Sunday, August 26, 2007

Satu Pengorbanan2 -- epi2

Dia pegang erat buku buku di tangan. Masih lagi berdiri setia di sebelah suaminya. Sungguh dia rasa serba salah ketika itu. Hendak berjalan lalu, takut di anggap tidak menghormati suami. Hendak terus berdiri di situ, dia berasa janggal dengan pandangan rakan rakan sekolah yang tak sudah sudah melemparkan senyuman penuh makna kepadanya. Cheesecake oreo hasil tangannya juga sudah bertukar tangan. Saiful Alam tersenyum ceria menerima kotak kek itu.Lebih lebih lagi bila Iskandar memberitahu kek itu percuma, dia yang belanja. Senyum lebar, Saiful Alam dibuatnya.

Sebenarnya memang Hanim hendak ke sekolah seorang diri. Bukannya dia tak boleh angkat kotak kecil itu, tapi Iskandar beriya iya hendak bertemu Saiful Alam. Ada benda yang perlu dia beri pada Saif, katanya. Bukankah Jumaat lepas mereka baru saja bertemu? Namun Hanim tidak mahu terus bertanya. Entah entah itu Cuma alas an saja. Hanim…Tuhan marah orang yang suka berburuk sangka. Dia melihat jam di tangan. Lagi sepuluh minit, loceng akan berbunyi. Nampaknya, dia terpaksa beratur dgn beg di bahu kerana suaminya tak menunjuk reaksi akan beredar. Dia masih leka berbual dengan Saiful Alam. Dari jauh, Hanim Nampak Sarah mnenunggunya di pinggir dewan serbaguna. Zubaidah dan yang lain juga ada bersama-sama.Tentu mereka sedang memperkatakan tentang Hanim lagi….Hisy! Haim ni, tak abis abis….asik nak berserkap jarang saja kerjanya!

“Okaylah, Is. Aku nak simpan kek ni kat canteen…Makin aku tengok, makin aku teruja saja.lama tak amakn kek free,”seloroh Saiful Alam. Iskandar menepuk bahu sepupunya itu.

“Teruja dengan kek, aku no problem.Jangan kau teruja dengan pembuat kek tu dah…Perang dunia, kawan…Kau nak mengalah ni, dah cukup bagus..so please don’t try to get into the picture again.Kau kan tahu akau mcm mana.So, please spare a thought for me,”seloroh berbalas seloroh juga. Hanim memandang suaminya sekilas…Huh..kalau betul berlaku, apakah suaminya akan berpatah arang dengan Siaful Alam. Hee…..elakkanlah.

“Abang, Hanim nak beratur dah ni. Kita jumpa petang nanti, okay,”Hanim bersuara sejurus Saiful Alam beredar. Dia meraih tangan suaminya dan dikucup penuh hormat, walaupun dia tahu pelajar banin yang sedang lepak lepak di KO-OP berdekatan, memandangnya seperti sedang menonton drama Sayang Semuanya saja…atau lebih teruk, mcm menonton drama, Anak Metropolitan; drama gelaja remaja hari ini…Aku ni gejala ke…Hisy…tak rela!

Okaylah..abang got to speed off juga. I have to meet the principal jam 8 nanti. Take care.Petang nanti kita jumpa,”sambut Iskandar sambil tangan kirinya mengusap kepala isterinya itu. Darah menyimbah ke pipi Hanim.Ya Allah, matilah, mesti pelajar pelajar tu ketawakan aku nanti….Malu malu..Setelah kereta Iskandar keluar meninggalkan perkarangan madrasah, Hanim cepat cepat berlalu untuk mendapatkan Sarah yang setia menunggu dengan ekspressi muka yang tak dapat hendak ditafsirkan.

“Haiz, ukhti Hanim…ada cirri cirri isteri solehah lah….” Tegur Khairuddin, pelajar Menengah 4 yang memnag tak sayang mulut itu.

“Ni kalau palajaran Munakahat, mesti cemerlang ni Hanim,”usik Amin Saheeb pula, rakan sekelasnya.

“Korang tak sayang mulut, eh? Tadi ana Nampak Ustaz Saiful Alam dah suruh beratur.Pergilah..Nak ana kompelin dekat Ustaz Roslee ke?” Hanim menggertak.Dia tahu semua pelajar tak suka nama mereka sampai kepada guru disiplin itu kerana nasib mereka tak akan baik selepas nama mereka selamat ‘landing’ dalam buku birunya nanti. Sila silap, ada pula yang kena bersihkan kubur wakaf di belakang madrasah!

No comments: