Sunday, July 29, 2007

Patutkah novel ini ku teruskan...

dalam kesyahduan dan keheningan ini, terfikir pula akak samada patutkah Satu Pengorbanan diteruskan..tak bosankah para pembaca nanti? tak habis habis dgn Hanim, Iskandar dan Saiful Alam?

Memang Hanim sudah bernikah dgn Iskandar...jauh di Australia.Tapi apakah pernikahan itu menjadi noktah pada pengorbanan ini?Akan bahagiakah Hanim dengan pengorbanannya.

Bagaimana pula dengan Saiful Alam?

Wednesday, July 25, 2007

Satu Pengorbanan(last epi of Part 1)

Selepas sarapan bersama, Hanim minta diri untuk mengemas dapur. Iskandar pula berundur ke backyard,entah apa yg hendak dilakukannya disitu. Abangnya, Hisyam ,terpaksa kembali bertugas. Dia tak dapat minta cuti tambahan. Makcik Latifah, Puan Ainon dan ayah mertuanya, sibuk berbual di ruang tamu sambil bermain dengan Zinnirah. Beberapa bulan tak melihat cucu kesayangan, Cik Latifah mengambil kesempatan melepaskan rindu. Iyalah esok lusa dah nak balik ke Spore. Entah bila boleh jumpa cucunya seorang itu. Hanim hanya memandang dari dalam rumah. Kak Syimahnya pula sibuk menyiang ayam untuk makan tengahari.

"Janganlah sibuk sibuk kak.Dah lebih tiga hari Hanim kat sini.Biarlah Hanim yang buat aja.Akak pergilah rehat dgn Mama.Entah bila boleh jumpa lagi,"Hanim menyuarakan rasa hatinya. Lagipun, dia segan nak bersama sama ibu dan ayah mertuanya di guest hall.Biarlah dia saja yang membuat kerja di dapur itu.

"Betul ni? Hanim nak masak?Nak ambil hati mertua ke?"usik Shimah.Rindu betul dengan iparnya yang seorang.Lama tak bergurau senda. Lama tak mendengar cerita Hanim. "Isy..apa ajer....Hanim tak ada benda nak buatlah,"protes si gadis. Memang pun tak terlintas di hatinya untuk mengambil hati mertuanya dgn cara itu.

"Kita masak sama samalah.I missed those happy times. Kelmarin nak berbual dengan Hanim pun, akak risau.Sugul ajer muka bakal pengantin.Ni dah jadi isteri orang ni, cerialah sikit....."usik kakak iparnya lagi.

“Mana cik abang awak? Nanti dia merajuk pula, Hanim tak ada disisi dia,”tak habuis habis Shimah mengusik.

“Tadi abang kata dia nk ke back yard.Sejuk sejuk mcm ni, dia nak duduk kat dalam den tu buat apa…”ceriwis mulit Hanim.

“Den tu love nest akak dgn abang Hisyam tau, sayang. Tapi,kan, akak rasa akak Nampak dia keluar tadi, ikut gate belakang….”beritahu Syimah.

Hanim berjalan menghala ke taman di belakang rumah Hisyam. Mana pula Iskandar ni? Tak nampak pun...Hanim memeluk erat tubuhnya, sejuk semacam winter rupanya.Jacket tebalnya tak dapat membendung rasa sejuknya itu.Hanim memandang sekeliling, yang ada kat situ hanyalah sepasang warga emas yang sedang bersiap siap untuk bergerak pulang.. Hanim menghulurkan senyuman kepada mereka.

"Hisyam's family?" tanya nenek rambut putih itu.
Hanim sekadar mengangguk, menghadiahkan senyuman sekali lagi.
"U know my brother?"tanya Hanim pada wanita itu.
"Well, all of us know him! Lovely wife and girl he has!" wanita tua itu menjawab.
“Looking for someone?" tanya wanita itu lagi.
"Yeah, do you see a Malay guy around here?"
“He's by the pond.been sitting there.....in the cold.You should tell him to go back, its not so good to be in the cold too much,”beritahu wanita itu
“Thanks...I’ll tell him that,”balas Hanim, sekadar berbasa basi.


Iskandar memandang itik,itik yg sedang berada dalam kumpulan itu.Dia menghela nafas dalam-dalam. Itik itik itu tak punya masalah, bebas dari tanggungjawab. Tidak mcm dia....
"Abang," panggil Hanim. Dia bertingkuh di sebelah Is.
"Kenapa ada kat sini? Semua orang tunggu tu....Abang tak sejuk ke?"Hanim bertanya. Dia menarik jaketnya lagi. Kalau bukan kerana pemuda didepannya itu, tak mungkin dia mahu keluar dalam cuaca sejuk begitu.
Iskandar hanya diam membisu,tidah menjawab pertanyaan gadis itu.

"Abang, please jangan buat Hanim mcm ni...kita balik jom."pujuk Hanim.Pelik dia dengan perubahan suaminya.Baru semalam mereka dinikahkan, dia tiba tiba sepi.Tak macam sewaktu dia menjadi tutor Hanim dahulu.

"Hanim baliklah dulu,.nanti abang susul kemudian,”Iskandar akhirnya bersuara.
Namun, Iskandar masih tak memandang wajah isternya.Dia tidak mampu memandang, bukan tidak mahu.Hanya Tuhan saja yg tahu apa yang bermain dihatinya ketika itu.
"Abang,kalau Hanim ada salah, Hanim minta maaf.But please abang...ini bukan motif abang nikah dgn Hanim kan?"
Iskandar memandang wajah isterinya.Ada riak risau diwajah mulus itu.
Dia menjamah pipi isterinya,"Sorry Hanim, abang tak niat nak risaukan isteri abang. I need to think."
"Hanim susahkan abang ker?"tanya Hanim lagi.Terasa sejuk tapak tangan Iskandar dipipinya.
Iskandar menggeleng,”Hanim kan bidadari syurga abang,,,,"Iskandar memujuk.Dia tidak mahu Hanim berfikir yang bukan bukan.Hanim memang tiada salah.
"Kita balik? Nanti semua org risau..." Hanim mengajak lembut. Baru semalam mereka menikah, dia masih belum kenal dengan hati suaminya.

Iskandar merenung wajahnya Hanim, membuatkan isterinya tertunduk malu.Dia menggenggam kedua tangan Hanim yang tidak disarungkan gloves itu.

“Hanim, kenapa tak pakai gloves? Sejuk tangan Hanim ni.Nanti Hanim demam,”Iskandar bersuara.

“Abang pun sama, tak pakai gloves. Hanim risaukan abang.Semua orang Tanya Hanim, mana abang pergi, so, Hanim keluar tergesa gesa,”beritahu Hanim.Matanya dilabuhkan pada itik itik yang berenang.Tak sejukkah itik itik itu?

“Hanim jangan risaukan abang, okay.I’ll take care of myself,”Iskandar cuba meyakinkan isterinya.

“Jom,. We head back.nanti mama ingat Hanim kena kidnap pulak,”seloroh Iskandar.Dia tidak sampai hati untuk membiarkan Hanim terus memikirkan yang bukan bukan tentang pernikahan mereka.

“Abang, are you okay?”Hanim masih tidak puas hati.

“I am okay, Cuma abang risau tak dapat bahagiakan Hanim,”Iskandar memberitahu.Memang itu yang dia risaukan. Dia dapat melihat betapa Hisyam menyayangi Hanim sepenuh hati. Dia takut tak mampu membahagiakan Hanim.

“Kita akan bahagia, selagi kita meletakkan Tuhan sebagai matlamat hidup kita, kan. Hanim dah jadi isteri abang.Abanglah jambatan bagi Hanim untuk mencari keredhaan Tuhan. Hanim yakin, selagi kita tak terpesong dengan niat kita……”kata kata Hanim terhenti disitu.Airmatanya tiba tiba membasahi pipi

“Hanim, Hanim menangis?”kaget Iskandar melihat isterinya.Seperti satu refleksi, dia menarik isterinya didalam pelukan.Pertama kali dia memeluk Hanim begitu.

“Hush, sayang.I am here,”pujuknya….

Monday, July 23, 2007

Satu Pengorbanan(2nd last epi))

Mujur, kursus Hanim menemukan dia pada cuti dua minggu untuk minggu practicum. Memandangkan Hanim telah memaklumkan pada pegawai Mendaki tentang masalahnya, dia tidak akan melakukan praktikum pada cuti itu.

“Bila Hanim nak buat praktikum ni? Lambat lambat nanti kelam kabut tau,”beritahu Saeidah.

“Mungkin dalam cuti July nanti. Lepaskan exam di madrasah, jadi Hanim tak kelam kabut.” Beritahu Hanim.

“Laa, June kan cuti sekolah, kenapa tak buat praktikum dalam bulan June ajer?” tanya Norlizah pula.

“Hanim …Hanim….Hanim kena pergi Melbourne, ziarah abang kat sana. Ada benda nak dibincangkan,”Hanim memberitahu tanpa rela.Terpaksa dia berbohong tentang perkara yang hendak di bincangkan itu. Takkan nak beritahu dia akan bernikah di sana pula?

“Bila Hanim nak pergi?” Tanya Norlizah

“Minggu kedua kot,”Hanim beritahu.Itu yang didengar oleh Mamanya semalam.

“Periksa madrasah?” soal Saeidah pula.

“Sekarang ni,lah…Cuma oral Hanim buat lambat, minta izin kat ustaz.”

Tiba tiba Saeidah tergelak kecil. Hanim memandang wajahnya, tidak faham kenapa dia harus tertawa.

“Kenapa Kak Edah?”

“Orang lagi periksa, patutlah akak tengok kebalangan nie, cik abang awak asyik jemput aja..takut orang tu overwork eh?sayang juga dia kat Hanim eh?” balas saeidah.tawanya masih berbaki lagi.

“Mana ada. Dia cuma tak suka Hanim balik lewat, esok sekolah lagi…”Hanim cuba memprotes.

“Itu namanya sayanglah tu…Dia jaga kebajikan Hanim, ambil berat tentang Hanim,”celah Norlizah.

“Hah…cik abang dah sampai tu…..”Saiedah memuncungkan bibir kearah kereta yang bergerak menuju kearah mereka.

“Dahlah, pergi balik…Esok awak periksa, nanti kalau tak pass siapa susah….”usik Saeidah.

“Tak habis habis usik Hanim eh….tak baik tau,”Hanim menyuarakan rajuknya.

----

“Seronoknya berbual tepi jalan,”tegur Iskandar setelah Hanim merebahkan diri di tempat duduk belakang. Dia duduk di sebelah Puan Ainon.

“Mana ada, Hanim bual biasa biasa saja…”jawab Hanim sambil menghulurkan tangan menyalam Ibunya.

“How’s your course?” Tanya Iskandar.

“Ada assignment lagi, praktikum start minggu depan.So tadi kita semua kena choose sekolah mana nak buat attachment,”beritahu Hanim.

“Hanim pilih tadika mana?” Tanya Puan Ainon.

“Hanim pilih tadika Masjid Ghufran. Dekat sikit dengan kawasan rumah kita.Lagipun kat situ banyak fasiliti,”balas Hanim. Dia mengeluarkan boring pemilihan dan ditunjukkan pada Puan Ainon.

“Bila mula?” tanya Iskandar.Dia memandang Hanim melalui visor didepan.

“June,” balas Hanim pendek, tanpa memenadang kea rah tunangnya itu.

“Tapi, we’ll be flying..”pintas Iskandar.

“Iya…Hanim belum habis cakap lagi.Hanim defer samapai July. Hanim dah emel Mendaki and they approve my deferment.”Hanim tersenyum melihat tunangnya itu.

“Abang ingat Hanim nak elak lagi…”seloroh Iskandar

Wednesday, July 4, 2007

Satu Pengorbanan...d monologues

Hanim......

Tuhan, kalau pernikahan ii dapat membuatku lebih dekat denganMU, redhailah ia. Aku hanya hamba yg tidak mampu menolak kejahatan nafsu. Aku amat lemah tanpa Mu wahai tuhan yang Maha Baik.

Tuhan, sekiranya dengan menjadi seorang isteri, aku akan hampir dengan Syurgamu, selamatkan aku dalam perkahwinan ini. Aku ingin disayangi oleh orang yg mencintaiMu dan agamaMu. Maka jadikanlah aku, hidupku dan matiku, hanya untuk mencari keredhaanMu......



Iskandar Syah......

Wahai Tuhan yang Maha mengasihani, aku pohon padaMu, jadikanlah pernikahan ku satu pernikahan yg mendekatkan kami pada Mu. Janganlah Engkau biarkan kami lalai dengan ujian dan tipuan Dunia yang merosakkan. Tuhan, jadikanlah rumahtannga kami, rumahtangga mencari keredhaanMu.......


Saiful Alam......

Tuhan, kau telah memperlihatkan kepadaku, kasih sayang yg sejati. hanya Engkau yang layak menerima cinta Makhlukseperti ku....Cinta dalam hati ini, tidak layak diberi pada insan lain, selagi aku belum dapat mencintaiMu..Kaulah Zat yang sepatutnya aku rindui, ku dambakan kehadiranMu.....Tuhan, ajarlah aku ilmu mencintaiMu agar aku tidak mengharapkan kasih selain dariMu........