Sunday, June 24, 2007

Satu Pengorbanan 38

Matanya tekun melihat saful Alam mengadun kuih lapis itu. Sepupunya seorang ini memang terlalu menggemari kuih muih tradisional Melayu sehingga sanggup belajar membuatnya sendiri. Perlahan Saif menuangkan santan kedalam tepung beras. Dia mengacau adunan dengan teliti.

“Apa sedapnya kuih lapis ni,Saif?” tanya Iskandar.

“Eh, kau kan cikgu Melayu, takkan kau tak pernah tahu tentang kuih muih tradisional kita?” balas Saif.

“Setakat baca sejarah kuih muih ni, biasalah.Tapi untuk aku makan selalu macam kau, aku tak larat. Lembik, bersantan..kolesterol lah,saif,”balas Iskandar.

“Kenapa kau tak tukar santan pada susu..sihat sikit,”Iskandar mengaju soalan.

“Laa, yang nak makan ni mak ayah aku. Kalau tukar resepi, nanti diorang bising..tak asli,”Saif memberitahu.

“Macam leceh je aku tengok kau nak buat kuih ni..selapis selapis kan?” iskandar bertanya lagi.

“Memanglah selapis selapis, kalau aku tuang semua, dah bukan kuih lapis namanya itu.”Saiful menjawab.

“Kalau aku nak belajar kan..aku nak belajar buat cheesecake lah, Saif. Sedap, tak payah leceh leceh mcm kau,”Iskandar cuba berseloroh. Nak belajar memasak? Hisy….lambatlah tu.

Saiful Alam mula melapiskan kuihnya didalam loyang. Selesai melapiskan lapisan kedua, dia duduk mengadap Iskandar.

“Eleh..kalau nak buat cheesecake, tak payahlah kau susah susah..Hanim tu tahu semua macam cheesecake.Mintak jer tunang kau tu buat,”selamba Saiful Alam bersuara.

Iskandar tajam merenung sepupunya.Kenapa perlu sebut nama Hanim? Dia juga tahu Hanim pandai buat kek keju tu?

“Kau kenapa ni?” soal Saiful Alam lagi. Dia sudah bangun untuk menjenguk kuihnya didalam kukusan.

“Kau pernah makan cheesecake Hanim ke?” Tanya Iskandar.

“Alaa, budak budak sekolah tu selalu tahun lepas. Aku dapatlah merasa. Taun ni macam kurang pula budak budak order. Agaknya dia sibuk dengan kuliah,”ikhlas saiful alam memberitahu.

“Kau suka cheesecake dia?” tanay Iskandar.Matanya masih tajam merenung sepupunya.

“Cheesecake dia okaylah..aku suka oreo cheesecake. Hitam tapi menawan..I like the taste.” Saiful alam kembali duduk menghadap Iskandar.

“Kau suka dia?” spontan Iskandar bertanya.

Saiful alam memandang wajah Iskandar dengan penuh tanda tanya.

“Budak baik, semua orang suka Is,”dia cuba berlagak seperti sebelumnya walaupun dia tahu Iskandar mempunyai meksud lain.

“I just wanna know..kau suka dia, as in kau sayang dia?” laju Iskandat menyuarakan persoalan.

“Itu tunang kau, Is. Kenapa kau tanay aku?” saiful alam mula tidak betah dengan kata kata Iskandar.

“Come on Saif. Jangan tipu aku. Aku tahu,”akhirnya Iskandar memberitahu tentang blog yang dia baca satu ketika dulu. Saiful Alam hanya mampu mendengar bicara sepupunya.

“Cerita lama Is.Aku pun tak sedar aku suka dia, sehingga kau masuk meminang,”tenang Saiful Alam memberitahu.

“Saif, dengar sini…Aku tak nak rampas kebahagiaan sesiapa. Aku tahu kau sayang dia, kalau tak takkan kau belikan dia coklat setiap hari. Aku nampak korang dalam MRT kelmarin. Aku rasa aku tak standing kau….”Iskandar cuba menjelaskan satu persatu.

“Apa maksud kau?” tanya Saif.

Iskandar menghela nafas. Dia bangun menjengah ke tingkap.

“Aku rasa aku tak layak untuk dia,” Iskandar bersuara.

“What’s wrong with you,Is? Kau tahu tak, dia tertanya-tanya tentang kau. Aku kenal dia sebelum kau,Is.Dia junior aku. Dia takkan mengaku kalah. Dia berani,berani sangat.Tapi takkan kau nak suruh dia cari kau. Kau dah lama tak hubungi dia,kan? Dia tak beritahu aku, tapi aku tahu. Kalau pun aku sayang dia, kau nak buat apa? Lepaskan dia, putuskan pertunangan? Kau ingat dia anak patung ke? She needs you, not me. Aku yakin tentang itu,”tegas kedengaran suara Saiful Alam.

“Is, forget about what I wrote on my blog. Aku minta maaf kalau kerana aku, kau elakkan diri dari Hanim. Believe me, aku tak ada apa apa perasaan terhadap dia lagi. Kesian aku tengok dia. You ought to do something,”Saiful Alam menepuk-nepuk bahu Iskandar,”before its too late.”

No comments: