu ramai yang mcm suami isteri….”balas Iskandar.

“Okay okay….apa yang abang fakir elok…eloklah bagi Hanim,”akhirnya dia terpaksa akur dengan kebenaran kata kata Iskandar.

Iskandar mencuit pipi Hanim,”That’s my girl.Abang nak ajak Hanim keluar dating esok..for a start. Kita pergi……….”

“Kita pergi library boleh? Hanim kena siapkan artikel untuk Majalah Ikhwan.”

“You and your articles..tak ada ke masa untuk abang ni?”Iskandar pura pura merajuk..

“Tapi Hanim lihat ada jer budak sekolah yang dating kat library…..”

"Okaylah..library pun library lah....."Iskandar mengalah, asalkan dia dapat keluar berdua dengan isterinya.

"Hanim keluarkan barang barang kuih tu nk buat apa?"tanya Iskandar setakat melengahkan masa isterinya yang sedang duduk disisinya.

"Hmm...tadi tu ke? Akhi Saif lah tu..memandai minta Hanim buat cheesecake untuk majlis perbincangan guru guru kat madrasah Isnin ni...Mula tu Hanim macam malas nak buat...Dah tu dia siap belikan bahan bahan...kenalah buat jugak.."Hanim memberitahu, jujur.
Berubah wajah Iskandar mendengar nama sepupunya disebut.Kenapa saif tak beritahu dia tentang kek keju tu waktu mereka qiam di masjid semalam? Lupakah dia?

"Abang, what's wrong?" Hanim menggawangkan tangannya di depan muka Iskandar.

"Hmm? Tak ada apa apa...next time, bila ada permintaan, Hanim beritahu abang okay...Jadi abang tak ajak Hanim keluar,"beritahu Iskandar dengan hati yang separuh ikhlas.

"Alaa...no hal,lah...Ni baru jam sepuluh.InsyaAllah by Zuhur dah siaplah...Bukannya susah mana...Dan esok, date kita masih on lagi,lah....."balas Hanim tanpa mengesan perubahan nada suara suaminya.

"Abang....Hanim rindu kat abang Syam, lah....dah seminggu dia tak YM kat Hanim.Did he call you?". Memang sudah seminggu Hisyam menyepikan diri dari Hanim.Dia hanya menghubungi Iskandar saja. Tanpa hanim tahu, Hisyam mahu Hanim lebih banyak masa bersama Iskandar. Hanim sepatutnya belajar berdikari setelah menjadi seorang isteri.Dia bukan lagi seorang adik manja yang tidak betah hidup tanpa abangnya.

"He's busy lah, sayang. He told me that,"beritahu Iskandar pendek.

"He could tell you that but not me...Dia tak sayang Hanim lagi ke?"Hanim meluahkan rasa tidak puasnya.

Iskandar hanya tersenyum. Hanim masih rindukan abangnya dan bukan dia.........


No comments: